FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label RaMaDHaN BuFFeT. Show all posts
Showing posts with label RaMaDHaN BuFFeT. Show all posts

Thursday, May 31, 2018

"SINAR RAMADHAN AL-MUBARAK" DI TONKA BEAN CAFE DELI, IMPIANA KLCC HOTEL

Haluuuuu....
Assalamualaikum....
Entri cari tempat berbuka puasa di tengah bandar Kuala Lumpur lagi!!
(Cari makan je kau ye?!)

Ok! Hari ni nak kongsi buffet berbuka puasa di Tonka Bean Cafe Deli di IMPIANA KLCC.  Lokasi tengah bandar yang menawarkan sajian yang menyelerakan  di pelbagai stall dan 'live cooking stations' (haaa nampak tak ada huruf 's' kat station tu... ada banyak taw!).

Executive Chef bagi buffet Ramadhan iaitu Chef Mazlee Abdul Rahman akan menyediakan resipi bertemakan "Sinar Ramadhan Al-Mubarak" dengan hidangan-hidangan utama yang diperolehi dari warisan keluarga.

Untuk hidangan buffet Ramadhan ini, tetamu akan dapat merasai signature dish Impiana Hotel dari resipi dan rempah ratus Melayu yang mana merupakan keaslian masakan Malaysia.  Salah satu highlight ialah Roti Pak Johan yang disalut dengan sos resipi rahsia oleh Chef Mazlee hanya untuk buffet Ramadhan kali ini.  Selain dari itu, Sup Gear Box, Marinated Roasted Lamb, Chicken Wings, Roasted Ox Tongue(!), Chicken Shawarma dengan roti pita, Chessy Pisang Goreng dan banyak lagi turut menjadi hidangan istimewa di sini.  

Paling best juga di buffet Ramadhan Impiana KLCC 2018 ini ada FREE FLOW DURIAN woottt wootttttt.....  Hado?! ADO!!!

Meh layan gambar dulu bagi kecur-kecur air liur tu.. hiks

Roti Pak Johan!

 Sup Gear Box, slurppp slurpppp!

 Kambing bakar!

 Lidah! Hahahaha siapa berani makan?

 Ketam!

 Kambing!

 Nasi Beriani!

 Pelbagai jenis roti!


 Ketam cili!

Udang Nestum!

 Sajian dari laut

Makan bubur nasi ni jangan lupa ambil sekalli paru dia! Mabeles!

 Manggo Cheese Cake


YA AMPUN ADA 12 JENIS AISKRIM BASKIN ROBBIN!!!!

 Eh pulut apa ni? Hihi mangga ke durian? 

Pilihan buah-buahan pelbagai jenis.

Persembahan dari kumpulan muzik tradisional Seni Melodi sepanjang bulan Ramadhan.


Untuk yang berminat, Impiana KLCC Hotel menyediakan buffet berbuka puasa sepanjang Ramadhan dari 16 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018 bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari.  

Harga buffet RM148 nett bagi dewasa dan RM74 nett bagi kanak-kanak 4 hingga 12 tahun.  Kanak-kanak di bawah 4 tahun makan adalah percuma.  Bagi pembelian early bird, beli 10 percuma 1 sah sehingga 15 Mei 2018.

Untuk tempahan bolehlah hubungi
Telefon 03-21471111

atau

lawat sesawang impiana.com untuk keterangan lanjut.

Selamat berbuka puasa!!





Wednesday, May 30, 2018

BERBUKA PUASA DI CHINA TREASURES, SIME DARBY CONVENTION CENTRE :)

Assalamualaikum dan selamat berpuasa...

Mencari pakej berbuka puasa yang lain dari kebiasaan?
Jom kita ke China Treasures di  Sime Darby Convention Centre!
Apa yang ada? Jom!

Jom weh lumayan!  Tak tahulah kenapa tapi tiap-tiap tahun mesti nak juga sekali berbuka kat sini!  Serius amat SUKA!! Jom tengok apa yang ada.. hehehehe

Seperti tahun-tahun sebelum ini China Treasures di Sime Darby akan menyediakan Ramadhan Buffet yang akan menghidangkan 60 menu All-You-Can-Eat ala minute dishes bersama dengan 79 pilihan dim sum!

Menu utama di dalam Ala Minute antaranya merupakan Deep Fried Fresh Mushroom with Salted Egg Yolk, Poached Tiger Prawn With Hokkien Shrimp Sauce in Claypot, Deep Fried Chicken with Dried Chilli & Cashew Nuts, and Roasted Duck with Siamese Plum Sauce.

Menu bagi pilihan dim sum pula sangat banyak (I can tell you!) sampai tak mampu nak cuba semua hahaha... My favourite personal will be Steamed Buttered and Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun, Egg Yolk Bun,  Deep Fried Shrimp and Mango Roll dan opkoss yang lain-lain juga.

Jom lah layan menu dengan gambar!  Mesti rasa nak pitam dan dan macam nak buka puasa sekarang jugak kan?!

Untuk yang berminat untuk China Treasures Ramadhan Buffet, harganya adalah RM99/ seorang sahaja bermula dari 1 Mei 2018 sehingga 30 June 2018.  Kanak-kanak  (berumur 6-12 tahun) dan warga emas (berumur 60 tahun ke atas) ada diskaun sebanyak 25%.  Kanak-kanak di bawah 6 tahun - MAKAN PERCUMA!

Tempahan bolehlah hubungi
03-2089 3788 / chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com

Sebarang pertanyaan
03-2089 3688 / enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

* Friendly reminder : 
*Air dikira berasingan
*SILA PASTIKAN MAKANAN YANG DITEMPAH DIHABISKAN KERANA ADA CAJ BAGI MAKANAN YANG DIBAZIRKAN!

Deep Fried Skin Roll With Shrimp and Mushroom

Deep Fried Prawn With Dragon Beard

Deep Fried Squid Paste Cheese Ball

Steam Chicken and Shrimp Dumpling With Mushroom (Siew Mai)

Steam Chicken and Shrimp Dumpling With Spicy Scallion

Steam Crystal Shrimp Dumpling

Steam Crystal Shrimp and Scallop Dumpling

Steam Seaweed Roll With Chicken and Crabstick

Deep Fried Prawn & Mango Roll (pheww)



Steam Buttered and Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun

Steam Mini Lotus Leaf Rice

Chee Cheong Fun

Pan Fried Raddish Cake With Dried Scallop

Deep Fried Prawn and Salted Egg Yolk Roll


Chinese Pancake

Vegetarian drumstick with Thai Sauce

Stuffed beancurd roll on sesame chinese bbq sauce


Roasted Duck With Herbs Sauce

Deep-fired Chicken Cutlet With Thai Style


Steamed Fish With Black Fungus and Golden Lily Bulb

Tiger Prawn With Homemade Red Curry in Claypot


Braised Crabmeat Soup With Sea Treasures



SELAMAT BERBUKA!


Monday, May 16, 2016

CYBeRJaYa : CYBeRVieW ReSoRT & SPa [RaMaDHaN BuFFeT]

Haluuuuuuuu
Salam Ramadhan dah dekat...
Salam ganti puasa dah habis ke belum...
dan Salam jom beriftar!!!!

Ada yang tengah cari tempat iftar Ramadhan yang sedap dan lapang tak sesak?  Jom ke Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya.  Weeeee... Iftar bersama Chef Imran kekdahnya.  Apa spesel??? Jom kita pi tengok.... 


Sebenarnya ini kali pertama aku masuk Cyberview Resort & Spa kat Cyberjaya ini walaupun tempatnya dekat sesangat kalau nak menyimpang-nyimpang masuk cari makan ke cari spa ke... Eceh...  Tapi peluang untuk pre-iftar baru-baru ini memang aku tak lepaskan peluang.  Dari pintu masuk resort sehinggalah sampai dijemput duduk, tak habis-habis disapa bak diri ku ini diva sangat hahahaha... Jadi, walaupun datang seorang, dek kerana hospitabilty dan keramahan semua staff resort, nak masuk pun terus tak kekok.

Tempat beriftar Cyberview Resort ini dibuat dekat Verandah Restaurant.  Lokasi tepi taman yang cantik dan tepi kolam.  Bagi yang nak berbuka puasa kat sini, pilihan duduk dalam restoran atau luar, dua-dua aku rasa best.

Ok, jom tengok dan terai apa yang diorang ada :)

Ini salah satu line up untuk hidangan berbuka.  Kalau nak kira, sepanjang table ini bahagian depan dan belakang memang penuh dengan hidangan pembuka selera.  Boleh pilih dari fresh salad bar, local salads dan kerabu (tempting giles!), malay platter (dari rojak buah, pasemboq, tahu sumbat huihhhhh!), ulam-ulam dan sambal (sambal berderet dalam lesung, tak tahu nak pilih yang mana nih?!), 

Kerabu pun ada lima enam jenis pilihan...  

Nasi Mandy dan kambing golek... 

Gulai asam pedas.... Ikan boleh pilih-pilih, nanti diorang masakkan on da spot

Gulai tempoyak.... Ikan boleh pilih-pilih, nanti diorang masakkan on da spot.  Chef Imran cakap, untuk gulai tempoyak ini, patin buah yang paling sedap... Nyum nyummm


Pilihan segar ikan yang hendak digulaikan

Gulai kawah!!!!!!!  Gulai daging, gulai kambing, gulai kerbau, gulai pisang dan gulai nangka!!

Highlight dan mesti makan! Ngeh ngeh ngeh, dari gerai ikan dan udang segar.  Ok, aku pun makan sepinggan, ala tak sedar diri ni :D

Lauk-lauk...  SUP TULANG MERAH pun ada..... pojaaan hati ku sangat tuuuuuu

Dim Sum!  Panas-panas!  Nak yang goreng pun ada..

Antara laksa Penang, laksa Johor, laksa Kelantan yang ada kat sini, aku pilih laksa Sarawak...  Bukan senang nak cari :D

Antara pilihan roti dan pastry yang ada.. Tapi yang ni cam best jerrrrr

Tekak Jepun?  Sushi ada, okonomiyaki ada....Tapi aku tak reti makan seaweed, jadi skip yang ni. 

Super fun, sebab ada kids corner..  Tak perlu lah nak tunggu budak-budak kalau nak serbu pun.  Tak ke rasa best sangat nak makan strawberry celup dengan coklat dari fountain tu???

Jangankanlah anak-anak, aku  ni pun tak tahan terambil juga sebab tempting yakmats.. Hiks

Siapa tengok red velvet ini tapi tak ambil, balik rumah mesti mengigau memanggil-manggil

Oklah walaupun disebut ketinggalan, tapi ini pestaim ai makan churros nokss... Sedap!  Boleh pulak nak cicah gula perang, coklat atau vanila.. Ok tiga-tiga aku terai... Yang tiga bekas lagi tu ada goreng pisang, keledek dan satu lagi tu keladi goreng.

Pengat pisang, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur asyura...

Bagai selaut pilihan buah-buahan nak pilih

So, siapa yang macam dah terliur-liur tengok makanan dalam ni, sekarang Cyberview Resort and Spa ada buat promosi Early bird dengan harga RM95nett untuk dewasa (hanya untuk minggu pertama dan keempat Ramadhan), dan RM108nett untuk sepanjang bulan.  Voucher ini dijual sehingga akhir Mei 2016.  Harga bagi walk-in, adalah pada RM138nett bagi dewasa dan RM69nett bagi kanak-kanak.  Ada 248 menu nak pilih nih!!!  

Soalan lanjut, bolehlah hubungi 03-82127091 /7092.
Atau bolehlah rujuk kepada laman rasmi di sini Cyberview Resort & Spa.

Terima kasih Cyberview Resort and Spa untuk slot Ramadhan Media Preview ni.  
Makan semua sedap-sedap :D

Dan untuk semua kengkawan dan pembaca sekalian, SELAMAT BERPUASA semua...