FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, February 24, 2011

TeRiMa KaSiH CiNTa

Pada Jumaat malam terima pesanan ringkas berbunyi "Mau menonton Terima Kasih Cinta? Kalau mau ikot saya esok". Wowweeeeeeeee mimpikah???. Projek teater!!!! Hahahaha....

Terima Kasih Cinta dipentaskan berdasarkan kepada filem Cinta yang diterbitkan pada tahun 2006. Cerita cinta yang punya cinta-cinta yang berlainan di dalamnya. Jalan cerita cinta yang disebut sebagai cinta luar biasa di antara cikgu Elyas dan Rubiah. Jalan cerita cinta tanpa batasan di antara Airin dan Harris. Cerita cinta yang tidak disangka antara Azlan dan Azura. Cinta suci di antara Arianna dan Taufiq dan akhir sekali cerita cinta abadi di antara seorang kakak kepada adiknya iaitu watak Dyan dan Taufiq.

Sememangnya jalan cerita tidak pergi jauh dari filem Cinta. Susunan dan plot memang sudahpun dijangka, namun yang ditunggu adalah pemain-pemain watak. Dengan lima kisah cinta, Terima Kasih Cinta membariskan watak hero dan heroin tersendiri bagi setiap kisahnya. Pasangan yang pertama di antara Latif Ibrahim (yang sungguh mantap lakonannya) sebagai Cikgu Elyas dan Safura sebagai Rubiah. Pasangan kedua, Tony Eusoff (juga sangat mantap) (sebagai Haris) dan Norish Karman (Airin). Pasangan ketiga Vince Chong (Taufiq) dan Nadia Aqilah (Arianna), pasangan keempat Shajiry (Azlan) dipasangkan bersama Faradhiya (Azura) dan pasangan yang terakhir Deja Moss (Dyan) dipasangkan bersama Anding Indrawani (Dhani). Turut menjayakan pementasan ini ialah Didi (AF) dan barisan pelakon-pelakon pembantu yang lain.


Secara keseluruhannya, sungguhpun penonton disaratkan dengan 5 kisah cinta yang berlainan, penceritaannya dan pemahamannya agak mudah kerana pendukung-pendukung watak diwarnakan mengikut kisah cinta mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, pasangan Cikgu Elyas - cerita cinta luar biasa - baju warna biru, pasangan Haris - cerita cinta tanpa batasan - baju berwarna oren dan seterusnya, sedang watak-watak sokongan yang lain hanya memakai baju putih dan hitam.

[Adeiii.... naper tiba-tiba tak reti pulak nak nulis nih!] Senang cerita, pementasan ini telah dipermudahkan untuk penonton, dari segi watak, pentas yang ringkas (erk?! bagi saya ianya mudah dan senang difahami - set boleh berubah mengikut cerita (bayangan)), lagu-lagunya memang best (sampai lepas tu teringat pula nak pergi karaoke!). Sesuatu yang agak pelik dalam pementasan ini namun mungkin tak memberi kesan apa-apa ialah pakaian jururawat di kaunter yang memakai baju putih tanpa lengan, "Wow, nurse seksi!"

Catatan lain:

Suara Latif Ibrahim ketika menyanyikan lagu 'Permata (Kau Isteriku)' memang wow! Menusuk dalam hati!!


...

2 comments:

AieSha said...

salam 1 malaysia!

masMZ KaKiJaLaN said...

AieSha,
Salam 1 Malaysia buat insan-insan yang suka berjalan juga!! :)