FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, March 10, 2013

MITCBA 2013 : KeRaNa SeMua PuN aDaLaH PeMeNaNG

Haluuuu... Salam hujung minggu... Salam Satu Malaysia... Salam korang g mana cuti nih (ahaksss! Ok soalan akhir tu soalan menyebok sangat!!)

Kengkawan di KaKi JaLaN, kalau korang dah baca entri-entri sebelum ni mesti dah perasan pasal event Malaysia International Tourism Blogger Conference and Awards 2013 (MITCBA 2013) nih...  Korang pergi tak??? Awat takdak orang tegur cheq pun?????

Yeayyyy....  Blog KaKi JaLaN akhirnya telah berjaya memenangi kategori best Tourism Cultural Blog.  Buat semua yang mengundi dan menyokong blog KaKi JaLaN, TERIMA KASIH banyak daun keladi.  Tahun depan jangan lupa calonkan dan undi lagi yerr... Motif sangatkan?!  Apapun memang terharulah pada semua yang sudi mengundi..  Touching taw sebab ada yang siap watkan promo lagi... Ni belum kira drama-drama pejabat lagi nihhh... Terima kasih sekali lagi :D

Terima kasih dan sekalung tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Kementerian Pelancongan Malaysia dan penganjur bersama iaitu Social Media Chambers Malaysia kerana telah berjaya menganjurkan acara ini buat kali kedua dan besarlah harapan aku acara ini akan akhirnya menjadi acara tahunan.  Untuk aku secara peribadinya, acara seperti ini amat baik digunakan sebagai platform penjalinhubungan di kalangan para bloggers dan juga Tourism Malaysia.

Tahniah juga kepada semua blogger yang berjaya dicalonkan dan juga yang mencalonkan diri.  Tahniah kepada yang menjadi finalis dan tahniah juga kepada semua yang dianugerahkan sebagai pemenang.  Kita semua pun pemenang okaysssss.....  Jom support Cuti-Cuti Malaysia.  Jom teruskan berblogging.  Jom teruskan berkongsi.

Tahniah kepada semua geng TravelholicAwesome yang berjaya juga menerima anugerah pada malam tersebut... Siapa? Siapa?

Best Tourism Photography /Art Blog

Chawanna ( blueewoke09.blogspot.com )



Best Tourism Destination Blog

Biqque ( biqque.blogspot.com )



Best Tourism Culture Blog

MasMZ ( masmz.blogspot.com )



Best Tourism Blog Of The Year




Best Eco-Tourism Blog 


Best Tourism Micro Blogger Of The Year


Bagi pemenang bagi kategori-kategori lain yang pula.....


Best Tourism Entertainment Blog

Best Tourism Lifestyle Blog

Best Tourism Shopping Blog

Best Tourism Travel Blog

Best Toursim Fashion Blog 

Best Tourism Healthcare Blog
  
Best Fabolous Food 1 Malaysia Blog


Best Expat MM2H Blog 

Best Homestay Blog
www.terataihomestay.blogspot.com )


Best Social Media Tourism Blog of The Year
www.seduniatravel.com/blog )


Jom kita layan gambar-gambar pula (gambar-gambar dari Hang Dhamin, Kaki Berangan dan juga dari Twitter @MITBCA2013)
 
Posing masa mula-mula sampai.  Muka memasing senyum sampai telinga, tapi dalam hati tak tahu debarnya macam mana.  Dari kiri Chawanna, Janggel, John, masMZ dan Biqque with turban!

Para penerima anugearah bergambar dengan Menteri Pelancongan Malaysia YB. Dato' Seri Ng Yen Yen.  Terdapat 16 kategori anugerah blog pelancongan yang dipertandingkan.  Mari senyum lebar-lebar :D

Ok... ini aksi terlupa diri atas pentas sekejap!  Mana Biqque??? hahaha...  Gila overst, walhal YB Menteri dah turun bawah dahhh... Udah-udah le weiii
 
#teamIndia katanya Jothi, Jehan dan Johnny.  Tahun depan kita suh #tansreecoco masuk, pastu kita posing #teamCruise pulak eh???

Ok meh kita posing dengan Hang Dhamin pula.. Segan-segan katanya nak datang... Aipppppp cait!!!  Thanks ambilkan gambar.  Tahniah juga sebab dapat jadi finalist.  Tahun depan cuba lagi erk! :D

Me with Byya dan #tansreecoco Anash.

Me, Janggel dan his cuz.  Dah lama baru dapat jumpa balik.  Lenkali kita outing together-together lagi deh! :D

ok ni aksi bukan memuja award yer... EKekekeke...  Ni aksi menjampi piala jadi bangunan KLCC katanya.

Family Travelholicawesome..  Dah berbulan-bulan tak dapat kumpul ramai-ramai macam ni, cukup korum.  Tak ada dalam gambar masa ni Byya dan Lily yang dok menyembang kat dalam hall dan Shahrol yang dok ngambil gambar ni jugak.

Naaaa meh posing lagi, Lily dan Byya dah keluar.  Hurmmm Chawanna dan keluarga bahagia Ely larr pulak dah balik.  Sama-sama dalam gambar Fida Jacob yang menang kategori Best Tourism Fashion Blog. [JaNGGeL l Janggeltrekker's LiFe :: Maszuber l JouRNeY oF LiFE :: Byya l Traveller Anatomy :: Lily Riani l Globetrotter :: masMZ l KaKiJaLaN :: Fida Jacob ::  Biqque l BeaUTY iN DaRKNeSS :: #tansreecoco l ANaSH CoCoNuTZ :: DaN aRiF l FRoM MaLaYsia To THe WoRLD :: JoHN l KaKi BeRaNGaN]

Ya udeh.... Jom balik!!!  Thanks Maszuber datang jejauh...
 
Yang dibawa balik, dasar matanya hanya ini sahaja.  Yang tidak nampak, sangat besar dan lebih tinggi nilainya.  Terima kasih sekali lagi buat semua yang sudi menyokong dan mengundi.  Terima kasih juga kepada MoTours dan Social Media Chambers Malaysia.  Terima kasih juga kepada semua yang menyertai di MITCBA dan yang menyokong cuti-cuti Malaysia.... Jom Sungai Besar.... Hahahaha tetiber....

Last but not least, sila jangan pitam ngan gambar perasan aku nih... Kat luar tobat rupa aku memang bukan macam nih, hahahaha. bagilah aku persan jap (akuikui) Bak retis sangat setelah dipakaikan bulu mata Rozita Che Wan dan tepung gandum bedak import  tanah seberang oleh kawan aku Effa sampai pipi pun dah jadi bak putih telur rebus (dari jauh).  Pestaim make-up glamer-glamer cenggini... 


Selamat menghabiskan hujung minggu :D


Post a Comment