Assalamualaikum dan salam jom pi jalan eh kerja errrr.... sambil selam minum air la kot!! Hehehe
Hari ini nak buka cerita Lenggong dulu dan kita postpone lagi entri Semarang-Karimunjawa sebab ada peristiwa yang jadi semasa di Lenggong ni... Maka, kita dulukanlah yang ini dulu :D
Dua hari lepas, aku kena bekerja di kawasan Lenggong membawalah ke kawasan Grik. Aduh, jauhnya nak sampai ke sana, apatah lagi kalau balik hari. Seingat aku kalau ke Pengkalan Hulu hari tu, dok fikir kenapalah tak sampai-sampai.. Ye aku fikir 2 jam setengah lalu kampung dan hutan je, kalau pergi seorang memang pitam sebab bosan. Tapi aku lupa 2 jam setengah tu kalau sampai ke pekan Pengkalan Hulu, walhal aku perlu sampai ke Lenggong sahaja.... Oklah tak berapa nak jauh sangat sebab kalau dari Lenggong nak ke Pengkalan Hulu, kita perlu tambah sejam lagi perjalanan.
Lenggong satu tempat yang agak 'hulu' dan terpencil telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Arkeologi UNESCO pada 30 Jun 2012. Agak baru juga kan? Tapi pada aku sangat membanggakan! Lenggong merupakan tempat di mana Perak Man ditemui yang mana telah membuktikan terdapatnya penempatan manusia di kawasan ini pada zaman Paleolitik lagi... (ok repeat sejarah - Peleolitik (zaman batu lama) > Mesolitik (zaman batu pertengahan) > Neolitik (zaman batu baru)). Paleolitik kan??? Itu dah kira zaman jahililiah habis lar... KUNO yang paling kuno sekali... tapi cerita pasal zaman-zaman ini, pasal Perak Man, simpan cerita itu untuk entri selepas ini.
Salah satu lokasi pekerjaan aku pada hari itu adalah di Tapak Perkelahan Ulu Lawin yang terletak berdekatan dengan Felda Ulu Lawin Selatan (boleh google Felda ni). Tapak ini terletak 27km dari pekan Grik atau sekiranya dari exit Kuala Kangsar, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) lebih kurang 75km iaitu lebih kurang sejam sahaja (lega). Berkobar-kobar nak sampai ke sini :D
| Wow! Air sungai ni memang meruntun qolbu! Jernih dan mengalir tenang. |
| Oklah kalau dah sampai paras-paras buntut budak tu... Hehehhehe... Tu je tempat yang ada orang dan boleh diagak. |
| Ni salah satu tempat pemisah sungai ni. |
| Gambar lain sesambil tu... Ni budak-budak tadika dari kawasan sekitar tengah beratur untuk sambut VIP |
| Ni budak-budak dari anak orang asli yang akan membuat persembahan.... Dah boring kot diorang ni tunggu... Siannyer.. |
| Dan hari tu, berkesempatan jugalah melihat budak-budak ni membuat persembahan... Nama persembahan ini tak dengar pula, tapi mungkin tarian sambut tetamu kot??? |
ops... sambung balik lepas iklan kamera hilang dan ibu-ibu baru nih....
Kesimpulannya, moh le ke Perak sempena Tahun Melawat Perak 2012 ni. Ulu Lawin salah satu tempat yang aku rekemenkan untuk berkelah dan berhari keluarga. Tempat dia best dan kemudahan-kemudahan asas sepeti gazebo, tempat makan, tandas dan surau ada disediakan. Hari yang aku datang ni tempatnya bersih dan aku harap memang keadaan kat sini memang begitulah keadaannya. Moh kiter Moh!!!
Aman Palestin Bhd
Maybank 562263010787
Bank Islam 12029010047880
Bank Muamalat 12070005133717
RHB 21245760004907
Derma melalui SMS
Taip PALESTIN10 (nilai RM10//5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin)
Sumbangan Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin
Aman Palestin Bhd
Maybank 562263010787
Bank Islam 12029010047880
Bank Muamalat 12070005133717
RHB 21245760004907
Derma melalui SMS
Taip PALESTIN10 (nilai RM10//5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin)
























