FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label GaWai. Show all posts
Showing posts with label GaWai. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

PaKaN : KeNa KeJuT uNTuk NGaJaT

Shhhhh.....  Sebenarnya aku nak bagitahu rahsia (ecehhhhhh rahsia sangatlah kan????)

Aku pernah kena kejut dekat pukul empat pagi semata-mata untuk ngajat!

"Ngajat tu apa?"
"Tu naaa yang menari keliling pokok"
"Nak kena buat jugak ke?"
"Tengok je tak boleh?"
"Hahahahaha.."

Dengan baju tidur, sempat pakai baju sejuk je terus kena tarik ke ruai rumah (serambi)... Omaiiiiiiii..... #pitam!

Cerita lanjut leh baca kat GaWai : NaK KeNa NGaJaT JuGaK Ke??  dan siri-siri Me iN HaLF KaMPuNG n HaLF JuNGLe GiRL.

Sila pitam tengok aku ngajat pakai stokin tidur!

Nahhhhh wanita pahlawan taw!  Siap pakai parang lagi!!!!

Monday, July 20, 2009

HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe : PLaCe THaT i STaYED n NGaBaNG

Teringin nak naik kat loteng... Mak Ann cakap, dia pun tak pernah naik atas. Ada setengah rumah je yang ada tangga naek atas... Ni dari umah siapa pun aku tak ingat, yang pasti diajak naik, apalagi.... ngeh ngeh ngeh larrrr lagi pun dah lama tak buat perangai panjat-panjat bumbung nih......
Dari atas. Bukan semua dilantai elok. Kena berhati-hati berjalan kat atas loteng nie. Nasib baik juga aritu tak tersalah pijak, kalau tak mahu juga terpatah riuk terjatuh ke bawah...
Raga-raga yang dianyam disimpan kat loteng. Elok jer bersusun gantung.

Ni raga-raga yang diletak atas lantai loteng. Agak-agaknya, masa menganyam ni bermusim kot! Sekali anyam, terus anyam banyak-banyak. Tak tertanya pulak masa kat sana. Ermmm..

Ini yang mesti semua orang tertanya-tanya, termasuk aku. Kat rumah panjang ada tengkorak manusia tak??? Jawapannya ada, tapi tidaklah macam orang zaman dulu-dulu bersusun-susun lagipun itu zaman dulu-dulu yang dulu-dulu. Yang ada nie pun entah berapa puluh tahun umurnya???

Nak cerita rumah panjang yang aku duduk tu tinggi atau tak, cuba tengok tempayan yang kat bawah tangga ni... Tinggal kecik je kan! Sebenarnya hajat di hati nak merasa turun guna tangga ni, tapi macam 'scary' giles... Diorang pun tak kasik turun guna tangga nie, ermm... Tinggi rumah ni ada dekat 5 meter kot! Kalau mandi, kat atas ni jagalah sabun dan barang-barang jangan kasik jatuh. Siapa pulak lar nak turun pergi ambil??? Hehe... tak kuasa :)

Takar-takar ni sebenarnya tempat simpan air dan beras. Entah kenapalah aku selalu fikir ada abu mayat dalam nie??? Itu memang ajaran sesat. Now i knew... [dulu kecik-kecik mandi air tempayan :), kat sini rupanya mandi tadah air tempayan jugak! Hihi]
Rumah panjang yang beratapkan kayu berlian. Fuh, kalau kita larr kan.... atau aku larr kan (cewahhhhh), tu memang dah kira cam orang kaya dah tu.... Ahaiiiiiiii.... Aku suka gambar ni, cam klasik.... Pemandangan dari beranda kat belakang dapur. Dalam gambar nampak sket palang sidai kain... Ada sket cam citer cina dulu-dulu....

Beranda kat depan, ada seorang datuk tengah menung. Mana datang anjing tu pun tak tahu larrr. Agaknya tuan dia datang ngabang kat rumah panjang nih. Gambar ni amek dari tangga sebelah... Heeee tak berani dok kat tangga ni lama-lama sebab cik anjing tu dah usha [ni kes fobia anjing sebenarnya!]. Lepak kat beranda ni tengok orang lalu lalang dan amek angin luar memang best, sementelah pulak masa ni time kering, memang panas...

Pemandangan dari jauh rumah panjang Apai Ann. Rumahnya bukan setakat memanjang, tetapi melebar juga ke belakang. Kira-kira cam sama besar dari rumah teres kita kat Semenanjung ni larrr... Puas juga dok dalam rumah sebab luas dan besar.

Rumah panjang kedua yang aku ngabang bersama famili Ann dan kengkawan. Rumah ni dah dibina dengan batu dan dah jadi rumah bawah. Kurang sket feel berbanding rumah panjang Apai Ann. Konsep kat dalam rumah ni tetap sama, pintu banyak tapi terus masuk ke ruai (jadi tak kisah larr nak masuk ikut pintu mana pun).

Rumah panjang yang ketiga, Apai Ann bawa kami ngabang. Lokasi masih di Pakan, Sarawak. Rumah ni diadakan Gawai Antu, iaitu satu acara yang diadakan dalam sepuluh tahun sekali. Gawai Antu diadakan sebagai satu upacara rasmi, untuk memisahkan hubungan roh saudara-mara yang telah mati dengan orang yang masih hidup. Gawai Antu diadakan pada hari kami pulang ke Kuching. Alahai, ruginya rasa tak dapat tengok upacara yang jarang-jarang diadakan ini.

Ni rumah panjang yang kami pergi di Sibu. Ngabang cousin Ann, Ambi. Rumah nie dah
moden, disambung rumah batu, dilengkapi bekalan elektrik dan ada tandas macam tandas moden. Kalau duduk sini, tak merasalah macam duduk kampung seperti di rumah panjang Apai Ann di Pakan. Rumah panjang ni biasa menerima pelancong dari luar.

Thursday, June 25, 2009

GaWai : NGaBaNG (VisiTiNG) DaN TuaK

Dalam bahasa melayu, ngaban bermaksud melawat. Selepas ucap selamat tahun baru, semua tuan rumah akan menghidangkan makanan di ruai di hadapan dengan pintu (rumah mereka) dan tetamu yakni penghuni lain akan datang ngabang dari rumah ke rumah sampai habis.

Adat Iban menyambut tetamu adalah dengan menyuakan tuak (air tapai). Jika tetamu di'langgar' tuak, tetamu perlulah me'nyirup' (nyirup bermaksud minum) air tuak tersebut sebagai menghormati tuan rumah. Jika tidak, bimbang tuan rumah merasa kecil hati. Walaubagaimanapun, kami dipesan kaedah untuk menolak tuak. Caranya dengan hanya menyentuh cawan tuak tersebut sahaja tanda hormat atau jika tuan rumah masih menyuakannya, maka tuak itu boleh diwakilkan kepada orang lain untuk menyirupnya. Semasa kami di sana, oleh sebab Uncle telah memberitahu kepada penghuni rumah dan kami juga ngabang bersama Uncle, maka tuan rumah menyediakan air berkarbonat dan air kotak untuk kami. Kalau tidak, bertuang-tuanglah air tuak, langkau atau bir (owhhhh tidak!). Semasa ngabang juga, air dalam cawan jangan terus dihabiskan kerana sebaik sahaja cawan kosong, tuan rumah akan menambah air dalam cawan. Bila Uncle sebut "mari", baru kami habiskan air.

Makanan yang dijamu kebanyakkan lebih kurang sama dengan kuih raya di Semenanjung, cuma lebihnya sudah tentulah kek lapis Sarawak. Kebanyakkan rumah menghidangkan kuih jala Iban (kuih karas), kuih acu (loyang), gula-gula dan kekacang. Ada juga makanan lain di sesetengah rumah seperti pulut dan lauk-lauk, tapi cukuplah makan kek lapis dan kuih jala sahaja (hihi, tak berani kami).

[Tuak ialah air tapai yang diperam selama dua minggu dan ada yang bertahun!!]

Ngaban dari hujung rumah ke hujung rumah. Untuk mengelak terlalu lama menunggu untuk ke rumah sebelah, jangan ngaban lama-lama. Paling-paling pun sepuluh minit sahaja. Semasa ngaban perlu minum kerana orang Iban menunjukkan penghargaan mereka melalui makanan. Semasa Gawai, pakaian baru tidak dititikberatkan berbanding makanan (kalau di Semenanjung, dua-dua sama naik! Baju baru, kuih muih, amboiiiiiii!)

Ngabang kat rumah yang rumah yang kedua. Masa ini semua boleh senyum lagi sebab bersemangat waja dan belum kenyang air lagi.

Alamak aiiii, kena tarik menari poco-poco wakil dari kumpulan kami. Baru nak duduk di rumah yang pertama, sudah dipanggil. Malunya masa ni!! Poco-poco pengaruh baru yang dibawa masuk dalam perayaan gawai moden. Semasa kami ngabang, ada sekumpulan lelaki poco-poco dari rumah ke rumah dan minta minum. Sengaja mereka bersuka menambah kemeriahan. *Gelas berisi air jangan lepas dari tangan. [Haiiii.... sedang aku malu kat tengah rumah ni, korang gelak-gelak jer erk! Sungguh kurang asam boii wahai kengkawan ku sekalian]

Tuesday, June 23, 2009

GaWai : SuKaNeKA

Ann cakap tahun ini, sambutan Gawai di Rumah Panjai Aji adalah yang paling meriah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Meriah kerana ada tetamu yang akan bergawai bersama-sama. Manakan tidak kalau selepas kami setuju untuk ke Sarawak, Ann terus mencanang kepada keluarga dan sepupu-sepupunya! Terharu kamek, Ann.
Bagi menambah kemeriahan, sukaneka bagi semua lapisan penghuni telah diadakan. Bermula dari petang 31 Mei hinggalah tengah hari keesokkan harinya. Semua yang ada di sini, memang 'sporting' sangat. Dari budak-budak kecil sampai pangkat datuk, nenek semua turut serta. Diorang semua memang bertenaga!! Apa rahsia agaknya??
Baning awal pagi sudah mengajak bantu urus sukaneka ni. Gambar : Board untuk disumpit!

Jangan tak percaya sebenarnya acara tolak tayar ini dari bawah bukit naik ke atas sampai ke hujung tangga rumah panjai. Memang kuat nenek ni (nota: Ann pun mengah nak sampai ke atas!)

Antara acara untuk kanak-kanak ialah makan biskut tanpa menggunakan tangan.

Sepak bola dalam tiang gol yang besar sikit dari bola ni untuk budak-budak yang dah sekolah.

Memang bergegar ruai rumah panjai disebabkan lajunya pakcik-pakcik dan datuk-datuk ini berlari dalam guni. Sporting dan bertenaga!! Cayalah!

Pertandingan menyumpit, mestilah semua mencuba. Den pagi ini diberi penghormatan (cewah) untuk menunjukkan bakat sebelum pertandingan bermula (pertandingan ini untuk lelaki sahaja. Long, Baning dan Wan turut bertanding - lupa dah diorang ni dapat tempat ke berapa! Hehehe)


[selepas ini acara Miring]