Selepas sarapan ala-ala American breakfast kat hotel (walhal roti bakar dengan omelette dengan jus oren je), kami selesaikan bayaran hotel untuk kami dan Pris. Akhirnya Pris terus menginap dengan kami sebab sambung borak pulak lepas aku balik cari baju malam tadi. Untuk bayaran sewa hotel kami iaitu The Wira Cafe adalah IDR200k dan tambahan IDR75k untuk extra person.
#Perhentian2 : Gili Islands
Pihak Wira, bantu panggilkan teksi untuk kami ke pelabuhan Pemenang pada jam 8.30 pagi. Adi dah pesan supaya kami harus awal dan menaiki bot yang pertama ke Gili Trawangan supaya tidak terlewat untuk trip Island Hoping yang telah ditempah oleh dia (seperti yang disarankan oleh Pris kerana harga yang ditawar murah dan kami juga tidak perlu membuang masa untuk survei-survei lagi kat sana).
Yuk!!!!!!
|
Dari Wira Guesthouse, kami menaiki teksi bermeter BlueBird dengan harga IDR70k. Perjalanan dari Senggigi ke Pemenang mengambil masa setengah jam dan melalui suasana kiri kanan yang menarik dan tenang. Memang rasanya, aku akan sampai ke Lombok lagi nih :D
Kami diturunkan di kawasan letak kereta berhampiran jeti. Katanya kenderaan luar hanya dibenarkan setakat itu sahaja. Masa ni cidomo-cidomo dah keliling kami. Harga mula yang ditawarkan adalah IDR15k, omaiii! Yang aku pernah baca Zila dapat IDR3k je. Jadi, aku dan Bibi ambil keputusan untuk menapak sahaja dulu sehingga ada yang nak ikut harga kami iaitu IDR5k.
|
|
Ni di kawasan sekitar jeti. Ramai yang tunggu untuk membawa barang-barang dari tanah besar ke Gili. Bersusun-susun raga yang berisi macam-macam barang keperluan terutamanya makanan.Kami terus masuk ke dalam bangunan pejabat untuk membeli tiket bot awam dengan harga IDR15k seorang (harga tiket IDR10k, tax IDR5k). Untuk naik bot ni, kena tunggu dekat dengan bot dan dengar diorang panggil. Kalau dipanggil tiket warna apa, ikut sahajalah. |
|
Ini rupa bot umum di Pemenang. Jalan tak ikut masa. Kalau dah penuh, bot ni terus jalan. |
|
Dah nama bot awam, macam ni la rupanya! Lepas aku masuk, diorang loading barang diorang pulak. Ada bot yang awal tadi, siap bawak tv lagi!! Nasib baiklah takde teruk baunya dan terus tadah tangan supaya laut tak bergelombang pagi nih.. Nanti ada pula yang mabuk, huhu... |
|
Pria-pria Lombok. Lamanya nak sampai ke pulau nih.. Hihi... Setengah jam tu rasa macam 3 jam je sebab dah sabar dah nak main air ni. |
|
Yippie dah sampai. Rupanya Pulau Gili Trawangan ini pulau yang terakhir dari deretan pulau Gili. Dalam perjalanan tadi, kita akan melalui Pulau Gili Air dahulu, diikuti Pulau Gili Meno dan yang terakhir barulah Gili Trawangan. Laut memang cantik sangat!!! |
|
Sebaik sahaja bot mencecah pantai, kami terus bertemu Ehsan. Kami sudah lewat untuk jadual trip yang diaturkan olehnya. Ampun! HEhehehe... Nasib baik dia sudi lagi untuk menunggu.
Selepas membuat pembayaran iaitu IDR100k untuk island hoping, kami terus ke bot. Weee ini kali pertama naik bot yang ada lantai kaca ni (bottom glass bot). Kagum!!!!
Destinasi pertama adalah snorkelling port berhampiran dengan Gili Meno. Tempat yang pertama ni, sama ada aku mahupun Bibi, tak turun. Rasa cepat sangat pula nak turun air memandangkan kami pun masih berlelah-lelah lagi dalam perjalanan. Kata orang, nak main air jangan over excited!
Perhentian kedua adalah di kawasan penyu. Lama juga bersnorkelling kat sini. Di kawasan ini banyak terumbu yang dah mati, tapi aku berpeluang untuk melihat tiga ekor penyu di kawasan yang berlainan. |
|
Perhentian snorkelling yang terakhir adalah berhampiran dengan Gili Air (aku tak ingat nama port tu sebenarnya). Port snorkelling yang terakhir ini banyak terumbu yang berwarna-warni. Cantik kawasan terumbu kat sini dan agak luas.
Masa snorkelling kat sini, tengah aku betul-betulkan google, tiba-tiba rasa badan dipaut.
"Mbak, minta tolong mbak"
Aduh! Tolong? Parah ni! Mana gaya nak tolong orang? Aku lifejacket tak pakai, google pun tak betul lagi! Minah ni awat pegang aku nih?????
Mula-mula gagah lagi, sambil water trading sambil tangan aku dok melambai bot (dengan penuh pengharapan ada orang atas bot nampak, but wat da?? huh! jarak bot ngan aku masa tu 50m kot ), sambil panggil apa eh (dah lupa, tapi bukan jerit Tolong).
"Mbak, tolong saya mbak. Saya ngga bisa berenang"
Memang gilo! Apa kejadah ko turun air tak pakai lifejacket pastu sensorang lakssss...... Aku jua tidak bisa mbak! Cukup yakin untuk diri sendiri sahaja. Jadi, dalam sambil itu aku minta dia lepaskan aku juga. Dah tak larat nak melambai sambil bertrading. Drama sangat sebab kebetulan tak ada pula orang lain yang dekat-dekat dengan kami. Sebab dah tak tahan dan penat, sikit je lagi aku nak sepak minah tu. Nasib dia lepaskan aku juga akhirnya. Penat giler dowh dan aku pulak struggle lepas tu ambil nafas. Fuhhhhhhh tenang Nana (nama masa trip nih).. Tenang... Memang aku tak fikir dah pasal minah tu. Yang penting aku kena ambil nafas dulu. Dah ok, aku berenang ke bot.
Owhhh ok, betulla aku nampak minah tu cam naik bot dah sebab cam baju hijau yang dia pakai. Tempat dia sebelah aku kot. Tunjuk aku kat bf dia, tapi masa aku sampai dan duduk tak kata apa pun. Hai larrrr macam ni pun boleh???
|
|
Dah tengah hari, kami berhenti di Gili Air. Warna laut kat sini pun cun melecun. Kalau ikut hati, nak pula terjun laut kat sini tapi matahari dah kat atas kepala dan perut pun dah lapar. Banyak tenaga dah guna tadi!! Untuk pakej yang kami, memang tiada pakej makan tengah hari sekali. Jadi, masa berhenti kat sini, kenalah order makan sendiri. Aku order Barracuda Tuna steak sementara Bi order calamari Ala Romana katanya. Port makan betul-betul mengadap laut.
Tak mengapalah Bi, kita makan mewah sikit tengah hari ni ya! Harga makanan aku dan rata-rata yang lain adalah IDR40k dan ke atas dan minuman pelbagai harga. |
|
Sementara tunggu bot balik, sempat juga kami jalan-jalan di kawasan sekitar dan ambil gambar sekitar. Budak-budak ni bukan main lagi suka ya :D |
|
Dekat dengan Pulau Gili Air ini kebetulan ada sebuah bot layar yang memang mencengkam jiwa dan mata aku. Terus rasa nak ada sebiji kapal lanun sendiri (motip tetiber kapal lanun pulak?) Eee bestnya...... |
|
Trip island hopping sebenarnya setengah hari sahaja. Selesai, terus kami balik ke pejabat Ehsan untuk ambil beg. Sebelum tu, kami dapati tempat ni ada jual tiket bot laju terus ke Bali dan harga yang ditawarkan adalah murah iaitu IDR300k. Jimat banyak sangat masa untuk balik ke Bali tuh! #DailyPhotoWithLocal ~ Day2 |
|
Sambung borak-borak kat depan opis pulak sambil tunggu hujan sidang. Ehsan janji nak teman dan hantar kami ke penginapan kami. Amboiiiii..... Ececece. Suka plak gambo nih.... Ni rupa kalau senyum habis :D |
|
Petang tu, selepas berehat dan bersiap-siap, kami keluar semula. Rugi duduk dalam hotel lelama. Aku pun bukan nak siap sangat, takde baju nak pilih-pilih pun.. Recycle je baju yang pakai malam tadi. Masa balik hotel tu, kami cuba lagi dan bercakap dengan customer service Air Asia. Luggage aku diorang tak boleh hantar! Sekali lagi, menyirap lagi darah... Ater? Kena beli baju lagi?????? Kat tengah pulau shopping?????? Eeeeeeeeeeeeeeeeee..... 3 bakul kemarahan telah diluahkan kepada Air Asia Bali masa tuh.
Ya udeh, cari basikal yuk untuk jalan kat pulau. Biar jauh perjalanan dalam pulau. Kami dapat menyewa basikal dengan harga IDR25k/ sejam/ satu untuk petang tu. Sedang berkayuh dan membidik gambar, Ehsan tanya kat mana. Menjawablah aku sambil berbahasa basi manis gitew. Entah macam mana, Ehsan kata tunggu kat situ, dia datang dan ikut melihat sunset di hujung pulau.. Yeayyyy.... Kata Ehsan, murah sangat sewa basikal yang kami dapat! Untung... Hehehhee... Rezeki kami namanya tu :D |
|
Setelah berkayuh dalam lima belas ke dua puluh minit, kami sampai di lokasi melihat sunset. Wow! ada pantai cantik juga kat sini rupanya. Menurut Ehsan, dahulu ada resort di kawasan ini, tapi ditutup sebab agak jauh. |
|
Hey... matahari dah nak terbenam.. Kita letak basikal di sini sahaja. |
|
Walaupun tiada matahari bulat bak biskut dicecah ke dalam air, pemandangan dan suasana matahari terbenam di sunset point sangat cantik petang tu. Tenang dan nyaman. |
|
Sekitar-sekitar senja di Gili Trawangan sebelum kami pulang ke penginapan. Ehsan minta diri memandangkan ada urusan dan janji bersama keluarga. Jumpa esok pagi katanya lagi. |
|
Kami makan malam di kawasan pasar malam (di kawasan Pasar Seni). Di sini sahaja pilihan makan malam yang murah. Bajet makan malam kami pada malam ni IDR100k maksima. Hajat nak makan cumi bakar, dibatalkan memandangkan harga untuk seekor sotong sahaja sudah mencapat IDR75k, mak aiiiiii... Terus aku rindu dengan Karimunjawa! Sedapnya cumi bakar kat sana! |
|
Setelah dituai-tuai, maka lauk kami untuk malam itu ialah ikan bakar, dan cumi bakar selidi dengan nasi yang telah disertakan dengan 3 jenis lauk sayur. Kami juga membeli pancake satu sebab teringin... Hehehhee... Rupanya pancake sana, sama je macam apam balik kat tempat kita ni. Cuma isinya sahaja yang berbeza. |
Selepas makan malam, aku dan Bibi keluar masuk kedai untuk mencari pakaian aku untuk esok. Hurmmmmmm kacinggggggg........
10 comments:
Wow bot ada ceromin!
Gigihnya!
ya ALLAH! Cantek giler air laut kat gili island nih! terpaksa pergi nanti... jom cek tiket airasia wehhh! yukk kita!
mana lg menarik ? karimunjawa ke sini? klu sini lg menarik nak pergi gi gi gi gi....
Assallamualaikum,
Sangat cantek pantainya..
Mama Nadz sangat suka melihat gambar2 yang memberi rasa ingin pergi juga ke situ satu hari..melihat sedikit kelainan dari tempat sendiri.
henry fox ni musang bermisai ke? hahaha...
aku pingin bangat ke sini weii...cantiklahhh..eh btw brp harga g/house yg ko amik dgn ehsan ni? aku cari2 mcm tak jumpa plak infonya. makaseyyy
@Janggel/ Rain,
Gigih! First time naik bot camni! EKekekekeke.
@Henry Fox,
Cantik. Ni pun tak sempat habis ronda dalam kampung. :D
@Hang Dhamin,
Sebenar kena pergi sini dulu dari Karimunjawa. Apapun laut memang best kan!!! :D
@Mama Nadz,
Wa'alaikumsalam.
Mungkin ada rezeki ke sana nanti? Hihihi. Saya suka pulau ni. Terima kasih :D
@Fatt,
Penginapan belum masuk lagi.. Nanti aku story satu-satu tempat. Penginapan Bali, Lombok, Gili semua sendiri, tak pakai pakej.
Dengan Mas Adi, transport shaja. Dengan Ehsan, island hoping sahaja. Tataw la camner, lepas tu terus jadi kawan :D Hehehehe
Hello mmate nice post
Post a Comment