FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label PuLaU PiNaNG. Show all posts
Showing posts with label PuLaU PiNaNG. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

PENANG || MuZium PeRaNG, BaTu MauNG (SPooKY TouR)

Haluuuu
Assalamualaikum...
Lamanya tak pergi jalan...  
Rasa macam dah menggeletis-geletis je nak pergi mana-mana (dengan niat cuti semata hahahahadeh).  Ni kalau macam 'ripit' pergi Pulau Pinang macam best jugak kan?! Hikssss  JJCM sambil meredah tempat-tempat menarik erk?!

Hari ni nak kongsi trip 2 tahun lepas dengan kengkawan, tapi rasanya tempat tu memang takkan berubah pun..
Katanya pernah dinobatkan sebagai muzium paling 'spooky' dekat Asia ni dan muzium perang terbesar di Asia Tenggara (20 ekar)... 
Hahahaha ADA BERANI???
Jom!!!!!!!

Pertama kali nampak tempat ni, masa holiday sensorang.. Dok fikir nak masuk ke idak, nak masuk idak.  Last-last emmm hahahhaa takpelah, nanti-nanti datang dengan sesiapa kat Penang ni bolehlah tabuh racun kata ada tempat best.. Heheehehe.

War Museum atau Muzium Perang ni letaknya di Batu Maung, Pulau Pinang.  Kalau ada cita-cita nak pi cari laksa janggus tu, memang kompom akan lalu simpang nak ke Muzium Perang ni.  Harga tiket masuk bagi dewasa adalah RM20 (warganegara), RM35 (pelancong) dan bagi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun, RM10 (warganegara), RM17.  Kemudian adalah harga-harga lain bagi yang bawa kamera atau untuk yang nak berprewedding ke post-wedding atau apa-apa event khas.  Waktu operasi 9 pagi sampai 11 malam (ada night tour bagi yang tak lemah semangat erk!).

Muzium Perang ni dibina pada tahun 1930 semasa penjajahan tentera British untuj digunakan sebagai pusat operasi tentera British.  Tentera British menggunakan "Muzium Perang' atau sebenarnya kubu perang sehingga tahun 1940-an.  Kubu ini juga pernah digunakan oleh tentera Jepun dalam tempoh penjajahannya.


Lepas dah bayar tiket, suasana terus berubah ke zaman sebelum merdeka.
  
 Ni tiket masuk.. RM20 (masuk) + RM2 (kamera)

Ok, ambil feel terus sebelum masuk zon 'perang'...

Binaan pada tahun 1930..  Kubu ini juga menghadap laut.

Peluru dan bom antara peninggalan yang boleh dilihat di beberapa lokasi dalam muzium ini.

Kedudukan 'Muzium Perang' terletak di atas bukit dianggap sebagai sangat strategik bagi mengawasi hampir tiga perempat Pulau Pinang dan musuh dari laut. Dalam gambar ni, tak boleh pula nampak laut hahahahadeh.

Yang kotak-kotak kat tepi tu (sebelah kanan atas), itu tempat simpan peluru dan bom.


Lokasi bom yang masih aktif..  Jangan korang berani-berani nak masuk dalam kawasan yang ditanda...  Kang ada juga tangan, kepala, badan kebabom merata-rata hoho... no! no! no!

Lubang untuk bawa masuk atau keluar barang dari bawah tanah. So, kalau pergi kena tengok betul-betul setiap ceruk bangunan haaaaa.

Antara bilik-bilik bawah tanah.  yang ada orang tu adalah terowong untuk bergerak .. ada yang tinggi korang boleh berjalan (emmm ada satu terowong gelap kitaorang pusing dalam secara berjemaah, rupanya tembus balik dekat kawasan pintu masuk terowong tadi (berhadapan).

Ok.. yang dua orang posing ni bukan zombi ya! Gaya dalam terowong tunggu kena selamat ke atau tunggu kena sapa?!!!!!!

Kubu-kubu pertahanan... Nak fefiling jadi jaga pun boleh.. keliling pun pokok puding, oldskul sangat!

Selain dari kubu-kubu pertahanan, ada juga bangunan yang menempatkan tahanan-tahanan perang dan juga pejabat-pejabat.  Ada bangunan yang kita boleh diri setakat pintu sahaja untuk tengok dalam.  Ada yang lomah somangat pi lalu tempat-tempat yang biasa-biasa je ye.. Hiksss *saja kasi serammmm miahahahahaa.

Basikal ni dari tentera Jepun la kan rasanya...  Dah Jepun masuk Malaya kayuh basikal!

Markas tentera Jepun.  Barang-barang dalam bilik ni memang barang asal.

Dan eh mak kaw ijo!  Tanjat gegurl tengok patung askar Jepun ni.. Dah la tertinggal sorang-sorang jauh kat belakang... Siapa suruh kan??? Mak ghalit noksss tengok semua-semua yang ada kat sini, dah ghalit lepas tu nak ngambil gambar pulak lagi...

oooOOo makk jangan tinggal dakuuuuu.... laju nyer korang! Kikiki #drama

Pusing-pusing jumpa lagi tunnel atau terowong kata melayunya.  Ada antara terowong dan bilik bawah tanah ni tak boleh snap gambar takut tetiber ko rentung terbakar.  Dikhuatiri sebab ada gas-gas yang mungkin boleh memercikkan api bila zass ada flash atau gelombang.  Hati-hati ye!

Lokasi yang pernah menjadi korban-korban hukuman gantung.

General Tomoyuki Yamashita Gallow menggantung diri

Dan kau pulak boleh berangan jadi patung ke atau jadi penceramah ke tour guide kat dalam muzium ni sambil sengih-sengih?

Tanpa sedar dalam bangunan kat belakang ada mumia?! Demmmmmmmm

dan atas tu pulak ada jembalang ala-ala nak terkam ko!  HahahahahaHAMBEKKKKKK!!!!

Ok! Rasa nak mencarut-carut tengok 'hantu' beso ni kat atas pokok.  Syukurlah aku tak taboh racun jom ikut 'night tour'.

Setelah puas berpusing-pusing dalam Muzium Perang ni, walaupun belum lewat petang, dah rasa gelap sebab kawasan ala-ala dalam 'hutan', kami pun beransur keluar nak menerjah ke tempat lain.

Muzium Perang ni pada aku memang wajib la pergi terutama kepada peminat-peminat muzium dan sejarah.  Memang terasa insof laa dan syukur tak duduk dalam zaman ni.  Banyak lagi yang menarik dalam muzium ni yang rasa nak kongsi tapi nanti kena marah habis data korang! Hahahahaa....  


Last but not least, nah belanja gambar kami-kami ni sekeping..  JOM PENANG!

Saturday, January 21, 2012

MeNCaRi KeTaM BeRTeLuR BaKaR di PeNaNG

Sambungan dari sini.

Lokasi Betong
"Haaaa nak gi mana?"
"Cari makan larr kot?!"
"Mas, kat Ipoh nak makan kat mana?"
"Ipoh ke?  Jauhnya lagi?? Hahahaha"
"I tak kisah, ke kat all the way balik?"
"Errrrr...Wokey!!!!"

Lokasi Dalam Kereta Kat Grik
"Pi Penang dari sini pun dekat kan?"
"Boleh larrr... Hari tu aku pi  jalan cross pi Sungai Petani tapi dari Pengkalan Hulu tu.  Dah sampai sini tak tahu larr dekat ke lagi jauh"
"Sama je larrrr"
"Errrr.... Ko ada apa-apa?"
"Tak ado"
"U? U?"
"Tak ado"

Kring. Kring. (jaman bila punya ring tone daaaaa)
"E, kitorang nak pi Penang.. Korang nak ikut tak?"
"Penang? Gila!"
"Balik larr ikut PLUS nanti. HEhehehehe (mood menghasut)"
"HAhahahaha.... takpe larrr korang proceed je yerrrrrr"

Maka itu larr cerita pelancongan tanpa rancangan! Gilos!  Orang ni cakap makan sana best, orang ni cakap makan sini best, dan aku pun sah-sah larr nak promote tempat kan?! Haahahaha.... Tapi akhir sekali, enchek M kata nak bawa pi makan ketam! J pun dah terliur-liur dengan ketam.  Dapat pula rupanya tempat tu memang ngetop!! Wow! Hahahahaha....  Aku pun WOKEY, I POLO :) *dalam masa tak sampai sebulan, 3 kali dah kot aku pi Penang!!

Misi mencari ketam bertelur ~ bakar ini rupanya membawa kami menyeberang ke pulau.  Mati-mati ingat setakat nak makan kat tanah besar je.  Gigih sungguh diorang nih, pukul berapa nak balik nanti nih???? HAhahaha.  Sampai di Butterworth pada jam 8 malam dan sepakat nak naik feri sahaja untuk rehat sekejap sambil feeling-feeling (esp aku larrr sebab nak wakilkan kak anash feeling naik feri! hahahaha).  Perjalanan feri dari tanah besar ke pulau mengambil masa dalam 20 minit atas air... Sempat juga larr nak posing-posing, ecehhhhh (walhal penat dowwwww).

Tempat nak makan ketam tu letaknya di Tanjung Bungah, oiii mak aiii... 
"Mud, ngala ke B.Feringgi tu tak jauh ke?"
"Alaaa.... Ekceli dekat je larr Mas.  Kita susur pantai je...." *hahahahahaha sambil gelak
Iya sangatlah susur pantai... C, sibuk pakai gps tapi ngokngek apa punya navigation kuar dari KL!!!

Akhirnya sampai juga di tempat yang nak di tuju iaitu Sea Pearl Lagoon.  Kalau tanya aku, kalau dari bandar, tempatnya sebelum sampai kampung yang kena tsunami tu (masjid terapung tu), dekat area flat-flat yang pack.  Kalau nak tanya orang, tempat makan ni di Tanjung Bungah, dan ada temple cina yang berusia 200 tahun.  Kompom!!

Kenapa sebut ketam bertelur bakar???  Mengikut kata Md dan Jn, semua ketam yang diorang hidang memang kompom akan ada telur! dan telurnya besar! Owhhh ok! hahahaahah...  Terus terang, aku tak reti nak makan telur ketam ni, tapi tengok diorang makan cam nikmat gilessss...  Sape yang minat leh cuba makan :)

Selain dari itu, kami juga memesan udang bakar, bihun goreng dan nasi goreng.  Rupanya kami adalah pelanggan terakhir dan sampai habis semua meja kerusi bersusun.  Auntie-auntie tu mai kutip satu-satu pinggan yang kitaorang habis.....  Jadi, siapa nak datang makan kat sini, eloklah datang sebelum jam 9 malam sebab kedai ni tutup pukul 10.00 malam.

Hari tu, kami sampai kembali ke Ipoh dekat jam 2 pagi!!! Fiuhhhhhhhhhh fengsan!! Zzzz



*jemput makan kengkawan :D




Saturday, January 7, 2012

PaKaT Mai SiNi : STaR CRuiSes (STaR LiBRa)

Taraaaa..... Jom kita naik CRUISE!!!!! Mana eh datang rancangan sambut tahun baru atas kapal besar!!!!!!  Atas cruise tu!!!!  Ada yang kata kapal to nowhere, dan bak kata makcik2 (seriously betul!) yang duduk sebelah cabin aku dan kak Coco kapal menang judi! Hahaha suka hati je kan?! Muahahaha....  Katanya ada kasino kat atas ni, tapi tak jumpa lar pulak kat mana memandangkan bukan ada niat nak mencari pun! Ekekeke.....

Untuk naik cruise ni, masa check-in bermula dari jam 5.30 petang.  Wahhh bukan main panjang nak kena beratur!  Mula-mula kena ambil kad, lepas tu beratur nak masuk ke dalam gate pula.  Bila dah lepas gate, beratur lagi nak masuk kapal!!  Dah masuk kapal, beratur pula lagi sekali sebab dia akan check kad kapal dan simpan kad pengenalan!!! Fuhhhhh 4 kali check dan beratur nak naik kapal nih!

Datin RaFeaH dah bertukar!!!!!!!  Tak kenal dah beg trolli!!!! Hahahaha.....  Katanya nak  ambil feel, camno kalau berjalan dengan beg kena angkat-angkat nih...... ;p

Cruise Libra yang kami naiki ni ada 10 tingkat (deck)....  Kita akan masuk melalui tingkat 5..  Agak-agak  nak tahu, ce kira lubang-lubang tingkap tu.  Tempat kami kat tingkat 3 :)

Taraaaaaa (lagik!).....  Kabinnya comel sangat!  Ada dua katil kurus, ada tempat sangkut baju, telefon, dan bilik air. 

Seaview kekdahnya!!!  Ini pemandangan sebelum kapal bergerak.

Meronda atas kapal.....  Agak-agak kalau titanic, sini larrr agaknya lokasi  yang  harus dituju.... Huuuu Namaoooo

Lepas tu meronda di dek 9, kawasan terbuka untuk bersantai-santai.  Kat sini ada banyak kerusi malas untuk yang nak berbaring-baring, bertidur-tiduran kat luar, ada bar, gim dan juga mtv untuk karaoke....  Teringin tak??? 

Kat sini ada juga swimming pool dan jakuzi (wow! wow!  teringin nak baywatch! erk?! hihi).  Spa nak berurut dan kilat kuku pun ada juga kalau nak merias-rias..

Naaaaaaaaa...... dah chop kerusi kerssss ;p

Dah dekat pukul 7, kapalnya belum juga berlayar......  Last check in pukul 8.30 malam, hurmmmmmm....  Harus gerak jam 9 malam larrr tu, kan?!!!!  Mari layan senja dari atas kapal.

Takde keroje.... ehehehe..... saje sambil-sambil makan makanan sedap-sedap atas kapal......  *mood bagi warning siap-siap!!!! Skrol dengan tenang ok!

Chef-chef sibuk membakar.  Hidangan makan malam disajikan secara buffet  bermula pada jam 6.00 petang.  Jadi bila naik  kapal tu, simpan barang terus larrr pi makan!!!!

Taraaaaaaaa........  Sebahagian dari hidangan makan malam.  Sebenarnya ada  pelbagai hidangan dan variasi dihidangkan.  Ada nasi goreng, pasta, bar-b-q, salad, desert yang tak terkira jenisnya, roti yang berbagai jenis, pilih larrr ikut hati.  Erkpppp alhamdulillah....  
Sebab kami dah makan petang kat Padang Kota, jadi kuranglah ruang nak makan dengan banyak.  Arghhhh rugi! Rugi! *geleng-geleng kepala.  Masa makan ni, ada pula satu masalah besar!!!!  Tak jumpa kaunter air!!!! Tahu-tahu ada je pelayan yang datang tanya nak order air apa....  Korek-korek beg, alahai tertinggal pula air mineral dalam kabin!  Pilihan air sama ada air buah yang kalau tak salah harganya RM12 atau sejag air teh air limau RM28++.  Dah tentu kami pilih air teh limau, pastu minum bercatu! Wakakaka sadis! Nasib baik ada hidangan tembikai yang gebu-gebu dan banyak air, jadi bila agak-agak kering tekak makan tembikai kekdahnya.

Menjelang jam 7.30, ada pula persembahan live band.....  Katanya dari Filipina......  Layan.......

Sambil-sambil makan, boleh berhenti kejap tinggalkan makanan  naik ke dek paling atas an tengok matahari terbenam.    Senja itu, betul kami dapat menikmati 'golden moment'.

Antara pengisian yang ada di atas kapal, malam tu ada persembahan dari penari-penari dari errrr (t hapdet! hahaha), penari ballet professional dan penyanyi dari errrr (t hapdet jugak!).  Persembahan yang terakhir, kami tak dapat nak tengok sebab semua orang dijemput untuk naik ke dek atas pada jam 11.30 malam untuk sambutan tahun baru.  Nak keluar dari lounge, masing-masing dapat door gift (ie party pack!).

Sambutan tahun baru atas kapal....  Sementara menunggu jam 12.00 tengah malam, ber'parade' keliling kolam lagi.  Kami kejap je kat aras tu sebab ramai yang berpontensi sangat BESO untuk mabuk memandangkan setiap meja tu, semua pesan air tu dalam bekas besar!!! 
Oopsss iklan!!!! Berposing setelah meronda  keliling kapal.  Hajat hati nak masuk tempat karaoke, tapi tak kesampaian.  Mtv karaoke tu tempatnya macam dalam restoran kecil dan nyanyi kat kawasan dalam restoran.....  Ada pulak semeja orang yang sambung minum kat dalam tu....... No! No! No! Bak kata Abang Leman....  Last sekali, terpaksa nyanyi lagu fofular Abang Leman "Mailah siniiiiiiii..... Lalalalalalaala....."  <-menchik taw!

Sejuk-sejuk kat luar, kami kembali ke Stardust Lounge....  Kali ni tak ada artis yang buat persembahan ,  deme pasang wayang cerita Super8 pulak...  cerita 13PL ok! hahahaha....  Masa nak keluar dari lounge tu, maka kelihatanlah orang-orang yang ambil standing pax, me'landing'kan diri dengan baiknya di atas kerusi yang best.  Mana rupanya, tunggu.....  *kacau betul ada budak tiga orang duduk betul-betul kat depan skrin, macam lah tak ada orang lain yang nak tengok cerita tu.

Sarapan pagi di kapal ni adalah termasuk pakej.  Pun banyak juga pilihan!  Akhirnya dapat juga aku minum air panas!  Lega rasa tekak.  Antara hidangan yang ada kat sini termasuklah nasi goreng, sosej, roti jala, pau, bubur nasi, bijiran, kuih-muih, buah-buahan, set vegetarian dan oooiiii panjang nih kalau nak list!  *peace~  Waktu  sarapan 6.00 pagi sehingga 9.30 pagi.  *Pukul 10.00 pagi dah boleh turun kapal dah yer!

"Caner  ni, kita nak tinggalkan Abang Leman tak?"  "Hahaha, boleh ke??? Kang dia panggil lagi ~Mai larr sini!! Hihihihi"

Dah habis jenjalan atas cruise (apa sedap panggil kapal! hahahaha), dah makan puas-puas, dah snapping berabis,  beli  souviner kat dek 4, maka marilah kita melarikan diri dari Abang Leman.  Eh, kantoi lakssssss......  Dah siap tunggu rupanya!!!  Bagi kami pulak jadi retis ye!

Sebelum keluar, jangan lupa ambil balik kad pengenalan dalam Stardust Lounge.....  Wahhh merasa naik atas stage dan berangan buat show.

Dah pulak siapa nih?????  Sibuk pulak nak interprem!  Nak kuar anak kapal akan verify kad, kot-kot ada hutang! Hahahahaha!!!!  Memang tak boleh lari ke mana larrr...

Dan akhirnya berakhirlah percutian sambutan tahun baru ala-ala  anak jutawan di atas Cruise to Nowhere......  Lepas ni  enchek Harun, Abang Leman, cik Aloyah dan Datin RaFe'ah dah nak balik.  Kita jenjalan dengan orang lain pulak yer! :D

Harga tiket standing pax - RM142 per pax
Harga tiket cabin - RM402 per pax


**  Untuk mendapatkan info aktiviti dan kemudahan yang ada kat cruise, maklumat boleh diperolehi melalui kaunter reception.  Kaunter tersebut ada berdekatan dengan pintu masuk cruise.

Citer versi enchek Harun, leh klik kat sini. Oopsss sini  yerr! Hahaa... 
Versi Datin Rafe'ah, klik sini.
Versi Abang Leman, errrrrrr..... Siaran tengah terganggu~ tettttttttttt