FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label TeATeR. Show all posts
Showing posts with label TeATeR. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

TEATER OMBAK RINDU ... TIADA PENGHUJUNG

Haluuuuuuu
Salam Satu Malaysia
Salam Jom Pi Jalan
Salam Moh Kita Gi Tengok Teater Nak???? Cewahhhhh

Tak sangka pula tahun ni ada sinar harapan bahagia boleh sambung melayan persembahan teater ni balik semula.  Almaklum sekarang hari kerja pun dah boleh lari pergi Istana Budaya kekdahnya sementelah dah berhijrah semula ke Lembah Klang ni kannnnnn....  Aterrr ;)

Baru-baru ni berkesempatan untuk tengok fragment dari teater Ombak Rindu... Tiada Penghujung.  Persembahan sebenar akan diadakan pada 22 April 2016 sehingga 1 Mei 2016 Di Istana Budaya, Kuala Lumpur.  Pementasan ni dibawakan oleh CTRA Production (as my peberet production) yang dah banyak bawakan pementasan-pementasan yang best sebelum ni seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, Lantai T.Pinkie, Nyonya, Muzikal Gamat, Ibu Zain,  Upin Ipin dan banyak nor kalau nak list sini semua... Apapun, gabungan penerbit puan Siti Rohayah Atan dan penulis skrip puan Rosminah Mohd Tahir memang selalu kababommm.

Sedikit info mengenai Ombak Rindu... Tiada Penghujung, karya asal dari novel tulisan Fauziah Ashari, pernah difilemkan dan meletop-meletop kat pawagam lepas tu meletop-meletop kat tv time raya beriya nor kome menengoknya (ok mustahillah korang tak tahu kan???? Aku petir jugak nihhhhhh).  Kalau di filem dulu watak Tuan Hariz dibawakan oleh Aaron Aziz, dan watak heroin iaitu Izzah dibawakan oleh Maya Karin, kali ni watak-watak tersebut dibawakan oleh Keith Foo dan Uqasha Senrose.  Pelakon-pelakon lain yang terlibat termasuklah Nonny Nadirah Zainuddin, Zaidi Omar, Zarina Zainoordin, Karl Shafek, Izzue Islam, Nad Zainal, Halimatussadiah Dauh, Zera Hariz, Aris Forteen, Nanie Nanuel.

Kenapa kena tengok pementasan ini? Haaaaaaaa
Cerita dia lain dari filem yang main kat wayang kat tv aritu...
Dengar-dengarnya boleh bergenang-genang air mata kome...
Jadi moh le kita ke Istana Budaya tengok Ombak Rindu... Tiada Penghujung ni.

Harga tiket : RM37.10, RM68.90, RM100.70, Rm132.50 dan RM174.90
Boleh beli di Istana Budaya ataupun secara online www.airasiaredtix.com 

Meh nak kongsi sikit gambar masa fragment preview hari tu :)

 Nad Zainal sebagai Fatin iaitu setiausaha Encik Hariz.  Kecik je orangnya, comel!  

Uqasha Sensore (watak utama) bersama Halimatussadiah (Mak Mah)


Keith Foo, Tuan Hariz.. Amboi sangatkan kalau tuan Hariz mesti badan pun sado tough2 camtu... Hahaha

Part suspens... Kejadian apakah???  

Eh terkongsi lagi part Tuan Hariz ni...

Watak kedua Uqasha dalam pementasan ni.. Aku pun fikir dua kali, betul ke?


Zarina Zainoordin dengan kecoh dan vasss

Emmmmmmm.. sesi berebut anak (opssss alamak terbocor rahsia!)

Dan tetibe ada pulak watak ni kannn... haaa ni memang obiviously lah takdak dalam filem... dan semua kat atas, semua takde dalam filem sebenarnya... jeng jeng jeng.......

Oklah, ai is tak sabau nak tengok pementasan ni... Harap korang pun sama erk! Hehehehe rajin la pulak kan menulis kali ni hajajajajaa...

SELAMAT MENONTON!!

Wednesday, November 26, 2014

MaLaYSia INTeRNaTiONaL ARTS ViLLaGe (MIPAV) 2014

HaLuuuuuuu
Salam segala salammmm......
Hari ni ada dasar tak mampooo nak pikir memacam salam macam selalu.....
Dem sangat bila fesbuk sepuluh juta kali kena hack, sepuluh juta kali tukar password... last sekali aku pun lupa password apa yang aku letak!  Hohohoooo ciskek sangatkan!

Apapaun, sebelum hari ni berakhir, nak kongsi ada event yang aku rasa best tengah berlangsung di MATIC, Jalan Ampang.  Malaysia International Arts Village (MIPAV) 2014 melibatkan penyertaan dari beberapa buah negara termasuk Indonesia, China, Mongolia, Cambodia, Thailand dan beberapa buah negara lagi, Berlangsung dari 22 November 2014 sehingga 26 November 2014 (haaa yerr, hari ni hari terakhir).

Ahad lepas sempatlah jenguk event ini... Memang best dan tambah pulak musim cuti sekolah ni, siapa yang ada anak-anak ke, boleh la mai sini... Aku yang mudo rumaja ni pun enjoy sangat, ni pulak kalau bebudak kan!

So, sharing is caring.... Ni gambar yang aku ambil masa show jam 3 petang dan 5 petang.  Ada juga workshop untuk tarian, ni memang dah penuh katanya....  Feel free untuk petang ni dan malam ni punya persembahan.  Masuk PERCUMA!!

Cekidaut page facebook Malaysia International Performing Arts Village - MPV 2014 atau boleh juga tengok di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara untuk maklumat lanjut.















Saturday, May 5, 2012

UPiN IPiN THe MuSiCaL

Senyum, tak perlu kata apa-apa.... Ecehhhh..... Sengal! Hari ni aku dok rumah, nak balik kampung tapi omak den dah poei pekan Kolumpo, kawan-kawan yang kek kampung tu pun kebetulan ada hal jugak poei Kolumpo... Haihhhh, kalau ikut hajat di hati nih ~ mau jugak naik bas ni kang... Dah lar pesta buku acara wajib aku setiap tahun tengah berlangsung sekarang nih... Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tu, kalau pergi tak habis RM tiga angka, kalau aku tuh memang tak sahh.... tabah.... tabah.... tabah.......

Pada 14 April yang lalu (giler lama!), aku dan JT pergi menonton persembahan pembukaan Teater Musical Upin dan Ipin.  Memang teruja gila sebab kesempatan nak pergi menonton teater untuk aku sekarang ni terhad sangat.  Kali ni pun terpaksa ambil show yang awal-awal sebab tau dah lepas dari tarikh tu mesti tak sempat nak pi tengok.

Teater Musikal Upin dan Ipin (TMUI) merupakan terbitan Les' Coupage Production Sdn. Bhd. & CTRA Production dan diarahkan oleh Zaifri Husin.  Ceritanya mengenai seorang puteri dari angkasalepas yang ingin mengetahui apa itu gembira dan hanya Upin dan Ipin yang dapat membantunya.  Oleh yang demikian, cerita ini membawa kepada dunia sebenar dan juga fantasi (errrr).

Sedikit catatan mengenai persembahan ini
  1. Banyak set yang cantik-cantik seperti rumah kampung, dalam kelas, set gua yang terbuka menjadi istana dll.
  2. Ye aku suka budak-budak dan semua dalam teater ni adorable :D
  3. Cara labah-labah (pelakon) masuk memang best sampai budak dua orang yang duduk kat sebelah takut-takut dan dok mai rapat-rapat dengan aku.  Parent budak-budak ni duduk kat baris belakang. Labah-labah yang turun dari siling tu pun best!
  4. Antara watak yang aku suka  
    • labah-labah
    • vodoo yang dok menari-nari tu
    • mentadak mentadu yang gedik-gedik bontotnya.... <-- hahahaha too kiut larrrr! 
  5. Kostum yang paling aku kusut tengok ~ kostum buku.  Alahai cam terseksa nengoknya!
  6. Ada lebih 15 buah lagu dalam persembahan ni
Teater Musikal Upin dan Ipin
Tarikh Persembahan: 14 April - 6 Mei 2012
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Maklumat Lanjut: +603-6186 6592 / +603-4147 8600 (Hotline tiket) 
Email: alphaevents@hotmail.com  
Harga Tiket: RM33, RM53, RM83, RM103, RM153, RM203, RM253, RM353 & RM453



Tuan puteri ~ nama memang sorang pun aku tak tahu... Buku program kali ni larr yang paling mahal sekali kot! Tak tergamak nak beli.. Haishhhh...

Labah-labah yang rupanya memang dah menakutkan!

Mentadak mentadu dilakonkan oleh pelakon dewasa

Nahhhhhhh amek ko kuar vodoo

Rama-rama yang membantu tuan puteri mengesan Upin dan Ipin

Sally, Kak Ros, Opah, cikgu dan maskot Ipin

Alamak tak dapat laks muka hero nih :D


Watak utama

masMZ, retis tompangan

Haaaaa kan betul dia berlakon sekali! Hahahahahhaa Verangan!

Wednesday, August 3, 2011

WaYaNG KuLiT : TeRCaPai JuGa CiTa-CiTa

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.....

Menonton wayang kulit? Terujakah kamu??? Buat saya, sudah lama saya bermimpi untuk menonton persembahan tradisional ini. Bagaimana rupanya? Bagaimana perasaannya? Bagaimana ceritanya? Permainan muzik di belakangnya, bagaimana? Ya, saya memang sudah lama teruja untuk menonton persembahan ini.

Mimpi menjadi kenyataan apabila Panggung Bandaraya membawakan teater tradisional wayang kulit bertajuk Perjuangan Seri Rama (tribute kepada Arwah Pak Hamzah Awang Amat. Persembahan ini dimainkan oleh Kumpulan Wayang Kulit Seri Setia Kelantan.

Perasaanya? Hebat! Persembahannya di atas watak-watak dan perjalanan cerita sentiasa mengundang ketawa. Muzik belakangnya indah... Namun, pasti mengundang jemu kepada mereka yang tidak dapat memahami bahasa Kelatan (demo kechek Kelate wehhhhhh!!!).... Seb baik ambo pahe, buleh larrr sikit-sikit... Hehehehe.....






*satu lagi mimpi mahu menonton tarian klasik India... Peluang depan mata, namun masa sungguh tidak mengizinkan... Mungkin di kesempatan lain.... :)



Tuesday, July 12, 2011

ReView TeaTeR MaK DaRa NYoNYa

Yeayyy, walaupun menghadapi beberapa dugaan, dapat juga menonton teater Mak Dara Nyonya pada persembahan petang Ahad yang lalu :). Saya sangat SUKA!!!!

Teater Mak Dara Nyonya, gabungan dua buah cerita yang berlainan sama sekali namun punya mesej dan pengajarannya yang tersendiri... Ceritanya saling berselang antara sebak dek monolog Mak Dara iaitu Ibu Halimah yang menceritakan kisah hidupnya dan ketawa pecah perut dek Nyonya dan 'ekor'nya, serta keponakkan-keponakkan membuatkan Teater Mak Dara Nyonya paling berbaloi untuk ditonton. Dengan skrip yang mantap, pelakon-pelakon yang hebat (Fafau, keras sikit kot tapi tetap sporting dan kelasssss gitu!!!!), set pentas yang tidak berlebihan, tak perlu rasanya juga direview secara berlebih-lebihan. Ada sehari lagi pementasan di Matic, Jalan Ampang. Ayuh, dipersilakan pergi menonton... Pasti tidak akan menyesal!!!!

Teater Mak Dara Nyonya, persembahan paling best tahun ini!!! Tahniah buat seluruh produksi CTRA Production.... Tabik springgggggggg untuk kalian semua :D

Teater Mak Dara Nyonya ,
Terbitan : CTRA Production
Penaja utama : Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.
Penulis skrip Mak Dara : Puan Siti Rohayah Attan
Pengarah : Puan Rosminah Tahir
Penulis skrip Nonya : Allahyarham Wisram Hadi

Juhara Ayob memegang watak Mak Dara

Penghayatan sehingga mengundang sebak di hati

Sherry Syed Abdullah sebagai Nyonya, waduhhhh

Zaifri Husin memegang watak Tuan (saudagar barang antik)

Kalau Nyonya tidak percaya, tanya isteri saya!! Nah ini dia Farah Fauzana dalam penampilan sulungnya di pentas teater sebagai Isteri. Macam-macam gaya Fafau.... rugi tak tengok Fafau menari, merangkak bagai (Fafau, lembut sikit nari nya...)

si suami dan si isteri

Sarimah Ibrahim (keponakan B) dan Misha Omar (keponakan C), lakonannya santai hingga pentas persembahan bagai tempat permainan mereka sendiri.. [sangat suka~!]

harussssss... ekornya!!!!

Norzizi Zulkiafli (keponakan A), sangat suka!!! - RECALCULATE!

Keponakan-keponakan yang sentiasa mengundang ketawa

Habis sudah dijual ~ Tujuh ratus RiBBooOOoooo

pelbagai aksi dan gaya dari Sarimah

Aiii cantik-cantik kebayanya :)

Fafau dengan aksi manja ~meoww

Ributttttttttt....... hahahahaha

* Sarimah, suka hati!!! hadehhhhh nak pecah perut!!

Barisan pelakon dan pengarah persembahan Puan Rosminah Tahir (kanan sekali)

Yesz!!!! Next project plisssssssss

* maklumat lanjut Teater Mak Dara, klik sini.