FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, June 12, 2014

TeMeRLoH : MeNCaRi GuLai PaTiN TeMPoYaK

Haluuuuuu......
Assalamualaikum......
Salam Satu Malaysia.....
Salam jom pi jalan.......
errrrr..... jom pi makan!!!!!!!

[rehat kejap cerita Taman Negara]

Haaaaaaaa... Ramai senyum kalau sebut makan nih! Hahahaha terutama koi yang lapar ni kannnnn.... takyah nak tunjuk-tunjuk kat orang lain, baik koi je yang ngaku!  #well

Balik dari Taman Negara Pahang haritu, lajak sedikit ke pekan Temerloh.  Katanya femes sangat dengan gulai tempoyak ikan patin...  Ada yang terliur sebab kat Taman Negara dah makan yang sedap... so ada soalan lain yang kuar, "Ada yang sedap lagi ke?"

"Wooooo hehehehehe...." 
Koi senyum sesiput je la.  Sebenarnya keje koi tukang kutip durian kat kebun je.  Duriannya tak makan...  Sumpah dulu durian tu jadi aiskrim ke, kepok POPS ke (yang bungkusan dia kaler oren tu), kuah durian ke...... tu memang peberet #cakapsambilsenyummeleret. 
Tempoyak??? errrr gulai tempoyak??? Errrrrrrrrr...... (ok faham dak?)

Apapun, setelah meroger kawan kawasan,
"Mas... haaa mana? Mana?"
"Oooooo... haaaaa kat situ ada! Femes! Masuk tv! Ramai orang suka!  Aku pun suka!"
"Oooooo... ye ke? Haaaaaaa.... mana? mana?"
**Hahahahahaa weiii sungguh nape ko tulis cerita macam ni???

Lokasi gulai ikan patin tempoyak kat Temerloh kalau mengkome cari, memang banyak.  Nak cari yang best (koi haramkan sape sebut dalam kawasan Taman Negara lagi ok! ni dah keluar kawasan ;p), 
Cuba tunjuk jalan kat mana?
Memula cari stadium.  Dah jumpa stadium, ko belok kiri.
Lepas stadium, nampak kedai mesin jahit.
Haaa??? kedai mesin jahit???? Mana? Mana??
Ishkkk... kalau korang tak jumpa kedai mesin jahit tu ko salah arah dah Mas.
Eeeeee ko nih!!! Hahahaha... Haaaaaa... ok!
Belakang kedai mesin jahit.  Belakang kedai mesin jahit.
Nama kedai tu 'Pak Usop : Istimewa Ikan Patin'
*** Tanya waze je larrrrr ;p


Owhhhhhhhhh... haaaaaaa koi jupe dah.

Kami sampai kat kedai ni betul-betul waktu orang makan tengah hari..  Malaysia ni panas ok!  Cepat lapo!!  Tambahan pulak kalau sarapannya dah awal pagi lagi tadi.. Ramainya orang kat kedai ni... Dengan keluarga-keluarganya, dengan mat-mat motor lagi...  Korang tak sudah lagi ke makan??? Huhuhuhu......

Jenguk periuk besar, "Alamak! Habis!"
"Setengah jam lagi adik!"
"Adik? Errrr... ok! ok!"

Sebab lapar, kami semua ambil nasi dan lauk-lauk lain dahulu.  Pelan-pelan je makannya sebab nak tunggu gulai siap masak... Gigih sangat kunyah sesuap nasi tu sampai 44 kali.
Lepas 15 minit, orang dah mula beratur tunggu gulai masak.
Lepas 20 minit, wakil kami pula mula beratur nak rebut gulai.
"Aku kalau tunggu ni, tak dapat rasa.... memanglah! Siap!"
AMARAN KERAS ~ JANGAN MEMAIN DENGAN ORANG YANG LAPAR!!!!
Hahahahahahahaa......



Oklah.. Ni rupa kedai Gerai Makan Pak Usop : Istimewa Gulai Ikan Patin
Sebab kereta penuh, camni je la rupa kedai yang leh koi tunjuk.



Inilah rupa ikan patin yang sedang menunggu masa untuk terjun ke dalam periuk.  Yummm yummmm...  Ala yang bakar ke goreng ke takde ke?

The chef....  Kejap ya dik.  Setengah jam lagi...

Tu dia dah masak..  Orang keliling beratur nak tunggu gulai ni.  Bau dia aummmmmmmmm....


Tadaaaaaaa..... ok, ni dia gulai tempoyak..... eh? ni yang Taman Negara punya! Hahahahahaa.... silap! silap!

 Ni???? Huhuhuhuhu...... sedapnya bau!!!! Al-malang sebab koi tak makan tempoyak!

Haaaaa.... ni meja kami punya.... Besar kot!  Leh makan kongsi-kongsi.  Harga untuk semangkuk ikan patin ialah RM10 sahaja.

Tu dia....  Na kata nasib baik dapat jugak gulainya.  Sedap!!  Gitewww berseri-seri muka, hahahahahader apa2 ke????

Ni antara yang lain ada kat Gerai Pak Usop..  Kalau minum yang spesel, kena order air jagung dia....  tak caya kena tanya kak Anash sebab kak Anash leh tapau satu untuk minum lagi dalam kereta.....


Erkppppppppp.... Alhamdulillah :)


* koi (bahasa Pahang) = aku = saya = teman (bahasa Perak)

2 comments:

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius, call/whats-App Contact Number +918929509036 via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

Studio Sessions said...

Very creative ppost