FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, July 4, 2012

INDia PaRT 8 : TaJ MaHaL the WoRLD WoNDeRs

Sambungan cerita sebelum ini -->  INDia PaRT 7 : PLaCe To VisiT iN AGRa ~ FaTeHPuR SiKRi

Sambung balik cerita pengembaraan Anak Jutawan Memilih Jalan Susah Di Bumi India a.k.a Kari....

Hari ini dah masuk hari yang ke-enam di India dan hari kedua di Agra.  Masa bangun pagi, perasaan gementar dan teruja berbaur.  Hari ini nak pergi TAJ MAHAL! It's TAJ MAHAL!!!  Your dream! Your wish!  Yeahhh dah semua yang seerti dan yang sama waktu dengannya.  Mungkin inilah hikmat kekecewaan tak dapat pergi Taj Mahal semalam!  Save the best for the last bebeh!  Kiranya Taj Mahal inilah kemuncak bagi pengembaraan di bumi India ini.  Tak tergambar oleh perasaan nak cerita macam mana...

Dialog malam sebelumnya.... 
"Nak tengok sun rise kat Taj Mahal ke?"
"Pukul berapa nak kena keluar tu?"
"Pukul 5 pagi"
"5? Hurmmmmmm"

Dan akhirnya, memang tidaklah kami bangun dan bersiap di awal pagi untuk tengok matahari terbit di Agra.  Masing-masing bangun lambat dan masih lagi mengalami masalah 'perut'.  Untuk hari ini, pagi kami ke Taj Mahal kemudian pulang semula ke hostel sebab masing-masing kurang sihat dan cuaca panas, kemudian petang kami sambung berjalan semula.  Cita-cita nak pi shopping lepas Taj Mahal dibawa ke petang... 

Pagi sewaktu menikmati sarapan, kami dihampiri oleh salah seorang pekerja hostel menawarkan perkhidmatan teksi.  Kami tidak berfikir panjang memandangkan tawarannya dianggap murah dan lebih mudah dipercayai kerana apapun dia tetap akan ada di hotel.  Dengan persetujuan, kami charter dia dengan bayaran Rs. 500 untuk satu hari perjalanan.

Perjalanan dari hostel ke Taj Mahal hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja. Weeee memang tak sabar-sabar...  Sepanjang perjalanan dup dap dup dap, hehehhee....  Bayaran masuk ke Taj Mahal adalah Rs 750 bagi pelancong (hurmmm mana gaya aku nak menyamar jadi local ni eh????).  Nasib baik dah bayar mahal-mahal, tak perlu nak beratur panjang untuk masuk.  Ada disediakan laluan khas untuk pelancong.  Lega tak payah berada kat tengah-tengah diorang beratur yang yakmats la panjang.  Dengan bayaran tiket tadi, disertakan satu botol air mineral percuma dan sarung kaki untuk dipakai masa masuk ke dalam Taj Mahal.  Dah lepas dari laluan ni, macam kat tempat pelancongan lain kat sini, kena scan badan.  Sebagai tambahan, beg pun diorang periksa kerana selain dari senjata, makanan pun tak boleh bawa masuk.  Agaknya takut orang buang sampah rata-rata kot dalam ni.

Naaaa apa benda yang tertulis atas tiket ni pun aku tak pasti.  Yang iyer nyer tiket berharga Rs 750 ini dibayar dengan harga Rs 1000 sebab wujudnya kejadiaan putar alam.  Yang jaga kaunter tanya aku pasal apa ntah, lepas tu baki Rs 250 tidak dikembalikan.  Cessss sungguh rasanya masa tu sebab verangan jadi anak jutawan tak semestinya aku ni anak jutawan huuuuuu #sadis...  Hari-hari last ni, kira duit pun dah limited.  Bertabah jer la....

Tergamam!!

:D :D :D <-- apa lagi yang boleh digambarkan.  Hati memang berbunga-bunga bila melihat bangunan Taj Mahal ini tersergam di depan mata.  Ramainya orang!  Boleh tak nak suruh diorang kosongkan tempat ni untuk aku berangan-angan kat sini????? 

Taj Mahal sumpah lawa!  Amazing!  Tersergam utuh, gagah dan suci hadiah cinta dari Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal.  Nak tahu cerita panjang lebar, leh baca kat sini --> Taj Mahal. 

Dari sudut tepi, bangunannya tetap sama.  Simetri dari mana-mana arah.  Arkiteknya memang marbeles.  Sebab dah lawa sangat, wujud mitos bahawa Shah Jahan telah menghukum pancung arkitek bangunan ini dan semua tukang-tukang yang lain dipotong tangan supaya tidak ada bangunan lain yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.  Sebab apa mitos?  Katanya Shah Jahan adalah seorang yang sentimental dan tak ada bukti yang kukuh mengenai kezalimannya.  Entahlarrrr betul ke dak, tapi yang aku pegang dari sejak zaman dahulu kala memang begitu lar ceritanya.

Macam tak puas nak tengok.  Masa berada kat sini, cuaca agak panas dan sedikit jerebu.  Gambar pun jadi kelabu-kelabu, sob. sob,

Yeayyy kami dah sampai....  Dalam cuaca panas dan perut kami yang masih tak best, tidak dapat mengalahkan rasa gembira kami menjejakkan kaki ke sini.  Tambahan lagi kami hadir sebagai #retis Malaya, gigih sangat nak posing pakai baju Melayu dan berkurung di India.

Sebelum balik, betul-betul sebelum pintu keluar dari kawasan Taj Mahal ni ada sebuah booth India Post.  Huuuu memang suka bila jumpa kaunter ni. Susah sangat nak match masa dengan waktu operasi pejabat pos ni, masa nak pergi je katanya belum buka lagi...  Bila balik berjalan nak singgah pula dah tutup.  Naik konpius sebenarnya berapa lama diorang nih buka.

Sempat lagi snap gambar sebelum balik.  Lagi cantik sebab ada pula rumput hijau dan langit pun ada rupa biru (erk?!). 



Kengkonon macam blend dengan locals lar nih, hahahahaha...

Lokasi Taj Mahal betul-betul terletak di tebing sungai Yamuna.

BaBY TaJ, AGRa

Petang baru kami keluar semula dari hostel.  Cita-cita nak pergi tengok Baby Taj, kemudian cari tempat shopping sebab nak beli fridge magnet dan kemudian nak tengok matahari terbenam di Taj Mahal.

Perjalanan dari Tourist Rest House ke Baby Taj ni lebih kurang sama dengan perjalanan ke Taj Mahal.  Tak jauh manapun.  Bayaran masuk ke Baby Taj ini cuma Rs 100.  Fuh nasib baik murah sebab bangunan klon Taj Mahal ni kecil je.  Setengah jam dah boleh habis.  Apapun, kekaguman pada bangunan ini tetap ada kerana ukiran dan susunan jubinnya sangat cantik.  Duduk dalam ni pun sejuk....   





Dan sebenarnya, melawat mana-mana tempat kat India ni memang kita melawat kubur.  Dalam Baby Taj ni lebih kurang macam dalam Taj Mahal yang sebenar di mana di dalamnya terletak beberapa buah makam.  Takjub tak takjub, makam dalam bangunan Taj Mahal itu juga adalah simetri.

Melihat keluar, matahari sudah mahu terbenam.  Harus pantas menuju ke tebing sungai dan menyaksikan pemandangan Taj Mahal disimbah cahaya matahari petang.

Ini pula replika The Great Gate iaitu pintu masuk ke Taj Mahal

MiSi MaTaHaRi TeRBeNaM : TeBiNG SuNGai DaN MeNGiNTai MeHTaB BaGH

Setelah terlepas menyaksikan Taj Mahal disimbah sinar matahari pagi, kami memang nekad untuk melihat pada ketika sebaliknya iaitu ketika matahari terbenam.  Lokasinya adalah di tebing Sungai Yamuna iaitu seberang Taj Mahal.  Untuk sampai ke sini, kena mengharung kesesakan trafik, kawasan perumahan sesak dan ladang-ladang kecil. 

Tempat tuk-tuk kami berhenti betul-betul depan ladang nih.  Amboi lawa, tapi tak sempat nak turun sebab nak mengejar ke tebing sungai.  Banyak tuk-tuk kat sini, mesti ramai orang!  Agak-agak tempat ni best tak buat shooting ala-ala Sekinchan Travelholic??? 

Pemandu tuk-tuk sibuk suruh kami masuk ke Mehtab Bagh nih.  Cukup lar kot intai dari luar sebab nak masuk ke tempat ni nak kena bayar pula lagi.  Kat luar pun tak cukup impressive untuk menarik aku masuk dalam, muaahahaha... Tak payah lar masuk sebab masa nak ke tebing, kita akan lalu tepi pagar taman ni dan boleh tengok yang dalam dia memang biasa-biasa sahaja.

Kengkonon dah masuk taman lawa dah bayar bagai, tapi tak boleh nak sampai ke tebing.  Macam mana????


Cantiknya dia..


Kebetulan terserempak.  Macam tak percaya tengok diorang ni.  Seorang angkat tahi lembu kering dan seorang lagi mengangkut kayu sebeban.  Nak lintas kawat pagar berduri pula!  Semua diorang buat sendiri dan tak letak pun ke bawah benda yang diorang bawa tu. 


Kekdahnya kalau nak mengintai matahari...  Alangkah bagusnya kalau boleh melangkah lebih kehadapan lagi dan melihat matahari terbenam di hujung sungai??? Hurm...


SeNJa Di AGRa

Pemandangan di tebing sungai tidaklah menakjubkan memandangkan kita tidak akan berada betul-betul di tebing sungai.  Nak ambil gambar matahari pun, port tak best.  Yang dapat kita lihat ialah Taj Mahal yang seakan-akan berubah warna dek golden moment senja.  Syukur kerana nasib menyebelahi kami :)

Gambar kat bawah ni diambil dalam perjalanan pulang.  Lagi cantik pula rasanya sebab terserlah isi rupa bandar dan kehidupan di dalamnya.

 



Oklah, bangunan ini dah tak ingat namanya walaupun sibuk pemandu tuk-tuk bercerita.  Dah enam hari ulang-alik masuk kubu dan kubur, rasanya cukup dah kot.  Tak perlulah nak masuk semua ye dak?!  Lagipun, kami masih belum membeli apa-apa pun di Agra nih.  Jom shopping...

....

Shopping?????  Pemandu tuk-tuk seterusnya membawa kami ke kedai-kedai cenderahati yang mahal-mahal.  Omaiii rasa macam nak marah je.  Kalau tahu, baik kami beli siang tadi dekat kawasan Taj Mahal! Eeeeeee geram sungguh!  Lepas dua tiga kedai, terus dia bawa kami kembali ke hostel. Haruslah tak puas hati.  Lepas menyuarakan ketidakpuasan, pemandu tuk-tuk bawa kami ke satu tempat ala-ala shoplots yang boleh tahan juga meriah dengan orang.  Jauh dia tinggalkan kami untuk menapak dan akan ambil kami dalam tempoh satu jam.  Kalau tak, katanya gudbye.  Dia tak nak tunggu.  Eeeeeeeeeee.  Last-last, kami yang tunggu dia balik sebab lambat.  Sabar je larrr.


Yeayyyy......  Syukur!!!  Gembira tak terkata....  # Gambar ni diambil atas bench yang sama Lady Diana duduk masa datang ke Taj Mahal.  Ishkkkk tak nampak laksss kerusinya... Huhuhuuuu......  SALAM LEBARAN BUAT SEMUA ;p

Bergambar di tebing Sungai Yamuna berlatarbelakang Taj Mahal..  Tak sangka perjalanan kami sudah semakin hampir kepada penghujungnya.  Kira pose manjerrr la nih untuk kengkawan, leh????



Post a Comment