FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label TRaVeL. Show all posts
Showing posts with label TRaVeL. Show all posts

Friday, April 18, 2014

JoM Ke Royal Belum #TravelholicsAwesomeandFriends dan BeLuM OuTDooR ADveNTuRE (BOA) : BHG 1 edisi AWAS!!

Assalamualaikum.... Salam Satu Malaysia..... Salam JOM PI JALAN semua :)

Lokasi? Perak? Kuala Lumpur? Johor? Kuching?  Maliau?? Errrrr waimma kat mana pun korang berada, AWAS!!!

AWAS! Jangan kutuk tajuk entri yang panjang lebar ni.
AWAS! Jangan jangan nak puji gambar dalam entri aku nih... hahaha motif???  Hah, nanti korang faham-faham la sendiri bila dah baca sampai habis.
AWAS! Kalau entri ni takde sampai penghujung..
AWASI???? ok ni Operasi Asap Hitam Kenderaan takde kena mengena dengan korang melainkan sila servis kenderaan tuan puan dan pastikan asap hitam kenderaan tidak melebihi paras yang dibenarkan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
dan AWAS! jangan buat pembakaran terbuka! Hahahaha #matilabiladahmulamengarutni

yang pasti AWAS! jangan blacklist KaKiJaLaN.... meh tolong sapu sawang kat sini.... PEACE YO! Moh Ke Perak demi Tahun Melawat Malaysia 2014 #VisitMY2014 .  
*giler punya suci murni je blog aku nih... setelah sekian lama hibernasi :D

Soalan pertama "Ada sesiapa pernah pergi Royal Belum?"
Jawapan pertama yang paling jujur "Grik ni pun baru first time!" 
Hahahaha... ok itu jawapan salah seorang dari anggota rombongan.

First time?
Wohoooooo moh DISCOVER ROYAL BELUM dengan Belum Outdoor Adventure (BOA).  Siapa BOA? Haa baca sampai habis dulu.
Chup!!!!!  AWAS ko mas?! Mana entri #BlackoutTA ? Errrr......
AWAS! soalan tu aku dah tanya sendiri... orang lain takleh tanya dah...
Aku dah buat dalam hati okayssssssss.... Siapa tak nampak! Haaaa AWAS!!

errrr... terus tak tahu nak karang ayat dah! nyampah!
AWAS! aku rasa entri ni akhirnya jadi entri bergambar sahaja... hahahahaha

JOM LAYAN...... dan maapkan aku sebab tetiber blur.

Info
Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang besar di sini seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa. Hutan ini kaya dengan haiwan dan tumbuhan yang mengagumkan yang mana banyak kawasan di sini belum pernah di teroka atau diganggu oleh kehadiran manusia. Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang tetapi rumah kepada khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.

Pada hari kejadian (cewah, untuk cerita drama-drama sebelum sampai bolehlah dirujuk di blog2 yang lain), kami sampai di Jeti Sementara Pulau Banding lebih kurang jam 12.30 tengah hari.  Alhamdulillah cuaca best! Panas terik matahari memancor-mancor tegak atas kepala dengan langit biru dan kelihatan awam berkepuk-kepuk.  Jeti sementara ini terletak ke dalam sedikit dari Jeti Pulau Banding yang sekarang sedang dinaiktaraf katanya.

AWAS! bagi yang pertama kali datang dan tak biasa dengan kawasan ini, lokasi jeti ni terletak di sebelah kiri jalan yakni selepas jambatan pertama masa korang nampak Royal Belum (yakni kolau perjalanan dari pekan Lenggong/ Grik), tetapi betul-betul terletak sebelum jambatan yang kedua.  AWAS!  Kalau korang terlepas jeti ini, berkemungkinan besar mengkome sekalian akan sampailah ke Kelantan, ke Thailand dan mungkin sampai ke Myanmar kalau tak reti nak berhenti tengok papan tanda, tanya orang atau tanya cik Waze.. AWAS!  Khidmat telefon bimbit mungkin tidak dapat membantu di sesetengah kawasan dan akan hilang terus apabila korang memutuskan diri untuk meneruskan perjalanan BACK TO NATURE.... HellooooOOOoOOoo, simpan jap tepon ya :)

Ha ni la rupa rumah bot yang kami akan naiki.  Haaaa besar ni, nak muat 30 orang pun boleh.  Ada berani????

Rumah bot ni, dua tingkat haa macam dalam gambar ni la kann.  Ada ruang santai tengok tv, ada dapur, ada bilik mandi, ada tandas.  Bahagian atas ada ruang lapang lagi dan ada bilik-bilik.


Ok.  Ini gambaran kat ruang atas rumah bot.  AWAS! ini bukan gambar selfie yang pertama dan bukan juga yang terakhir.  Sila bersiap-sedia ngadap gambar-gambar selfie selepas ini :)


Hais..... ni anak sapa yang dok main selfie-selfie jugak nih ntah!  AWAS! Jangan bagi mak ayah nampak gambar-gambar perasan macam ni. Hahaha.
#dasardemamselfieseluruhdoniyasangat
Dan, tatkala semua orang sedang sibuk-sibuk ambil gambar, posing bagai, ada juga yang menongkat pipi layan zzzzz....  Mamat batman yang dah lama tak munculkan diri (saja taknak sebut nama)... 

Selepas setengah jam (ke lebih? ambe terlelap huhuuuu syiok woooo tidur dibuai-buai dalam bot ni), kami sampai kat satu port ni untuk tengok bunga rafflesia... Haaa bunga yang terbesar di dunia tu!!! 
Info Bunga Rafflesia

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka.
- sumber wikipedia

Rumah bot dah mendarat (eh?) kena tambat.  Ayuh!  Siapa nak pergi tengok bunga rafflesia, moh kita (jom).
Pasangan Chawanna... Haipppppp ni memasing bajet solo ke nih??? Hahahaha #drama

Ops selfie lagi! AWAS! Jangan marah! 
Hang Dhamin kata, "Hang senyum betui2 sikit" 
"Haisssss.... camni buleh ka??? Ok dak???"
Haaaaaaaaaaaaa...... (tapi taktau senyum gedik ke plastik nih! :p)

Sebelum ber'trekking' untuk tengok bunga, team BOA ajak buat senaman ringan dulu.
"Howaaaaa ok, tarik nafasssss.... lepas....."
"Ok. Pegang tangan, goyang pinggang, bengkokkan kaki.... bla. bla. bla..... semua ikut..." (well ayat skema ni ibarat nasi tambah dari aku je... kikiki)

Untuk sampai ke tempat bunga rafflesia ni, kena gigih mendaki la sikit.  Perjalanan dalam 20 minit tapi tangga nak memanjat dia boleh tahan la juga kalau orang yang dah lama takde senam-senam ni.  Apapun, syabas buat Ely kerana berjaya mengendong Suci sampai ke atas! Tabik! 

Tetapi.... apakan daya... bunga rafflesia kembangnya sehari...  Bergantung rezeki untuk tengok.  Kalau ada masa perjalanan yang panjang, ada lagi port-port bunga ini yang mungkin sempat nak pergi...  Haaa tengok sajalah yang ada ni, gambar yang belum kembang, gambar yang dah layu.
Ok dah... selesai satu aktiviti.  Naik bot kita minum petang pulak!  Katanya ada satu lagi aktiviti selepas ini dan edisi AWAS! akan bertukar jadi BERTABAHlah! Hahahaha....
*tangan gigil2 taip BERTABAHlah sebab tak pasti BERTABAHlah menunggu, atau BERTABAHlah dengan kandungan entri nanti...  Walla :)


Ok... ni nak kongsi balik entri yang aku pernah tulis pada awal tahun 2009.  Trip sebelum ni memang memorable buat aku sebab masa inilah aku mula kenal dengan kengkawan OMBAK aku di Shah Alam dan akhirnya membawa ke penjebakkan aktiviti triathlon aku (yang mana sekarang dah suam kukuuuuuuuu.... oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk).

Ni pula gambar bunga rafflesia.  Gambar ni sebenarnya diambil di lokasi yang sama kami pergi dalam trip #Travelholicsawesomeandfriend dan BOA ni... 


Sampai jumpa lagi....  Chekidaut blog kengkawan kita yang lain ni naaaaaa.......

#TRAVELHOLICSAWESOME
#ANDFRIENDS
Belum Outdoor Adventure
Maklumat lanjut cer klik sini Facebook , Blog.
Telefon : 017-451 4939

Thursday, May 9, 2013

Part 2 : SHeNZHeN, China : Window of The World and Lets Do Shopping!!!!

Haluuuuu.... Selamat pagi Khamis... Salam jom sambung pi jalan kat China...

Sambungan dari sini --> cer ketik

Lepas dah makan-makan (omaiiiii rakus diorang nih merebut roti dari Baker's Cottage yang aku bawak dari LCCT, awat korang tak pesan awal-awal! Hahahaa), bersih-bersihkan diri, solat, kitaorang pun keluar untuk jalan-jalan kat dalam pekan Shenzhen ni.  Perkara pertama sekali yang kena buat ialah mencari tiket keretapi ke Guilin, kemudian baru boleh pusing-pusing.

Tiket ke Guilin

Asalnya rancang nak naik keretapi ke Guilin. Tapi nasib tak berapa nak baik sebab tiket pada tarikh yang dikehendaki dah habis. Tiket keretapi ni boleh check secara online kat sini "train ticket online".  Masa periksa dah tahu dah tiket takde, tapi tawakkal sajalah mana tahu ada rezeki. Pilihan kedua, naik ke bas. Harga tiket bas ni tinggi sedikit (ni masa survey secara online) dari harga tiket keretapi.  Maklumlah lagi cepat dan lagi selesa katanya.

Dari Grand Theater, naik Metro yang sama dan selang beberapa stesyen untuk sampai ke stesyen keretapi/ bas iaitu di Luohu dengan tambang 3 CNY.  Kat sana, cari kaunter 'tiket untuk perjalanan jauh'. Dan, hurmmm memang sohih tiket dah takde. Hujung minggu kot!!!!!  Diorang ni raya cuti Hari Pekerja sampai hari rabu! fuiyoooo... 5 hari tu campur hujung minggu!

Pilihan kedua, naik bas. Stesyen bas, kat depan stesyen keretapi tu je. Nak beli tiket, untuk ke Guilin, cari satu syarikat bas ni kat sebelah 7 eleven... cer kome cari. Harga tiket bas ni setelah ditawar (kiki cuma try luck je sebab beli banyak, mengangguk juga tokei syarikat bas tu..) jadi 220 CNY. Kan ker untung tu beli kat kaunter tanpa ulat-ulat atau agen-agen.

Perbandingan harga tiket keretapi dan bas
Keretapi hard seat        35 USD (215~220 CNY)
Keretapi hard sleeper   56 USD (~345 CNY)
Keretapi soft sleeper    95 USD  (~585 CNY)
Bas (sleeper)              220 CNY (~240 - 280 CNY sebelum tawar)

Nota : Perjalanan menggunakan keretapi adalah 14 jam, manakala bas 12 jam.


Memandangkan masa perjalanan yang panjang, pilihan yang terbaik adalah perjalanan malam dan kena lar ambil sleeper.. :D

WiNDoW oF THe WoRLD

Hoyeahhh dah dapat tiket, lega.... jom pi jalan.  Seminggu sebelum berangkat ke Shenzhen ni, sebenarnya aku terbaca pasal satu tempat ni.  Katanya mesti pergi kalau ke Shenzhen.. Wahhhh berkobar-kobar kot aku nak pergi.  Nasib juga dalam plan, petang akan ke sana. Yeayyy...  Ayuh!

Dari Luohu, naik balik Metro Line 1 (hijau) beli tiket ke perhentian Shijiezhichuang (Window Of The World) dengan harga 4 CNY.  Perjalanan dekat setengah jam rasanya.  Di perhentian Window of The World ni, keluar sahaja dari stesyen terus sampai depan pintu masuk.  Komperem tak sesat.

Benda pertama yang menarik perhatian mata aku dari luar ni, tak lain tak bukan ialah menara Eiffel Tower...  Hai bilalah aku nak bercinta hati kat situ kan???  Katanya salah satu destinasi impian weiiiii...  Tak dapat pergi yang 'real' punya, meh kita g posing-posing kat replika dia dulu.. Kikiki.

Window of The World (WoTW) ni sebenarnya merupakan satu taman ala-ala Taman Warisan Islam kat Kuala Terengganu tu.  Cuma beza WoTW ini, terdapat replika-replika bangunan-bangunan bersejarah, world wonders dan juga kawasan yang direkabentuk seperti beberapa kawasan 'scenic area' di dunia.  Haaaa gitu kannn... Banyak tu!!!

Bayaran masuk bagi orang dewasa dan kanak-kanak di atas 1.5m ialah 160 CNY, manakala kanak-kanak di antara 1.2~1.5m dan warga emas (65-69 tahun ke atas) ialah 80 CNY.  Percuma untuk kanak-kanak yang ketinggian di bawah 1.2m dan warga tua melebihi 70 tahun.  Harga lagi murah kalau datang selepas 7.30 malam iaitu untuk 'evening show' iaitu 50 CNY.  

Tempat ini buka dari jam 9.00 pagi sehingga 10.30 malam, tapi kalau cantik, cer datang tempat ni pagi ataupun awal petang. Aritu kami sampai dekat pukul empat, memang agak nyesal sebab tak sempat nak khatamkan seluruh kawasan jajahan.  Ater semua pun pegang kamera, semua pun bajet retis aka model katanya. Posing itu jatuh taraf wajib kayssss kikiki.

SHoPPiNG Di SHeNZHeN

Keluar dari WoTW lebih kurang jam 8.30 malam.  Hujan lebat mencurah-curah...  Pasrah je la tak dapat nak khatamkan seluruh tempat dalam WoTW tu.  Maszuber, adik dan kawannya terus pulang ke hostel, manakala aku dan John kembali ke Luohu untuk survey-survey barang nak beli esok katanya.. Haiiiiii nipuuuu benor tu kan??? Survey je tanpa terjebak??? Itu adalah MUSTAHIL wahai masMZ dan John weiiiii......

Diorang sebenarnya dah sakan shopping sehari sebelum aku sampai dan aku pula memang ada malam ni dan esok sahaja untuk pusing-pusing shopping kat Shenzhen ni.  Tempat shopping kat Luohu tu, ada mall yang memang macam heaven katanya.  Macam-macam ada dan pandai-pandailah tawar.  Kalau tak, baiklah beli kat chow kit atau uptown atau downtown atau yang seangkatan dengannya sahaja.

Untuk shopping malam, berjaya jugalah aku menyambar beberapa buah beg termasuklah beg tangan (sungguhpun sebenarnya selama ni aku pergi mesyuarat bawak begpack je! huahuahua).  Sikit tips shopping kat sini ~ jangan lupa tanya diorang boleh terima bayaran kad atau tak (ni kalau kes nak pakai kad larr).  Diorang akan kata ada, walhal kena pergi kedai lain untuk swipe kad tu...  Jadi kalau nak shopping sampai lewat atau ala-ala kedai nak tutup, baik pakai tunai.  Untuk makluman dan peringatan, kedai-kedai kat sini tutup pada pukul 10.00 dan Metro terakhir adalah pada pukul 11.00 malam.  Jadi, sila JANGAN LUPA DIRI wokeyyy!!!!

Esoknya, pas siap tanpa sarapan ni terus sambung g shopping lagi sampailah ke detik-detik terakhir sebelum bas bertolak.. Gila dak?????  Nanges.. Nanges.. Baru kat satu tempat dah hampir nak kayap dowhhhhhhh.....


Barang-barang jualan yang boleh diborong dengan sakan di Shenzhen ni, termasuklah beg-beg yang berbagai jenis dan jenama termasuk beg troli, baju, seluar, kain-kain (kapas, lycra, sutera) dan juga barang-barang perhiasan.  Best woooOOOoOoOOoOooOoooo.... Murah. Murah.... Beg pun boleh beranak pinak kat sini sampai kena pinjam tangan kengkawan kan?????? Hahahahahahaa....  Banjer plissssss.


Yang warna hijau tu, tempat naik dari Metro...  Kat ruang bawah tu ada tempat-tempat tukaran matawang asing dan juga gerai-gerai kecil.  Bangunan sebelah kiri merupakan stesyen keretapi.  Sebelah kanan yang tak termasuk dalam gambar ni pula letaknya stesyen bas dan shopping mall.

Ni masa beli tiket bas kat kedai mak angkat katanya..  Tanya-tanya sama ada boleh tinggalkan barang kat sini dak sementara nak jenjalan shopping petang esok.  Iyalah takkan nak patah balik hostelkan???  Nasib baik, mak angkat John ni baik dan boleh juga kami tinggalkan barang dan duduk-duduk menunggu.

Ehhh dah patah balik gambar ke stesyen keretapi ni balik.  Faham dengan tengok nombor sahajalah.  Lenlain tu, teman nampak cacing je... huaaaaaa

Weee Window of The World!!!!  Bendera Malaysia pun ada okay!!!  Aishhh tak berkibar pula masa nih.. Aku dah tak sabo dah nak masuk dalam nih.

Bila masuk je dalam tempat ni ada dinding tinggi yang tinggi dan berukir dengan kuil-kuil dan dewa-dewa di serata dunia.

Kalau kome bernasib baik, akan jupe icon ni pula! Hahahaha..

Angkor Wat ni salah satu replika yang terdapat di dalam kawasan WoTW.  Dalam kawasan WoTW ni sebenarnya dibahagikan mengikut kawasan iaitu Asia, Afrika, Eropah, Ocenia dan seterusnya.  Kalau ke sana, jangan lupa ambil petanya supaya boleh tanda mana kawasan dah pergi, mana belum.

Zoom in sket... Ok dah lupa ni replika bangunan apa... nanti aku buka peta balik :D


Siap dengan patung-patung kecil untuk tunjuk kawasan dalam replika tu guna untuk apa.  Kalau tak salah, patung-patung penari ni di Gyeongbokgung Palace, Korea.  Aku yang pakai baju kuning kat belakang tu... #tetiber 


Nahhhh.... ada rasa kat Holland dak dengan umah kincir angin ni???



Itsukushima Shrine, 'famous floating tori gate' yang terletak di Hiroshima.  Dinobatkan sebagai UNESCO Heritage Site pun ada kat sini.  Belakang dia, haiyarkk tak nampak laksss kannn... ada replika Gunung Fuji dilitupi ais... jangan tak cari erk!

Alamak!  Ni dah macam tempat Tellytubbies ni :D

Eiffel, I'm in love!!! He sehhhhhhh..... sapa nak wak aku g sana woooooo.... *terus pasang bulu mata palesu setinggi klcc dan kelip2 mata lelaju.. #kacao sungguh tulisan cina tuh..., kasi kantoi wa jerrrr... cis

Saiz Eiffel Tower ni katanya satu per tiga dari saiz asal.. Agak-agak, mungkin tak kalau lepas 2 trip lain, tetiber aku leh sampai tempat  ni betul-betul??? (goncang tabung!)

wooOOooOOo.... ada jugak side yang tak de tulisan rupanya... Cissss... Apapun, sebenarnya tower ni boleh naik untuk sight seeing dengan sedikit bayaran... Adeh lupa dah berapa...

I'm ni Egypt pulak kekdahnya... #sambil bedek2 pasport... "Iya mei????"  errrr... lupa nak bagitahu yang kat dalam WoTW ni kan, ada satu kaunter dibuka dan diorang jual pasport.  kat kaunter tu jugak, ada cop2 imigresen yang idak la tahu betul ke dak tulisannya.  Kalau tak salah, pasport sahaja beli tapi nak cop negara-negara mana tu free.. Kalau tak salahlarr...  Hajat hati nak je cop kat pasport betul nih, tapi tak berani pulak nak buat..

Ini antara scenic view kat dalam WoTW ni..  Gambar yang kat atas tu, ala-ala kat Jepun sebab siap dengan bunga-bunga sakura lagi tu. Gambar yang kat bawah nih, tempat fancy-fancy ni memang aku bayang Tellytubbies... Ni area belah-belah Holand la nih..

Ini antara barangan yang ada jual kat mall tu.  Sebenarnya lagi barang-barang best, tapi sah-sah tak sempat ambil gambar sebab sibuk membedek dan menawar-nawar...  Kalau siapa gila tas tangan (wow! handbag der), memang rambang mata aaaaaaa....  Antara barangan yang aku beli semasa di Shenzhen ni, termasuklah tas tangan, beg trolli (memang tahan lasak dan lawa, cewahhh), beg-beg kecil, baju budak, baju fancy (i'm living in colours katanya), aksesori dan kain-kain (kapas, lycra dan juga sutera china) Phewwwwwww..... kansel begpack, meh kita sorong beg troli weiiii.....


Ok.. inilah dia stesyen bas yang di Luohu ni.. Betul-betul depan dengan stesyen keretapi..  Kat bawah tempat bas, atas tempat shopping..

Ni masa tunggu bas kat kedai Mak Angkat John...  Katanya suruh tunggu 6.30... tup-tup dekat kut 8 baru naik van, pastu naik kat stesyen bas lagi satu pulak..   Masa nak pergi naik bas, ada satu kejadian pulak haih...  Tetiber tiket bas tak dapat dikesan...  Punya la lama lepak bersenang lenang kat sini, tetiber baru teringat tiket pulak yer..  Haaaa menggagau!  Nasib baik laaaaa tokey bas Mak Angkat John (ulang lagi... kuikuikui)...  Jadinya, kami pun menaiki bas tanpa sebarang masalah :D Yeaayyy

Akhirnya masuk juga dalam bas dan kami bergerak menuju ke Guilin pada jam 8.30 malam...  Mana gaya nih?? Tidur sahajalah kita ya?????  Dalam bas ni takde sleeper nombor, jadi paling baik, naik la bas awal-awal leh pilih port mana kita nak... Hehehehe..

Akhirnya kami semua selamat tiba di Guilin pada jam 6.18 pagi... Wooo lama sungguh di dalam bas tu...  Nampak dak selimut-selimut yang bergelimpangan kat bawah antara katil tu???  Masa dalam perjalanan kat mana ntah, diorang kutip orang lagi dan boleh pula diorang baring kat situ.. Hurm iyalah nak duduk memang tak muatlah melainkan kalau muka mengadap katil orang.... penuh laluan tu orang tidur.  Nasib aku dapat katil tinggi.   Idak le kalih muka pandang muka orang ntah sapa-sapa... woooo

Oklah sampai sini je untuk entri ni... Kalau mengikut perancangan, hari ini Dan Arif, kak Coco a.k.a #tansreecoco dan Janggel akan sampai di Guilin.  Wahhh meriah.. meriahhh... Errrr.. yer ke Dan akan datang???? debor-debor orang tuh weiii.... wink wink ;D

Wednesday, May 8, 2013

SHeNZHeN : PeRMuLaaN PeRJaLaNaN Di BuMi CHiNa

HaluuUuuUuuuuuu..... Salam JoM Pi Jalan.... Jom... Jom... JOMMMMM....
(pehal panjang naw jom nyer... walhal baru balik neh???? huhu... padah cuti lelama kan dah liat nak pi keje balik.....  Cam mana lar kalau leh cuti terus-terusan tak abes-abes erk??? best ke dak???)
 
Dek sekarang tengah panas lagi cerita Cina eh China, meh nak sesama meriah dengan geng #travelholicawesome lain lar tulis trip merentas 2 negara (dan sebahagian dari kami 4 negara).  Betul... Baru sahaja tiga hari kembali ke tanahair selepas me'nyukat' jalan dari Shenzhen dan beberapa tempat lain di China sehinggalah ke Hanoi, Vietnam.  Sempat taw, balik mengundi buat kali pertamanya (saya baru 21++ tahun kekdahnya, auwwwwww).  Untuk trip kali ni aku bersama-sama dengan John (Kaki Berangan), Maszuber, Ana Zuber dan Naju (mereka telah memulakan perjalanan 5 hari lebih awal ke Hong Kong dan Macau), Janggel, Kak Coco a.k.a #tansreecoco dan Dan Arif (semasa di Guilin, China).
 
Rancangan untuk trip ni rasanya dah nak dekat setahun.  Beli je tiket dari Air Asia tu dengan nekad, walau tak tahu bole pergi ke dak.  Tunggu dan lihat jer... Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan.
 
Aku ke Shenzhen seorang diri untuk bertemu dengan kengkawan yang terlebih dahulu ada kat sana.  Flight subuh alam pukul 6.25 pagi.  Haihhhhhh.... sape nak ngantar pepagi neh?????  Makanya, adindaku dikerahkan untuk hantar ke LCCT.   Ada sesiapa pernah tidur kat LCCT?  Kalau kat sana, ini memang kali pertama.  Rupanya tepat pukul 1, diorang nak tutup pintu bangunan, semua orang kena keluar... Aiyo!  Tepuk dahi!  Maka malam tu, tidur duduk atas troli lar aku kat luar depan McD.  Nasib baik ada baju sejuk dan dapat port elok.  Kebetulan, sejurus lepas tu ada dua orang awek cina sorong troli tepi aku.  Sembang jap, rupanya transit di KL dari Australia nak balik China, sama penerbangan ngan aku.  Maka saling berpesan, manalah tahu kot-kot terlajak pulak lelapnya.  Abes 1 citer sadis.
 
Perjalanan ke Shenzhen mengambil masa lebih kurang 4 jam.  Naik ke flight memang aku qado tidur puas-puas.  Zzzzzzz....  Bangun, sambung nyembang pulak dengan orang sebelah, auntie ni nak g jenjalan ke Hong Kong katanya dengan family.  Tapi family dia dok kat baris depan... Wooooo wokeyyyy... Dan lepas sarapan nasik lemak sampai... leh sambung zzzzz lagi.... hampeh je aku kan.. kikiki. 
 
 Aku tiba di Shenzhem lebih kurang 10.30 pagi.  Nak lepas imegresen untuk check pasport masuk memang tak ada masalah.  Kad ketibaan memang dah isi siap-siap dalam penerbangan.  Tapi lepas scan beg, demmmmmm.... mai kisah sadis aku yang kedua...  Haishhhhhh....  Sebenarnya dalam beg aku ada pisau yang lipat yang macam-macam fungsi tu.  Sumpah aku lupa pula nak keluarkan, perasan masa buka beg kat LCCT malam tadi.  Dalam hati aku memang suspect kena tahan sebab tu kot...  Masa scan beg, kebetulan aku sembang lagi dengan awek yang sama dengan aku malam tadi.  Masa kena panggil, awek dua orang tu pun tak pasal-pasal kena soal sama ada diorang datang bersama dengan aku atau tak.  Kenal atau tak...  EEeeeee......  Mujur la diorang lepas kejap je. 
 
Yang periksa tu, rasaya kastam diorang kot.  EEeeeeeee.... boleh pulak aku kena panggil nih....  Makanya aku nih pun dilayan seperti seorang yang sungguh suspicious bak mahu merompak dan mengganas agaknya.  Asasnya, aku tenang lagi sebab mungkin terkesan piso ataupun lense2 aku tu gamaknya diingat butiran bom?  Hurmmmm.... haiyarkhhhh (mood jackie chan).  Memula disuruhnya aku keluarkan barang-barang aku dari dalam beg.  Pelik sungguh sebab yang disuruh keluarkan barang ialah beg yang aku bawak naik atas. Dah keluarkan semua barang, yang 'mem' besar tu dengan rakus ambil beg aku tu pi scan balik semula. Ok fine... Suka hati ko larr...  Dalam hati, ni sah bukan pasal piso nih.
 
'Mem' ni tak reti cakap omputih..  Muka memang kerek giles..  Sabar Mas... Sabar... Nasib baik pembantu dia cool, tahu speakong dan lebih professional.  Sibuk Mem ni tanya kenapa aku datang, aku nak pergi mana, dengan siapa aku datang, siapa yang aku nak jumpa, siapa yang tunggu aku, berapa hari dan banyak lagi la soal jawabnya.  Bila aku jawab, aku ada empat orang kawan yang dah ada kat sini sebab datang lagi awal, Mem tu terus pergi keluar dan cari empat orang yang aku maksudkan...  Macam haremmmmm bila masuk cakap "Tak ada pun kengkawan yang tunggu aku." WoooOOOooooooo.... terpaksa aku explain lagi sekali, pastu keluarkan emel direction nak pergi hostel.  Masih lagi tak puas hati, aku dibawa pula ke satu bilik untuk x-ray...  Gitewww mak weiiiiiii... nak scan badan pula...  Suka hati kome lerrr... yang aku ingat, malam tadi aku makan beger mcD, dalam flight aku makan nasi lemak.  Ikut sahajalah....  Kira-kiranya dekat sejam juga aku tersangkut dalam prosedur tuh...  Memang hampeh...  Mamat tu minta maaf kat aku, katanya prosedur.  Eeeeeeeeeeeeeeeee.... banyaklah mengkome punya prosedur.
 
Keluar dari kawasan lapangan terbang, aku terus cari train (Metro) untuk ke hostel.  Nak pergi Metro, kena keluar dari bangunan, belok kanan dan ikut sahaja papan tanda yang ada gambar keretapi warna hijau.  Tercengang-cengang jap aku...  Mana pula gaya nak beli tiket nih..  Ini ke Metro? Ke line lain pulak ke kan?  Mamat kat kaunter tu tak reti pulak cakap omputih..  Nasib baik tetiba ada seorang insan ni tegur aku dan tanya nak g mana.  Fiuuuuu lega.....
 
Tukar duit kecil kat kaunter kemudian terus beratur kat mesin tiket.. Rupanya hostel yang aku nak pergi ni dalam line yang sama. Tak perlu susah-susah nak tukar.. Yeayyyyy....  Kat mesin tiket ni, nasib ada pilihan bahasa Inggeris.. kalau tak, harus 3 jam aku nak beli tiket membedek huruf satu-satu.. hahahaha....
 
Panduan kalau pergi tempat-tempat yang kita tak pernah sampai, baiklah minta orang hostel bagi direction lengkap macam mana nak sampai kat tempat diorang.  Lagi baik, minta diorang tulis dalam tulisan 'local' supaya senang nak tanya-tanya kat orang.  Macam tempat aku nak pergi nih.. diorang bagi panduan camni
 
Shenzhen Grand Theather Hostel
 
"...our Chinese address is ę·±åœ³åø‚ē½—ę¹–åŒŗé‡‘å”˜č”—48å·åøå»·å³°å¤§åŽ¦(å³äø½ę™¶å¤§åŽ¦åŒ—åŗ§)28B,our reception number is 0755-82481961, please give us a call or show people the address if u have trouble finding us. If you take metro, get off at grand theater station, exit from E, turn left and walk through the parking lot of the tall peak shape building around the side and to the back of the building. you will then see another tall building across the street with a black iron gate and the number 48. cross the street and enter that building. security will buzz the door the the elevator hallway. take the lift to floor 28. we are at 28B to the right of the lift. "
 
Hostel ni dalam apartment, tiga bilik kalau tak salah.  Kami conquer 1 bilik, hihihi.... kos untuk seorang ialah RM29.41.  Murahkan??
 
Owh yaaaa... tambang Metro dari lapangan terbang ke hostel (berhenti di Grand Theater) berharga 8 yuan dan mengambil masa lebih kurang 40 minit.  Sampai-sampai hostel, weeeeeeeeeee...... syukur.
 
Meh layan gambar sambil cerita pula...
 

Ini gambar pertama yang aku ambil kot semasa sampai di Shenzhen.  Lokasi?  Dalam hostel.  Memang takde mood lepas kena tahan lelama tadi.. Kan dah terlepas gambar airport Shenzhen. Haishhh....


Nahhhhh..... bangunan 39 tingkat kekdahnya... Ingatkan bila duduk tingkat 28 tu dah kira penthouse dah.. Belum lagi rupanya!  Tapi nak habaq mai, naik lif ni kejap je sampainya.  Idaklah macam kat sini, nak naik tingkat 5 pun berjam nunggu. Hehehe


Ni keadaan dalam bilik.  Kata diorang, ada katil yang ada tuan lain...  Nasib masa malam aku tidur sana, memang bilik tu kami sahaja yang duduk.  Senang sikit buka bekal makan :D
 
Dah bersihkan diri, makan, kami tunggu zohor sebelum bergerak untuk keluar membeli tiket ke destinasi selanjutnya dan jenjalan di dalam kota.  Ceritanya.... kita sambung nanti... opssss soweeeeee......
 


Tuesday, February 19, 2013

GiLi IsLaNDs : THe BeaUTY aND WaRMNeST (PHoTo SHaRiNG)

Haluuuuu..... Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Pi Jalan!!!

Soalan penting aku, korang dah vote aku ke belum??? Hehehehehe... ketik ini --> VOTE
Dan kawan-kawan dari Travelholicawesome sekali taw!! Tengok kat sini --> VOTE jugak!

Sambungan entri ni, dari sini --> GiLi iSLaNDs : TRaWaNGaN, MeNo, AiR (jom main air!!!)

Dalam entri kali ni sebenarnya nak kongsi gambar dengan momen-momen kat sana yang aku rasa akan tersemat dalam hati aku pasal tempat ni.  Rasa macam tak lengkap pula kalau tak tepek gambar-gambar ni kat KaKi JaLaN :D

Papan tanda ni betul-betul kat tempat port bot umum berhenti.  Yeayyy, tercapai cita-cita nak datang sini :D

Sajian dalam perjalanan untuk melihat matahari terbenam..  Berangin dan kami melimpasi  'golden moment'.  Terpaksa kayuh laju-laju, yah yahhhhh...

Jurrasic Park? Hehehehe..
Yeayyyy... Nak sampai dah.  Kat depan tu je Sunset Point kat Gili Trawangan.


Ehsan dengan kawannya.  Dah nama duduk satu pulau, harus kenal kot! Ekekeke..

Pagi di jeti Gili Trawangan *nota ni bukan jeti umum 





Aku dan baju baru???? Hahahahaha... Menchik taw!!!!  

Cuba lihat air kat bawah tu, jernih ok!  Nampak lantai laut!

Walaupun, Pulau Gili ini kampung, tapi kenyataannya keadaan dalam Pulau Gili ni bersih dan terjaga.  

Owhhhh ada budak pakai baju sekolah!  Beb! Jom cari sekolah diorang!

Owhhhh... Rupanya diorang ni sekolah juga hari Sabtu.

Anak-anak di Gili... Haaaaaa.. cer teka dengan siapa kami jumpa????  "Eh, kamu!" *sengih*sengih

Mawardi!!! Hehehehe... Kami jumpa masa tengah duduk depan tempat Ehsan dan dikenalkan oleh Ehsan.  Malu-malu je tapi sengih-senggih.  Agaknya tak faham sangat cakap kami kot.

Kami sempat bedak-bedak hadiah-hadiah kecil yang kami bawa untuk anak-anak yang kami jumpa sepanjang perjalanan.  Yeayyy, best giler tengok muka diorang happy dapat hadiah.  

Depan Kawasan Pasar Seni.  Di kawasan ini, ada banyak jual cenderahati dan baju-baju. 

Yeayyy... Jumpa pun pejabat pos!  Harga satu poskad kat sini IDR5,000 dan setem IDR14,000 untuk pos ke Malaysia (err lupa).

Kalau tak nak jalan kaki atau sewa basikal, ada kerete kuda ni. Dalam pulau ni memang tak ada kenderaan yang berenjin.

Jam 10.30 pagi, kami menaiki bot laju untuk kembali ke Lembar.  Dengan harga tiket IDR300,000, perjalanan ke Lembar hanya mengambil masa 3 jam (jimat banyak masa dan tenaga) dan harga termasuk kos van ke hotel-hotel di Bali.  Jimat giler!!!


Ok lupa pulak.. Dah keluar baru teringat nak ambil gambar bot! Hihihi.. Ampun!

Sedikit nota mengenai Gili Trawangan ini, disebabkan kami punya waktu yang suntuk dan dihambat akan kegeraman bagasi yang tak sampai-sampai, kami terlupa saranan Pris kepada kami untuk mencari dua buah masjid istimewa kat sini.  Katanya kat Pulau Gili Trawangan ini juga dikenali juga sebagai Pulau Seribu Masjid.  Memang tak dinafikan, dari sayup-sayup, kami masih boleh mendengar laungan azan, ngaji dan ada sekali mendengar pengumuman ke rahmatullah penduduk kampung.  Kalau jalan kat depan sahaja memang tak nampak sebab kampung masuk ke dalam sikit.  Terkilan jugak la rasa hati. sebab tak tahulah bila pula nak sampai lagi kan?!  Masjid apa eh, Pris suruh cari?  Kena tanya dia balik! Hehehehe.

Memandangkan penduduk kampung di Gili Trawangan ini kebanyakkan beragama Islam, maka aksi vogel-vogel memang tak adalah kat sini walaupun kalau nak cari tupis tu memang melambak-lambak.  Pada pemerhatian aku yang singkat kat pulau ni, yang seksi-seksi tu masa orang nak naik bot pergi snorkelling je.  Baguih.. Baguih..

Ehsan ada juga beritahu kepada kami, malam hujung minggu ada pesta di alun-alun.  Ada menari-nari bagai. Tapi, dia tak galakkan kami pergi dan dia pun tak suka katanya.  Ada yang ngambil kesempatan tacing katanya... Huuuuu..... Namaooooo.....  Terus aku bayangkan pengalaman masa di alun-alun Karimunjawa.  Ya, hiburan musik di sana berbeza dan aku juga kurang berminat dengan lagu-lagu dangdut di sana.  *cerita Karimunjawa belum keluar lagi erk! Ngeee....  Walaubagaimanapun, harus aku ingatkan, mungkin yang dimaksudkan hanya segelintir kecil sahaja.  Jadi jangan salah faham dengan apa yang aku tulis. Ya, kalau yang suka berlibur kayak begitu, mungkin (tetiber slang Indonesia??).  Tak suka jangan pula pergi dan kemudian menyatakan benci dan rimas.  Ya udeh, jauhkan aja!!

Lepas ni kita kembali ke Bali dan ke terjah tempat makan best!! Jeng jeng jeng.... Tunggu...