FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label PuLaU PeRHeNTiaN. Show all posts
Showing posts with label PuLaU PeRHeNTiaN. Show all posts

Wednesday, April 29, 2009

PuLaU PeRHeNTiaN , TeReNGGaNU [last part]

Rasanya nie entri Perhentian yang terakhir... Harap semua enjoy dan kalau ada kesempatan bercutilah ke sana...

PaNTai / BeacH


LaUT / OceaN

[eNJoY THe PosT as I eNJoY To SHaRe iT HeRe]

Monday, April 27, 2009

PuLaU PeRHeNTiaN [DaH NaK BaLik!]

Huwaaaaaaaaa sudah mahu pulang ka???? Wa takmau balik…. Wa belum puas cuti lagi woooo…. Wa belum sempat sampai seabed lagi…. Wa pun belum puas lagi di sini.

Pagi ni masa bangun hari masih hujan! Padan juga sedap tidur! Hujan pagi ni sebenarnya macam rahmat. Diorang ni sebenarnya masih bercita-cita untuk main air kat pantai Teluk Dalam ni dan mahu berkayak. Uiii tak sedar yang perjalanan hari masih jauh? Sapo jugak yang nak bawa kereta tu nanti? Nasib baik hujan! Tuhan itu memang Maha Mengetahui.

Lepas sarapan, masing-masing mula mengemas beg. Den dah siapkan beg malam tadi lagi, ada tinggal barang sikit-sikit yang boleh terus masuk dalam beg. Pagi ni Den pun mulakan operasi memindahkan gambar ke dalam komputer riba. Ehhhh ada juga paparazi yang mengesnapkan gambar Den! Sempat lagi diorang nih!

Janjinya nak tunggu bot jam 12 tengah hari. Dan janjinya juga pagi tadi masa sarapan, orang Fauna ajak makan bubur Assyura Perhentian masa tengah hari. Ermmmm…. Sedap buburnya!! Lain dari bubur Assyura yang Den pernah makan. Sambil-sambil buang masa yang berharga di Perhentian ni, sesi bergambar diteruskan. Bukh, Ann dan Luvis sempat lagi pi main ngan Orix. Ann boleh nangis nak pisah ngan Orix. Amboi sayangnya dengan monyet tu. Den pulak suka main dengan kucing kat sini. Kucing-kucing kat sini semua manja-manja dan yang best sekali Den rasa memang well-trained. Bersih, steady dan tak kacau orang, tapi bila ambil dukung amboiiiiii bukan main lagi suka.

Bot sampai lambat, jadi sempat lagi bergumbira! Dalam perjalanan balik ke tanah besar, laut bergelombang. Abang Bot cakap kalau kat depan lagi teruk, kita mungkin patah balik. Kebetulannya masa balik bertembung dengan ribut barat dan ribut barat ni sebenarnya berlaku sekejap sahaja. Mungkin dalam 2-3 jam berbanding ribut dari timur yang akan makan masa berhari-hari sebelum di selangkan dengan ribut barat ni. Kata Abang Bot, ribut barat untuk seimbangkan ribut timur… Ermmm, nantilah Den siasat. Sakit-sakit juga tulang punggung sebab terentak-terentak dalam bot ni.

Sampai jeti, apalagi mulakan operasi mencari cenderahati. Kat pulau memang tak beli sebab mahal. Dalam perjalanan balik, singgah minum petang di perkampungan Losong (tak sah larrr kalau tak makan losong kat Terengganukan? Itu semestinya).

Syukur semua selamat dan tiba di Shah Alam jam 3.30 pagi. Ermmmm kete Den takmo start pulak dah!! Esok je selesaikan..... Syukur yang tak terhingga akhirnya cita-cita aku tercapai... Pencapaian untuk diri sendiri. Apa pula selepas ini??? Ermmmm.... tunggu....


Percutian n geng yang paling best!!!!

Ni larr rupa bubur assyura Perhentian :)

Detik-detik Bukh nak berpisah dengan OriX

Eh, kita dah sampai jeti erk??? [gambar dari mamarazo!]

Mud, a.k.a Abang Ngah, awat tak amek t-shirt nih??

Sab ni jeles tengok Den pakai eye-liner... Konon celak yerr :p

Luvis a.k.a Abang Long dengan sisters kesayangannya!

[EnD oF PeRHeNTiaN TRiP, BuT THe STORieS BLoM HaBeS LaGi!]

PuLaU PeRHeNTiaN [DaY 3]

Masa berjalan dengan cepat sangat terutama pada waktu-waktu seperti ini. Waktu yang menggembirakan, huh!!! Hari ini cepatnya dah masuk hari yang ketiga!!! Rasa macam baru saja sampai!!!

Dalam sejuk malas, aku buka mata perlahan-lahan. Bunyi ombak sungguh menenangkan. Dalam samar aku melihat laut terbentang luas. Pagi yang cantik. Sangat cantik!! Aku melihat jam... "Subuh!" Jam awal lagi, tapi kalau dilajakkan malas aiii jangan sesekali...

Aku kembali ke tepi pantai... Eh, semua dah ada di sini kecuali .....??? Siapa juga yang mahu melepaskan suasana pagi di Perhentian? Owhhh rugi!! Udaranya sangat segar, jauh beza dari udara kota yang menyesakkan dada. Nyaman sekali.

Berjalan di gigi air bersama Luvis dan Sab hingga ke hujung pantai ke timur. Hingga ke hujung, Luvis tak putus-putus berusaha untuk mendapatkan talian internet dari telefon bimbitnya. Sab pula tiba-tiba dah berangan jadi sniper, amboii berangan-angan nak jadi fotographer. Tapi Sab, mana ada jurugambar suruh orang ambilkan gambar dan mengaku "tengok aku jurugambar profesional" Itu model larrr Sab :p Apapun aku suka ambil gambar Sab sebab Sab pandai betul bergaya depan kamera.

Sarapan jam 8.30 pagi. Menu hari ini ala-ala American breakfast – toasted bread (eh, roti bakar!), red bean, buttercup dan jem. Semua makan banyak-banyak sikit ya! Kita pegi hiking pagi ni pergi ke pantai area Perhentian Island Resort! Target tengok nemo n baby shark lagi. Hehe bestnya!

Hiking lebih kurang 45 minit sebab dalam perjalanan ada sesi menangkap gambar dan menghayati alam. Naik turun bukit dan penamatnya men`ceroboh’ kawasan Perhentian Island Resort. Sebenarnya bukan mencerobohpun, pagar yang ada tu rasanya nak elakkan binatang-binatang dari dalam hutan masuk. Lagi pula pagar tu dah senget... langkah jer...

Wahhhhh cantik sangat pantai kat sini. Airnya lagi jernih! 'ikan-ikan' atas darat pun banyak.... Aiyaya.... man still a man! Sabar jer larr (tak semua aaa, ada si gatal sorang ni aje!! Haha sorry erk ....). Yang pastinya kami semua menghabiskan masa hampir satu per empat hari kat sini. Siapa peduli kalau nak sun burn pun, biarlah!! Memang tak keluar-keluar dari air sampai jam 2 petang. Panas tu!! Dan oleh kerana dah sakan sangat dalam air, untuk hiking balik ke chalet, ya ampun! Ambil taxi bot, sampai chalet terus makan tengah hari (dah dekat jam 4 masa nie).. Macam biasa siap tambah lauk lagi!! Macam orang kebulur!!! Ekekeke.

Petang acara bebas. Semua orang pun nak bermalasan dan duduk tepi pantai. Mas hilang ya?!!! Hahaha.... biasalah tu... Korang pun memang jeles pi kacau Den tengah jiwa sensorang. Baru je dapat mood nak menulis... Dengan kedatangan kengkawan, tiba-tiba Jaja amek kayu kat tepi dan kami semua main limbo!! Adeh, memang nak pecah perut ketawa.... Tourist lain yang lalu pun senyum-senyum pada kami, eh ada pula nak join main... Haa u r welcome. Boleh. Boleh. Please join us! Keputusan tulang paling fleksibel jatuh pada Wan... Wah dalam diam Wan nih!

Habis main, ramai-ramai jalan di tepi pantai sampai ke tempat pagi tadi. Buat apa? Ambil gambar lagi… Owhhhhh i miss it so much!! Sesi gambar ni memang special, alamak nostalgia betul!!!

Malam bar-b-q, tapi pertama kali tak habis makan sebab sebenarnya semua pun masih kenyang lagi. Dah makan, ada yang pi mandi lagi sekali dek kerana panasnya petang tadi, ada yang membasuh, mengemas, tengok tv. Lepas tu semua kumpul tepi pantai lagi tengok gambar-gambar yang di ambil hari ini.

Macam biasa tidur tepi pantai lagi malam ni sebelum dikejutkan dekat jam 5 pagi kerana ada rasa langit mahu runtuh!
morning view masa ni belum pukul 7 lagi tau!
ketagih berposing!

sarapan pagi

Sorang perasan jadi photographer, sorang lagi busy cari wap

Hiking time. I like!

Gaya seorang KaKi JaLaN yang perasan!

Posing sat kat Coral View Island Resort.

Sesi snorkelling... Wan escott...

Diorang memang jeles! Baru dapat feel nak menulis!

Wan, juara limbo... Tulang apa yang lembut sangat nih???

[EnD oF DaY 3]

Thursday, April 23, 2009

PuLaU PeRHeNTiaN [DaY 2]

Hari kedua, cuaca cun!!! Seronoknya pergi snorkelling! Tengok macam-macam ikan, tengok karang, tengok baby shark, tengok penyu dan akhir sekali pi mandi air mata air. Memang seronok sangat-sangat!!! Masa mandi air mata air ni, nyamannya rasa. Sejuk pulak tu, boleh minum-minum... Ann siap jadi 'pawang' masa ni konon-kononnya dan simbah air pada semua orang! Hahaha....
Sampai chalet, semua orang baru tahu lapar!!! Masa dalam air langsung lupa diri!!! Bila atas bot asyik nak terjun dalam air, dah dalam air tak ingat-ingat nak naik!! Makanan sampai licin lah tengah hari ni... Semua jadi ikan piranha. Tengok gambar kat bawah, Sab makan tak ingat orang lain!!! Hehehe.
Lepas makan, semua rehat. Take a short nap, then duduk kat pantai. Me n Ann, we do reading bawah pokok, yeah!!!! Berjiwa kami membaca :)
Petang jam 6.30, naik bot dan kami pergi mencandat. Banyak juga yang kami dapat, terutama sekali yang mencandat dengan 'penuh kasih sayang' tu (malas nak layan Mud :p). Hasil yang dibawa balik, digoreng tepung. Wahhhh manis tui sotong fresh ni, yummy!!!
Buat show dalam laut! Pic: Den, kaki Ann, Jaja n Bukh
Hey Mr. Turtle (kat seabed)
Banyaknya ikan!!!! School of fish!! Hehehe
Tak puas main ngan ikan. Pic: Sab n Ann
"hey kitaorang kat sini. Amek gambar! Amek gambar!"
Lunch... Setengah hari snorkelling, balik memang lapar!!!!
Brother Boatman
Mencandat secara freestyler dari orang yang tak puas berenang lagi

Hoyeeee Den dapat!!!
Diorang tanya kenapa Den ngan Wan banyak dapat sotong?
Jwp : Tu larr korang tak mencadat dengan penuh kasih sayang! Harhar
Lampu dari bot yang berdekatan. Masa ni sebenarnya dalam perjalanan balik, tapi sambung semula mencandat kat tepi bot ni sebab ada yang tak puas hati tak dapat sotong. Mahu cuba lagi!!
ni larrr semua sotong-sotong yang berjaya dibawak ke atas
Ada sesape nak???
Makan malam sekali dengan sotong yang dicandat....
Fuh.... Delicious! Marvellous!
[End of day 2]

PuLaU PeRHeNTiaN [DaY 1]

Selesai misi di Pulau Kapas dengan jaya, tak sabar-sabar mahu bergerak ke Pulau Perhentian. Pulau idaman. Pulau yang terakhir di dalam senarai untuk dikhatamkan pulau-pulau di seluruh Malaysia sebelum angka 31 menjengah. Aku kira ini macam pencapaian dan hadiah untuk aku sendiri. Untuk penganugerahan tiga paku (***), hahahar…. Well?!!!
Perjalanan dari Pantai Kelulut, Marang ke Kuala Besut mengambil masa dekat 2 jam setengah perjalanan memandangkan cuaca tidak menyebelahi kami. Dua buah kereta dengan 9 orang ahli semua sampai di Besut lebih kurang jam 5.15 petang. Bukhari, Sabree, Wan, Mahmud, Luvis, Jaja, Ann, Khaty dan Den aaaaa.... (Cerita Den ngan suma member akan di’entri’ satu persatu... Coming soon!). Semua bersemangat waja walaupun penat selepas swimathon.

Menaiki bot ke pulau mengambil masa dekat setengah jam (ermmm iye ker? Lebih kurang). Cuaca dah cerah tapi kalau kami lambat sampai tadi, kemungkinan besar tidur kat tanah besar sebab dah tak boleh naik bot. Fuhhh nasib baik sempat!
Di Pulau Perhentian, kami ambil pakej dengan Fauna Beach Chalet 4 hari 3 malam. Pakej termasuk satu trip (1/2 hari snorkelling di beberapa tempat) dan makan. Untuk sembilan orang, kami ambil 4 chalet. Dua chalet for guys (Luvis, Sab n Mud + Wan n Bukh), dua lagi for ladies (Jaja n Khaty + Den n my Belummate Ann). Letak-letak barang, mandi, lepak tepi pantai dan makan. Lepas tu basuh-basuh baju sket, lepak dan berangkut tidur kat tepi pantai.
Gembira dapat menjejakkan kaki di Perhentian. Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Syukurnya hajat dimakbulkan. Disebabkan semua keletihan, arini tak banyak banyak amek gambar...


[End of day 1]




Akhirnya sampai juga!!!!
Mahmud, Bukhari, Jaja, Luvis, Khaty, Wan, Den, Sab n Ann 'Peace'