FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, February 6, 2011

Le ToUR De LaNGKaWi 2011

Seminggu KJ cuti raya cina kali ni, macam dah lebih-lebih dari cuti raya puasa KJ yang lepas... Seminggu berkampung di kampung yang kali ini telah di kampungkan lagi (rumah atuk dah jadi ala-ala farm stay sekarang, fuiyo!!). Cuti, ermmmm..... ada sehari saja sempat lari ke Kampung Kedua (pekan Kolumpo). Naik bas dan pergi balik hari saja dari kampung. Ibu tanya nak cekih apa (nak buat apa?), jawapan paling ringkas "Ambil gambar". Lepas tu menyerogeh lar aku (senyum ala-ala siput sedut).

Hajat hati nak ber'hop on hop off' lagi, almaklumlah cuti Hari Wilayah jalan dah tentu lengang dan best. Manalah tahu bila bas memasuki pekan Kolumpo tu, banyak pula banting Le Tour De Langkawi... Alamak! Hari ni ke? Sah jalan banyak tutup! Gambar beskal lar hari ni nampaknya ya! Huahuahua..

Maka, di hari kejadian KJ pun dari terminal bas Bukit Jalil terus menaiki lrt ke bandaraya... Untuk melengah-lengah masa, KJ pusing-pusing dan makan tengah hari di Sogo dan the story goes......

ui mak aiii ada Datuk Siti pulak rupanya!

fuh matahari atas kepala betul!

port pertama yang dipilih, tapi lepas tu pindah bila bomba parking belakang katanya nak wat shower.... hoho OwH TiDaK!!

masih di port pertama, hi3x nyaris tak gugur jantung menerima senyuman manja dari brader nih (ha3x)

di lokasi kedua. Kejap saja sebelum berubah fikiran.. Takpe ada masa, diorang belum sampai lagi.

port ketiga, tapi aku injak sikit dari tempat ni..... ltdl 1st round

port keempat : ltdl pusingan kedua

wuhuuuuuu........ tapi tetiba ada satu auntie ni melintas tanpa rasa bersalah dan lenggang kangkung betul-betul masa racer-racer ni lalu dan gambar cun.. Cam hampeh betul! Kalau KJ tunjuk, sah korang pun rasa hampas kelapa dengan auntie tu... Punyalah luas jalan kat belakang nak lalu atas jalan raya depan den ni pulak! Aiyoyo...
port kelima : ltdl pusingan ketiga

wuhuuuuu..... port best

memang best!

port ketujuh, selepas port keenam kena sabotaj jugak! Lokasi depan Kamdar

wuhuuuu buat kesekian kalinya pada hari ini

memang best!!!!!

ngeeeee..... nak beli beskal gak boleh???

ops! they got me in tv???

maka tamatlah perjalanan KJ di pekan Kolumpo sensorang pada hari tersebut.... Balik tu, 'pengsan' dalam bas dalam keadaan yang amat puas hati. Yeay!!


menyerogeh : tersengih-sengih/ senyum-senyum
injak : bergerak sedikit
sensorang : seorang diri
wuhuuuu/ yeay : ekspresi gembira!
Post a Comment