FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label CYBeRJaYa. Show all posts
Showing posts with label CYBeRJaYa. Show all posts

Wednesday, May 31, 2017

Iftar di Verandah Restaurant,Cyberview Resort and Spa 2017 (Ramadhan Buffet)

Assalamualaikum
Salam menanti Ramadhan semua :)

Hari ni nak kongsi satu lagi pilihan untuk beriftar Ramadhan nanti.

Lokasi di Cyberjaya, Verandah Restaurant, Cyberview Resort and Spa ada pakej berbuka puasa berlatar dengan belakangkan taman botanik yang cantik.

Yang menarik di sini, chef Imran dan teamnya akan memasak secara 'live' makanan laut seperti udang dan ketam mengikut citarasa kita. Dan pilihan lain, terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh dipilih daripada patin segar, tilapia, salmon dan boleh pula kita 'rekues' pula chef sediakan ikan-ikan ni sama ada masak asam pedas ataupun gulai tempoyak. Dan yang terakhir sekali, JANGAN TIDAK TIDAK untuk cuba Deep Fried Homemade Crispy Musang King Durian Rolls. MUSANG KING yerrr.. MUSANG KING!!! HAhahaha...

Selain itu, terdapat 23 stall lain yang menghidangkan pelbagai hidangan dari masakan Melayu, Cina, Jepun, Itali, Mexico dan pelbagai masakan lain termasuklah BBQ udang, kerang-kerangan, sotong, kambing, ayam, daging dan sosej bersaiz jumbo.  

Menu masakan kampung juga tidak terkecuali dari 222 menu yang dihidangkan di dalam pakej ini.  Warung gulai kawah dan masak lemak akan dibuka dengan pilihan daging, ayam, itik dan ikan salai dan tak lupa juga ada siput sedut (ermmmm sedap sangat ni masak lemak siput sedut slurppp slurppppp hahahahaha).

Bagi kanak-kanak, ada ruang menu khas untuk kanak-kanak menghidangkan coklat fountain dengan pilihan-pilihan 'candy', kek cawan, pop-corn dan 'soft icecream'. Ada dua peti aiskrim dengan pelbagai perasa yang kita tak boleh nak tolak untuk cuba.  Di samping aiskrim dengan perisa biasa, ada aiskrim durian pandan-coconut, cendol  teh tarik, tart nenas dan yang ni pertama kali rasa ais krim perisa RENDANG AYAM!  

Sesungguhnya aku ini sedang berpuasa dan menulis entry ini hahahadeh...  

Harga bagi walk-in untuk buffet Ramadhan ini adalah RM138 /dewasa (Isnin-Jumaat) dan RM100 (hujung minggu).  Pertanyaan lanjut bolehlah hubungi  03-8312 7091 /7092.

SELAMAT BERIFTAR :)



Ruang makan yang selesa

Pilih-pilih nak ikan apa nak masak apa, nak gulai tempoyak? nak asam pedas?





Menu dari Warung Kuali ada char kway teow,  bihun goreng, kek lobak goreng! SEDAP!

Pelbagai dim sum dengan sos manis dan pedas

Antara kuih tradisional Melayu yang ada.  Lompang ni warna warni pula!

Laksa Penang, Laksa Sarawak, Kari Laksa... lai laiii...


Pengat PISANG!

Tadaaa... mula-mula ingatkan dalam kedua-dua peti aiskrim menu yang serupa!  Sekali tadaaaaaaa, yang ni semua MESTI CUBA!

Tu diaaa haaaaaa air manis pelbagai perisa pun mewah!

Monday, May 16, 2016

CYBeRJaYa : CYBeRVieW ReSoRT & SPa [RaMaDHaN BuFFeT]

Haluuuuuuuu
Salam Ramadhan dah dekat...
Salam ganti puasa dah habis ke belum...
dan Salam jom beriftar!!!!

Ada yang tengah cari tempat iftar Ramadhan yang sedap dan lapang tak sesak?  Jom ke Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya.  Weeeee... Iftar bersama Chef Imran kekdahnya.  Apa spesel??? Jom kita pi tengok.... 


Sebenarnya ini kali pertama aku masuk Cyberview Resort & Spa kat Cyberjaya ini walaupun tempatnya dekat sesangat kalau nak menyimpang-nyimpang masuk cari makan ke cari spa ke... Eceh...  Tapi peluang untuk pre-iftar baru-baru ini memang aku tak lepaskan peluang.  Dari pintu masuk resort sehinggalah sampai dijemput duduk, tak habis-habis disapa bak diri ku ini diva sangat hahahaha... Jadi, walaupun datang seorang, dek kerana hospitabilty dan keramahan semua staff resort, nak masuk pun terus tak kekok.

Tempat beriftar Cyberview Resort ini dibuat dekat Verandah Restaurant.  Lokasi tepi taman yang cantik dan tepi kolam.  Bagi yang nak berbuka puasa kat sini, pilihan duduk dalam restoran atau luar, dua-dua aku rasa best.

Ok, jom tengok dan terai apa yang diorang ada :)

Ini salah satu line up untuk hidangan berbuka.  Kalau nak kira, sepanjang table ini bahagian depan dan belakang memang penuh dengan hidangan pembuka selera.  Boleh pilih dari fresh salad bar, local salads dan kerabu (tempting giles!), malay platter (dari rojak buah, pasemboq, tahu sumbat huihhhhh!), ulam-ulam dan sambal (sambal berderet dalam lesung, tak tahu nak pilih yang mana nih?!), 

Kerabu pun ada lima enam jenis pilihan...  

Nasi Mandy dan kambing golek... 

Gulai asam pedas.... Ikan boleh pilih-pilih, nanti diorang masakkan on da spot

Gulai tempoyak.... Ikan boleh pilih-pilih, nanti diorang masakkan on da spot.  Chef Imran cakap, untuk gulai tempoyak ini, patin buah yang paling sedap... Nyum nyummm


Pilihan segar ikan yang hendak digulaikan

Gulai kawah!!!!!!!  Gulai daging, gulai kambing, gulai kerbau, gulai pisang dan gulai nangka!!

Highlight dan mesti makan! Ngeh ngeh ngeh, dari gerai ikan dan udang segar.  Ok, aku pun makan sepinggan, ala tak sedar diri ni :D

Lauk-lauk...  SUP TULANG MERAH pun ada..... pojaaan hati ku sangat tuuuuuu

Dim Sum!  Panas-panas!  Nak yang goreng pun ada..

Antara laksa Penang, laksa Johor, laksa Kelantan yang ada kat sini, aku pilih laksa Sarawak...  Bukan senang nak cari :D

Antara pilihan roti dan pastry yang ada.. Tapi yang ni cam best jerrrrr

Tekak Jepun?  Sushi ada, okonomiyaki ada....Tapi aku tak reti makan seaweed, jadi skip yang ni. 

Super fun, sebab ada kids corner..  Tak perlu lah nak tunggu budak-budak kalau nak serbu pun.  Tak ke rasa best sangat nak makan strawberry celup dengan coklat dari fountain tu???

Jangankanlah anak-anak, aku  ni pun tak tahan terambil juga sebab tempting yakmats.. Hiks

Siapa tengok red velvet ini tapi tak ambil, balik rumah mesti mengigau memanggil-manggil

Oklah walaupun disebut ketinggalan, tapi ini pestaim ai makan churros nokss... Sedap!  Boleh pulak nak cicah gula perang, coklat atau vanila.. Ok tiga-tiga aku terai... Yang tiga bekas lagi tu ada goreng pisang, keledek dan satu lagi tu keladi goreng.

Pengat pisang, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur asyura...

Bagai selaut pilihan buah-buahan nak pilih

So, siapa yang macam dah terliur-liur tengok makanan dalam ni, sekarang Cyberview Resort and Spa ada buat promosi Early bird dengan harga RM95nett untuk dewasa (hanya untuk minggu pertama dan keempat Ramadhan), dan RM108nett untuk sepanjang bulan.  Voucher ini dijual sehingga akhir Mei 2016.  Harga bagi walk-in, adalah pada RM138nett bagi dewasa dan RM69nett bagi kanak-kanak.  Ada 248 menu nak pilih nih!!!  

Soalan lanjut, bolehlah hubungi 03-82127091 /7092.
Atau bolehlah rujuk kepada laman rasmi di sini Cyberview Resort & Spa.

Terima kasih Cyberview Resort and Spa untuk slot Ramadhan Media Preview ni.  
Makan semua sedap-sedap :D

Dan untuk semua kengkawan dan pembaca sekalian, SELAMAT BERPUASA semua...