FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label ToURiSM SeLaNGoR. Show all posts
Showing posts with label ToURiSM SeLaNGoR. Show all posts

Monday, May 23, 2016

KUANG : KaMPuNG ReTReaT (THe HS11 GaTHeRiNG)

Haluuu
Salam 1 Malaysia....
Salam Jom Pi Jalan...
Salam ada orang nak cari port holiday sebelum puasa? 
Hehehehe....

Pernah tak korang dengar Kuang Kampung Retreat di Kuang, Sungai Buloh.  Famous juga tempat ni rasanya, ehehe cam kompom jerrr...  Tak jauh dari bandar Kuala Lumpur tu kalau saja-saja je la kan yang buat short escape ataupun weekend trip over.  Nak masuk sini dalam waze, dalam map pun ada.  Cumanya, Kuang Kampung Retreat ni jalan masuk dia muat la satu kereta dan letaknya atas bukit.  Kalau terlajak sampai atas nun, akan sampai ke simpang motorcross atau mountain bike.  Makanya patah la balik sikit ye, nampak cam rumah kampung yang lamannya ada menara pandang tu, haaaa itu le dia lokasi Kuang Kampung Retreat.

Hari tu aku dan kawan-kawan masa belajar buat mini gathering untuk coursemate masa di U.  Dalam pilih memilih tu, kami pilih Kuang Kampung Retreat sebab dekat dengan Kuala Lumpur dan tempat berkumpul yang santai dan kami sendiri boleh conquer satu tempat ini.  Kami yang datang ini, ada yang datang dari jauh dan nak bawa keluarga, memang selesalah kalau duduk kat tempat yang macam ni.  Senang bagi yang bawa yang ada famili, pasangan dan anak-anak bolehlah bebas nak buat aktiviti sementara kami ni leh la berborak sambil mengimbau kenangan-kenangan.  Dan istimewa gathering kali ini sebab pensyarah kami terbang dari Sabah semata-mata nak bersama-sama kami. Haaaa dak baik kan kami semua ni hahahaha.

Aku sampai sini dah pukul 3 macam tu, lambatlah sebab kawan-kawan dah sampai.  Orang pertama yang aku nampak ialah Jambu anak beranak, menjerit "ooiiiiiiiiiiiiiiii".  Dah 15 tahun kot tak jumpa..  YahooOOOoooooo sambil sengeh-sengeh.  


Inilah rumah Kuang Kampung Retreat yang kami sewa untuk hujung minggu.  Memang feel kampung dan ala-ala rumah sendiri sangat.

Deco lampu, nak juga ambil gambar

Ruang tamu tapi televisyen takde siaran pula! Jangan lupa bawa usb atau cd untuk tengok movie

Ruang tamu dan ruang makan... 
Abaikan tuala-tuala yang bersidai tu sebab emmm tengok gambar lepas ini ;D

Tadaaaaaa....... nampak tak warna biru tu apa?  Kolam ok! Kolam mandi tengah rumah.  Anak-anak la yang dok ulang-ulang keluar masuk kolam tu.. Yang aku ni dok terkebil-kebil tengok kolam tu sambil bersembang... Bila eh giliran aku pulak nak terjun kolam tu?!!!!

Tu dia, jaga jangan tak jaga diorang ni mandi.. Pelampung jangan lupa bawa taw!

Agak dalam untuk anak-anak, tapi senang nak tengok sebab sekeliling kolam ni berdinding kaca (pintu yang berkaca).. 

Bilik tidur utama.. Ala klasik ala pengantin juga rasa... hiksss.
Istimewa sangat bilik ini sebab dinding dia semua boleh buka jadi tingkap.  Tak ada penghawa dingin tapi sangatlah sejuk dan nyaman.  Lagi nak pagi, lagi sejukkkkkkkkk.

Bilik kedua untuk famili. Dan ada satu lagi bilik tapi bilik dah penuh barang pula, tak boleh nak kongsi..



Bilik air utama yang aku rasa memang best sangat.. Almaklumlah aku memang suka sangat tempat lapang-lapang ni...  Yang tak termasuk dalam gambar tapi tetap bilik air ini adalah sebuah jakuzi dengan tepinya ada tingkap yang boleh dibuka seluas alam...  Jadi, lepas berendam dalam kolam sejuk, duduk pula rehat dalam jakuzi.

Tadaaaa....  belakang itulah tingkap seluas alam tepi jakuzi yang aku cakap tadi

Aktiviti malam, kami ber-bar-b-q.  Sewa terus tempat pembakar ini sebab senang.  Cuma bahan-bahan tu semua kami sediakan sendiri awal-awal.

Meriah kan? Kenyang yakmats makan sambil berborak sampai ke pagi.

Sebab televisyen bersiaran semut, mujur juga ada yang bawa telefon canggih manggih boleh pulak projekkan kartun ke dinding untuk anak-anak kecik menonton.  Ok, korang duduk dendiam dengan kengkawan ya sementara kami ni tak habis-habis makan dan minum.  Nostalgik sangat berkongsi dan mendengar cerita.  Rasanya dekat jam 3 pagi juga baru kami tidur.  Jambu dan Iza pukul dua belas dah balik, demi anak dah terlentok-lentok mengantuk tu.

Untuk kami yang tidur di Kuang Kampung Retreat.  Kami disediakan sarapan pagi. Boleh sahaja request untuk hidang kat dalam rumah, atau dapur atau di beranda.  Haiii rugi sangat kalau makan kat dalam sebab udara segar sangat kat luar dek nonn.....  Menu kami pagi itu, nasi lemak, sosej, roti (kalau nak bakar, dalam rumah ada toaster), kuih-kuih melayu dan tembikai.  Air fresh oren kau, curlasttttt... Tapi curlasttt lagi kopi O kan... Yang kopi O tu pun diorang yang sediakan.  Haiii kenyang lagik!

Dah sarapan, bolehlah jalan-jalan dekat belakang rumah..  Ada kandang kambing, ayam dan kuda tetapi kudanya tak ada dah..

Dinding rumah semua boleh buka, memang awesome angin masuk terutama waktu pagi... Phewww

Buahhh.... emmmmm.... buah.... Lupa pula!! T sebut mahkota dewa majapahit datang ke Tanah Melayu salah pulak, hahahahaa

Buah mulberry ni memang banyak, Prof aku cakap satu pokok ni berguna dan baik untuk kesihatan.  Daun pokok ni selain buat teh, daunnya boleh dikeringkan dan dibuat bantal. Tapi baik untuk penyakit apa, aku pun lupa dah! Matik kena marah ni.

Dengan kawan aku yang mulutnya pokpek pokpek tak berhenti-henti... Syukurlah Prof sabar dengan kami ni

Cubaan untuk mendapatkan gambar bak muda rumaja bersebaya dengan anak Jambu ni... Menjadi tak???

Jambu n famili, ni gambar dia mai hari kedua.. alaaaa tak dapat jumpa baby comel Jambu

Yang datang hari pertama 7 orang dan yang susul dalam hari kedua ada lagi 2 orang.  Jadilah, lama nor tak jumpa kan...  Dan bergathering kat sini, dah macam ala-ala holiday together-gether gitewwww....

Terima kasih kawan-kawan yang sudi bagi anak mengkome panggil aku Kak Mas.... Ahahahaha dasar tak sedar diri! Puiiiiii

Tuesday, May 21, 2013

#TSDAYOUT SuBaNG SKYPaRK : BaWa Ku TeRBaNG

Salam semua... Salam ceria... Salam jom pi jalan... 

Jom TERBANG!!!!!!! Yeahhhh bawa ku terbang :D [nahhh eksaited sangat dah ni] 
**owhhhh ok! amaran bersedia lebih banyak tengok gambar dari baca cerita!

Pagi hari kejadian, sesudah subuh aku bertolak  dari #negaraEeypoh (Ipoh) dengan #RedBetty (gitew tetiber ada nama glamer kereta aku mengalahkan nama tuannya).



Tepat jam 8 15 pagi, aku sampai kat tempat ni.. Skypark Terminal di Subang. Kalau dulu seingat aku, nama tempat ini Lapangan Terbang Sultan Abdul  Aziz Shah sahaja.  Lebih spesifik - Terminal 3.

Jom... jom masuk.... Pastikan lorong yang betul katanya, tapi #RedBetty dah landing baik kat tempat letak kereta di bersebelahan dengan tempat ni.  Oleh yang demikian, semua di tertera di papan tanda ni takyah baca dah..

Yang penting 'Selamat Datang' lepas tu ada pintu 'Pelepasan'.  Weeeee berangan....

Napa aku gigih sangat??? Taraaaaaaaa.....  Yeayyyyy lagi sekali dapat join aktiviti #TSDAYDOUT dengan Tourism Selangor.  Boarding Pass First Class katanya ke Skypark Subang.



Macam mana nak join aktiviti #TSDAYOUT ini, kena cekidaut kat website ini --> http://tsdayout.my/
Update lagi cepat, fast alert kena follow twitter Tourism Selangor @TourismSelangor
... atau..... boleh juga jenguk Facebook Page --> Tourism Selangor (jangan lupa like, okaysss)
Bila ada pengumuman jer, terus submit nama pastu jangan lupa tadah tangan doa moga-moga menjadi insan terpilih... 

Wokeyyyyy.... jom... jom... mana diorang nih?????

Sampai-sampai... "Nahhhhh baju hari ni, kaler kuning!!  Cerianya!!!!!!!  Dah salin, isi borang nak bawak kapal terbang, kalau ada apa-apa tanggung sendiri... Owhhh silap... tu aku tipu je... Isi borang untuk dapatkan pas keselamatan untuk aktiviti hari ini.  Nak buat 'AIRPORT TOUR' bersama Subang Skypark hari ni...

Wahhh pagi-pagi dah dapat cenderahati... Nebes nak tengok dapat apa neh ;D

Airport Tour -frankly speaking sebenarnya aku ingat di Skypark Subang ni hanya Firefly sahaja yang beroperasi.    Kalau ada flight mesti ada kaunter jualan tiketnya ya dak.. 

Dah ada tiket, baru boleh check-in..  Haaaa korang nak pergi mana???  kat Subang Skypark ni hanya ada flight Firefly, Berjaya Air dan juga chartered flight. 

Errrrrr..... ada masalah? Kemushkilan?  Keraguan? Pertanyaan???  Kaunter khidmat pelanggan FireFly ada kat sini.  "Boleh saya bantu Cik?"

Jom, kita masuk balai berlepas pula.  Prosedur macam biasa, beg dan badan, dua-dua kena scan....  "Weiiiiii kita nak g perlepasan domestik ke antarabangsa???" <- font="" overst="" size="3">!!

Nebes dah kawe nih...

Takpe... Kita tunggu orang turun dulu

Sementara boleh kenal-kenal dengan gorgeous flight attendant Firefly dulu

Haaaaa... tak cukup.... kita kenal dengan juruterbang pulak...

Johor Bahru????  Boleh laaaaa... Janji terbang!

"Yang ni ke flight saya Bang?"  Buat-buat tanya dengan muka penuh yakin dan tak bersalah.

"Ok Dik.. Tiket adik ni tak boleh pakai ni Dik..."  "Yer ker Bang?" Hurmmmmm.. Iyalah aku lupa tengah 'tour' dalam airport jer.. Cissss...

Padanlah bila pergi kat 'Conveyor Belt' ni tak de beg pun!

Takpelah... Meh kita berangan masuk flight pula..  Haaaa korang ada??? :D

Cam kalau aku dah kaya sket... leh la merasa duduk atas kerusi pusing-pusing...  Persendirian katanya...  Pemandangan kat luar tingkap tu mengikut 'pilot' yang tengah bawa 'airbus' ni lar..  Kalau kata pergi Alor Staq, maka kat luar tu sawah bendang la pemandangannya...  Kalau kata 'pilot' salah hala mendarat kat rumput pun leh kantoi... Hahahahaa....

Ni apa pulak?????  Jakun kejap!  Ni dalam Boeing 737 NG

Ok!!! Sambil mata kelip-kelip

Radar ni eh???


Haaaaa..... ni korang kena masuk dan cuba kat simFlightKL yang terletak di tingkat 1 dalam Skypark Terminal ni.

Ada yang akan ajar.  Berminat???  Kalau nak cuba flight simulator, bayaran yang dikenakan untuk Boeing RM45 dan ke atas, dan kalau nak rasa bawa airbus RM158 dan ke atas.

dan boleh pilih nak landing kat Airport mana-mana kat dunia ni...  Yang ni kat Airport Hong Kong... Captain Dan Ariff bawa Airbus 320 ni sikit lagi nak rempuh dinding bangunan!

Puas dah terbang sana-sini (satu donia okaysssss)... kita layan kat port best yang lain pula dalam Subang Skypark ni..  Peugeot Lounge...

Smooth coffee bagi melengkapkan hati yang masih berangan-angan menjadi juruterbang FireFly tadi.  Kikiki..

Sebahagian dari kawasan lounge

dan makanan yang best-best

Lagi tambah-tambah best bila dapat hadiah!!! Yeayyy... Masa ni bergambar dengan semua pemenang #TSDAYOUT FRIM dan juga pemenang gambar terbaik untuk #TSDAYOUT Subang Skypark.

Mari bergambar ramai-ramai... Tengok semua muka-muka gembira dan ceria nih.....  Memang best aktiviti #TSDAYOUT hari ni..  Bermewah-mewah dan dimanja-manja rasanya... Heyyy.... i'm in da First Airport Tour in Malaysia lah!!!  Weeeee.... Terima kasih Tourism Selangor, Subang Skypark, FireFly dan Peugeot Lounge. Buat kawan-kawan baru, selamat berkenala:D.


Dan woOOOooOoooooo.....
Ada tambahan lagi.......
Cam mana kalau korang tetibe boleh terserempak dengan ......

... selebriti pula!  Ada sambutan dari FireFly kat pintu ketibaan.....  Kumpulan Wings in da house!!! Wooooo aku??? Ok tengah pilih berangan jadi wartawan hiburan a.k.a Paparazi pula #tetiber :D (eh? jadi selebriti pun best gak kan??? - dengggg)

Boleh tahan juga aktivti hari ni...  Kalau manja pula diri dengan refleksologi yang ada kat dalam terminal ni kan, hurmmmm....

Terus teringat lagu Zizan dengan Kaka ~ bawa ku pergi????

Awesome #TSDAYOUT Subang Skypark....  (tapi kat tangan ada papan Firefly je?? Hahahaha... Saya nak jadi duta je katanya...LOL!)



Jangan lupa untuk singgah kat laman sesawang yang kat bawah ni untuk maklumat lanjut 
Subang Skypark - http://www.subangskypark.com/ 
Firefly - http://www.fireflyz.com.my/
Sim FlightKl - http://www.simflightkl.com 
Peugeout lounge - http://www.peugeot.com.my/peugeot-lounge/