FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, July 23, 2012

BeRJiMBa-JiMBa di ReDaNG BeRSaMa TRaVeLHoLiCaWesoME (BHG 2)

Hari kedua kami berada di Pulau Redang.  Walaupun malam tadi tidur lewat lanjutan dari aktiviti menyumbang suara tahap tak sedar diri dan sesi berborak, gigih juga bangun sebab bunyi ombak kat luar sudah memanggil-manggil (termasuklah juga suara peronda tambahan Chawanna, yang dok pi ronda depan semua bilik dan jerit suruh bangun).

Pagi tu cuaca sangat best dan tenang... tak sabar-sabar rasanya nak terjun tiruk dalam air dan bermain-main dengan ikan. Dari Redang Kalong, anda boleh melihat matahari terbit :D. Dah layan jiwa kat tepi pantai, jom sarapan! Kat sini sarapan disediakan pada jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi.


Selepas sarapan pagi, kami bersiap-siap untuk pergi bersnorkelling lagi... Owh lupa nak beritahu yang jaket keselamatan dan mask tu perlu disewa dan bayaran sewaan bagi satu set RM20 bagi tempoh sepanjang penginapan.   Kalau nak sewa satu piece sahaja, harganya RM10.


Yeayyyy... dah sampai!!!! Lokasi kami pagi ini adalah di Pulau Pinang Pulau Ekor TebuMacam tak percaya je kan ada pula nama pulau kat Redang ni Pulau Pinang!  Tapi tempat ini memang cantik!  Sumpah tak tipu dan kawasan terumbu karang dia pun luas...  Siap aku boleh terpecah lar dengan geng-geng lain sebab sibuk layan mata mengkagumi ciptaan tuhan.  Bestnya!!!!!

Ok! Aku sebenarnya sempat tidur jap atas bot sebab ngantuk sangat..  Sebelum turun, ambillah gambar retis-retis dalam air tuh... Hahahaha
 
Sila perhatikan air laut tu lagi...  Memang jernih! Tapi jangan main-main sebab dalam okey!  Diorang semua buat terjun tiruk dari atas kapal lagi hari nie....

Bila aku angkat kepala, geng semua dah takde...  Giler!  Takkan semua dah naik atas bot???  Motif sangat nak tinggalkan aku dalam air!  Dalam aku dok pusing-pusing tuh, naaaaahhhh....  Amboi dah tersadai semua kat tepi pantai setoet tu...  terus aku dengan gigih pergi kat diorang siap gaya Baywatch lagi... #drama #owhsayatiadadalamgambar sebab masih gigih berenang nak sampai ketepian pantai

Terror sangat kalau boleh berenang sampai resort kan??? Hahahaha....  Ok dari bot besar, macam biasa pindah bot kecil untuk ke jeti... Kali ni aku, Dan, Biq, Kak Coco dapat naik bot laju yang kecil tu.... Hehehehe....

Yeayyyy... port bersantai aku masih kosong...  Macam biasa, semua orang terus balik bilik, aku yang berkelubung terus me'landing'kan diri kat sini.... Nyaman sungguh....

Bila terbangun, capai je kamera layan membidik Sammi main pasir...  Suka benar si Sammi ni main pasir pantai... Dari mula sampai Redang, sampai la ni tak puas-puas lagi.  Ikut cerita, kalau boleh malam pun nak main pasir pantai lagi nak buat istana pasir katanya.

Dan gambar mak Sammi dan adiknya Suci.... Hehehehee... sukanya gambar nih..... dan selepas tu orang-orang lain yang dah siap mandi beramai-ramai datang berebut untuk ber'posing' bersama Suci.... saje taknak letak gambar diorang! hahaha

Haduiiii... baru je aku mandi, syampu rambut bagai sebelum diorang suruh aku naik bot ni lagi pi snorkelling lagi!!!!  padan muka bila lambat-lambatkan mandi, dok pi tidur sesedap kat hammock tu siapa suruhkan?!  Baiklah! Saya salah! Huahauhaua... Selepas makan tengah hari, pada detik yang sama seperti semalam, kami bergerak ke lokasi snorkelling seterusnya pada pukul 2.15 petang... Jangan lambat, nanti kena tinggal memang menyesal tak sudah.  Apapun, setiap kali sebelum waktu snorkelling, orang resort akan tawaf sekeliling resort dan jerit "SNORRRRRKELING"
 
Yeayyy (lagik!) dah nak sampai!  Petang ni kami akan bersnorkelling di Taman Laut!  Untuk masuk ke kawasan ini, jangan lupa beli tiket masuk ke Taman Laut yang berharga RM5 semasa naik bot sama ada di Merang mahupun dari jeti Shahbandar (Kuala Terengganu).

Wow!!! Berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi!! Nampak sangat dah tak sabar nak masuk air!!!!

Cantik gilesssss sebelum korang leh nampak lagi yang lagi cantik!

Tu diaaaaa.... Ada ship wreck kat sini!!! Dalam hati agak-agak macam cerita dalam filem dak??? Teruja lagi!

Banyak sangat gambar nak kongsi! Masa snorkelling kat Taman Laut ni, baru kami sewa kamera.. Haihhh ni kes terlupa larr nih... Seapatutnya sewa dari pagi tadi, tapi sebab teruja melampau, memasing pun lupa! Kalau nak sewa underwater kamera dari resort, kadar sewanya RM120/sehari. Kalau dah ramai-ramai memang untungkan! Kira murah larr tu. *untuk gambar yang lebih baik, kena tengok pada pc etc yang berkelajuan laju. hahaha

Oklah... dah puas kat Taman Laut... Kita sambung menung kat depan Redang Kalong...  Hehehe... Nak tunggu minum petang tapi belum masa la pulak!  Lepas tu... jeng jengggg.... ada laksss gigih ajak gi melawat famili nemo depan resort nih... Air tengah surut kot?! Betul ke??? Hahahaha... layan jerr larrrr....  MasZuber, Biq, Shahrul, Danny dan aku pun dengan penuh kerajinan melawat lar keluarga si Nemo tu.... Fuiyohhhh best giles sebab diorang tu ramah dan so friendly!!  Apa ke tebiat yer aku tulis macam nih??!  Taklah memang betul!  Masa kita sua muka kita kat diorang, diorang sekeluarga meluru ke muka kita (mask) dan give a kiss gitewwww... EEE BEST!!!!!!!!!

Sebagai habuan lambat keluar dari air, maka kami pun terpaksa berkongsi keropok lekor yang tinggal beberapa ketul nih jer.... Huaaaaaaaaa.... Sedeyyyyyyy.....

Dah petang, aku bawa diri dok kat jeti...  Layan burung.

Sesambil layan ikan yang banyak bawah jeti

Sebelum aku takjub dengan pemandangan sekumpulan ikan yang melompat.  Masa ni pulak aku dah tertukar mode kamera pada hitam putih! Cissss... Cantik!!!!

Dan aku juga dapat gambar nih... Diorang datang untuk ambil sampah dari resort.  tak boleh mendayung sebab laut cetek.

Dari jeti dok dengar orang dok panggil untuk makan malam...  Dalam perjalanan, aku bertemu si kucing kacak sebelum aku tahu rupanya dia si kucing jelita... Hahahaha... Cesss... Nama kucing ni Mimi.. Eeeeee tomei sangat... Sikit lagi kalau pandai posing dengan jari, sah aku panggil dia si Kucing Tomeito... Hihi...

Kan dah kata dia kacak jelita

Naaaa... siap bagi pose gagah lagi... ehhhh pose menunggu lagi... Somelnya Mimi :D

Sesi malam yang mendebarkan... Cam nak gaduh-gaduh je nak chup hadiah yang mana satu!!!  Eeee hadiah-hadiah misteri taw.  Memacam ada....  Alamak! mana bungkusan merah berbunga daun ala-ala "Pulangkan" itu????? ishkkkkk...  Untuk sesi malam ni, kami membuat sesi bertukar-tukar hadiah bersama TravelholicAwesome yang datang. Dan juga seorang tetamu yang bertuah. Anyway, hurmmmm.... #banyakdrama

Alaaaaa muka aku dapat hadiah tak ada pulak! Mencik!  Malam tu aku dapat hadiah kaler biru dari Janggel... Hehehehe....  Apa aku nak buat??? Shhhhhhhh.....  Motif sangat!

Ok ni gambar-gambar lain masa sesi pertukaran hadiah....  Happening macam malam sebelumnya juga, beza tak buat koir jer... Hehehe...  Lepas acara bertukar hadiah, kami main game (alamak apa ntah namanya!) buat aksi kat depan dan ahli kumpulan kena teka apa yang orang kat depan buat.  Soalan dibuat oleh kakak Santek Ely  sebelum sesi kedua oleh kumpulan lain....  Lepak main game sampai pukul sebelas jugak kot!  Itu pun dah jenuh kawal gelak dan bising...  Harus dah lepas pukul sebelas nih!

Ok! Ni gambar untuk hari nie! Yippie!  Last day snorkelling! Errrr hahahaha last day but not the last session for snorkelling untuk hari ini ok (untuk sebahagian dari kami! Hahahahaha

Esok nak balik dah! Haishhh betul ke??? Cam tak cukup kaler lagi kulit aku nih!!!  Tinggal boleh dak??? Hahahahaha... Overstkan time-time nak puasa tapi nak duk kat pulau!  Mati mak aku pulaukan aku nanti!



Opssss:  JANGAN LUPA SAKSIKAN VIDEO PERCUTIAN KAMI DI DanArif.com

Post a Comment