FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, February 2, 2013

PeRHeNTiaN 1 : KL - DeNPaSaR - LoMBoK

Assalamualaikum dan Salam Jom Pi Jalan :D

Mari hari ni nak kongsi cerita yang paling baru.. Yang peram, kita peram lagi.  Katanya “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”… Hurmmmm kita biorkan entri2 yang terperam tu jadi pekasam dulu erk!!

Ok, mesti dah perasan dalam entri aku sebelum ni mengenai Bibi Dan Nana Dalam 7 Hari.  Teruja dak???? I is EKSAITED nak kongsi nih, jadi aku akan paksa korang untuk EKSAITED ikut siri Bibi Dan Nana Dalam 7 Hari ni jugak ß ada paksaan di situ.

Siapa Bibi? Siapa Nana?  Tak ke nama baru je muncul dalam KaKi JaLaN nih?  Ngada je kan?!! Watak BiBi dari Byya the Anatomy TraVeLLeR (blog bersarang berkapang dah weiiii...) dan tetiber aku first time guna nama NaNa sebab nak bagi sama dengan miss B (ie. tetiber terjadi BiBi plaks).  Kami sebenarnya baru saja balik dari trip pindah randah selama 7 hari berturutan melalui jalan darat dan laut silih berganti (dengan pengabaian trip kapal terbang dari Kuala Lumpur) di Indonesia.  Perjalanan kami melibatkan Bali – Lombok – Gili – Bali – Ijen – Bromo – Surabaya dan diselitkan dengan beberapa misi, tugasan dan tema-tema untuk dilaksanakan.. Gitukan… Overst!!  Meminjam tagline Janggel “Demi Keriangan Berganda” kekdahnya. Weeeeeeeee :D

Day 1 :   The Journeys Begins (KL - Denpasar - Lombok)

#Drama1
Pada hari perjalanan, aku kena attend mesyuarat di Ibu Pejabat di Putrajaya.  Mesyuarat sampai petang tapi haruslah aku mengaku, aku hilang setelah tiga per-empat perjalanan mesyuarat walaupun cita-cita sebenar nak datang separuh perjalanan je.  Hampeh sebab Enchek Bos tak bagi pelepasan dan suruh tunggu.. Ooiii mak aiii macam orang giler aku dalam bilik mesorat tu sebab beg aku pun tak siap lagi.  Makanya, belum apa-apa lagi dah ada drama kan..  Sebaik saja dapat cabut, balik rumah, pack mana yang sempat jer lepas tu terus keluar.  Fuhhh nasib baik sempat dan yang penting jugak nasib baik sempat tapau beger MacD sebelum masuk boarding hall.  Memang tahap kebulur gilerrrrr.

#Drama2
Perjalanan dari KL ke Denpasar (Bali) mengambil masa lebih kurang 2 setengah jam. Kami tiba di sana menghampiri tengah malam.  #Drama 2 telah terjadi tanpa dugaan!  BAGASI aku tak ada! TAK ADA! Dan diulangi TAK ADA!  Hadoiiiiiiiiii memang macam *^$$#% laaaaaaa sebab aku bukan duduk kat Bali nih je! Aku nak  gerak!  Terus buat report bagasi di Customer Service Air Asia Denpasar.  Katanya akan dicari dan akan hubungi aku nanti.  Janjinya juga bagasi aku akan dihantar kepada aku sebaik sahaja dikesan.  Keywordnya AKAN DIHANTAR SEBAIK SAHAJA DIKESAN KE TEMPAT ALAMAT YANG AKU TINGGALKAN DALAM LAPORAN.  Oleh kerana aku akan berpindah randah, maka 2 alamat bagi 2 hari yang berikutnya aku tinggalkan. IYA KATANYA AKAN DIHANTAR KE ALAMAT TERSEBUT.  Katanya juga AKAN HUBUNGI MBAK UNTUK MAKLUM STATUS*sila ikut cerita Bagasi dan Janji Customer Service Air Asia aku sepanjang beberapa yang akan datang ni.  Memang macam #%^&(&^*%&

Pasrah dan redho buat hari yang pertama.  Yang ada di dalam beg di tangan, hanya kamera, buku catatan, sabun pencuci muka serta berus gigi, telekung dan 2 helai disposal (yang kebetulan mimpi apa ntah masuk dalam beg kecik tuh).  Berkelana sungguhlah aku ni.  Esok  nak pergi main air, apa kes????  Tupis???? #Denggg

Keluar dari Balai Ketibaan, Pak Nur sudah sedia menunggu.  Risau dah agaknya sebab orang lain dah lama dah keluar.   Pak Nur akan menghantar kami ke Padang Bai yang letaknya lebih kurang satu jam lebih dari lapangan terbang.  Kami memang sengaja mencari supir untuk membawa kami terus pada malam itu juga bagi menjimatkan masa perjalanan.  Kalau ada yang sanggup tunggu ke pagi (paling awal jam 6) dan mahu lebih jimat, ada juga servis bas dari airport ke Padang Bai dengan harga IDR60,000 / orang sahaja.  Untuk Pak Nur, kami membayar harga IDR250,000 satu kereta.

Menghampiri jam 2 pagi, kami selamat tiba di Pelabuhan Padang Bai.  Kalau tengok mula-mula memang macam sunyi.  Terus kami ditemani oleh Pak Nur ke kaunter tiket di dalam.  Harga tiket feri adalah IDR36,000 seorang dan perkhidmatan feri adalah setiap  jam.  Keluar dari kaunter beli tiket menghala ke feri, barulah Nampak berapa ramainya manusia.  Giler seram sebab nampak semua macam lelaki je…  Mungkin ok kot tapi sebab hanya kami berdua dan waktu pun di tengah malam, maka ada sedikit bias.  Kalau kat Malaysia, orang menunggu bot pun memang ramaikan?!

Masa masuk ke feri, kami adalah orang yang pertama sekali masuk.  Awal-awal, di pintu guard kami sudah minta Pak Nur tanyakan bilik untuk tidur.  Kalau 5 jam baiklah ambil sahaja bilik krew kabin tu, murah je kot..  Malam tu kami dapat IDR70,000 / bilik dengan 2 katil (bertingkat) yang kecil.  Terus je setuju dan aku rasa tak payahlah nak tawar-tawar.  Kalau harga letaknya tinggi sikit pun, aku cadangkan ambil sahaja sebab biliknya limited banget.  5 jam ok nak dok dalam feri tuh!!

Nota feri : 
Ada tandas di luar dan juga mussola yang bersih.
Panas tu memang tak dapat nak dielakkan (unless orang duduk kat luar/ tempat open).
Ada café, televisyen (siaran Indonesia) dan juga ada kawasan di belakang yang boleh ditempah alas tidur (tapi baring kat tempat yang open dan berjemaah dengan penumpang-penumpang lain).



Kami tiba di Padang Bai  menghampiri jam 1 setengah.  Masa mula-mula sampai tengok keadaan sunyi je kat parking lot.  Kalau dah masuk dalam punyalah ramai orang menunggu untuk naik ke feri.  Ehehehehe Yeaayyyy dah nak naik feri!!  Kebetulan waktu kami sampai, feri sudah ada dan agak bergerak.  Jam 2 pagi masa ni dan kami adalah penumpang yang pertama masuk ke dalam feri malam pagi tu.  Saiz kapal ni lebih kurang macam kapal titanic ishkkk feri pi Pulau Pinang, tapi feri ni ada 3 tingkat.  Yang pertama untuk kenderaan (lori-lori pun ada), yang kedua tempat penumpang termasuk tempat baring (sewa alas), open deck seater, ruang menonton, tandas, mussola dan jualan.  Tingkat yang paling atas, kabin krew dan juga tempat memandu (navigation)

Keadaan dalam feri.  Yang ada tilam-tilam tu (alas) boleh buat lapik tidur tapi tempatnya memang open la kalao nak tergolek gelantang pun... Mak tak sanggup nokssss....  Kemudahan toilet dengan mussola bersih.
 
Feri parking kat tengah laut lagi sementara menunggu giliran / kebenaran untuk berlabuh jam 7.15 pagi.. Haaaa mana kitaorang tahu??? Lepak dengan kapten feri gitewwww...

Jom! Nak try bawak tak???? HEhehehe...

Keadaan di pelabuhan Lembar

Ok! bukan feri ni yang kitaorang naik.  Feri kami feri umum (public ferry) yang rupanya tak langsung gah macam feri dalam gambar nih

Boring-boring layan gambar atas feri dulu... owhhh kat luar nih rupanya ada juga mamat-mamat yang tidur.  Malam tadi, lepas masuk je bilik, memang kami tak jenguk luar dah... Hahahaah

Naaaaahhhhh jejaka-jejaka Lombok.

Setelah 5 jam berada di atas feri, akhirnya kami selamat tiba di #Perhentian pertama kami LOMBOK!!!! Landing time at 7.45 pagi.  Yeahhhhh JoM! JoM! JoM!!!!!!!!!!  Nak jumpa kawan baru juga katanya! Siapa??? Tunggu.... Ekekekekeke.... Weeeeee life is on da move!!!! 

Tunggu lagi ehhh???? Hhehhee. Sedaya upaya akan cuba habiskan Siri Bibi dan Nana 7-7-7 secepat mungkin. PROMISE :D

12 comments:

Kak Mahh said...

5 jam dengan feri.....muntah lah Abe Mat kalau ikut trip ni.

Anash said...

wah...
best trip kalli nih nampak?
hehehe...
(ketepikan masalah beg ke tempat lain itu)

Unknown said...

Tak sabor nk tgk gmbor ko ngn 2 pis hehehe..

Aku Seorang Pengembara said...

Salam Yong

boleh lak tidor lena tanpa beg yer ? cekal sungguh....

Biqque said...

huyuh menakutkan je beg takde! sbb tu aku tak penah check-in luggage, harus ku gendong sekali.

bagus la ek feri dia toilet n musolla bersih.

ha cepat sambung!

masMZ KaKiJaLaN said...

@Kak Mah,

Ehehehehe... Ada juga option lain selain feri umum ini. Boleh naik bot laju dan kapal terbang terus ke Lombok :D

Kebetulan kami sampai malam dan punya masa yang sesuai untuk menggunakan pilihan ni. Hehehehe.

masMZ KaKiJaLaN said...

@K.Anash,

Best!! Best!! Masalah beg tak dapat menghalang percutian kami kekdahnya :D

masMZ KaKiJaLaN said...

@Chawanna,

Hehamboiiiiiiiii..... rahsiyerrrrr.... nanti blog ni jadi 18sx laksssssss.... huahuahua

masMZ KaKiJaLaN said...

@Aku Seorang Pengembara,

Kak Yong, malam tu dah penat sangat... Bila teringat beg dengan macam mana nak beraktiviti ayor esok, memang sedih yakmats... Maklumla jadual pack.. Kalau nak jumpa beg tu mesti malam esok bila dah balik hotel. sob. sob.. saya pasrah.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Biqque,

yerr ker??? alaaaaaa.... biasakan kendong 2 beg, terpaksa juga letak 1 kat bawah nuh.... Eeeeeee nyampas sangat!!!

aip aipppp dah sambung dah :D YeaYyy

Fatt said...

rasa nk book tiket pi bali plakkkk...ko saja kan mas!! :)

ko tak rasa mabok2 ke waktu naik feri ni? aku pnh rasa naik kapal yg besar jgkla..masa tu cross straits cook between north & south island nz..mabuk jgklah sbb laju rupanya kapal tu berlayar

masMZ KaKiJaLaN said...

@Fatt,

Ekekekeke... Ok je! Cepat beli tiket ngan rasa tido dalam kabin anak kapal nih... Tiba2 rasa macam real nyer anak kapal giteew.

Kalao nak naik feri ni, pada pendapat aku malam oklah sebab leh tidur, jimat masa dan masuk sekali penginapan (kononnya macam penginapan lar). Kalau naik siang, memang tak berbaloi... Masa tu penting yakmatsss.

Tak mabuk, tapi bila terjaga memalam tu nebes jugaklah sebab kekadang terasa juga beralun dia...