FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label DeNGKiL. Show all posts
Showing posts with label DeNGKiL. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

aKTiViTi KaMi Di PaYa iNDaH : PosiNG TaK 'HeNGaT'!

Nak kongsi gambar-gambar 'posing' tak 'hengat' je kali nie...
Banyak gambar-gambar sampai tak tahu nak pilih yang mana! Kat sini antara gambar-gambar yang disukai...



Gambar dengan I sebelum memulakan kayuhan... Cewah
Ini naik bukit ok! Mak aiii tulun!!!

Hah! Den memang 'terror' la bawak beskal... Dulu pergi sekolah memang Den rempit naik beskal larrr.... 'Champion' tau!

Walla gambar ni macam gambar cerita Sembilu.... Tak tahan!!!!!
Ada port lawa, jangan tak 'posing' kengkawan!

Dak sekolah yang ponteng sekolah!
Baju sorok dalam beg! Ngeee... Iyo larr tu ;p

Bagi ikan makan lar pulak! Kaloi oh si ikan kaloi ~ Lalalala

Misi berjaya!!!!!

Kawasan tanpa graviti....
a kick out from W, causing ....

owhhhhhhhh u wanna fight???

Paya Indah Wetlands with J, I, WA, W


~Terima kasih untuk waktu yang menyeronokkan.. Gilo eh masuk kawasan larangan!! Dak-dak nakai suma nih but i like! Ngee
~

beskal - basikal
gilo - gila
dak-dak -budak-budak
nakai - nakal
suma - semua

Friday, July 30, 2010

PaYa iNDaH WeTLaNDS, DeNGKiL

Jenjalan sambil berbasikal di Paya Indah Wetlands. Aktiviti yang dirancang untuk menikmati keindahan alam dan membakar lemak sekaligus menggelapkan kulit (saya memang suka pakej ini! hehehe). Kawasan Paya Indah Wetlands memang cantik dan sesuai untuk bersantai-santai dengan teman-teman. Ngee...

Basikal-basikal yang kami sewa

Antara laluan yang kami lalui. Ada kaki pancing tengah cari port sesuai tu.

Antara pemandangan yang bakal dilihat jika berkunjung ke sini

Banyaknya sarang burung tempua! Pertama kali dapat tengok di tempat yang sebenar. Sarangnya rendah tapi tak boleh nak pergi dekat sebab nak kena rentas semak paya.

Cantik! Cam kat 'ober-de-C' tapi sebenarnya tepi da swamp je! Ngeeee :D

Lagi! Kawasan yang menarik.

Sepanjang jalan dengar burung berkicau tapi agaknya kat mana burung-burung ni menyorok?? Celah pokok? Celah lalang? Tepi paya??

Ke pelantar pemandangan. Masa ni dah tak mampu nak mendaki. Nak cerita yang kami tersilap masuk jalan sampai tersadai kat satu 'pulau' of nowhere kat dalam kawasan Paya Indah ni. Jauh juga kami sesat sampai terlepas sesi bagi buaya makan.

Kan dah cakap tempat ni cantik!

betul tak tempat ni cantik? Ermmm

Laluan masa patah balik ke belakang!

Antara port lawa... Entri seterusnya ada gambar orang lakss kat sini! :)
Huhu sukaaaaaaaa!

Ni kira antara port marvellous kat Paya Indah Wetlands
[jangan tak tergoda tengok tempat nie. Cantik tempatnya. Boleh berbasikal, memancing, bird watching, berkelah dan ada juga chalet kalau nak sewa.]

Thursday, July 29, 2010

BeRJuMPa DeNGaN BaDaK

Misi berjumpa badak berjaya dilaksanakan pada masa tak berapa hari sebelum Den berhijrah ke tempat baru... Trip berjumpa BaDak ni selingan daripada trip berbasikal di Paya Indah Wetlands yang telah dijanji maniskan dengan kawan Den si Janggel...

Lokasi Paya Indah Wetlands ini dengan Putrajaya mengambil masa tak sampai setengah jam. Masuk pekan Dengkil, cari balai polis (ni memang kat simpang tiga), ambil simpang tu dan jalan terus sampai nampak papan tanda Paya Indah Wetlands di sebelah kanan. Dibuka dari jam 9.00 pagi sampai 6.00 petang, masuk percuma. Pada hari kejadian, kami sampai jam 8.30 pagi dah boleh masuk dalam dah. Katanya orang yang datang memancing pun boleh masuk lagi awal!
Aktiviti kat sini yang ada dekat sini, selain memancing (bayar permit), bolehlah berbasikal, berjalan-jalan dan berkelah-kelah kat dalam ni. Sewa basikal bagi 2 jam yang pertama RM3, dan setiap jam yang berikutnya RM2/-. Waktu bagi makan BaDaK-BaDaK yang cumel dan encem ialah pada pukul 10 pagi dan waktu bagi makan buaya pada jam 11 pagi. Boleh bagi BadaK-BaDaK ni makan :) Ermmmm nak letak nama BaDaK-BaDaK ini tapi dah terlupa lar pulak! Satu namanya Juwita, satu namanya Kundra dan satu lagi dah tak ingat dah namanya.

Hari ini, aku kongsi gambar BaDaK-BaDaK ni dulu ya!

"Cepatlar pukul 10. Nak makan buah pula! Boring makan rumput ni!"
"Mana makanan?????"

"Aaaaaaaa..... cepatlah bagi makan!"

"Sibuk larrr perempuan ni nak posing! Aku nak makanan!"

Nota x relevan blog:
tak sabar menanti esok.... gila! buhsan!