FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label TaPaH. Show all posts
Showing posts with label TaPaH. Show all posts

Sunday, June 18, 2017

BERBUKA PUASA DI TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum....

Haluuuu.... Puasa ke semua??? Atau tak puasa sebab musofir??? Aiii alasan sangat! Is kenot ok!!!

Buka puasa baru ni tak tahulah tebiats apa yang telah melanda, tiba-tiba geng ajak pi lawat abam kawasan Cameron Highlands iaitu Janggeltrekker dan buka puasa di tanah tinggi.  Katanya juga jom ler berpuasa sambil bermusafir, baru tak terasa sangat puasa ewahhhhhhhh.

Jadi, aritu kami Chawanna sekeluarga, Pae, kak Coco, Kaki Berangan pun bergerak dari pekan Kolumpo menuju ke Cameron Highlands.  Pagi lagi kami dah sampai seusai bershopping terlebih dahulu di Kampung Kacang Putih di Ipoh (sebabnya nak naik dari Simpang Pulai).  Shopping kacang tu pulak sekali nak beli untuk stok raya, SONANG!

Disebabkan kami naik ikut Simpang Pulai, perhentian pertama di Cameron Highlands adalah di Lavender Park.  Tempat ni biasalah tempat orang shooting-shooting drama filem bagai bajet macam oberC (hihihi)... Tiket masuk ke tempat ni bagi dewasa RM8/ seorang dan RM5 bagi kanak-kanak.  Gambar kat sini takyah share le ye sebab cam dah pernah share dulu... 

 Sedap nor tengok Aqilah makan aiskrim dan buah strawberi wehhh.. Hari ni mummy dia kasi cheat day tak puasa.

Lepas tu dah tengah hari, kami terus ke Taman Abang untuk book buffet buka puasa yang katanya tengah viral sekarang.  Tak ke pelik tetengah hari pi tempat makan?!

Sambung lagi jalan sebelum balik homestay... Kali ni berposing di ladang teh... Opkos syarat wajib bila berkunjung ke Cameron Highlands ni.

 Walaupun dalam gambar tak nampak terik, sebenarnya masa ni matahari masih lagi kat atas kepala!

Eh bila Aqilah besar? Hahahaha.. Ohh emmm geeee.... baru perasan muka Na sebijik Aqilah! eh terbalik!

Tapau skon dan strawberi shake sebelum balik.. Ni gara-gara takut nanti malam tak dan nak beli dah kedai tutup hahaha.

 Dalam pukul 6.30 kami pun sampai di Restoran Taman Abang Steambot & Grill. Bersemangat sungguh rasanya, almaklumlah nak berbuka puasa!

 Tadaaaa.... sayur-sayuran... Pilihan dia opkos ada yang beza dengan stimbot kat bawah..

 Yang ni untuk grill.

 Segala mak datuk bebola pun ada.

 Lauk pauk kena sambar cepat.  Hari tu ada top up tapi tak banyak laaa.. Jadi yang ni kenalah ambil awal dan ambil pun berpada-padalah jangan membazir ok!

Ni meja kitoarang... memasing dah ready gayanya.

 Ok orang lain hilang pi ambil makanan!

 Air ada banyak jenis.

 Sabar... Sabar....

Dan akhirnya selesai... Alhamdulillah... Makanan sedap... Kuah dia pun sedap...  Berbaloi makan kat sini dan puas hati.

Haaa siap untuk bersahur pun ada.  Untuk tempahan boleh call no dalam gambar ni.

Harganya....  Makanlah sampai tak lalu nak makan dah miahahaha...

And all of us... Selamat berpuasa semua :)

Tuesday, January 31, 2012

Ke KuaLa WoH LaGi

Memandangkan tahun 2012 merupakan tahun melawat Perak, maka tahun ini jenjalan di Perak akan diperbanyakkan dan diperluaskan lagi....  Tempat yang dah pergi pun nak buat-buat macam kali pertama kali pergi!!

Minggu lepas kami sekeluarga ke Kuala Woh lagi... Rupanya ada lagi set-set sepupu-sepapat yang belum lagi sampai ke tempat ni... 

"KY, jadi tak pergi ni?"
"KY, kui berapa nak pergi ni?"
"Jauh ke dekat?"

Amboihhhh.... banyak sungguh soalannya!!!!

Kuala Woh, terletak di Tapah, Perak.  Kalau keluar dari exit Tapah (PLUS), Kuala Woh ni terletak dalam 20 km (anggaran).  Sungai yang mengalir di Kuala Woh ni namanya Sungai Batang Padang.  Sungai yang lebar, ada tempat yang cetek, ada yang bolehlarrr nak hanyut-hanyut, dan ada juga jeram yang best untuk menghayutkan diri ala-ala 'rafting' gitu...  Cerita pasal Kuala Woh dalam blog ini dahulu boleh rujuk kat sini SuNGai BaTaNG PaDaNG daN KuaLa WoH (RaHsia).

Hujung minggu, boleh tahan ramai orang..  Nasib baik sungainya lebar, cukup tempat untuk semua orang.


errrr..... hahahahaha..... sejuk wooooooo

bukan aku yerrr!

Istimewa di Kuala Woh.... cer teka... cer teka!

ni apa kaki-kaki nih??????

?????? Hahahahahaah

Syiok woooooooo.......

Sebenarnya ada kawasan di tepi-tepi kawasan sungai yang mempunyai kawasan air panas....  Nak tahu kenapa air panas???? Jawapannya boleh diperolehi dari papan-papan maklumat yang disediakan di kawasan ini.  Kalau nak tahu, jeng jeng jeng..... Moh lerr ke Perak!!!  Memang menakjubkan bila di air sungai yang sejuk mengalir, ada kawasan-kawasan air yang panas di tengah-tengah....  *Tak boleh nak pijak tempat ni lama-lama, PANAIH!!!

Dah.... rahsia dah bocor!!! 
Ada air panas kat Kuala Woh ni.... 
Jom balik! Lain kali kita datang lagi :D





Friday, February 18, 2011

SuNGai BaTaNG PaDaNG DaN KuaLa WoH (RaHsia...)

Hari ini saya nak kongsi satu rahsia... Hahaha... Tahukah anda tentang asal-usul Sungai Batang Padang??? Jeng... jeng... jeng....

Baru-baru ini setelah sekian lama (agak-agak dah lebih sepuluh tahun kot!) tak menjejakkan kaki ke Kuala Woh yang terletak di Tapah, saya telah membuat keputusan nekad untuk membuat 'angkara' kepada beberapa orang sahabat-sahabat saya untuk meninggalkan perkara-perkara yang belum dirancang oleh mereka di hujung minggu untuk mengikut saya (huu macam pakai kuasa veto!) ke sana.

Pada seorang sahabat di pejabat, "L, jom kita pi Kuala Woh bawak Aish (alasan kuat) untuk main air". Pada seorang teman sejabatan tetapi di lokasi berlainan "I, sok pagi jom ikut pi Kuala Woh. Tengah hari u ada kelaskan? I ajak pi pagi tau... Tengah hari i tak ajak! HAhahaha". Pada sahabat-sahabat di kampung, "N dan O, weh sok aku nak g Kola Woh. Jom. Aku tunggu korang kat sana yer. Aku dengan 2 orang kawan seopis dengan sorang hero kecik.... Ngeeee. Datang tau!" Haaaa, betul tak veto!! Wakakaa....

Ok, sambung cerita di Kuala Woh ni.... Apa cerita Kuala Woh dengan Batang Padang ni??? NGeeee.... Sungai yang mengalir di Kuala Woh ni ialah Sungai Batang Padang (erk? tu rahsia ke???). Jadi, apa rahsianya???? Jeng. Jeng. Jeng (lagik!)...

Owhhh... Rupa-rupanya bagi masyarakat orang asli, Batang Padang tu membawa maksud kawasan lapang atau tanah yang gondol tanpa pokok. Namun, tahukah anda macam mana Sungai Batang Padang mendapat namanya?? Ermmmm....

Orang asli percaya bahawa ianya berasal dari kisah seekor beruk yang telah dihidupkan oleh seorang penduduk kampung ribuan tahun dahulu. Kerana terlalu murka dengan kejadian tersebut, Penjaga Alam telah memerintahkan Petir, air panas dan juga naga-naga untuk menghukum penduduk kampung yang pernah mendiami kampung tersebut.

Tiga ekor naga yang perkasa telah turun dari kayangan untuk menyekat air sungai. Apabila air yang disekat itu menjadi tinggi, ketiga-tiga naga tersebut melepaskan air sungai itu dengan serentak. Kejadian itu ibarat sebuah empangan besar telah pecah dengan tiba-tiba. Air sungai yang mengalir deras telah membawa bongkah-bongkah batu yang besar dan merempuh kampung tersebut. Semua benda yang berada di laluannya telah musnah termasuklah kampung dan sebahagian hutan di kawasan tersebut. Keadaan kampung ibarat 'padang jarak padang tekukur'. Begitulah cerita bagaimana sungai ini mendapat nama..... (heeee)


Nak tahu cerita Kuala Woh pula, kenalah pergi sendiri kat sini. Banyak papan-papan tanda informasi dan ada sebuah muzium di kawasan rekreasi ini. Ada satu kedai makan kat sini yang menjual minuman, sandwich, burger, nasi lemak dan macam-macam lagi.

Layan gambar laks ya....

Bagusnya datang pepagi tak ramai orang!

Huu layan..... adakah kami tidak senonoh apabila tak reti nak keluar dari air melainkan untuk naik makan??? Akuikuikui (terpaksa lar ngaku)

View kalau layan duduk dalam air.... kalau nak ke muzium tapi takmau basah, kenalah jambatan gantung tu (pengakuan: hari tu tak pergi tengok sebab masa dalam air tersangatlah berharganya - melayan jiwe)

Air dari hulu

tempat melepak, masa air kering ok je.... kalau air tinggi.... takut!!

Sumber rahsia.... Asal usul Kuala Woh ada gak tulis kat sini tapi..... cam tak best je kalau semua dah story kan??? :p

Alasan kukuh untuk membuat angkara....


Psst. Psst..
Kat sini ada air panas tau.... Nak tahu macam mana atau dari mana datangnya sumber air panas????? Hehehehe.... silalah datang ke Kuala Woh nih....