FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, January 31, 2013

MiSi IPoH PaRT 5 : THE LaST DReDGe (KaPaL KoReK BiJeH TiMaH) iN TaNJuNG TuaLaNG serta iTiK PuLaNG PeTaNG

Assalamualaikum, Salam jom pi jalan dan Salam Tahun Melawat Perak 2012 (promo akhir tahun)

Ok... sambung balik dalam minggu Mencari Hidden Gem di Ipoh...  ini entri terakhir untuk pakej percutian dua hari di Ipoh bersama Byya, Maszuber dan John kaedahnya...  Macam mana aku leh jadi agen pelancongan ni pun tak pasti.. #drama

Entri dahulu baca dari sini 

Selepas menikmati keindahan alam semulajadi gua batu kapur terpanjang di Malaysia iaitu Gua Tempurung, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Tualang melalui pekan Malim Nawar.  Berkobar-kobar rasanya nak melihat satu lagi tempat menarik di negeri Perak iaitu Warisan Kapal Korek Bijih Timah.  Almaklumlah, lembah Kinta ni dulunya kan terkenal dengan lombong bijih timah...  Haruslah tengok mana-mana tinggallan selain dari kawasan-kawasan lombong tu je kan????  Rupa kapal korek camne??? Pernah tengok? Pernah tengok? Tak pernah?? Ok, aku pun tak pernah!! Kita sama!

Jomssss....  Melawat Perak 2012 katanya kan??? Moh kita ke sane sana.


The Last Dredge aka Warisan Kapak Korek Bijeh Timah terakhir terletak di Km 9, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak.  Kalau dari pekan Ipoh lebih mudah ikut Jalan Taman Herba / Clearwater Santuary kemudian terus sampailah ke simpang Nasi Lemak Ayam Golek atau kalau dari Gua Tempurung,  bila dah jalan besar belok kiri sampailah trafik light tunjuk arah Malim Nawar, haaaa masuk le kat situ jalan terus sampai nampak simpang ke Batu Gajah sebelah kanan, pastu kompom jumpa...  Ishkkkk nanti aku cuba wat peta sebab dalam goole map tak dapat nak jumpa lakssss...

Tempat ini dibuka untuk lawatan dari jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 6.00 petang.  Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM6/- bagi dewasa (untuk budak-budak lupa pula nak tanya).  Tempat parking ada disediakan di luar kawasan kapal korek ni dan percuma.

Selain dari kapal korek, ada juga pusat penerangan betul-betul kat pintu pagar.  Malangnya kami tak sempat nak masuk memandangkan tiba di kawasan tersebut agak lewat.  Cukup-cukup untuk pusing kapal dan bergambar.  Walaubagaimanapun.... jeng jeng jengggg...... kena baca sampai habis dulu.... *evil laugh*

Rupanya kapal korek ni sangat besar!  Kalau nak diibaratkan, masa aku duduk ambil gambar, bak memandang raksaksa gitu.  Kalau tetiber kapal korek ni bertukar jadi transformer ke raksaksa ke, aku lar yang akan bertukar menjadi otomen.

Masih lagi kagum melihat kapal korek Tanjung Tualang kat depan mata ni.  Raksaksa besi sedang berehat! Shhhhhhh dendiamm... Dendiam....

ok. ok gambar last dari port sini!  Hish tak tahu aku ni belah depan ke belah belakang sebenarnya..

Ok ni dari arah lagi satu....  Masa ni dah nak senja dah..



Agaknya ni tempat bijeh tu disalurkan keluar ke tempat memproses ke tempat pengumpulan kot?  Eee nyesal laks tak pergi kat pusat penerangan tu.

Kalau nak kata besar tak besarnya setiap penyedok tu, aku pun leh duduk bertenggung dalam tu taw!


Jom kita intai kat dalam pula.  Dah sampai mestilah masuk dalam kapal ni, baru berbaloi bayar harga tiket.  Kalau setakat boleh pusing-pusing kat luar, memang aku tuntut balik duit tiket tu..  Hehehe...

Kapal ni sebenarnya dua tingkat, tapi masa kami datang, hanya tingkat bawah sahaja yang dibuka sebab tingkat atas masih lagi dalam pemulihan.

Haaaa ada pun gambar sikit tunjuk  kapal ini dua tingkat... Dari bacaan internet aku, dalam kapal ni ada ruang rehat, ruang makan dan ruang tidur.  Mungkin ruang-ruang tersebut terletak di bahagian atas?  Kena pergi balik semula bila dah sedia dibuka pada orang awam nanti :D






Sebenarnya aku berharap kat dalam kapal korek ini diletakkan maklumat-maklumat dengan peralatan dan sekian-sekian tempat di dalam bahagian kapal ini apa dia.  Masuk dalam kapal ni memang impress, menarik tertarik tapi sayang tak tahu alat ini untuk apa, alat itu untuk apa.

Memandangkan kapal korek ini masih lagi dalam proses naik taraf / baikpulih, maka memang aku haraplah  nota-nota ringkas ditampal atau diletakkan di kawasan tersebut.

Hurmmm tetiba baru perasan tak banyak ambil gambar dalam ni... Ekekeke... Maksudnya, memang korang kena pergi sini dan tengok sendiri letew... Moh ke Perak!! 

Ok sebelum keluar dari kawasan ini, kami terserempak dengan pekerja yang menjaga tempat ini.  Amboi sedap dia menjala, nak sedia untuk makan malam agaknya.  Sekali tebar ikan penuh jala!!  Tebar lagi penuh jala.  Yang besar dia ambil yang kecil dilepaskan kembali ke dalam tasik.  Tak ada niat pun kami nak minta, cuma dalam perjalanan keluar, bak itik pulang petang dah gelap baru nak balik, nampak dia dah sedia nak siang ikan, tergatal pula mulut kami "Boleh bagi tak?" Kuang kuang kuang....


Alhamdulillah rezeki....  Makan ikan goreng cicah kicap cili kami malam tu sambil berborak sakan membuat penggulungan percutian 2 hari 1 malam di Ipoh ni. 



Esoknya selepas sarapan lori tepi longkang (tapi memang sumpah ni lori peberet aku),  tamatlah percutian 2 hari 1 malam di #negaraEeypoh... :D 


Moh le ke Perak... Tahun Melawat Perak 2012 dah sampai ke penghujung sambutan dah nih...  Tahun depan aku nak pi khatam tempat lain lakssss... Hahhahaha..... Jom!!
Post a Comment