FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 4, 2011

... [merapu]

Penat dah kepala otak ni menulis.... Hari ini rasanya merupakan hari yang paling produktif di dalam penghasilan entri blog... sudah berapa ya?? Entah! Sepuluh?? Tak terkira sebab malas nak mengira... yang pasti, entri Bali harus diselesaikan. Hari ini, saat aku menulis ini seharusnya aku telah meninggalkan bandar perantauan ku ini dan telah berada di Kampung Kedua untuk perjalanan ke belantara. Namun, hasrat dan keinginan hati telah ku kuburkan sungguhpun hutan itu bak kata seorang teman "Tengok Mas, macam dapat energy baru!". Memang hutan antara tempat terapi aku.

Maaf aku pada teman M. Kecewa, tapi tak terdaya bagi ku melawan rasa dalam hati. Terasa diri begitu jauh dari mereka sehingga hilang keyakinan aku untuk menghadapi hari-hari yang panjang di sana. Bukan niat ku untuk lari dari kamu M. Jawapan pesanan ringkasnya kepada ku sebelum berangkat "It's ok dear, ktrg paham........., kitaorang tak cari pengganti sbb u're special". M, kamu masih lagi baik pada ku.

** K.U.S.U.T.
Ehemm hemm hemmm [alangkah bagusnya jika bahasa dehem ini dapat ku tafsirkan maksudnya]... Dem, i miss u...

*** Belum ku tetapkan lagi duduk ku di mana sepanjang minggu ini... Maaf jika aku sunyi..

Adeiii, macam apa je yang aku tulis nih.... oklah nak roger n out.... kepala otak dah tak betul kot! Satu hari tak makan mengadap KaKi JaLaN menyiapkan entri-entri Bali (tiap-tiap hari yang aku post tu dah set dengan scheduled to publish when and when). Yang betulnya, 1) sori untuk enchek mamud tetiba dapat tempias sebab aku tak boleh nak cover rasa jauh aku dengan teman-teman lain; 2) frust tak dapat pg Gunung Tahan (aku sendiri yang tarik diri); 3) rindu sama itu ehemmmmmn; 4) tak tahu ehem suka kat aku tak? <- sebenarnya dah lama giler aku nak tanya tapi tak pernah boleh nak terkeluar soklan tu (atau yang seumpama dengannya) (hahaha gila maut soalan direct aku!); 5) aku nak pergi menembak tapi senjata kesayangan ada orang pinjam la pulak! Wooo lamanya aku leh jumpa 'dia' balik!; dan akhirnya 6) Adehhhh apa aku nak buat cuti seminggu nih????? ROGER RABBIT n Da LIMAU LAILA.... Maapkan je larrr apa-apa yang aku merapu ni yerrrrr...

2 comments:

Al said...

hmmmmmmm...

Ann Sedai said...

jalan hidup ini adalah pilihan diri sendiri..jgn terlalu melayan perasaan yang tidak wujud dan tidak wajar. tetapi sekiranya ini yang u pilih, kawan-kawan pun xboleh nak kate ape. tp u kene tau, kawan-kawan u masih sayang akan u, dan akan sentiasa berada di sini bila-bila saja u perlukan.