FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 18, 2011

SuNGai BaTaNG PaDaNG DaN KuaLa WoH (RaHsia...)

Hari ini saya nak kongsi satu rahsia... Hahaha... Tahukah anda tentang asal-usul Sungai Batang Padang??? Jeng... jeng... jeng....

Baru-baru ini setelah sekian lama (agak-agak dah lebih sepuluh tahun kot!) tak menjejakkan kaki ke Kuala Woh yang terletak di Tapah, saya telah membuat keputusan nekad untuk membuat 'angkara' kepada beberapa orang sahabat-sahabat saya untuk meninggalkan perkara-perkara yang belum dirancang oleh mereka di hujung minggu untuk mengikut saya (huu macam pakai kuasa veto!) ke sana.

Pada seorang sahabat di pejabat, "L, jom kita pi Kuala Woh bawak Aish (alasan kuat) untuk main air". Pada seorang teman sejabatan tetapi di lokasi berlainan "I, sok pagi jom ikut pi Kuala Woh. Tengah hari u ada kelaskan? I ajak pi pagi tau... Tengah hari i tak ajak! HAhahaha". Pada sahabat-sahabat di kampung, "N dan O, weh sok aku nak g Kola Woh. Jom. Aku tunggu korang kat sana yer. Aku dengan 2 orang kawan seopis dengan sorang hero kecik.... Ngeeee. Datang tau!" Haaaa, betul tak veto!! Wakakaa....

Ok, sambung cerita di Kuala Woh ni.... Apa cerita Kuala Woh dengan Batang Padang ni??? NGeeee.... Sungai yang mengalir di Kuala Woh ni ialah Sungai Batang Padang (erk? tu rahsia ke???). Jadi, apa rahsianya???? Jeng. Jeng. Jeng (lagik!)...

Owhhh... Rupa-rupanya bagi masyarakat orang asli, Batang Padang tu membawa maksud kawasan lapang atau tanah yang gondol tanpa pokok. Namun, tahukah anda macam mana Sungai Batang Padang mendapat namanya?? Ermmmm....

Orang asli percaya bahawa ianya berasal dari kisah seekor beruk yang telah dihidupkan oleh seorang penduduk kampung ribuan tahun dahulu. Kerana terlalu murka dengan kejadian tersebut, Penjaga Alam telah memerintahkan Petir, air panas dan juga naga-naga untuk menghukum penduduk kampung yang pernah mendiami kampung tersebut.

Tiga ekor naga yang perkasa telah turun dari kayangan untuk menyekat air sungai. Apabila air yang disekat itu menjadi tinggi, ketiga-tiga naga tersebut melepaskan air sungai itu dengan serentak. Kejadian itu ibarat sebuah empangan besar telah pecah dengan tiba-tiba. Air sungai yang mengalir deras telah membawa bongkah-bongkah batu yang besar dan merempuh kampung tersebut. Semua benda yang berada di laluannya telah musnah termasuklah kampung dan sebahagian hutan di kawasan tersebut. Keadaan kampung ibarat 'padang jarak padang tekukur'. Begitulah cerita bagaimana sungai ini mendapat nama..... (heeee)


Nak tahu cerita Kuala Woh pula, kenalah pergi sendiri kat sini. Banyak papan-papan tanda informasi dan ada sebuah muzium di kawasan rekreasi ini. Ada satu kedai makan kat sini yang menjual minuman, sandwich, burger, nasi lemak dan macam-macam lagi.

Layan gambar laks ya....

Bagusnya datang pepagi tak ramai orang!

Huu layan..... adakah kami tidak senonoh apabila tak reti nak keluar dari air melainkan untuk naik makan??? Akuikuikui (terpaksa lar ngaku)

View kalau layan duduk dalam air.... kalau nak ke muzium tapi takmau basah, kenalah jambatan gantung tu (pengakuan: hari tu tak pergi tengok sebab masa dalam air tersangatlah berharganya - melayan jiwe)

Air dari hulu

tempat melepak, masa air kering ok je.... kalau air tinggi.... takut!!

Sumber rahsia.... Asal usul Kuala Woh ada gak tulis kat sini tapi..... cam tak best je kalau semua dah story kan??? :p

Alasan kukuh untuk membuat angkara....


Psst. Psst..
Kat sini ada air panas tau.... Nak tahu macam mana atau dari mana datangnya sumber air panas????? Hehehehe.... silalah datang ke Kuala Woh nih....

8 comments:

Ren said...

Huaaaaaaaaaa aku yang dok Tpah dan bermain main ngan orang Asli dikala kecil ni pon tak penah tau asal usul Batang padang tu..kalo asal usul tapah tu tau la hahahaa.

Ohh dah ada papan tanda cenggitu ek??? bilakah adanya tu??? rasa baru jer kot sempena lawatan First Lady haritu.

xplorer said...

bercakap psal asal usul ni - boleh ekau terang secara terperinci tak asal usul nama tempat BATANG BERJUNTAI ?

Al said...

nak air terjun!
ade x?

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel,
Orang kalau kat tempat sendiri memang tak pergi pun kan?? hahhahaa.... banyak papan info kat sini.... baguslah kalau rombongan sekolah nak wat aktiviti kat sini.... rombongan mak limah pun okey bley layan....

psst : bila First Lady mai sini??

masMZ KaKiJaLaN said...

xplorer,
Asal usul Batang Berjuntai lak erk??? nanti den buat homework dulu ye... [bukan ke nama tempat ni dah ditukar?]

masMZ KaKiJaLaN said...

Al,
Air terjun kat Tapah ni ada dua... satu kat Lata Kinjang, satu lagi Lata Iskandar... Kuala Woh ni dah ke bawah, ada jeram je.

Anash said...

rajin beno bejalan..jab gi air terejun
kejab gi naik bukit broga..
pastu nak ke kelantan nengok wau
..aktiviti penuh je....
tapi good aaa...keep on kicking...yeahhh...

masMZ KaKiJaLaN said...

yeahhhhh..... keep on kicking!!!!
[tapi minggu ni dah tumpo! flat! hohoho]