FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label SuKaN. Show all posts
Showing posts with label SuKaN. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2018

Haluuuuuuu.....

Jom balik Ipoh kome!  Acara tahunan yang ditunggu-tunggu dah nak mula minggu ni!

Peminat-peminat hoki, Piala Sultan Azlan Shah 2018 akan berlangsung pada 3hb Mac sehingga 10 Mac 2018 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh.

Tahun ni 5 pasukan terbaik dunia akan berentap iaitu Australia (no 1), Argentina (2), India (6), England (7) dan Ireland (10).   Great Britain (Juara Piala Sultan Azlan Shah 2017) dan Jepun  (tempat ke enam) takde pula kali ni. Kedudukan pada tahun lepas - (1) Great Britain (2) Australia (3) India (4) New Zealand (5) Malaysia (6) Jepun.

Jadual perlawanan pada tahun ni seperti berikut :

Sabtu (3 Mac 2018)
1600  Argentina vs  India ( 3 - 2)
1800  Australia vs  England (4 - 1)
2030  Malaysia vs  Ireland (4 - 1)

Ahad (4 Mac 2018)
1600  India vs  England (1 - 1)
1800  Ireland vs  Argentina (3 - 5)
2030  Malaysia vs  Australia (1 - 3)

Selasa (6 Mac 2018)
1600  England vs  Ireland (4 - 1)
1800  India vs  Australia (2 - 4)
2030  Malaysia vs  Argentina (2 - 1)

Rabu (7 Mac 2018)
1600  Australia vs  Ireland (4 -1)
1800  Argentina vs  England (1 - 1)
2030  India vs  Malaysia

Jumaat (9 Mac 2018)
1600  Argentina vs  Australia
1800  Ireland vs  India
2030  England vs  Malaysia

Sabtu (10 Mac 2018)
1600  Penentuan tempat ke 5 & 6
1800  Penentuan tempat ke 3 & 4
2030  Penentuan Juara dan Naib Juara




Monday, April 6, 2015

PiaLa SuLTaN AZLaN SHaH 2015

Haluuu...
Assalamualaikum....
Salam Perak Aman Jaya...
dan Salam Majulah Sukan Untuk Negara

Hoyeahhhh it's back!!! Sorry kakak Santek, tak dapat datang burpday party Sami dan Suci... 
It's hockey time and seriously, i can't resist hiksssss...

Ayuh, peminat hoki, acara tahunan Piala Sultan Azlan Shah 2015 dah bermula!  Jangan lupa datang dan berikan sokong pada team Malaysia!  Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnpinpinnnnnnn.....

Ok, nak kongsi gambar perlawanan Malaysia bertemu pasukan New Zealand.  Malaysia tewas 2-4 malam tadi, esok kita bangkit balik okay!!! Go Malaysia!

Acara berlangsung 5 hingga 12 April 2015
Jadual seperti di atas
Lokasi : Stadium Hoki Ipoh
Masuk adalah percuma :D

AHAD, 5 APRIL 2015
4.10 ptg Australia vs Kanada   7 - 0
6.10 ptg Korea Selatan vs India  2 - 2
8.10 mlm New Zealand vs MALAYSIA  4 - 2

ISNIN, 6 APRIL 2015
4.10 ptg Kanada vs Korea Selatan
6.10 ptg New Zealand vs India
8.10 mlm Australia vs MALAYSIA

RABU, 8 APRIL 2015
4.10 ptg Kanada vs New Zealand
6.10 ptg Korea Selatan vs Australia
8.10 mlm India vs MALAYSIA

KHAMIS, 9 APRIL 2015
4.10 ptg India vs Kanada
6.10 ptg New Zealand vs Australia
8.10 mlm MALAYSIA vs Korea Selatan

SABTU, 11 APRIL 2015
4.10 ptg Australia vs India
6.10 ptg Korea Selatan vs New Zealand
8.10 mlm MALAYSIA vs Kanada

AHAD, 12 APRIL 2015
3.40 ptg Tempat 5 & 6 
4.10 ptg Tempat 3 & 4
8.40 mlm Akhir (hahahahaaaaa konfiden tuh! penting!)

Keputusan perlawanan boleh rujuk di sini "RESULT"












Monday, March 18, 2013

Ipoh : Piala Sultan Azlan Shah 2013 (PHoTo SHaRiNG)

Haluuu... Salam Satu Malaysia... Salam Monday Bluessss (huwarkhhhhh)

Hari ni iklan lagi.... Kikiki (tulun jangan marah saya)....

Di Ipoh, bermula dari 9 Mac 2013 sehingga 17 Mac 2013, telah berlangsung Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah.  Hoyeahhhhh memang suka sangat dan aku sendiri tiap-tiap tahun macam nak menangis nak sangat pergi tengok game ni.

Tahun ini, syukur ada peluang dan hujung minggu dipenuhkan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.. #lompat. #lompat.

Tahniah buat skuad Malaysia kerana berjaya ke perlawanan akhir.. Best! Best!  Berjuang sehingga akhir, cuma kemenangan tidak berpihak kepada kita yang tewas pada 5 saat yang terakhir dengan pasukan Australia.  Keputusan perlawanan akhir malam tadi Malaysia 2, Australia 3.  Apapun, we are so proud with you guys...  Penuh stadium sampai melimpah ruah... Sorakan sokongan juga tidak berhenti-henti sepanjang perjalanan... Go Malaysia!!  

Okaylah.... nak kongsi sikit gambar semalam :D

Gigih siang malam pergi Stadium Hoki Sultan Azlan Shah kat Ipoh ni.  Naaaaa bendera Perak bersusun tu...  Cuaca pun baik..

Pasukan Australia - Juara Piala Sultan Azlan Shah 2013

Our guys Malaysia team - 1st runner up

Keeper Malaysia S.Kumar dinobatkan sebagai Penjaga Gol terbaik bagi tahun 2013

Ni gambar sebelum mula perlawanan.  Kalau tengok sekali lalu, pemain kita ramai yang macam adik-adik yang berlawan dengan abang.  Kecil comelnya! Tapi atas padang, sumpah ligat dan macam lipas kudung.






Keeper Malaysia dan pemain Australia berlaga

Gambar semasa gol penyamaan 2-2 di separuh masa kedua.. Donia bagaikan berseri-seri masa nih, sinar harapan untuk muncul juara telah kembali.

5 saat terakhir, Trent Mitton berjaya menghampakan seluruh penyokong Malaysia.... Macam nak pitam... Huwaaaaa nanges. Nanges.

Terdahulu, game dari Korea dan New Zealand pada jam 6.05 petang bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.  Korea berjaya mengalahkan New Zealand 2-1.

Game penentuan tempat kelima dan keenam antara India dan Pakistan.  India mengalahkan Pakistan 4-2.  Game memang best dan layannnnnn.....

Dan sesambil tu cuci mata.. Hahahhahahaa.....  Pemain India.

Dan masa aku dapat kupon untuk cabutan bertuah, sebenarnya aku request nak hadiah cabutan bertuah pakej sekali dengan pemain mata kaler ayor laut...  Nampaknya ada orang sudah kasi tukar wa punya request larrrr.... Kikiki....

Sampai jumpa lagi tahun hadapan, pheewitttttt (gagagagaga #motippp) :D

Maklumat lanjut boleh tengok di laman rasmi klik sanun --> Sultan Azlan Shah Cup