FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label SaBaH. Show all posts
Showing posts with label SaBaH. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

PaRT 8 : LaST DaY @ MaNTaNaNi iSLaND

Hari terakhir, tak ada apa dah yang spesel nak dikongsi kat sini kot (? - dah tak gheti pula nak menulis semenjak dua menjak nih!). Yang pasti, satu lagi pagi yang indah di Mantanani (senyum). Pagi ni boleh pula nampak puncak Gunung Kinabalu (senyum lagi). Tengah jalan-jalan dengan B, Z dan S, ada orang kampung panggil mahu tunjuk sesuatu.

OK : Marilah sini. Mahu tunjuk sesuatu
B : KMZ, diorang panggil kita ke?
KJ : Haah. Mesti ada sesuatu dalam besen tu.
(sebelah tangan OK melambai pada kami, sebelah lagi duduk dalam besen sambil mengulang ajak)


Wow weee abolone segar!!!! Mahal nih!!!! OK tanya kalau mahu mengambil gambar dan kalau mahu beli.... Hehehehe... Beli??? Makan pun tak tahu macam mana!! Mana pula nak masak, cuti panjang lagi ni (senyum - geleng kepala dan terima kasih).

Sebelum sampai rumah, ada jiran panggil makan ubi rebus. Lauknya ikan masin dan cicah dengan kuah asam (campur bawang dengan cili padi), tawar ubi campur masin ikan campur dengan kuah asam yang podeh! Fuh, pagi-pagi macam ni boleh makan ke???!!! <- tapi aku makan juga! Hehehehe.... Dah sarapan, mandi manda kat rumah, balik ke laut sebab DPT minta ambilkan sampel air sebelum bergerak ke sekolah untuk majlis perasmian dan penutupan Program Jejak Bistari. "Psst DPT, tadi kitaorang jumpa OK tengok abalone. Boleh beli!". Makanya masa orang tengah kelam-kabut punggah beg masuk kapal, aku, B dan DPT lari ke rumah OK. DPT beli sampai 4kg, tapi sayangnya tak sempat nak rasa sebab jadual di KK agak padat, ermmmmm.... Macam mana rasanya erk???

Fuiyooooo

jangan main-main... Bot pun ada tempat parking atap!

pokok kelapa, pantai dan tempat santai yang aku suka

Sarapan pagi 'kampung style'!

Di lokasi yang ke 3

Oklar dah terlambat masa sampai kat sekolah nih.. Diorang tengah jamuan pagi.. Sorry DPT dan adik2 sekalian!

Rasa yang tak dapat dibayangkan!

DPT borong jangan tak borong. "Di sana kamu susah mahu dapat macam ni. Murah dan segar macam ini"

Ramai yang hantar ke jeti....
(Den mesti rindu dengan kampung dan pulau ni lagi....)

* besen - timba / baldi
* podeh - pedas
* gheti - tahu

Friday, June 4, 2010

PaRT 5 : DaY 2 Di PuLaU MaNTaNaNi

Hari kedua pada pagi pertama di Pulau Mantanani, tak sabar nak melihat matahari terbit... Lokasi yang paling strategik untuk melihat matahari terbit adalah ke sebelah selatan pulau... 5.45 pagi terlambat kami kerana matahari sudahpun berada di atas dari aras laut. Namun pemandangan matahari di waktu pagi tetap indah dengan udara yang sungguh nyaman.... Wahhh, i like!

Sambung perjalanan ke menuju ke arah barat pulau... Pokok kelapa dimana-mana. Pantai di sini tidak sesuai untuk mandi kerana pantainya kurang bersih akibat dari sampah-sampah (botol-botol plastik) yang hanyut dari laut. Di kawasan ini tiada penempatan, maka sampah-sampah ini terbiar. Sungguhpun laut itu besar, wajarkah kita membuat sampah sesuka hati ke dalam laut??? Aishhhh.... Tak faham aku! Dalam perjalanan untuk ke sebelah utara pulau, perlu merentasi hutan... Perjalanan sebenarnya tidak dapat menuju ke hujung pulau kerana terdapat bukit tinggi.

Sampai kembali ke pantai, B dan PT tak sabar nak masuk air! Tenang air kat sini dan airnya hijau jernih. Aku??? Owhhh pagi-pagi ni, tidaklah nampaknya. Penangan Kapas-Marang ada lagi, sampai nak masuk air pun cam errrrrr....... hehehehe. Berjalan-jalan lagi jumpa resort (kecil), Mantanani Backpackers dan Mantanani Campsites.... Dua-duanya masih baru dan sesiapa yang berminat bolehlah datang menginap di sini :). Kami sarapan pagi di Mantanani Backpackers dengan kek Sabah (ewahhh suka hati je bagi nama erk!)

Jam 10.00, PT ajak ke beting pasir di tengah laut untuk mandi dan cari siput lagi... Wawawa.... mana boleh lepas peluang! Perjalanan 15 minit menaiki bot. Gambar yang mula-mula aku letak kat KaKi JaLaN ni dari bot tu larrr.... Hehehe.... Dah puas mandi kat situ, bergerak pula ke Pulau Mantani Kecil yang rasa-rasa jaraknya sepelaung je dari beting pasir yang kami mandi. Sunburn gila-gila eh sebab duduk dalam air sampai pukul 12.30 tengah hari.... "Jom larr balik. Dah hitam dan LAPAR!!!!!!"

Petang sedang B dan Z hanyut dalam mimpi, aku mengikut Sophie untuk membantu Sophie membuat terjemahan dalam survei kesihatan di kawasan kampung.... Amboih! Best jugak heh! Agak-agak dah nak habis, nampak Guide.... "Opsss sori Sophie, dah nak habis dah kan??? I ikut Guide yer!" Melepak minum air kelapa dan duduk di jeti melihat matahari terbenam... Wow weee..... semua yang ada kat pulau ni semuanya cantik-cantik belaka.....

Dikongsikan bersama gambar-gambar pada hari kedua....

















[wah wahh landak laut dah siap untuk dimakan!!!! uuiii yum yum!]

Thursday, June 3, 2010

PaRT 4 : DaY 1 Di PuLaU MaNTaNaNi

Dah punggah barang, makan tengah hari dengan lauk ikan bakar yang segar dan kerabu mangga kat rumah maka bergeraklah kami kami SK Pulau Mantanani iaitu satu-satunya sekolah yang terdapat di pulau ini. Program khidmat masyarakat yang dijalankan oleh budak-budak kolej kediaman X iaitu Jejak Bistari untuk adik-adik tahun 5 dan tahun 6 bagi persediaan mengambil peperiksaan terutamanya UPSR. Aku, B dan Z turut me'nyibuk-nyibuk'kan diri dalam program ni... Wahhh best betul "I'm back to da skool!!!!".
Ala-ala dah duduk kat sekolah dalam satu jam menengokkan 'deme-deme' kat sekolah, aku and the geng pun bergerak balik ke rumah... Sudah berjanji untuk mencari telur burung kawah. Jadi perjalanan diteruskan dengan perjalanan di lokasi ala-ala 'winter sonata' dengan guide kami adik Razmin yang sungguhlarr halus orangnya... "Min, berapa umur kau Min?" "13 tahun" "13 tahun???? Bah, kenapa larr kau ni kecik sangat?". Burung kawah ni saiznya kecil lagi dari ayam, tapi telurnya lagi besar dari telur ayam dan bertelur dalam pasir. Dalam pasir tau! Maksudnya burung ni akan korek lubang dan akan kambus balik lubang selepas bertelur. 'Port' untuk bertelur adalah pada 'port' yang sama setiap kalinya, wah macam penyu juga eh! Korek punya korek, alahaiiii takde rezeki...... tak ada larr pula!
Ronda-ronda lagi keliling pulau, masuk kampung, jalan tepi pantai sampailah ke sebalik pulau (belah selatan)... Masuk kampung memang best, rumah cantik-cantik. Berkenan betul aku tengok, bestnya kalau kampung aku kat sini. Hihihi.... Cerita pasal pantai kat sebelah selatan, nak mandi memang tak sesuai, tapi kalau nak memancing best kot! Airnya kat tepi pantai tu macam terus dalam eh! Pasirnya nampak sikit, lepas tu terus gelap!
Jalan-jalan lagi tak habis tawaf satu pulau sebabnya pulaunya besar. Aku and da geng, merentas pulau dan melalui padang bola yang pemain-pemainnya adalah lembu-lembu yang sedang meragut rumput. Wawawaaaa hebat! 'Periuk api' pun banyak kat padang ni, barangkali padang ni memang untuk lembu-lembu ni meragut. Bila ada sukan sukan atau temasya baru guna padang ni kot?? Ermmm...
Sampai balik ke jeti, alamak air surut larrr.... Nak masuk air ke???? Tiba-tiba diorang ajak dayung sampan! Yeah.... Row row row a boat, sampailah ketengah sikit... Airnya tidaklah dalam mana pun dan mereka dengan gembiranya mencari siput. Hasil? Dapatlah sejenis landak laut yang boleh dimakan.... Hehehe... ni nanti dalam entri berasingan :)
Penat. Penat... Tapi hari pertama masih belum berakhir... Lepas makan malam, PT ajak pergi memancing! Tengah malam, 'guide' bawa masuk dalam bot ayahnya dan kamipun memancing... Ikannya tiada, menunggu sampai tertidur-tidur dalam bot... Aku jiwe me'nengok' bintang bertabur di langit. Cantiknya, subhanALLAH. Jam 3 pagi, semua bergerak balik ke rumah untuk sambung tidur.... Hehehehe.... maka berakhirlah aktiviti di hari pertama di Pulau Mantanani yang cantik itu.
Ada eh, patung cam muka aku kat dalam makmal nih??



Hiking kat dalam hutan nak cari telur burung kawah
Aku yang eksen-eksen nak tolong gali

Dah dalam dah gali tu, tapi tak jumpa-jumpa.... takut-takut dah tertimbus balik telur yang dicari-cari

Hoyeahhh, aku dan Sophie yang jadi partner aku dalam trip nih (tingginya!!!)

Macam aku je tu??? Huhu.... Menuju ke Palm Beach di timur pulau

Aku dengan Guide a.k.a Min, geng aku kat pulau ni jugak... Min tak geng dengan B dan Z, hihihi...

Laut kat sebelah selatan pulau... Nampakkan cam terus dalam... Aishhh takut eh nak terjun!

Dengan tapak sulaiman warna biru.... Dah posing-posing letak balik dalam air :)

Ni dengan sejenis landak laut yang boleh dimakan. Yum Yum....

Mau pergi mancing... Aktiviti yang terakhir pada hari pertama... takde hasil melainkan kepuasan melihat langit gelap yang ditaburi bintang yang sangat cantik!
Deme-deme - diorang Geng Kolej dan Geng Budak Sekolah
Periuk api - tahi lembu
Jiwe - jiwa

[sok citer Aktiviti Hari Kedua eh! Hehehe... Ronda pulau lagi!]

Dah sampai sekolah! Jalan kaki je sebab dekat sangat dan kat sini pun selain bot ada basikal je
Bersama-sama Geng Kolej untuk bertemu dengan Geng Budak Sekolah

Tuesday, September 8, 2009

SeRiBu WaJaH SeRiBU PeRaSaaN (?)

Baru-baru ini menonton sebuah dokumentari di TV1 bertajuk Bajau Laut Nomads of the Sea... Terus teringat sampan jual lobster di Mabul*. Yang aku ingat, selain dari rasa lobster fresh yang 'nala' sedapnya, terbayang-bayang lagi wajah pakcik, makcik dan sorang budak kecil yang datang menjual lobster tersebut.

Aku melihat seribu wajah yang punya seribu perasaan. Bagaimana hendak aku gambarkan?? Sungguh aku ini tidak pandai bercerita.
Aku melihat susah di wajah mereka. Aku melihat redha di wajah mereka. Aku melihat kekuatan dan kesungguhan. Aku juga melihat kasih sayang pada mereka. Aku melihat perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Entahlah... Mungkin aku juga seorang yang mudah diusik perasaan dan punya rasa kagum yang pelbagai.


[Perjalanan Mabul, Kepalai, Sipadan, Silawa bagai cerita dongeng yang indah. Bila lagi akan kembali???]

Friday, September 26, 2008

Lembah Danum, Sepilok dan Kinabatangan, Sabah

Kesempatan belajar di Sabah membawa aku ke Lembah Danum iaitu kawasan hutan hujan yang tertua dan paling kaya di dunia. Di sini terletaknya pokok hutan hujan yang tertinggi, dikatakan lebih tinggi dari yang boleh di dapati di Amazon dan equotorial Afrika. Lembah Danum juga merupakan salah satu kawasan pemeliharaan yang paling penting di Asia Tenggara. Jauhnya nak sampai ke dalam dengan tanah merah dan sesekali melalui tebing Sungai Segama. Ada ketika terpaksa menunggu sekumpulan gajah melintas jalan. Indahnya Danum kerana ketenangannya. Seronoknya tidak habis di situ.


Lembah Danum merupakan belantara pertama yang aku jejaki. Jangan salahkan aku kerana cinta ku yang pertama memang indah! Burung Kenyalang. Lebah dan sarangnya. Kelawar dan lipas-lipas yang memakan tahi kelawar di Gua Gomantong (Gua Seribu Keranda), orang utan di Sepilok. Tengok wildlife, aku pun jadi wild! Erm… hampir terlupa yang paling utama di Lembah Danum, sahabat bernama cik Pacat! Aku bukan budak bandar, aku budak kampung. Ke kebun dan bermain banjir bukan asing. Pacat bukan sesuatu yang luarbiasa. Tapi pacat di Danum, kalau boleh aku ibaratkan, perkampungan utama mereka agaknya! Punyalah banyak dan lebih hebat, ada pacat yang berwarna coklat, merah dan hijau! Bukankah menakjubkan?!!

Di kesempatan lain, aku bermalam di SAFODA yang terletak berhampiran Sungai Kinabatangan. Seronok seperti di Danum, namun menyusur Sungai Kinabatangan petang menjelang ke senja, menjengah proboscis monkey (monyet belanda) lebih menarik! Di tengah malam, hadir pula payau di sekeliling hostel.