FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 1, 2013

LeNGGoNG TaPaK WaRiSaN UNESCO : MeNGiNTai TaPaK PeRKeLaHaN ULu LaWiN

Assalamualaikum dan salam jom pi jalan eh kerja errrr.... sambil selam minum air la kot!! Hehehe

Hari ini nak buka cerita Lenggong dulu dan kita postpone lagi entri Semarang-Karimunjawa sebab ada peristiwa yang jadi semasa di Lenggong ni...  Maka, kita dulukanlah yang ini dulu :D

Dua hari lepas, aku kena bekerja di kawasan Lenggong membawalah ke kawasan Grik.  Aduh, jauhnya nak sampai ke sana, apatah lagi kalau balik hari.  Seingat aku kalau ke Pengkalan Hulu hari tu, dok fikir kenapalah tak sampai-sampai.. Ye aku fikir 2 jam setengah lalu kampung dan hutan je, kalau pergi seorang memang pitam sebab bosan.  Tapi aku lupa 2 jam setengah tu kalau sampai ke pekan Pengkalan Hulu, walhal aku perlu sampai ke Lenggong sahaja....  Oklah tak berapa nak jauh sangat sebab kalau dari Lenggong nak ke Pengkalan Hulu, kita perlu tambah sejam lagi perjalanan.

Lenggong satu tempat yang agak 'hulu' dan terpencil telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Arkeologi UNESCO pada 30 Jun 2012.  Agak baru juga kan? Tapi pada aku sangat membanggakan!  Lenggong merupakan tempat di mana Perak Man ditemui yang mana telah membuktikan terdapatnya penempatan manusia di kawasan ini pada zaman Paleolitik lagi... (ok repeat sejarah - Peleolitik (zaman batu lama) > Mesolitik (zaman batu pertengahan) > Neolitik (zaman batu baru)).  Paleolitik kan???  Itu dah kira zaman jahililiah habis lar... KUNO yang paling kuno sekali... tapi cerita pasal zaman-zaman ini, pasal Perak Man, simpan cerita itu untuk entri selepas ini.

Salah satu lokasi pekerjaan aku pada hari itu adalah di Tapak Perkelahan Ulu Lawin yang terletak berdekatan dengan Felda Ulu Lawin Selatan (boleh google Felda ni).  Tapak ini terletak 27km dari pekan Grik atau sekiranya dari exit Kuala Kangsar, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) lebih kurang 75km iaitu lebih kurang sejam sahaja (lega).  Berkobar-kobar nak sampai ke sini :D

Alhamdulillah pagi tu, cuaca sangatlah baik dan langit sangat biru!  Ini adalah laluan untuk ke Tapak Perkelahan Ulu Lawin (dari jalan besar dari arah Kuala Kangsar ke Pengkalan Hulu, simpang ke Ulu Lawin ni terletak di sebelah kiri.. Ulu Lawin ni sebenarnya terletak di tengah-tengah antara pekan Lenggong dan pekan Grik, jangan terlajak ok.

Wow! Air sungai ni memang meruntun qolbu! Jernih dan mengalir tenang.

Oklah kalau dah sampai paras-paras buntut budak tu... Hehehhehe...  Tu je tempat yang ada orang dan boleh diagak.

Ni kat satu lagi bahagian lain.  Sebenarnya kalau ikut tinjauan hari tu, kat kawasan ni sungainya macam bentuk X (bermaksud ada empat cabang). Dua sungai bertemu, kemudian pecah balik kepada dua.  Haaa boleh la pilih, port mana yang nak berendam ni.

Ni salah satu tempat pemisah sungai ni.

Salah satu cabang dari bahagian hulu....  Bahagian ni yang rasa macam tempting giler dan terus aku berangan kalau ada rumah mertua nanti harap duduk dekat kawasan sungai kelah-kelah lar harapnya... Ke dalam kebun ada anak sungai ke??? Hahahahaha.... bestnya!


Di tapak perkelahan ini, pada pendapat aku kemudahannya agak baik dan masih terjaga.  Ada beberapa gazebo saiz seperti di atas dan ada satu lagi yang besar dan sesuai digunakan untuk pentas dan gazebo utama.  Gambar gazebo tu tak dapatlah nak ambil sebab dah bergantung banner dan ada kerusi-kerusi kat situ untuk majlis yang aku ikut ini.

Yang tiang kuning tu gazebo utama.. Kan dah kata ada majlis!  Kalau tak de orang kat sinilah, dan tak kerja, mesti dah main kecebor-kecebor air.... Huuhuuuuu sabarrr... Tahun Melawat Perak 2012 belum habis lagi!  Harus datang berkelah di tapak perkelahan Ulu Lawin ni kalau dah melajak ke sebelah-sebelah sini.

Gambar lain sesambil tu... Ni budak-budak tadika dari kawasan sekitar tengah beratur untuk sambut VIP

Ni budak-budak dari anak orang asli yang akan membuat persembahan.... Dah boring kot diorang ni tunggu... Siannyer..

Dan hari tu, berkesempatan jugalah melihat budak-budak ni membuat persembahan... Nama persembahan ini tak dengar pula, tapi mungkin tarian sambut tetamu kot???

 
Dan ini gambar terakhir yang aku ambil semasa di Ulu Lawin iaitu semasa mendengar  orang berucap kat depan... Sesungguhnya tersangatlah mengantuk sebab tempat ini adalah tempat yang ketiga aku pergi hari tu.. Kadang-kadang nguap tutup dengan kipas tangan, kadang-kadang nguap tunduk muka, tapi kadang-kadang ada juga terlelap barang seminit dua gitu.... 

Atas riba letak beg dan tangan pegang kamera dan telefon... Orang habis berucap aku bangun dan agaknya masa tu lah kamera S95 aku jatuh!  Omai dan masa ke tempat makan tersedar kamera tak ada!  Patah balik dok pusing-pusing cari.  Dalam hati kata "Haruslah dah leboh (kata orang Perak yang maksudnya hilang)".  Ramai kot orang kat situ.  Rasa nak gugur jantung, tapi tetap berharap ada orang akan tolong simpankan.  Cuma masalahnya, muka aku tak berapa nak ada kot dalam kamera tu.. Mana orang nak cam?!    Lagi pula ramai orang kat situ.  Sedih sob sob (tapi muka tetap maintain)......

Lepas makan dan VIP pun dah balik, aku dok pusing-pusing lagi cari dan pandang-pandang orang kot la ada sesapa tayang dan tunggu jugalah kalau ada sesape announce.  Sampai satu masa, rasa pasrah dan nak balik, tiba-tiba ada orang cuit. "Cik. Cik kawan dengan Cik Kamida ke? Cik cari kamera ya?"  Alhamdulillah...  itu memang kejadian yang paling tak sangka.  Nasib memang baik sebab kebetulan aku duduk dengan cik K tu dari event yang pertama hari tu, dan dia pula kebetulan agak dikenali (terus aku pun femes! hahaha).  Orang cuit aku tu tunjuk ada lelaki atas stage tempat orang tengah buat persembahan... Adoiiiii taknak kasi pulak!  Disuruh naik atas pentas ikut depan... Fine!  Aku pun naik..  Tiba-tiba mamat tu menari..  Owwhhhh hadui! Nak pitam.. Aku hulur tangan, dia nari lagi pastu ajuk nak simpan kamera aku dalam poket dia...  Gila aaaahhh...  Nasib dah tak berapa nak ada orang yang dok tengok stage tu... Hurmm goyanglaaa sikit-sikit...... Lega sebab kejap je kena buli, ekekeke...  Tak kisahlah, janji dapat balik kamera tu dan aku pun tahu dia nak memeriahkan majlis...  #maluuuuuuu.  Apapun terima kasih banyak.  Syukur nilai timur masih ada di kalangan kita :)

Ni salah satu sebab aku sedih kamera aku hilang, selain dari harga yang tak menahan, kenangan dengan mak-mak buyung nih aku tak copy lagi...  Tahniah pada N yang telah selamatkan baby boy pada hari Selasa yang lalu dan sekarang tengah sorang lagi tu tengah berdebar-debar menunggu hari pada bila-bila masa sahaja minggu nih... Hihihiiii.... 



ops... sambung balik lepas iklan kamera hilang dan ibu-ibu baru nih....

Kesimpulannya, moh le ke Perak sempena Tahun Melawat Perak 2012 ni.   Ulu Lawin salah satu tempat yang aku rekemenkan untuk berkelah dan berhari keluarga.  Tempat dia best dan kemudahan-kemudahan asas sepeti gazebo, tempat makan, tandas dan surau ada disediakan.  Hari yang aku datang ni tempatnya bersih dan aku harap memang keadaan kat sini memang begitulah keadaannya.  Moh kiter Moh!!!


Sumbangan Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin 

Aman Palestin Bhd

Maybank 562263010787
Bank Islam 12029010047880
Bank Muamalat 12070005133717
RHB 21245760004907

Derma melalui SMS
Taip PALESTIN10 (nilai RM10//5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin)





7 comments:

Unknown said...

Tak penah dengar nama Ulu Luwin nih, dah la ada org asli plak tu..memang exotic..

Anash said...

oh kat sini kamera tuh hampir hilang?
ok
nasib kompom jumpa
kalau tak
huhu
btw..menarik plak tpt nih???

Biqque said...

ko ni dah bleh jadi duta perak dah ni hahaha!

Naramas Aman said...

Simpang Lawin, Lubuk Merbau, Lenggong adalah tempat saya bermain masa kecil-kecil dulu. Kawan-kawan saya ramai orang sana. Tetapi mandi di sungai Ulu Lawin tu tak pernah lagi. Nampak cantik dan nyaman!

Penemuan Perak Man itu pula membuktikan bahawa tamadun bermula di tempat kita bukan di Greek sebagaimana yg kita belajar dalam Sejarah di sekolah. Fakta palsu yang ditulis oleh orang Barat itu semuanya bohong belaka, untuk memperbodohkan kita. Penemuan Perak Man oleh pengkaji USM telah mencelikkan mata dunia bahawa orang kita lebih bertamadun.

wakgelas said...

nmpk nyamann.. ehhee

Azizan Zolkipli said...

Aikkkk, pandu kenderaan gi Lenggong / Grik pun rasa jauh ? Orang kayuh basikal masa cuti Deepavali baru ni dari Kuale Kangsor - Lenggong rasa dekat aje.

Ohhh, terima kasih atas perkongsian pasal Ulu Lawin ni. Kayuhan seterusnya nanti, boleh dipertimbangkan untuk melawat.

Hari tu, Wakjan sempat juga ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, airterjun Lata Kekabu dan lalu jalan lama tepi Tasik Raban tu. Best, best !

xira said...

lawin best~~ mne ade org asli kat situ...my b sbb ade event tu yg dorang jemput org asli dr luar buat psembahan..