FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label SeLaNGoR. Show all posts
Showing posts with label SeLaNGoR. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

JJCM SETIA ALAM : KAMBING BAKAR SAHARA

Haluuuu....
Assalamualaikum...

Salam kenang daku dalam doa makan mu jua... hihihihi...

Lama tak share port makan ni... Ada, tapi tak sempat.  Hari ni, sebab lapar, kita buka folder gambar kita, kita jumpa gambar kita makan kambing. Peberet kita sangat ni... phewww phewwwwwww......

Sebenarnya, dah banyak kali kita cuba nak makan kat kedai ni.  Nama dan ke'femes'annya telah menarik tertarik hati kita ni. Tapi bila cari ikut waze, takde pun kedai kambing bakar sahara... Bila telefon kawan kita, "Mas, i ingat u salah tempatlah.. Biasa bukaklah!"... pastu kita pun garu kepala haih!

So, pada suatu hari kita ada event kat Setia Alam... Kita check cik waze, ada pula nama yang kita cari kat sini....  Search "Restoran Cik Tri Sahara" ye.

Lokasi restoran ni di no 44, Jalan Setia Utama AS U13/AS, Shah Alam.

Yang ni kita order air lemon.  Almaklumlah kunun cam nak slim walau makan banyak hahahahaha

Ok.. kita order set kambing bakar dengan nasi.  Portion dia banyak juga cam boleh kongsi dua orang tapi lebih kasi can meratah kot hiksss...  Kalau tak order set nasi, boleh je order ala carte.. SAYA NAK KAMBING SAHAJA! gitew!  Harga set RM14.50.


Lepas tu kita order sup kambing juga... Marbeles juga rasanya tapi pedas gak ni, nampak dak cili padi depa buboh tu...  Harga set RM10.

Untuk menu kambing lain yang kita perasan, ada juga kari kambing dan sup gear box kambing... Sup ayam dan daging pun ada, andai kata ada ahli rombongan tak makan kambing.

Last but not least, kita terai jugak set Talapia Penyet yang harganya RM7 (set).. Selain talapia ini ada juga set itik penyet, keli penyet, puyuh penyet, kembung penyet tapi sebab anak buah kita suka ikan maka di'order' le ikan.. hehehehe

So, lulus kedai ni.. gambar kita makan takde.. tengah selebet baru lepas event lari masa tu šŸ˜‚

Monday, September 3, 2018

ANAK-ANAK MALAYSIA WALK 2018

Haluuuu....

Assalamualaikum...
Salam moh masuk kerja hahahahaa...
3 hari ya cuti, seronok beronok-ronok kome berjalan!
Ada sesiapa yang masuk aktiviti berjalan secara berjemaah?
ermmmm... meh nak kongsi sikit aktiviti berjalan secara berjemaah yang iols join masa cuti 3 hari ni... 

Anak-anak Malaysia Walk anjuran usahama di antara Eco World Development Group dan Star Media Group sudah masuk 4 tahun penganjuran.  Dan tahun ni, dah 3 kali berturut KJ joint event.. Buat seronok-seronok dengan famili, jalan-jalan untuk kesihatan dan opkos juga nak menang cabutan bertuah yang vasssss kebabommmm hadiahnya.. Tahun pertama KJ join tahun 2016 di tengah bandar Kuala Lumpur, tahun lepas di Shah Alam dan tahun ini di Eco Ardence, Setia Alam. 

Akviti bermula jam 6.30 pagi.  KJ sampai pukul 6 tepat tapi ya ampun kereta beratur nak masuk hazab pula kali ni..  Last-last pusing parking kat entrance lain, jalan kaki 1.7km!  Adik KJ, dia sefamili lambat sket KJ soh dia cari terus kat Setia Avenue..  KJ nyer partner malaih dia nak pusing-pusing cari tempat tu, takdan waze nak cari route, dia kata "OK kita parking sini je. Tengok orang lain jalan!"  Lepas tu KJ check jalan nak menapak bagai nak jeritttt Ala omakkk kawenkan aku! Jauhnya! hahahaha. 
"Balik nanti kita hitamlah! Pitam!  Jauh tetengah hari nak menapak nanti!"
"Ahh takde.. takde.. jalan. jalan.."
"Ok! Balik dukung cam citer Korea!"  lol! Motip nak drama sangatkan?!

Partner kata ha ikut sini sebab orang ramai masuk sini... jom jalan... Fine! Pagi oklahhhhhhh... Tapi sini bunyi apa pun tak, sah jauh... terus check distance..  Murung jap! hahahahah 

Bila dah dekat kawasan event, nampak cantik betul taman dia.

Ada jambatan sana, jambatan sini.

 Semagat haiiii....  Tema tahun ni #jomkehadapan"

For Unity, Humanity and Tolarance.. Penyertaan Anak-anak Malaysia Walk dibuka kepada semua peringkat umur dan ada pakej penyertaan keluarga taw!

Ada nampak mami happy? kikiki....  Bila mahu start daaaaaa???  Dah pukul 7.30 dahhhhh.... panaih sat lagi panaih!

Haaaaaaa.... kita bawak bendera sendiri taw!  Program Anak-anak Malaysia Walk ni tiap tahun mesti sambut sekali dengan Hari Merdeka.

Pelepasan...

Team Air Asia...  Antara cabutan bertuah hari ni, sepasang tiket ke Honolulu, Hawai dan sepasang lagi ke Tokyo, Jepun yaaaaaa..... bestnyaaaa terbangggg.

ok ni pusing kat tasik lain pula.  Sesak itik pulang petang?  Tapi pagi lagi ni weh???  Lepas tu barulah tergiang-giang 10k penyertaan, manalahhhh tak ramai.... big event, lokasi ja sempit.  Apapun, taman ni memang cantik ~ semoga semua pokok cepat besar plisssssss.....

Semut!  Tapi jom terus jalan!  Matahari dah mula memancar-mancarkan bahang...  Tapi matahari pagi, positif KJ! Vitamin D tu! Kau lawa nanti! Miahahaha...

Sempatlah posing

eh ada orang offer ambilkan gambar pula.  Masa ni dah berjalan berdua dengan Aisyah je..

dan lagi...

 Dan lagi..... siapa pandai belakang Aisyah tu apa? Hehehe

Dan lagi... Ada 5 papan tanda ikon Malaysia kat sini dan kita kena ambil kat semua ikon ni utk dapatkan hadiah istimewa iaitu klip untuk kita lekat pada wristband.

EEE sukanya berposing dak ni...  Layan je laaaaa

Sebab lepas tu daku jua nak join ngeh ngeh ngeh

She and the bendera Malaysia

 She and the wrist band dan klip hasil usaha berposing tadi!  Good job Aisyah!

Tadaaaaaaaa.... Kinda cute kan?!



Vespa S125 yang KJ nak sebenarnya..  Cam nak fefeeling santai dijalanan sambil pipi di sapa bayu... Ewahhhh...  Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan adalah sebanyak RM150k ya... Hadiah utama sebuah kereta Proton Saga 1.3 Executive yang ditaja oleh DRB-Hicom...  Mungkin sebab kalau dapat kereta ni, KJ nak jual, tahu dah sah tak dapat! Ermmmmm

Ok jom menapak balik.  Itik kau taknak teman KJ menapak ke?

Ok ni gambar last sebelum terus menguatkan hati untuk menapak.  Matahari dah tinggi takleh nak selindung kat mana-mana kawasan redup pun... Syukurlah ada orang gigih berlari anak ke kereta melihatkan diri ku ini yang kalau boleh ingin sekali bergulek di bawah astaka ataupun bergulek terus ke dalam air tasik dan terus menyorok bawah jambatan! wahahahaha... ok bai!

Oh yaaaaa last but not lease, wahai penganjur... daku sangat suka akan eventmu... tapi kali ni why so lack?  Parking takde papan tanda, trafik tak smooth, checkpoint air, gelas tak cukup???, event start lambat ya tahun ni - Malaysia ni panas yaaaaaaaaaaaa....  

Next entri nak kongsi port cari makan kat Setia Alam.  Lahzat dan puas hati!

Tuesday, October 31, 2017

FORMULA 1 MALAYSIA GRAND PRIX FINALE 2017 (F1)

Assalamualaikum..

Halu... Salam sihat ke semua...
Hari ni dah 5 hari demam tapi gagah juga bangun sebab nak kena panas.  Badan sejuk menggeletar tak tahu lah pasal apa wehhhhh.  Kau mampu pakai sweater di tetengah hari perit siap stokin bagai?? Haaa KJ lerr tuuu.... 

Ok hari ni nak kongsi pengalaman pertama dan terakhir kot menonton Formula 1 Malaysia Grand Prix di litar Sepang (Sepang International Circuit).  Selama 19 tahun penganjuran Formula 1 di litar Sepang, memang inilah satu-satunya peluang nak pergi tengok.  Gigih!!!

To cut the story very short, KJ kongsi gambar je lah ye...  Susah jugak nak ambil gambar sebab berdesup keretanya.. Nasib baik laaa ko pusing banyak round hahahahaa...

Keputusan F1 Malaysia Grand Prix 2017
1.  Max Verstappen (no 33) - Red Bull Racing Tag Heuer 
2.  Lewis Hamilton (no 44) - Mercedes 
3.  Daniel Ricciardo (no 3) - Red Bull Racing Tag Heuer


 Bersemangat haaa nak pergi ni..

Terima kasih Petronas!


Berlapis-lapis baju! But who cares?!!! Hahahaha


Fiuhhhhhhh nasib baik sempat sampai sebelum mula!  Dari Putrajaya pun berjam nak sampai!

Pasukan Ferrari












I'm in!

Habuan! Sebelum pergi... Balik sambung minum 100plus balik!