FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label PaKaN. Show all posts
Showing posts with label PaKaN. Show all posts

Monday, July 20, 2009

HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe : PLaCe THaT i STaYED n NGaBaNG

Teringin nak naik kat loteng... Mak Ann cakap, dia pun tak pernah naik atas. Ada setengah rumah je yang ada tangga naek atas... Ni dari umah siapa pun aku tak ingat, yang pasti diajak naik, apalagi.... ngeh ngeh ngeh larrrr lagi pun dah lama tak buat perangai panjat-panjat bumbung nih......
Dari atas. Bukan semua dilantai elok. Kena berhati-hati berjalan kat atas loteng nie. Nasib baik juga aritu tak tersalah pijak, kalau tak mahu juga terpatah riuk terjatuh ke bawah...
Raga-raga yang dianyam disimpan kat loteng. Elok jer bersusun gantung.

Ni raga-raga yang diletak atas lantai loteng. Agak-agaknya, masa menganyam ni bermusim kot! Sekali anyam, terus anyam banyak-banyak. Tak tertanya pulak masa kat sana. Ermmm..

Ini yang mesti semua orang tertanya-tanya, termasuk aku. Kat rumah panjang ada tengkorak manusia tak??? Jawapannya ada, tapi tidaklah macam orang zaman dulu-dulu bersusun-susun lagipun itu zaman dulu-dulu yang dulu-dulu. Yang ada nie pun entah berapa puluh tahun umurnya???

Nak cerita rumah panjang yang aku duduk tu tinggi atau tak, cuba tengok tempayan yang kat bawah tangga ni... Tinggal kecik je kan! Sebenarnya hajat di hati nak merasa turun guna tangga ni, tapi macam 'scary' giles... Diorang pun tak kasik turun guna tangga nie, ermm... Tinggi rumah ni ada dekat 5 meter kot! Kalau mandi, kat atas ni jagalah sabun dan barang-barang jangan kasik jatuh. Siapa pulak lar nak turun pergi ambil??? Hehe... tak kuasa :)

Takar-takar ni sebenarnya tempat simpan air dan beras. Entah kenapalah aku selalu fikir ada abu mayat dalam nie??? Itu memang ajaran sesat. Now i knew... [dulu kecik-kecik mandi air tempayan :), kat sini rupanya mandi tadah air tempayan jugak! Hihi]
Rumah panjang yang beratapkan kayu berlian. Fuh, kalau kita larr kan.... atau aku larr kan (cewahhhhh), tu memang dah kira cam orang kaya dah tu.... Ahaiiiiiiii.... Aku suka gambar ni, cam klasik.... Pemandangan dari beranda kat belakang dapur. Dalam gambar nampak sket palang sidai kain... Ada sket cam citer cina dulu-dulu....

Beranda kat depan, ada seorang datuk tengah menung. Mana datang anjing tu pun tak tahu larrr. Agaknya tuan dia datang ngabang kat rumah panjang nih. Gambar ni amek dari tangga sebelah... Heeee tak berani dok kat tangga ni lama-lama sebab cik anjing tu dah usha [ni kes fobia anjing sebenarnya!]. Lepak kat beranda ni tengok orang lalu lalang dan amek angin luar memang best, sementelah pulak masa ni time kering, memang panas...

Pemandangan dari jauh rumah panjang Apai Ann. Rumahnya bukan setakat memanjang, tetapi melebar juga ke belakang. Kira-kira cam sama besar dari rumah teres kita kat Semenanjung ni larrr... Puas juga dok dalam rumah sebab luas dan besar.

Rumah panjang kedua yang aku ngabang bersama famili Ann dan kengkawan. Rumah ni dah dibina dengan batu dan dah jadi rumah bawah. Kurang sket feel berbanding rumah panjang Apai Ann. Konsep kat dalam rumah ni tetap sama, pintu banyak tapi terus masuk ke ruai (jadi tak kisah larr nak masuk ikut pintu mana pun).

Rumah panjang yang ketiga, Apai Ann bawa kami ngabang. Lokasi masih di Pakan, Sarawak. Rumah ni diadakan Gawai Antu, iaitu satu acara yang diadakan dalam sepuluh tahun sekali. Gawai Antu diadakan sebagai satu upacara rasmi, untuk memisahkan hubungan roh saudara-mara yang telah mati dengan orang yang masih hidup. Gawai Antu diadakan pada hari kami pulang ke Kuching. Alahai, ruginya rasa tak dapat tengok upacara yang jarang-jarang diadakan ini.

Ni rumah panjang yang kami pergi di Sibu. Ngabang cousin Ann, Ambi. Rumah nie dah
moden, disambung rumah batu, dilengkapi bekalan elektrik dan ada tandas macam tandas moden. Kalau duduk sini, tak merasalah macam duduk kampung seperti di rumah panjang Apai Ann di Pakan. Rumah panjang ni biasa menerima pelancong dari luar.

Friday, July 17, 2009

HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe GiRL : ME

Tertangguh lama blog HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe GiRL (HKHJ). Banyak yang aku nak tulis, tapi banyak perkara lain yang menuntut aku. Kesibukkan kerja, kekacauan jiwa seterusnya membawa kepada kesihatan yang tidak begitu mengizinkan untuk aku lama di sini.

Blog HKHJ sebenarnya satu catatan perjalanan istimewa aku. Untuk ke rumah panjang bukan satu pengalaman dan perjalanan yang aku bayangkan, apatah lagi untuk bermimpi. Beberapa tahun aku di Sabah, tidak pernah kaki menjejak ke rumah panjang. Di sebuah daerah pedalaman di Sarawak ketika kerja memanggil tidak juga rumah panjang itu aku masuk. Cukup sekadar di luar. Tidak pernah sama sekali terniat untuk pergi apatah lagi untuk merasai kehidupan di rumah panjang.

Aku budak kampung. Aku menghabiskan lebih banyak masa bersama Opah. Benar rumah Opah bukan rumah kampung, tapi kami tinggal di pekan kecil. Walaubagaimanapun, kehidupan dapur kayu, ke kebun, mengopek kelapa, mengukur kelapa, menangkap ayam sudah biasa. Aku juga sering bermalam di kampung sejarah tepi sungai. Kampung adik beradik Opah, justeru ramai saudara-saudara di sana. Lokasi bermalam biasanya di rumah Opah Cu yang letaknya hanya beberapa meter dari sungai sejarah. Ermmm... Kehidupan kampung yang aku hilang kerana berlalunya waktu. Aku rindukan kehidupan tenang kampung :(

Pertama kali melangkah masuk ke rumah panjang, melalui ruai menuju ke pintu ruang tamu rumah langsung menuju terus ke dapur rumah. Tuan rumah dan saudara-mara ramai berkumpul, suasana meriah dengan gelak ketawa. Duduk dan memandang sekeliling, rasa seperti di alam mimpi. Terasa seperti kembali kepada zaman kanak-kanakku.

Rumah kayu. Tangga tinggi. Lantai jarang. Terbayang masa lalu. Nostalgia. Nostalgia teramat. Seperti dejavu. Terasa mahu menangis kerana keceramukkan perasaan yang indah, segar, mengujakan dan diselam selang dengan perasaan tidak percaya. Bukan setakat rumah, tapi hampir semua di sini pada masa ini. Rumah, barang-barang rumah, hiruk dan kemesraan dalam rumah, semuanya! Aduh, macam mana boleh aku gambarkan?

Rumah di kampung sejarah sudah lama berubah. Sudah ada rumah bawah, sudah di lantai simen, tangganya juga sudah rendah semenjak rumah diangkat pindah ke lokasi lain. Lantai jarang sudah tiada kerana rumah sudah ada tandas. Dahulunya cuma ada kolah air dan di dinding zink sedikit. Dan dahulunya takut mahu turun ke bawah untuk membuang air kecil (takut biawak dsb), buang air dari atas di lantai jarang yang terletak dekat dengan dapur (sebab kat situ ada sinki). Kalau mandi dan mahu membuang air besar, kami ke sungai. Timbul 'pelampung-pelampung' dari kain kemban, kelakar! Membuang air besar di tandas gantung atas sungai. Ikan-ikan lampam di bawah akan merebut hasil. Takut mencangkung di atas papan yang dilintangkan, bagaimana kalau jatuh ke dalam sungai? Namun begitu, melihat ikan-ikan yang banyak, jarang sekali menidakkan rasa 'jakun' dan gembira jiwa kanak-kanakku. Indah cerita zaman dahulu, tapi jangan pula ada yang tak makan ikan sungai lepas nie. Ikan pekasam tetap menjadi pujaan hatiku, dulu, kini dan selamanya. :)

Kembali ke rumah panjang, dari lantai, dinding dan bumbung semuanya dibuat dari kayu berlian. Kayu balak yang paling tinggi nilainya. Usia rumah ini sudah berpuluh tahun, namun masih lagi kukuh. Jika tidak, masakan penghuni dewasa di sini masih berani berlawan lari dalam guni di tengah ruai? Arghhhhhh, kita bercerita dari gambar sahaja. Susah hendak aku gambarkan keadaannya :)

Rumah panjang - satu cerita baru, satu cerita dari masa lampau, satu cerita mimpi dan satu cerita yang tidak dapat aku lupakan. Semuanya indah buat aku di sana.

Rumah panjang - sebahagian darinya. Pintu yang dilihat di dalam sebenarnya tidak berdinding. Masuklah dari mana-mana pintu pun kerana ia membawa ke ruai rumah.

Dari satu sudut lain.
Pandangan dari satu pintu ke pintu sebelah.

Atap dan dinding rumah dari kayu berlian. Pemandangan dari belakang rumah, beranda tempat kami mandi, menjemur baju. Percaya atau tak, memang orang dari dalam rumah boleh tengok kita mandi, membasuh dan sebagainya. Aku dan Ann tunggu hero-hero keluar turun dari rumah dan tunggu malam baru mandi. Esoknya Uncle pasangkan kain supaya tersorok sikit. Mamat-mamat bandar ni tak boleh nak percaya sangat! Ahaksss..

Ni tempat mandi. Uncle dah pasangkan kain pengadang dan letak papan baru. Mandi beratapkan langit.
Ini dapur. Ada dapur gas, ada dapur kayu. Dapur kayu nak buat pangsuh iaitu sejenis masakan Sarawak yang dimasak dalam buluh. Lantai dapur jarang-jarang.

Pemandangan dari beranda belakang. Tempat mandi dan menjemur pakaian. Dari rumah ke rumah sebelah dipapankan sedikit.


[nanti akan dimasukkan lagi gambar-gambar rumah panjang dalam entri seterusnya]

Tuesday, June 23, 2009

SaRaWaK : WoNG KuJi aND CHicKeN SToRY

Hari kedua di Pakan, Uncle Sedai mengajak kami ke Wong Kuji (wong bermaksud air terjun). Mandi sungai lagi kami nampaknya. Habis makanan dibungkus untuk makan tengah hari di sana. Kali ini perlu naik kereta dengan perjalanan memakan masa tak sampai lima belas minit. Wong Kuji kecil sahaja rupanya, tambahan pula pada masa ini sudah beberapa minggu tidak hujan. Panas dan kering cuaca di sini.
Perkara yang tak boleh lupa masa di Wong Kuji, Uncle bawa ayam hidup. Uncle serah pada kami. Owhhhh siapa yang nak sembelih nih?? Aku pandang Wan, Wan pandang Baning, Baning pandang aku. Eh?? Tak leh larr Baning nih, hampeh!!! Terus Baning angkat tangan dan mengundur. Aku tengok Wan, nasib baik Wan ambil pisau. Nasib baik ada Wan. Malu pula rasanya pada Uncle sekeluarga. Semasa menunggu ayam mati, tiba-tiba ayam melompat masuk dalam air. "Weh, angkat ayam tu cepat!! Karang kita makan ayam lemas pulak!". Uhhh, nasib baik selamat. Chicken story (aku, Wan dan Mud) memang pengalaman yang berharga.
Nak jugak letak gambar nih. Nak pergi ke Wong Kuji.

Laluan ke Wong Kuji. Air kering masa ni.
Kata Ann, sebenarnya air tak bertakung cam ni. Sekarang ni musim kering dan memang panas pun kat Pakan!! Fuh!!

Gambar ni saja yang boleh letak. Hahaha.. (Kat Long ada gambar tak agaknya? Erm)

Ayam yang sudah dibakar. Lepas ni cicah dengan sambal kicap.

Iko ni cam orang dah tak makan berapa hari agaknya. Tak cukup daging, ni kaki ayam kalau boleh nak dihabiskannya!
Ni muka ceria lagi sebelum jatuh.... wuhaaaaaa.... (tapi lepas jatuh pun maintain lagi!)

Monday, June 22, 2009

SaRaWaK: Me iN HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe GiRL (PaRT 2)

MeNJaLa iKaN KoLaM

Dari sungai, langsung melajak ke kebun sepupu Ann yang terletak di seberang sungai dan lokasi sebenar di belakang rumah panjai kami. Sepupu Ann menanam pucuk manis dalam kelambu bagi mengelakkan serangga. Tak bernasib baik kerana pokok-pokoknya baru sahaja dituai. Sepupu Ann tawar ikan untuk dipansuh (sejenis masakan yang dimasak dalam buluh). Uncle terus ambil jala dan turun ke kolam. Uncle ni memang orang kampung sejatilah!!! Uncle tebar jala - kembang cantik!!


"Steady Uncle!"
Ikan talapia yang dibawa naik.

Hero-hero semua tak nak pegang ikan. Ooo makan korang nak ye!!

UBi KaYu SeBeSaR PaHa dan SeTiNGGi BuDaK SeKoLaH


Baru sahaja habis memindah ikan ke dalam baldi, tiba-tiba Luvis cakap wah besarnya ubi tu! Semua memandang ke belakang. Ada seorang makcik yang baru datang dan mengeluarkan ubi dari raga motornya. WAH!!! Entah berapa lama agaknya pokok ubi itu ditanam sampai ubinya boleh besar sampai macam tu sekali?



Baning dan Long bergambar dengan ubi kayu besar. Masa inilah Luvis dapat nama Iban iaitu Long. Long bermaksud panjang dalam bahasa Iban.


Kan Den dah koba (khabar), ubi ni besar!!!! Betulkan????? Den tak tipu!!

SaRaWaK: Me iN HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe GiRL


Pagi di rumah panjai! Akhirnya cita-cita tercapai dan bermula Edisi Masuk Kampung Kedua bagi tahun 2009.

Arghhh matahari! Cahayanya menerobos dari bumbung rumah terus ke muka aku. Perli aku suruh bangunkah? Hari ini aku kalah dengan jam biologi. Penat perjalanan semalam dan melayan tuan rumah dan kampung (satu rumah panjai dikira sebagai satu kampung). Di dapur dah dengar indai-indai (mak-mak) yang sibuk menyedia sarapan agaknya. Tengok Ann, lena lagi dia. Ala, tak boleh ke nak sambung lena sekejap lagi? Bangun dan bergerak ke dapur sebelum ke belakang rumah untuk bercuci. Haaaa, Baning dah bangun!! Adalah kawan aku nanti.

MeNGuPaK PaNTuK (MeNGoPeK PaNTu)
Pagi ini Uncle Sedai a.k.a apai Ann (bapa Ann) mengajak kami masuk hutan mengupak pantuk untuk mendapatkan umbut. Pantuk ni macam pokok rebung tapi lain sikit, tak pasti kalau di Semenanjung pantuk ini disebut sebagai apa. Untuk ke sana, berjalan kaki setengah jam melalui jalan balak sebelum masuk ke hutan.

Semua orang kena jadi 'bodyguard' aku.

Bila dah masuk hutan, aku dah tak kisah. Jalan depan sekali pun OK!

Pokok pantuk berbeza dengan pokok nibung yang pucuknya sebatang, pantuk pucuknya bercabang. Gambar: Uncle sedang menebang pokok pantuk.

Yang putih tu rupanya umbut pantuk. Wan sedang menunjukkan kehebatannya depan sifu Sedai.
Baning dengan rebung gergasinya.. Siapa yang nak masak nie Mud??

Umbut pantuk dimasak air sahaja.. Sedap!!

KaYu BeRLiaN

Kayu berlian merupakan sejenis kayu balak yang paling mahal. Kayunya kukuh dan tahan lama. Sepanjang jalan, uncle menunjukkan tunggul-tunggul pokok berlian. Nak tengok pokoknya, tapi sudah habis ditebang! Dalam perjalanan dalam hutan, uncle ada tunjukkan bekas tapak rumah panjai yang lama. Masih ada bahagian yang tinggal seperti tangga yang dibuat dari kayu berlian. Melompatlah atas tangga tu, kayunya masih elok lagi!

Akar pokok berlian pun keras macam kayu. Padanlah!!


Wan tengah bedek apa tu?

MeNCaRi TeKuYuNG (KoYoNG a.k.a SiPuT SeDuT SuNGai)

Alamak Uncle, biar betul!!! Takkan nak mandi sungai kat sini? Sungainya halus, cetek!! Iko dan Lewis pun hairan. Auntie cakap kita ikut saja. Amboi bila dah sampai depan sikit baru nampak 'kolam' kecil dengan air separas pinggang. "Apalagi, turunlah!", apai Ann bersuara. Sebentar kemudian, dia mengangkat dan menunjukkan kepada kami sesuatu. "Haa ini tekuyung : siput sungai. Semua orang kena cari siput ini sekurang-kurangnya dua puluh ekor seorang. Yang besar sahaja, kalau kecil lepaskan balik". Aduh Uncle, ada pertandinganlah pula! Maka semua pun mulalah meraba dalam lopak sungai, di celah-celah batu dan di celah-celah daun.


Kat sini sahaja tempat yang paling dalam. Lama juga Den fikir sebelum masuk air, walhal semua dah ber'gumbira' dalam air tu.
Uncle Sedai dan anak-anak muridnya. Masa sesi mencari tekuyung inilah Jeya dapat nama Ibannya iaitu Tekuyung! Hahahaha.


Me n kuyung
MaNDi SuNGai

Semua tengah makan dek kerana lapar (almaklumlah pagi-pagi dah bergerak mengupak pantuk dan mencari kuyung) tatkala uncle mengajak mandi sungai. Tengah sedap makan pulut pula tu! "Kami orang di sini, semuanya mandi sungai", kata Uncle. Apalagi, dengan kadar segera pulut dihabiskan.
Mencabarnya nak turun ke sungai, kena lalu di tepi rumah orang dan ada cik An (okeylah, pengakuan jujur : Den ni memang fobia dengan anjing). Nasib baik uncle dan da geng, guide me baik punya!!! Tima kasih!!!! Sungai ni seronok sikit mandi sebab dalam dan kami pun kira-kira dah bau 'wangi' semacam!

Sungai ni letaknya seberang jalan tapi kena turun bukit sedikit dan lalu di celah belukar. Semua mandi sungai dengan gembiranya! (balik rumah mandi lagi!)


Keluarga Ann. Dari belakang kiri, Iko, Auntie Julia, Ann, Uncle Sedai n Lewis.

Iko dan Lewis pun dah dimasuk Ombak team (tangan superplastik).

Amacam? Dah ada rupa nak jadi orang Iban tak?? Ekeke