FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, February 4, 2013

LoMBoK : Tg RiNGGiT, PaNTai TaNGSi / SeBui / BaTu BuLoNG

#PeRHeNTiaN1 : LoMBoK!!

Kami selamat menjejakkan kaki di Pelabuhan Lembar, Lombok lebih kurang jam 8.00 pagi.  Bestnya sebab cuaca sangat ok!!  

Ready??? R U ready???  Yeahhhhh....  Lets Do It Bebeh!!!

Untuk hari ini kami sudah berjanji untuk berjumpa dan bersama-sama dengan seorang kawan baru yang kami kenali dari CouchSurfer kerana kebetulan beliau merupakan solo traveller yang juga mencari kawan berjimba-jimba dan berkongsi gas (biaya kenderaan untuk satu hari).

Pris, sahabat baru kami tiba jam 10.00 pagi. Jenuh juga kami tunggu di pelabuhan tu. Nasib baik ada tempat menunggu yang berhawa dingin untuk kami berehat.  Bi sempat juga dia salin-salin baju, sedang aku ni terpaksalah pakai je baju yang sama (cait!). Yang penting, muka dah basuh, gigi dah gosok, leh pakai bedak wangi-wangi.  Orang kat Lombok tak tahu pun aku pakai baju semalam! Hahahahahaa....  

Sementara tunggu Pris, kami sempat juga bersarapan di gerai yang berhampiran.  Nampak gayanya harus makan nasi berlauk pagi ni kerana semua gerai yang kami lalu, semuanya menawarkan makanan yang sama...  Jangan berangan nak cari roti goyang ke, telur setengah masak ke, apatah lagi berangan nak makan coq pisang (cekodok pisang!) hahaha. 

Ok ni sarapan pagi kami,  Nasi putih lauk tempe sambal dan telur goreng yang terlebih goreng...  Nasib baik ada kicap sedap! Hehehehhee... Harga sarapan kami pagi tu IDR14,000 untuk nasi kat atas ni dan 2 botol air soda. (syarat 7 hari : makanan tempatan sahaja)

Makcik ni empunya gerai makan sarapan.  Sukanya makcik ni masa nak bergambar dengan dia. #tugasan1 : #myDailyPhoto1 (with local u met)


HalloooooOoooo Pris!!! Comel je orangnya tapi tak berhenti-henti cakap! Ceria dan fun to be with.  Gambar ni kami ambil masa singgah untuk tapau makan tengah hari yang paling asli kat Lombok nih..    Mana rupanya?  Sat lagi naaaa.. #tugasan2 : fun with CS

TaNJuNG RiNGGiT, LoMBoK

Perjalanan ke Tanjung Ringgit mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Pelabuhan Lembar.  Walaupun kami menaiki kenderaan 4WD, tetapi keadaan jalan raya yang agak sesak dengan sepeda (motorsikal) dan kemudiannya jalan tanah (45 minit), memang akan mengambil masa yang panjang.

Tanjung Ringgit memang cantik!  Tak sia-sia perjalanan yang bukan main jauh masuk ke dalam tuh!  Sekali kalih ke sebelah kanan macam naga yang tengah menyudu air (eh menyudu ke?? macam itik plak?!).  Kalau kalih ke sebelah kiri, dah macam buaya yang melingkor pulak. Cantik melihat ombak memukul dinding bukit.  Cantik juga melihat laut biru berlawankan warna hijau subur rumput di atas bukit.  Cantik, tenang dan nyaman, walaupun masa ni matahari dok betul-betul atas kepala. Huhuuu...


Kepala naga yang comel....

Ni pula macam kepala buaya. Huahuahua...


Eh? Eh?!  Ok ni kami dengan Pris :D

Kenalkan Mas Adi dan juga Melong.  Mula-mula senyap, tapi sekali kena kacau?? Naaaaaaa habeslaaaaa tak berhenti-henti laks bercakap :D

PaNTai TaNGSi (PiNK BeaCH)

Selesai bergambar-gambar di Tanjung Ringgit, kami berpatah balik untuk ke simpang Pantai Tangsi atau lebih dikenali sebagai Pink Beach.  Keunikkan Pantai Tangsi ni kerana pasir pantainya yang berwarna pink.  Sumpah tak tipu!  Pris kumpul letak dalam botol buat kenangan, memang lagi jelas dan nyata pasir-pasir tu berwarna pink!  Bila diteliti, sebenarnya dibalik pasir-pasir berwarna merah coklat susu itu, terselit butir-butir pasir berwarna merah yang mungkin menyebabkan pasir di Pantai Tangsi kelihatan merah jambu. 


Keadaan pantai agak tenang kerana tidak terlalu ramai pengunjung dan tidak ada gangguan dari penjaja.

Pantai Tangsi atau lebih dikenali sebagai Pink Beach kerana pasirnya yang berwarna seakan-akan pink.

PaNTai SeBui, PuLaU BaTu BuLoNG, daN KawaSaN PeLiHaRaaN MuTiaRa


Dalam kami mengambil gambar, Pris dengan yakin masuk ke dalam sebuah bot sampan.  Ingatkan Pris nak ambil gambar, rupanya sangkaan kami meleset apabila Pris memanggil kami sekali untuk turut serta.  Katanya "Ayuh kita ke pusing ke Pantai Sebui dan Pantai / Pulau Batu Bulong".  Tercengang dengan pelawaan Pris, tapi kami menurut sahaja.  Well, why not????


Ok kat sini ada sebuah pulau, tapi kalau air pasang, pulau ni terus jadi macam dua buah pulau.  Mengikut pembawa bot, nanti kami akan berhenti singgah selepas berhenti makan di Pantai Sebui.. Wokey Pak! No problemo!

Lajak ke depan, tiba-tiba kami nampak terbentang serakan pelampung bola biru di tengah laut.  Wow!! Apakah???  Rupa-rupanya di sini terdapat ternakan perusahaan mutiara.  Owhhhh... macam ni rupanya!  Iyalah, kalau tak ditandakan, macam mana pula nak cari lepas nih...  Jadi, kalau ke Lombok ini, harus mutiara dibeli sebagai cenderahati..  Murah agaknya kat sini!.. Errrrr (tapi lupa pula nak beli! ciss)  


Sampai dah ke Pantai Sebui! Yeay!!!! Private beach sangat! Takde orang weiiii!!!! Thank you Pris sebab ajak datang sini..  Katanya kita berhenti makan tengah hari kat sini yuk!!


Ok ni kalau kaleh sebelah kanan pulak!  Memang komperem tak ada orang waktu kami pergi!  Gila ahhh macam mewah sangat... Ekekekekeke....  Kat bukit tu, ada sebuah gua yang bakal menjadi tempat kami berlindung... nanti ehhh cerita...


Wokeyy... ni bot sampan (??? betul ke namanya bot sampan? ekekeke).   Lebarnya cukuplah untuk duduk je..   Superb nengok warna laut :D

Yang tak tertunjuk lagi, ni haaaaa....  Betul-betul depan pantai.  Tiba-tiba ada border dan jenis tanah yang berlainan.  Dimaklumkan bahawa kawasan kat sini memang subur dan dijadikan kawasan pertanian.  Tanah  tengah lapang kerana dalam proses untuk tanaman semula.

Tanam jagung rupanya!  Cer tengok dalam bekas, tanam jagung merah eh????

Ini makan tengah hari kami.  Namanya Nasi Puyong iaitu makanan khas orang Sasak.  Menurut Mas Adi, kedai yang kami beli nasi ini adalah kedai asal dan terkenal di Lombok.  Nama kedai ni Chap Enaq Esun (Nasi Balap Puyong Asli) dan dibuka sejak dari tahun 1970. Nasi Puyong ini lauknya kacang tanah goreng, tempe, daging ayam yang rencik dan tak tahu apa yang pedas sesangat nasi nih.  Aku memang makan separuh je dan rasa mengelupor pedas!  

Sebenarnya makanan orang kat sini semuanya pedas-pedas.  Itulah Lombok! Cabe iaitu lada!  Huuuuuuuuuu nanges... pedas!  Tengok laks Bi dengan Pris, amboiiii sedap sungguh diorang makan!  Nasi ini kami beli dengan IDR10,000 / bungkus...  Murah nya!!!!!

*Lokasi kedai di Desa Lingkun Daye Dusun Puyung Lombok tengah

Masa makan ni, sedap-sedap makan tepi pantai ngadap laut, tiba-tiba hujan turun... Mak aiiiiiii.... mau banjir nasi kitaorang nih..  Aku?? Mahu jugaklah basah!  Tukang bot lantas syor supaya berteduh dalam gua yang letaknya hampir seratus meter dari tempat kami makan..  Kelakar bila terpaksa pegang penjuru bekas nasik, jinjit sambil berlari dalam hujan..  Dah masuk dalam gua, sambung lagi makan~

Gambar dari dalam gua

Dah makan, Pris sempat lagi mandi kat Pantai Sebui nih.  Aku dan Bi tengok je sebab tak ready.. Walaumacammanapun, akhirnya kami masuk juga laut mandi  guling-guling di Pantai Batu Bulong memandangkan baju kami pun dah lencun mandi air hujan... Ye pasrah! Tapi SUKA! Ekekekeke #drama


RuMaH ADaT SaSaK DaDe Hurmmmm terpaksa cancel memandangkan kami terlalu lama menghabiskan masa di Sebui dan Batu Bulong..  Tak tercapailah cita-cita nampaknya.


MaJLiS KaHWiN - NoNGKoLaN

Dalam perjalanan pulang ke Senggigi, kami terserempak dengan keraimaian.  Mula-mula nampak orang main muzik, kemudian pemuda menari-nari sebelum nampak remaja-remaja perempuan beratur sambil berarak.  Yang terakhir barulah nampak pengantin.  Mas Adi, lantas mengusulkan kami berhenti dan mengambil gambar.

Waktu ini aku agak luar kawalan, ke sana sini ambil gambar sampai terlupa Pris dan Bi.  Nasib baik Melong ikut aku dan teman. Hehehehehe.... Tetiba ada #bodyguard1 (caner tuh?)

Mas Adi kata nahhhh DAJAL iaitu Da = Dangdut, Jal = Jalananan. Ekekekeke

Sebahagian gambar dari nongkolan.  Jika ada kesempatan, nanti dimasukkan lagi :D


MaKaN MaLaM : AYaM TaLiWaNG

Satu lagi makanan terkenal di Lombok dan mesti cuba ialah ayam taliwang.  Harus cuba ok! Untuk malam tu, kami berhenti makan di Lesehan Taliwang Irama yang terletak di JI Ade Irma Suryani, Chakranegara, Lombok.  Ramai juga orang datang makan di sini termasuklah rombongan dari mana entah! ekekeke.

Nasib baik tak pedas! Hehehehe... Jumlah makan malam kami IDR176,000/ dinner (IDR51,000/ mine). 


Ayam bakar taliwang, pecel dan sambal terung. Ayuh dicuba!!  

#DRaMa 2 : KiSaH BaGaSi AiR ASia

Selepas makan malam dan mengikut Pris membeli ole-ole (souvenier), kami pulang ke Senggigi. Terus kami check-in di rumah rehat.  Perkara yang pertama yang kami tanya di kaunter "Ada tak bagasi dihantar ke sini?" .  Jawab receptionist "TAK ADA!".

Ok! PITAM!  Terus kami membuat panggilan ke nombor yang diberikan dalam report.  Macam haremmmmmmm sebab katanya beg telah ditemui.  Tersasar ke Medan katanya!  Dem!  Jadinya kenapa masih belum dihantar????? Akan dihantar. Akan dihantar seperti alamat diberikan katanya.  Hari ini sudah tidak sempat.  Esok jam 7 pagi akan dihantar ke Lombok.  Ok! Pukul 7!  Pukul 7 beg sampai atau pukul 7 baru gerak?  Pukul 7 gerak.. Perghhh panas!!!!  Aku tak de baju dowhhhhh.....  Masa ni dah dekat pukul sepuluh malam dah.  Terus aku serah telefon pada Pris... Naaaaaaaa ambil kaw kena basuh kaw2...  Compensation?  Tak ada katanya! TuTtTtttTtTttttt....... Panas muka!!!

Makanya terpaksalah aku pergi mencari pakaian, paling tidak untuk tidur malam ni dan sekaligus untuk dipakai esok.  Untuk orang macam aku ni sah-sah susah cari baju..  Eeeeeee s3&6# sangat!!  Nasib Mas Adi dan Melong masih sudi menunggu dan teman aku dan Bi.

Hasishhhhhhh jom tido! Nyampasssssss..

*Bayaran kereta = IDR 400,000/ day (tambahan IDR50,000 untuk bot keliling pulau - thank you Pris belanja!)

6 comments:

Naramas Aman said...

Salam,
Cantiklah Tanjung Ringgit, Pantai Pink tu dan pantai-pantai yang lain.

Tanjung bentuk buaya tu memang sebijik :)


Tak lama lagi saya pun nak ke Lombok :)

Baguslah dapat kawan cenggitu.

Hadramawt Kingdom said...

suka tengok gambar2nya..memang skill la photographernya.hee. Tengok private beach yg cantik membiru tu, teringin nak pegi sana.jeles!:P

Kak Mahh said...

Memang betul....kata kawan akak Lombok memang cantik.

Unknown said...

cantiknya Lombok!

Fatt said...

sana drama, sini drama...sabo jelah...hehehe..eh klu beli insuran dorg compensate tak?

hambui hambui (azwan ali sangat)..kok nya cowok berdua itu untuk sorang satu yah? hikhikhik....ko jgn mas, aku tak sanggup nk naik kapal tobang pastu naik sampan sbb nak pegi kenduri ko...hahaha :D

anyway aku suka coverage ko kat sini, at least aku dapat idea skit utk future plan (future plan katanyaaa) :P

masMZ KaKiJaLaN said...

@Fatt,

Alahaii... aku asyik lupa jer nak check. Kalau ikut orang customer service tu kata tak ada, tapi finally nak bagi IDR130k jer tapi kena amek kat airport.. Cait, tu lepas beli yang ehem jerrrr kalau dah masuk pulau tuh... Hanginnnnnn....

Cowok aku kat Gili! Ekekekeke... yang dua orang ni untuk Pris dengan Bi, ekekekekeke....

Gitewwww.... Future plan sangat!!! Ekekekekeke