FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label WP PuTRaJaYa. Show all posts
Showing posts with label WP PuTRaJaYa. Show all posts

Wednesday, September 5, 2018

Photo Sharing : SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 61 DI PUTRAJAYA

Haluuuu
Assalamualaikummmmm....
Salam pagi Rabu... lagi 2 hari kerja lepas tu boleh cuti panjang pergi jalan... 
Boleh ke kongsi korang nak pergi mana tuuuuuuuu????


Entri hari ni nak kongsi sikit gambar-gambar semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 di Dataran Putrajaya, Prescint 4.  Punyalah ramai manusia katanya dah mula berkumpul dari jam 5 pagi lagi!  Gigih!






















Hai awak.... lambat saya ke? hiksss  Saya kat bawah ni..

Ngedate dengan kawan masa muda rumaja dulu.... Akhirnya di hari merdeka kita berjumpa :D

Thursday, August 30, 2018

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2018

haluuuuu
Assalamualaikum.....
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 61!

Jom esok kita ke Dataran Putrajaya di presint 4!  Sempat snap sikit je masa raptai semalam... Esok nak pergi lagi sekali!  Dah lama tau tak buat kat Putrajaya ni... Kali terakhir tahun 2005, 13 tahun yang lalu! haaaaa applause!

Jumpa di sanaa... di sana.... di sanaaaaaaaaaaaa.....

*tak sempat nak menulis lelebih nihhhhhhh..













Monday, August 27, 2018

MILO MALAYSIA BREAKFAST DAY 2018 - PUTRAJAYA

Haluuuu....
Assalamualaikum... salam cargas... salam sihat semua...
Dan jalan tinggal salam jom pi jalan :) hihihi

Ok.... sikit je nak kongsi dalam entri ni... (sebab kalau tak boh dia jadi cam hat yang lain-lain laaaa.... dok dalam memori hati ku sahaja ahahahaha)...

Milo Malaysia Breakfast Day.... rasanya ramai juga geng iols yang join event ni... Almaklum le kannn... bila check fesbuk.... check ig.... bila time event je, maka berkontan-kontan gambar kome minum milo tayang medal dan sebagainya.... nyampah taw iols tengok!!!!  So happened, Milo Malaysia Breakfast Day kat Putrajaya pulak yang last sekali, haihhhhhhh.....  Dah tawaf ke Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Pulau Pinang, Johor Baru, Kota Bharu baru Milo Malaysia mai Putrajaya ye?!  Janji ada, kita onzzzz....  Event kat Putrajaya ni sama macam kat tempat lain berlangsung selama 2 hari iaitu 11 dan 12 Ogos 2018...

Seb baik masa pendaftaran buka tu, aritu iols check dan belum penuh lagi!  Psst pstt katanya hari event aritu 20k orang berlari berjalan berlenggang sama!!  Padanlah tak putus-putus orang!  Tapi sumpah hari kejadian panas yakmatssss, jelaga muka iols...

Ok nak kongsi gambar!  Tahun ni punya medal gambar lori milo tu memang comel sangat-sangat-sangat kan?!!!!


Hari kejadian iols lepas azan suboh tu terus gerak pi dataran depan Istana Kehakiman ni.

Sempat juga laa join diorang ni untuk warm-up.... lama nor rasa tak berlari-larian ni...  Pencen dah katanya hahahaha

Oklah banyak cabaran-cabaran / game yang ada kat sini.... Siapa yang tak daftar pun boleh datang untuk main.

Kiranya iols antara yang dok depan gak hahahaha tak hengat eksaited ko yer... yang kat depan tu jarang2 lagi sebab lepas ni ada lagi sesi warm up ringan2...

 dan ko?

Sempat juga melambung2 cawan milo 3 ketui ni bagi meriah... 

Dan masa lari matahari pun bangun dari 'tidoq'... maka.... muka peserta dah jadi kaler keemasan hahahaha... ingat senja je ke ada 'golden moments'?

 haaa ni antara game yang ada laaaa...  Heran la aritu cam snap banyak gambar termasuklah cup air milo yang iols minum cam laaaa kat rumah takde milo kan?!  Tapi air milo kalau dari van milo memang lain dari kita bancuh kat rumah kan? kan????? 

n tadaaaaaaaaaaa.... medal ni semua orang dapat bila habiskan larian, jalanan, lenganggan memasing....

dan ni ganjaran sebab ko gi eksesaiz? lol! hahahahaha nasi lemak sedap kat foodcourt Presint 8, emmmmmmm lahzat!!! Terus makan tanpa rasa berdosa hahahahahhahahaaa......


Ok tu je nak kongsi hari ni.... Terima kasih Milo Malaysia :)




Wednesday, January 3, 2018

LAMPU PUTRAJAYA 2017

Assalamualaikum...

Haluuuu
Selamat tahun baru...
Ada resolusi baru??  Boleh kongsi? Hehehehe... yang baru kan? kan? bukan yang recycle kan? kan?

Penutup tahun baru panjang juga cutinya, sempat juga buat dua tiga aktiviti cuma tak terkongsi kat sini.  Jadi, entri kali ni nak kongsi la satu daripadanya iaitu LAMPU Putrajaya 2017.

LAMPU 2017 yang diadakan di Dataran Putrajaya (hadapan Istana Kehakiman) bermula pada 28 Disember 2017 telahpun melabohkan tirai penamat dengan sambutan tahun baru 2018.  Meriah sangat, melimpah-limpah lampunya sampai melimpah-limpah jua kenderaan di Putrajaya ni haaa jammed! Jammed!

Dan dek kerana event pun dah habis, entri kali ni nak kongsi gambar je la ye.. Then we story da mori...

Dari jauh nampak la ketul-ketul cahaya macam ni...

 Sebelum nampak yang banyak macam ni.

 Dah nampak yang kecil nampak yang besar pulak!

Jadi, iols pun cam ternganga laarr.... apa tuuu apa tuuuu

Lepas tu nampak orang dok melangut tengok skrin ada gambar gerak-gerak

Jalan-jalan lagi, ahhhh pulak atas tanah ada yang bergayut pun ada... 

Ni pi dekat-dekat....

Lorhhhhh LAMPU! Ekekekeke.... Drama sangat!  So iols pun duduklah kat depan ni bak kena pukau

Macam kena pukau tengok gambar kaler gerak-gerak kat sini

 Lepas tu tukar gerak-gerak gambar ni pulak

Yang ni lagi hebat sebab terangkat tanah Putrajaya ini.

 Doodle ni siapa yang buat ni???  Berani sangat haaaaa doodle2 kat bangunan ni.

 Main kartun pulopsssss... Hai Lilo!

 Lepas tu, ini.. Lepas ini, ada lagi yang lain dan lain dan lain lagi.

 Dah habis yang tu kita pusing tengok benda lain pulak

Ni lampu bebayang dari plastik, dan lepas tu ada pula bulan kat atas nun.

 Yang ni cantik.

 Terpaksa ambil lagi dari angle lain

 Dan lain lagi sambil main bokeh.

 Yang ni pun main-main juga.

Yang kaler gold pulak.

dan globe ni memang tak masuk dalam sebab penuh

 Sedapnyaaaaa bokeh macam berbintang-bintang bintang di langit hahhahhaahhaa

 Belanja satu lagi gambar

Dan tepat pukul dua belas, ibu pari-pari telah menghantar labu sayong yang telah disumpah menjadi kereta pendati ni untuk menjemput ku pulang ke pangkal jalan....

Sekian, tamat and they live happily ever after :p