FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label BeLuM. Show all posts
Showing posts with label BeLuM. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

JoM Ke Royal Belum #TravelholicsAwesomeandFriends #BOA : BHG 2 edisi bertabahlah ;D

Haluuuuuuuu...... Salam Satu Malaysia, Salam Perak Aman Jaya dan JOM PI JALAN!!!

sambungan dari sini - cer klik

Haaaa tengok!  Ada Bhg 2 okay untuk siri Jom Ke Royal Belum ni haaaa....  
Ada orang cakap "Hang kalau buat entri sekarang ni, ada 1 entri ja,pastu hang senyap."
Aku jawab, "Hang yakin?"
Orang tu jawab, "Dak, aku bukan Hang yakin... Aku Hang Dhamin :p"
Choiiiiiiiii........ Ok cerita yang benar dialog pertama je... Hak yang lepas tu, nasik tambah dari aku ni haaaa.... Amacam? Lahzat???  Meh kita makan nasik bertambah-tambah lagi.....

Peringatan mesra dari aku :  
Bertabahlah nak tunggu gambar keluar dan Bertabahlah juga kerana lebih banyak gambar dalam entri ini dari cerita.... Demi ni tawwww, nak updet cerita katanya.

Setelah keciwa nanges-nanges tak dapat melihat sekaligus ber'posing' dengan bunga rafflesia kembang, kami sambung naik bot menuju ke satu tempat ni.  Orang dari BOA sebut Kampung Aman Damai.  Yang aku tahu part perkampungan orang asli je... Part Aman Damai memang 'erk?' betui ka?

 Haisssss.... papan tanda dah depan mata, awat aku tak nampak lagi????

Haaaaaa tu dia.... Nampak dak?  Selamat Datang ke Kampong Aman Damai, Royal Belum... Klasik ok!  

Sumbangan masuk seringgit je pun, nak bagi lebih boleh..   Cuma masa kami datang menyinggah kat sini, poket kami ni tak de pulak kena keluarkan RM..  BOA dah uruskan kot. Tangan je yang penuh berbundut-bundut pegang makanan ringan, ada yang bawa mainan dan ada juga yang bawa pakaian untuk diberi kepada penduduk kat sini.

Ruang berkumpul katanya... Tapi semua jemaah rombongan  hilang dah berterabur.  Tak jadi BOA buat taklimat.... Well, semua dah eksaited untuk raih undi kawasan.....  Pemimpin berjiwa rakyat dan pemurah hati sebagai moto.  Tak percaya??

 Tadaaaaa... ni dia Tansree Coco yang dengan sibuknya melayan bakal pengundi-pengundi...  Yang ni je sopan sikit, kalau orang lain, siap bermanifesto dan serbuan pengundi terlalu menggalakkan sampai tenggelam calon bertanding, hilang!

"Hurmmmm.... nanti aku pikir mao undi kao atau tidak...."
"Amboih adik... BRIM dah ambil dah tu!!"
"Yaaaaaa.... jangan lupa undi saya taw!!!" #ehtetiber

Dalam mengagih barang-barang sumbangan, mai laaaa dua dara nih dari jauh.... huuhuuu nasib baik kat tangan ada lagi berbaki mamee monster... #harapdocshahrultakmarahedarmakananringan huahuahauhua

Dah anak beranak ni.... Tangan aku memang kosong, alaaaaaaaaaaaa...

Hurmmmm.... harap adalah calon-calon lain mai hantaq apa-apa lagi yang kat tangan. Terus aku pusing ke bahagian lain.... #rugi2undi

Dah jenuh jalan dalam kampong macam kampong sendiri, akhirnya sedar diri dan kami mendengar sedikit taklimat dari BOA.  Gambar orang tengah dengar taklimat cam sayup-sayup je kan... Sebab aku tak pi dengar... Jenuh main aci kejor ngan Sami....  Anyway, sebenarnya gambar ni nk tunjukkan kawasan Kampung Aman Damai ni bersih...  Tang orang berkumpul tu sikit je.

Ni rumah orang asli kat sini.  Dindingnya dah bertutup habis...  Ada dulu aku pernah pergi kat tempat lain, atap daun rumbia tu dah sampai nak jejak Tanah, dinding nan hado...

I am some how, terpana dengan pandangan dan renungan adik ni. Dup dup..  Debor akak dik!

Kat tempat lain pulak, kacau ngan adik-adik ni pula..  Smiling and laughing.  And yeahhh they are shy tapi sebenaqnya depa ni sangat senang untuk didekati (pehal laks tetiber spekong London utagha neh?! kikiki)

Senyum-senyum siput.  Gelak...pastu menyanyi.... Sporting habis!!

Boys?  Yeahhhh main ganas sket.. Barulah hero!  Rasa cam main aci galah je nih :)

Ke main bapak harimau nih????  Separuh pulak gambar aku nih.... Yerrr macam dah patut kena pecat ambil gambar nih.

Bestnya jadi budak-budak balik :D

Yang nih??? HUrmmmmm!!! Samiiiiii......... Jangan turun bot! Samiiiiiii...... Jangan lari!!!!!! Adehhhhh penat aku main aci kejor cat cilot at at, cat cilot kucing lompat dengan Sami ni...... kurus jap!  Fuh!

Yang kecik-kecik, haaaa main tepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan bosan #ewahhhhhh... Haaaa duduk la main sembang-sembang bahasa deme.  Yang dewasa tengok je dari jauh.

Haaa... bagi can makcik ni pulak masuk dalam frame gambar aku.  Rilek jer.... Cer mengkome tengok rumah dan kawasan keliling rumah, bersih jer.  Aku lupa nak tanya, sebenarnya macam mana pengurusan sisa sampah diorang kat sini.  Logiknya juga, mungkin sebab duduk jauh dari bandar maka pembelian dan penggunaan plastik macam kita ni tidak berleluasa.  Yang bawa sampahnya, kita yang datang.... eh? hurmmm

The Pakciks and The Abangs.. Perghhh kalau posing dan susun betul-betul ni dah boleh buat cover album dah!

Yang dalam gambar ni, makcik berakit jauh sikit ke tengah.  Nak ambil air yang lebih bersih kot.  Takat ni je kamera leh zoom... *time ni la rasa, barang yang lama usah dikenang.... lalalalalala.. 

Hobi?? Hahahaha banyaklah ko!  Mancing untuk makan malam kot... Haaa Nampak dak kaler ayor kalau dekat dengan darat??? Sebab tu la makcik tadi beriya berakit sampai ke tengah.  Deme pun tahu bersih taw.  Dan sepanjang aku dekat dengan deme, takde laks deria rasa aku menghidu aroma yang tak best.

Sekitar kawasan kampong, haaaa... aktiviti ni nak bagi peluang kat pelawat untuk merasa menyumpit.  Kalau orang kampong ni yang nak praktis kat sini bajet cam lapang sasar tu cam tak logik je...  Apa barang nyumpit kat belakang rumah ye dak???  Tu burung atas pokok haaaaa baru lahhhhhhh umphhh!

Ok....  Kalau ada yang nak beli, silakan.  Saya bujang lagi! Hahahaha
  
Tumpang gambar dengan calon-calon YB dan calon-calon pengundi...  Muka masing-masing.... ehem!

Dah lepas adik-adik ni nyanyi... Posing sat dengan deme... Tu tangan gaya rockers je tu?? Peace takde???? Hikssss...  Ha hero sebelah tu Hisham dari BOA.

Dah, jom la beransur... Sempat lagi ambil gambar.... Kat tebing-tebing air tak ada pun sampah yang bersangkut ke hape ke.... dan tetiber aku sangat emo kannnn....  Orang yang duk dalam hutan, yang tak ada pergi sekolah pun tahu bersih tu apa.... Huhuhuu

Selamat tinggal Kampung Aman Damai, Royal Belum.  Tak ada sangkal dari aku yang kampung ini memang sesuai dengan namanya.  Aman dan Damai....  Dari segi suasana sekitaran dan juga penduduknya.  Tak caye, kome pergi.  


NI gambar dari trip aku yang sebelum ni.  Rasa cam kampung sama... DEJAVU???? Hah!  Korang kena rasa dejavu bila sampai ke destinasi selepas ini... Giler ah!


WooooOOOOOOOoo.... macam pentipu giler kata aku tak reti nulis nak letak gambar je kan?! Kikiki... Ada yang kena tipu ngan aku???? Bertabahlah yer... Sebab aku pun tertiber kagum dengan ketabahan dan kegigihan aku nih.... Weeeeeeee cam dah sampai je.... cam DEJAVU jer......

** Part III - last entri!! JANJI! Ahaks!!!!!

Friday, April 18, 2014

JoM Ke Royal Belum #TravelholicsAwesomeandFriends dan BeLuM OuTDooR ADveNTuRE (BOA) : BHG 1 edisi AWAS!!

Assalamualaikum.... Salam Satu Malaysia..... Salam JOM PI JALAN semua :)

Lokasi? Perak? Kuala Lumpur? Johor? Kuching?  Maliau?? Errrrr waimma kat mana pun korang berada, AWAS!!!

AWAS! Jangan kutuk tajuk entri yang panjang lebar ni.
AWAS! Jangan jangan nak puji gambar dalam entri aku nih... hahaha motif???  Hah, nanti korang faham-faham la sendiri bila dah baca sampai habis.
AWAS! Kalau entri ni takde sampai penghujung..
AWASI???? ok ni Operasi Asap Hitam Kenderaan takde kena mengena dengan korang melainkan sila servis kenderaan tuan puan dan pastikan asap hitam kenderaan tidak melebihi paras yang dibenarkan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
dan AWAS! jangan buat pembakaran terbuka! Hahahaha #matilabiladahmulamengarutni

yang pasti AWAS! jangan blacklist KaKiJaLaN.... meh tolong sapu sawang kat sini.... PEACE YO! Moh Ke Perak demi Tahun Melawat Malaysia 2014 #VisitMY2014 .  
*giler punya suci murni je blog aku nih... setelah sekian lama hibernasi :D

Soalan pertama "Ada sesiapa pernah pergi Royal Belum?"
Jawapan pertama yang paling jujur "Grik ni pun baru first time!" 
Hahahaha... ok itu jawapan salah seorang dari anggota rombongan.

First time?
Wohoooooo moh DISCOVER ROYAL BELUM dengan Belum Outdoor Adventure (BOA).  Siapa BOA? Haa baca sampai habis dulu.
Chup!!!!!  AWAS ko mas?! Mana entri #BlackoutTA ? Errrr......
AWAS! soalan tu aku dah tanya sendiri... orang lain takleh tanya dah...
Aku dah buat dalam hati okayssssssss.... Siapa tak nampak! Haaaa AWAS!!

errrr... terus tak tahu nak karang ayat dah! nyampah!
AWAS! aku rasa entri ni akhirnya jadi entri bergambar sahaja... hahahahaha

JOM LAYAN...... dan maapkan aku sebab tetiber blur.

Info
Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang besar di sini seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa. Hutan ini kaya dengan haiwan dan tumbuhan yang mengagumkan yang mana banyak kawasan di sini belum pernah di teroka atau diganggu oleh kehadiran manusia. Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang tetapi rumah kepada khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.

Pada hari kejadian (cewah, untuk cerita drama-drama sebelum sampai bolehlah dirujuk di blog2 yang lain), kami sampai di Jeti Sementara Pulau Banding lebih kurang jam 12.30 tengah hari.  Alhamdulillah cuaca best! Panas terik matahari memancor-mancor tegak atas kepala dengan langit biru dan kelihatan awam berkepuk-kepuk.  Jeti sementara ini terletak ke dalam sedikit dari Jeti Pulau Banding yang sekarang sedang dinaiktaraf katanya.

AWAS! bagi yang pertama kali datang dan tak biasa dengan kawasan ini, lokasi jeti ni terletak di sebelah kiri jalan yakni selepas jambatan pertama masa korang nampak Royal Belum (yakni kolau perjalanan dari pekan Lenggong/ Grik), tetapi betul-betul terletak sebelum jambatan yang kedua.  AWAS!  Kalau korang terlepas jeti ini, berkemungkinan besar mengkome sekalian akan sampailah ke Kelantan, ke Thailand dan mungkin sampai ke Myanmar kalau tak reti nak berhenti tengok papan tanda, tanya orang atau tanya cik Waze.. AWAS!  Khidmat telefon bimbit mungkin tidak dapat membantu di sesetengah kawasan dan akan hilang terus apabila korang memutuskan diri untuk meneruskan perjalanan BACK TO NATURE.... HellooooOOOoOOoo, simpan jap tepon ya :)

Ha ni la rupa rumah bot yang kami akan naiki.  Haaaa besar ni, nak muat 30 orang pun boleh.  Ada berani????

Rumah bot ni, dua tingkat haa macam dalam gambar ni la kann.  Ada ruang santai tengok tv, ada dapur, ada bilik mandi, ada tandas.  Bahagian atas ada ruang lapang lagi dan ada bilik-bilik.


Ok.  Ini gambaran kat ruang atas rumah bot.  AWAS! ini bukan gambar selfie yang pertama dan bukan juga yang terakhir.  Sila bersiap-sedia ngadap gambar-gambar selfie selepas ini :)


Hais..... ni anak sapa yang dok main selfie-selfie jugak nih ntah!  AWAS! Jangan bagi mak ayah nampak gambar-gambar perasan macam ni. Hahaha.
#dasardemamselfieseluruhdoniyasangat
Dan, tatkala semua orang sedang sibuk-sibuk ambil gambar, posing bagai, ada juga yang menongkat pipi layan zzzzz....  Mamat batman yang dah lama tak munculkan diri (saja taknak sebut nama)... 

Selepas setengah jam (ke lebih? ambe terlelap huhuuuu syiok woooo tidur dibuai-buai dalam bot ni), kami sampai kat satu port ni untuk tengok bunga rafflesia... Haaa bunga yang terbesar di dunia tu!!! 
Info Bunga Rafflesia

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka.
- sumber wikipedia

Rumah bot dah mendarat (eh?) kena tambat.  Ayuh!  Siapa nak pergi tengok bunga rafflesia, moh kita (jom).
Pasangan Chawanna... Haipppppp ni memasing bajet solo ke nih??? Hahahaha #drama

Ops selfie lagi! AWAS! Jangan marah! 
Hang Dhamin kata, "Hang senyum betui2 sikit" 
"Haisssss.... camni buleh ka??? Ok dak???"
Haaaaaaaaaaaaa...... (tapi taktau senyum gedik ke plastik nih! :p)

Sebelum ber'trekking' untuk tengok bunga, team BOA ajak buat senaman ringan dulu.
"Howaaaaa ok, tarik nafasssss.... lepas....."
"Ok. Pegang tangan, goyang pinggang, bengkokkan kaki.... bla. bla. bla..... semua ikut..." (well ayat skema ni ibarat nasi tambah dari aku je... kikiki)

Untuk sampai ke tempat bunga rafflesia ni, kena gigih mendaki la sikit.  Perjalanan dalam 20 minit tapi tangga nak memanjat dia boleh tahan la juga kalau orang yang dah lama takde senam-senam ni.  Apapun, syabas buat Ely kerana berjaya mengendong Suci sampai ke atas! Tabik! 

Tetapi.... apakan daya... bunga rafflesia kembangnya sehari...  Bergantung rezeki untuk tengok.  Kalau ada masa perjalanan yang panjang, ada lagi port-port bunga ini yang mungkin sempat nak pergi...  Haaa tengok sajalah yang ada ni, gambar yang belum kembang, gambar yang dah layu.
Ok dah... selesai satu aktiviti.  Naik bot kita minum petang pulak!  Katanya ada satu lagi aktiviti selepas ini dan edisi AWAS! akan bertukar jadi BERTABAHlah! Hahahaha....
*tangan gigil2 taip BERTABAHlah sebab tak pasti BERTABAHlah menunggu, atau BERTABAHlah dengan kandungan entri nanti...  Walla :)


Ok... ni nak kongsi balik entri yang aku pernah tulis pada awal tahun 2009.  Trip sebelum ni memang memorable buat aku sebab masa inilah aku mula kenal dengan kengkawan OMBAK aku di Shah Alam dan akhirnya membawa ke penjebakkan aktiviti triathlon aku (yang mana sekarang dah suam kukuuuuuuuu.... oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk).

Ni pula gambar bunga rafflesia.  Gambar ni sebenarnya diambil di lokasi yang sama kami pergi dalam trip #Travelholicsawesomeandfriend dan BOA ni... 


Sampai jumpa lagi....  Chekidaut blog kengkawan kita yang lain ni naaaaaa.......

#TRAVELHOLICSAWESOME
#ANDFRIENDS
Belum Outdoor Adventure
Maklumat lanjut cer klik sini Facebook , Blog.
Telefon : 017-451 4939

Tuesday, February 3, 2009

ATTacHeD To RoYaL BeLuM STaTe PaRK, PeRaK

BeLum. HaHa belum habis lagi bercerita pasal Belum!!! Untuk dikongsi bersama dan ingatan diri sendiri.... Tak semua dapat diletakkan di sini kerana u have to be there to feel it and to see it...

THe PLacE
Menara atas bukit... Nak mendaki wahhhhhhh cungap juga bagi yang tak biasa!!
Titi galah kat kampung orang asli....
Sempat juga aku 'casting' kat atas titi nie dengan Mud!!!


Perkampungan orang asli

FLoRa n FauNa - wiLDLiFe
Salt Lake (tapi sebenarnya bukit Garam)...
Gajah korek bukit nie untuk dapatkan mineral.


Pokok paku raja yang banyak kat Pulau Batu Putih. Dipercayai pokok ini telah wujud dari zaman dinosour lagi. Rupanya seakan-akan pokok palma. Merupakan pokok paku yang paling besar.
Bunga rafflesia yang menjadi pujaan.
Untuk melihat bunga ini perlu juga nasib yang baik.



Cik Lipan... diam-diam jer merayap...
Not the biggest as i seen kat Stong but hehehe suka jugak!
Labah-labah. Aiii susah nak tengok betul-betul.


Belalang daun dengan penyamaran yang sangatlah mengelirukan.
Bagi kaki pancing, seronok kalau dapat nih buat umpan!!!

Ikan kelah hanya boleh didapati di kawasan air Kelas I dan IIA..


PeMaNDaNGaN daN PeRasaaN