HaLuuu....
Salam Satu Malaysia.... Salam Jom Pi Jalan, JOM!!!!
Dah 3 9 haribulan rupanya... Macam semalam je aku habiskan malam dan pagi di kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Gigih!! Memang lain macam aku sambut Merdeka tahun ni.
Malam merdeka kalau ikut perancangan asal sebenarnya menanti dengan penuh debar nak jumpa sorang kawan ni yang katanya dari hometown nak ke Kolumpo... Dek bahana jalan raya di seluruh pelusuk negeri, maka pertemuan itu pun telah dibatalkan dan dengan cepatnya terganti dek benda lain... Ada sorang sahabat ni, tiba-tiba ajak ikut dia dan kawan-kawan buat program #feedthehomeless. Hurmmmm pertama kali la aku dengar pasal program ni... Tapi sebenarnya dah lama dah ada, aku je kot yang tak sedar. Program ini dibuat secara sukarela oleh beberapa individu dan ada dua tiga kumpulan yang aktif buat kerja-kerja ni..
Katanya,
Katanya,
"Mas, jom ikut bergelendangan"
"Hah??? Hahaha biar betul?"
"Jommmm......"
Malam merdeka, mujur lrt dilanjutkan tempoh sampai jam 2 pagi. Terus naik lrt sampai Masjid Jamek. Muka dengan malu-malu kucing teruslah menyapa beberapa orang yang aku rasa dari kumpulan sukarela tu... Kawan aku pula tak sampai-sampai lagi.... haisss ai shyyyy..... hahahahaha #drama
Apapun, dari aktiviti malam tu... semasa berjalan dan mengedarkan makanan kepada orang-orang gelendangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, aku rasa debar. Ya debar... sebab masuk ke tempat-tempat yang bolehlah dikira sebagai agak sepi... Tak pasti pun yang duduk bawah selimut-selimut guni, selimut-selimut kotak itu orangnya yang bagaimana... Cuma masa itu, aku pegang pada niat dan semoga urusan dipermudahkan.
Kalau diikutkan program sebenar, diorang bukan setakat edarkan makanan tetapi ada juga dibuat tayangan video (pakai projektor) dan juga sesi berkongsi cerita. Dah selesai semua, maka yang sukarela ni akan dibahagi-bahagi kumpulan untuk hantar makanan ke 'port-port' gelandangan ni.. Baru aku tahu rupanya diorang ni (gelandangan), tidur secara berjemaah juga. Kalau satu tempat tu ada, maka bercampurlah diorang... Ada yang tempatan, ada yang asing, campur...
Esok paginya, aku bersama Kaki Berangan (Henry Fox - nama buat masa ni, hahaha) dan Janggeltrekker ke Dataran Merdeka pula. Pertama kali bersesak-sesak nak tengok perbarisan Hari Merdeka secara 'live'. Sebab aku lambat sampai (dek malam tadi pun, pukul 3 baru nak sampai rumah... huuuu zzzzz), maka aku duduk jauh dari diorang berdua yang ceritanya duduk bertentangan dengan khemah Agung... Uiiiii untungla.... Jadinya, kat sini nak kongsi beberapa keping gambar yang untuk tatapan. Pagi merdeka, selain dengan gembira dan bersentuh hati menyanyikan lagu NegaraKu, wajah-wajah kecil yang berada disekeliling lebih menarik tumpuan lensa ku.
Terkenang, wajah yang ku lihat malam tadi. Harapanku, agar kita semua kekal merdeka walau dalam apa jua aspek yang terlintas di minda.

Dekat pukul sebelas baru nak keluar!!
Tempat bertanggak sebelum membuat edaran. |
Huwarkhhhh awalnya nak kena pi Dataran... Biasanya celik mata, tak yah mandi pun dah leh tengok perarakan Hari Merdeka kat televisyen!! |
Nak cari Henry Fox ngan Janggel memang taklah.... Mana nak ku redahkan orang yang dah ber'lapis-lapis' depan dataran tu.... |
Dah boring depan dataran, tukar port depan DBKL pula.. Baru puas dapat tengok dekat-dekat. |
Selepas perarakan kereta berhias, ada pancaragam... |
Yang hensem-hensem ini, pengawal istana |
Polis trafik wanita... Wahhh ramainya... Bangga aku! Lagi bangga, kalau aku leh cuba bawa motor besar nih :D |
Saja nak 'try' 'test' tengok kasut berkilat dak |
Semasa nyanyian Lagu NegaraKu... Semangat woooo nyanyi.... Dah sudah nyanyi, ada bedilan meriam pula :D |
Dan, yang berikut-berikut ini, dikongsikan gambar adik-adik, anak-anak yang berada di sekitar Dataran Merdeka pagi tersebut. Tabikkkkk.....
No comments:
Post a Comment