FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, March 7, 2011

SeLaMaT PaGi ALaMKu

Selamat pagi alamku
sejahteralah kau dengan kicau burung
dan mentari yang merinduinya
serta udara yang membawa salam hening
kerana di kota udara telah pecah
dan di desa udara telah basah

Selamat pagi alamku
kini kau membentangkan kehijauan
pada luasnya kehidupan yang harmoni
pada sungai yang pastinya nanti
akan terusan lelah ke pagi
tanpa melarutkan segala kekacauan
membuang daki-daki kemelaratan
kerana tanpa kejernihan yang larut
segala kekayaan alam di dalamnya
tak bisa kita kaut

Selamat pagi alamku
perkebunan peliharaan mengenang kekasih
adalah pengakuan para pecinta alam
yang mencumbui belantara keakraban
menyelami tubuh pantai ke dasarnya
angin berling lembut menyusur kesegaran
fauna dan flora menyentak sukma
tanpa ragu mengumpul segala keindahan
keindahan lahir di mata kita
keindahan tumbuh di mana-mana

Selamat pagi alamku
visikanlah wajah bangsa
dengan keluhuran generasi keramat
dalam warga merdeka yang penuh hikmat
memahkotakan keimanan seluruh umat
di persada kemuncak nikmat
agar alam semulajadi terpelihara
dalam hayat kurniaan-Nya


Petikan dari : Antalogi Puisi Alam Sekitar
Karya : Razali Mohamad, Air Molek, Melaka


Pagi di Kem Baha, Stong



Pagi di Tasik Banding

Psst. Psst. : Selamat pagi semua :)

3 comments:

Al said...

pagi!

masMZ KaKiJaLaN said...

selamat pagi!

Anash said...

kena komen gak ker?

ok selamat pagi gak..