FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label Agro-TOuRisM. Show all posts
Showing posts with label Agro-TOuRisM. Show all posts

Saturday, May 6, 2017

MAKAN-MAKAN DALAM AIR DI CASTELLA CAFE, GRIK

Assalamualaikum...

Halu.... Jom jalan! Jom makan! eh? Jom balik kampung!!
Wow!! JOMMMMMMMMMMM....

Bulan lepas kawan aku Syira pi tag aku ngan kengkawan kat satu tempat ni.. Laju je aku terus tanya nak ke? #dasarrakussangatnakpijalan!  Laju tu bukan kenapa, sebab kampung tu aku pernah pergi tapi doulu-doulu takde pulak cafe ni.. pastu kawan aku pun pernah pergi sana tayang gambar, so very the menyampah iols ok!! hihihi

So, dah set tarikh dah roger sama Tok Janggut, tuan empunya Castella Cafe ni (nak pergi ni siap dua kali pinda tarikh, memang rejeki sangat tarikh-tarikh yang kitaorang nak tu ada - dah ko booking  dua bulan awalkan?! Haruslah!)

So pakej yang diberikan pada kitaorang untuk pilih (pakej bermalam ye... pakej untuk makan sahaja pun ada, tapi gambar hilang pulak kamera mana pun tak ingat! )

Check in petang
*makan malam (bbq)
*aktiviti bebas
*sarapan pagi
*makan tengah hari
*rehat santai
*makan petang
*byebye (hahaha ni rasa lawak!)
RM350 untuk 2 orang
RM500 untuk 5-6 orang

Tapi sebab kalau balik petang ahad nak gerak g KL penat, kitaorang request untuk check in tengah hari dan awal pagi lepas sarapan terus check out.. Kalau sesiapa nak sambung ke lajak sampai petang, ada harga lain sebab boleh sewa hut atau bilik tu untuk sepagi, setengah hari, sepetang dan opkos la kena order makan lain... kat kawasan ni tempat nak duduk berkelah tu memang kat Castella ni saja, takde kawasan lain nak hampar tikar bawa makanan sendiri ye.

Pada hari kejadian, kami bergerak dari Ipoh.  Kira-kira perjalanan ke sini ambil masa dekat 2 jam jugalah.  Simpang nak masuk tempat ni senang nak cari sebab dari jalan besar memang dah ada papan tanda dan dalam waze pun dah bagi kawasan yang tepat.


 Masuk-masuk disambut dengan burung hantu yang besar ni...


Dan dah nampak orang dok kusyuk makan dalam air... Air sungai tu pun menggamit-gamit panggil terjun SEGERA! SEGERA!


EEE geram-gerammm


 Tu diaaa ulam sebuluh bukan sepinggan ke setalam ke


 Sambal cicah pun ada 4 jenis... Nak masam? Nak pedas? Nak apa? 


Ulam-ulaman dengan gulai lemak ikan apa eh? Lupa! 


 Pekasam pun ada!  Wajib le kan ikan pekasam kalau makan kat Perak ni.


 Ikan bakar! hAA dah kenapa tenung ikan tu sampai camtu gayanya?


 And the four of us.. Ewahhh omputih pulak ye

Macam tahu-tahu je nak shooting yerr... Mana pernah bermake-up sakan nak g mandi sungai kome! Tup-tup viral!


Menu minum petang... Deme hantar ke sungai.


Dan lepas puas mandi naik atas terus hujan turun selebat-lebatnya dan turun kepala air.  Meja-meja makan pun nampak atas je..


 Sesambil tu layan duduk2 kat atas ni layan burung hantu ni berposing.


 Elehhhh eksen tak nak pandang kamera pulak!


Syira acah2 pun tamao pandang! takpe nanti aku ambil model lain!  OOO yang belakang tu kitaorang punya bilik (lupa nak kabo)


Tadaaaa... muncul dah model lain!  Terus jadi model Wonder Cheese aku!  Siapa nak order Wonder Cheese, borong pun boleh - pm tepi kat KJ ye.


Lauk makan malam pulak!  Puas hati makan!


Bismillah... Jemput makan! Dan tempat tu cam kitaorang punya pulak hahaha takdak orang lain.  Tapi lepas kitaorang makan, ada geng-geng deme potong pokok patah kena panah petir senja tadi.


Pose happy.


Yang ni lagi happy sebab dapat ayam!  Mana boleh tak makan ayam sehari katanya sebab peberet tuuu..


Menu bakar-bakar spesel dari Tok Janggut!  Sejuk-sejuk memang lapar sesaje.  Dah kenyang macam ular sawa + sejuk + nyaman bau hutan + segar udara kampung + seronok didondang bunyi sungai dan unggas, maka ..... (sila sambung)


Dan pagi dengan penuh kesegaran, bangun dah siap dah sarapan nasi lemak, kuih muih dah teh o panas..  Sedapnya!  Hajat nak terjun sungai pagi ni tak kesampaian sebab air masih lagi kuat...  dah nak balik baru nampak air clear sket.


Haaaa ni rupa dalam bilik.. kat atas tu dinding jarang sebab tu sejuk yakmats subuh!


Bila balik, sedar-sedar video dari Hang Dhamin dari trip ni capai 'like' dan 'share' meletops kat facebook.  Gila ahhhh.. Hahaha pemes iols rasa...  

So, jangan lupa kalau jalan kat Perak boleh la lajak sampai ke Grik dan cuba makan di Castella Cafe ni. Masakan kampung habis!  Sedap pulak tu. Lai laiiii... 

Untuk tempahan boleh cari FB 'Castella Cafe' atau whatsapp Tok Janggut +601120503454.

Monday, May 23, 2016

KUANG : KaMPuNG ReTReaT (THe HS11 GaTHeRiNG)

Haluuu
Salam 1 Malaysia....
Salam Jom Pi Jalan...
Salam ada orang nak cari port holiday sebelum puasa? 
Hehehehe....

Pernah tak korang dengar Kuang Kampung Retreat di Kuang, Sungai Buloh.  Famous juga tempat ni rasanya, ehehe cam kompom jerrr...  Tak jauh dari bandar Kuala Lumpur tu kalau saja-saja je la kan yang buat short escape ataupun weekend trip over.  Nak masuk sini dalam waze, dalam map pun ada.  Cumanya, Kuang Kampung Retreat ni jalan masuk dia muat la satu kereta dan letaknya atas bukit.  Kalau terlajak sampai atas nun, akan sampai ke simpang motorcross atau mountain bike.  Makanya patah la balik sikit ye, nampak cam rumah kampung yang lamannya ada menara pandang tu, haaaa itu le dia lokasi Kuang Kampung Retreat.

Hari tu aku dan kawan-kawan masa belajar buat mini gathering untuk coursemate masa di U.  Dalam pilih memilih tu, kami pilih Kuang Kampung Retreat sebab dekat dengan Kuala Lumpur dan tempat berkumpul yang santai dan kami sendiri boleh conquer satu tempat ini.  Kami yang datang ini, ada yang datang dari jauh dan nak bawa keluarga, memang selesalah kalau duduk kat tempat yang macam ni.  Senang bagi yang bawa yang ada famili, pasangan dan anak-anak bolehlah bebas nak buat aktiviti sementara kami ni leh la berborak sambil mengimbau kenangan-kenangan.  Dan istimewa gathering kali ini sebab pensyarah kami terbang dari Sabah semata-mata nak bersama-sama kami. Haaaa dak baik kan kami semua ni hahahaha.

Aku sampai sini dah pukul 3 macam tu, lambatlah sebab kawan-kawan dah sampai.  Orang pertama yang aku nampak ialah Jambu anak beranak, menjerit "ooiiiiiiiiiiiiiiii".  Dah 15 tahun kot tak jumpa..  YahooOOOoooooo sambil sengeh-sengeh.  


Inilah rumah Kuang Kampung Retreat yang kami sewa untuk hujung minggu.  Memang feel kampung dan ala-ala rumah sendiri sangat.

Deco lampu, nak juga ambil gambar

Ruang tamu tapi televisyen takde siaran pula! Jangan lupa bawa usb atau cd untuk tengok movie

Ruang tamu dan ruang makan... 
Abaikan tuala-tuala yang bersidai tu sebab emmm tengok gambar lepas ini ;D

Tadaaaaaa....... nampak tak warna biru tu apa?  Kolam ok! Kolam mandi tengah rumah.  Anak-anak la yang dok ulang-ulang keluar masuk kolam tu.. Yang aku ni dok terkebil-kebil tengok kolam tu sambil bersembang... Bila eh giliran aku pulak nak terjun kolam tu?!!!!

Tu dia, jaga jangan tak jaga diorang ni mandi.. Pelampung jangan lupa bawa taw!

Agak dalam untuk anak-anak, tapi senang nak tengok sebab sekeliling kolam ni berdinding kaca (pintu yang berkaca).. 

Bilik tidur utama.. Ala klasik ala pengantin juga rasa... hiksss.
Istimewa sangat bilik ini sebab dinding dia semua boleh buka jadi tingkap.  Tak ada penghawa dingin tapi sangatlah sejuk dan nyaman.  Lagi nak pagi, lagi sejukkkkkkkkk.

Bilik kedua untuk famili. Dan ada satu lagi bilik tapi bilik dah penuh barang pula, tak boleh nak kongsi..



Bilik air utama yang aku rasa memang best sangat.. Almaklumlah aku memang suka sangat tempat lapang-lapang ni...  Yang tak termasuk dalam gambar tapi tetap bilik air ini adalah sebuah jakuzi dengan tepinya ada tingkap yang boleh dibuka seluas alam...  Jadi, lepas berendam dalam kolam sejuk, duduk pula rehat dalam jakuzi.

Tadaaaa....  belakang itulah tingkap seluas alam tepi jakuzi yang aku cakap tadi

Aktiviti malam, kami ber-bar-b-q.  Sewa terus tempat pembakar ini sebab senang.  Cuma bahan-bahan tu semua kami sediakan sendiri awal-awal.

Meriah kan? Kenyang yakmats makan sambil berborak sampai ke pagi.

Sebab televisyen bersiaran semut, mujur juga ada yang bawa telefon canggih manggih boleh pulak projekkan kartun ke dinding untuk anak-anak kecik menonton.  Ok, korang duduk dendiam dengan kengkawan ya sementara kami ni tak habis-habis makan dan minum.  Nostalgik sangat berkongsi dan mendengar cerita.  Rasanya dekat jam 3 pagi juga baru kami tidur.  Jambu dan Iza pukul dua belas dah balik, demi anak dah terlentok-lentok mengantuk tu.

Untuk kami yang tidur di Kuang Kampung Retreat.  Kami disediakan sarapan pagi. Boleh sahaja request untuk hidang kat dalam rumah, atau dapur atau di beranda.  Haiii rugi sangat kalau makan kat dalam sebab udara segar sangat kat luar dek nonn.....  Menu kami pagi itu, nasi lemak, sosej, roti (kalau nak bakar, dalam rumah ada toaster), kuih-kuih melayu dan tembikai.  Air fresh oren kau, curlasttttt... Tapi curlasttt lagi kopi O kan... Yang kopi O tu pun diorang yang sediakan.  Haiii kenyang lagik!

Dah sarapan, bolehlah jalan-jalan dekat belakang rumah..  Ada kandang kambing, ayam dan kuda tetapi kudanya tak ada dah..

Dinding rumah semua boleh buka, memang awesome angin masuk terutama waktu pagi... Phewww

Buahhh.... emmmmm.... buah.... Lupa pula!! T sebut mahkota dewa majapahit datang ke Tanah Melayu salah pulak, hahahahaa

Buah mulberry ni memang banyak, Prof aku cakap satu pokok ni berguna dan baik untuk kesihatan.  Daun pokok ni selain buat teh, daunnya boleh dikeringkan dan dibuat bantal. Tapi baik untuk penyakit apa, aku pun lupa dah! Matik kena marah ni.

Dengan kawan aku yang mulutnya pokpek pokpek tak berhenti-henti... Syukurlah Prof sabar dengan kami ni

Cubaan untuk mendapatkan gambar bak muda rumaja bersebaya dengan anak Jambu ni... Menjadi tak???

Jambu n famili, ni gambar dia mai hari kedua.. alaaaa tak dapat jumpa baby comel Jambu

Yang datang hari pertama 7 orang dan yang susul dalam hari kedua ada lagi 2 orang.  Jadilah, lama nor tak jumpa kan...  Dan bergathering kat sini, dah macam ala-ala holiday together-gether gitewwww....

Terima kasih kawan-kawan yang sudi bagi anak mengkome panggil aku Kak Mas.... Ahahahaha dasar tak sedar diri! Puiiiiii

Friday, August 5, 2011

BRoGa, SeMeNYiH : JoM maiN LaLaNG LaGi

Broga... Terjebak lagi walaupun pada sebelah malamnya hingga menjangkau jam 1 pagi masih lagi membuat pujuk rayu supaya perjalanan dialih arahkan ke aktiviti main air... Akhirnya, " Baiklah, saya ikut saja"...

Broga tidak pernah semakin cantik berbanding dari kali pertama aku ke sana, namun tetap juga aku ke sana... Populariti Broga tidak dapat menahan dari sesiapa pun untuk ke sana. Ada yang menikmati Broga ketika matahari bangun dari pertidurannya, ada juga yang menikmati Broga untuk melihat bintang bertaburan di siling bumi. Namun, buat aku 'menikmati' Broga dengan melihat manusia berpesta di setiap puncak Broga. Sudah sesak!! Mendaki juga perlu beratur, haihh!

Pendakian kali ini, sama ada percaya atau tidak, aku hanya mencecah puncak yang pertama dan itu juga tidak sampai ke tengah... Ya udeh, sini udah cukup... Mari kita layan gambar je... Klik! Klik! Klik!













*hurmmmmm.... nak kongsi ke tak ehhhhh projek Broga XXX???? ngingau2 pulak nanti....