salam Ramadhan buat semua....
Sesuaikah entri berjimba-jimba di Pulau sebagai pembuka entri di hari pertama puasa??? Nak kena tengok laut dan aktiviti terjun tiruk dalam air yang best? Ekekeke. Marilah bertabah hati sementara aku tengah berjiwa untuk menulis dan mengedit gambar-gambar di Redang nih. Makanya, entri India yang masih berbaki satu episod lagi akan ditangguhkan sehingga waktu yang sesuai... Erk??!!!! Ampun!
Nampaknya tak perlu berahsia lagi Travelholicawesome bersantai di mana semasa BLacKouT. Terang-terang dah pecah lubang kat tajuk! dan bagi yang mengikut cerita geng Travelholicawesome ini, kak Coco dah buat 2 entri pasal Redang ni dan gayanya Janggel pun dah keluarkan entri #taknakkalah beliau).
Yeap! Kami ke Pulau Redang! TRaVeLHoLicaWeSoMe pergi berjimba-jimba di Redang!! Wow weeeeee sukanya!!! Perancangan telah dibuat beberapa minggu sebelum aku, Janggel dan John (Danny) mengembara di bumi India. Dengan gigih MasZuber telah diberi tugas untuk membeli pakej ke Redang di Matta Fair dan kami berjaya membeli pakej percutian dengan harga RM318 untuk 3 hari 2 malam... Dengan itu, countdown untuk perjumpaan besar-besaran kedua pun bermula (selepas USS).
|
Malam ke Kuala Terengganu, kami berpecah kepada dua kumpulan akibat sedikit salah faham ketika membeli tiket. Aku, Janggel, Biqque, Shahrul, Kak Coco dan Fatt bertolak dari Putrajaya dengan menaiki bas Adik Beradik, manakala yang lain-lain iaitu Maszuber, Danny, Byya, Cawanna, Lily, Dan Arif dan seorang lagi tetamu bertuah menaiki bas dari Hentian Putra menaiki bas Transnasional. Nota : Harga tiket Bas Adik Beradik berharga RM42 dengan 3 seater sebaris. Kebetulan kami dapat bas baru dan teramatlah selesa sehingga aku ni ala-ala boleh meringkuk baring dalam bas! Opsss terbocor rahsia. Darjah kesejukkan bas bolehlah digambarkan dengan ada yang membungkus diri dengan selimut dan ada juga yang membungkus diri dengan kain batik dan yang sedikit over, telah membungkuskan diri dengan telekung!! Sah itu je pembungkus yang paling besar erk??? Ekekekekee..
Bas kami bertolak pada jam 9.30 malam dan tiba di Stesyen Bas Kuala Terengganu tepat pada jam 4.00 pagi. Tengah-tengah duduk, lapar pulak! Nasib baik dah ada gerai yang dah buka dan kami pun dengan lahapnya membelasah nasi lemak. Memang lapar yang amat sebab masing-masing lepas balik kerja, terus bersiap dan ke stesyen bas tanpa sempat makan malam.. Krukkkkk Gurrrr bunyi naga dalam perut minta makanan.... Yawwww.... Tepat pukul 6 pagi, baru geng dari bas Transnasional sampai.... "Hai larrr kome, nape lambat???" |
|
Tepat pada jam 7 pagi, van dari Redang Kalong datang mengambil kami. Disebabkan bilangan kami yang agak ramai, kami perlu berpecah menaiki dua buah van untuk ke Merang. Rupanya, perjalanan bot ke Redang masih awal! Kata Unkel yang membawa van aku, bot akan bertolak paling awal jam 9.30 pagi! Maka dengan bersungguhnya, unkel van bawa kami ke China Town (wow! pertama kali aku tahu kat Kuala Terengganu ni ada China Town!). Separuh perjalanan, van yang satu lagi hilang. Omaiiiiii...... Rupanya driver van mereka tidak berapa mesra alam tidak mahu ke China Town dan terus menuju ke jeti Merang. Sungguh cessss. #bayaran RM30 dikenakan pagi pengankutan pergi dan balik.
Di China Town, unkel memberhentikan kami berdekatan dengan pintu gerbang kota dan di situ rupanya terdapat satu laluan yang menarik dinamakan Turtle Alley. Super menarik sebab laluan antara bangunan itu digunakan dengan sebaiknya. Laluan strategik iaitu jalan potong pejalan kaki ke pantai itu dipenuhi dengan lukisan-lukisan dan papan-papan tanda yang menjurus kepada perlindungan penyu. Lantai laluan juga telah dijubinbentukkan dengan penyu. |
|
Dah puas bergambar kat Turtle Alley, kami bergerak ke tepi pantai. Haaaa port baru juga!! Rupa-rupanya kat Kuala Terengganu pun dah ada tempat seakan-akan i-City yang kat Shah Alam tu. Bila dah datang siang, kurang sedikit serinya, tapi tetap best untuk ambil gambar sebab daun-daun pokok tu berwarna-warni. #stok gambar kat aku takde sebab masa ni pakai kamera telefon je, huuuuu dan pertukaran gambar dengan kengkawan belum dibuat lagi.... lainkali aku masukkan :D |
|
Perjalanan ke Jeti Merang mengambil masa dalam 20 - 30 minit. Di kawasan berdekatan rupanya terdapat banyak bot-bot nelayan dan nescaya kalau lamalah aku kat sini dan tak sedar diri, sah dah aku pi merayap. Bila agaknya cita-cita nak duduk kampung nelayan ni terlaksana? Hurm.... |
|
Bergambar ramai-ramai dulu! Dalam gambar termasuk adik kepada maszuber dan kengkawannya.. yeayyyy Kakak Santek Ely Suhaili sekeluarga juga sudah bersama kami!!! "Ready everybody???? Kemong let's go! Gi mane? Gi Redang aaa.. Kita tengok penyu telur".... Oweeeee #overst laks tetiber |
|
Selepas 20 minit dilambung ombak (eceh), kami pun sampailah kat sini. Totally bukan tempat yang aku bayangkan dan duduk ber'arque' dengan masZuber, ekeke.... Ingatkan tempat ni kat Long Beach, rupanya kat tempat ala-ala pantai persendirian.... Kat pantai ni, hanya ada .... |
|
Yeayyyyyyyy........ ala-ala berpantai persendirian gitu di REDANG KALONG. Kami akan tinggal di sini selama 3 hari 2 malam. Jom berjimba-jimba! |
|
Ni bilik yang aku kongsi bersama kak Coco dan juga Fatt. Dalam bilik lain, ada yang 2 single 1 double. Bilik memang basic, setakat ada katil, penghawa dingin, dan bilik air sahaja dengan tuala disediakan. Kalau nak tengok tv, boleh lepak kat hall makan. |
LEPAS TUUUUUUUU......... #letsjomsssssssssssssssssssssssssssssssssssssss partyyyyyyy
|
Semua geng turun ke pantai walau di bawah cuaca panas terik dengan memakai baju bertema putih, merah dan biru.... Dan tetiber ada hijau di situ, haip ceit! Naperkah???? Memang bukan main-main lar sesi mengambill gambar. Yang melompat, merangkak, mem'freeze'kan diri macam orang kena tahan polis pun ada. Iyerrr.... semua orang sengal gila-gila.
Dalam gambar, nampak sangat Danny membuat cubaan sabotaj! Cissss tengok! Hilang dah muka aku tak masuk frame!! Cisssss... Terpaksa buat trip lain untuk sabotaj dia laksss.... |
|
Memang lapar giler! Makan tengah hari dihidangkan pada jam 1-2 petang. Eloklah makan awal waktu sebab sebab snorkeling di sini akan bermula pada jam 2.15 dan jam 2.00 sudah perlu berkumpul. #freeflow untuk jus, bancuhan air panas dan roti |
|
Okes... Semua dah teruja nak pi snorkelling... Naik bot lagi kita nih. Dalam hati, "Omaiiii, panas nih!! Betulke nak snorkelling time nih???" Hahahahahaa..... Jangan lupa pakai sunblock power kalau taknak balik dalam keadaan muka yang kelabu!! |
|
Ini bot yang kami naik selepas dipindahkan dari bot kecil dari jeti. Tapi cam sarat jer??? |
|
Tak la.... Ni haaa rupa sebenar bot yang kami naik. Besar jugak dan kami menguasai 1/3 dari orang-orang dalam bot tu... |
|
Muka-muka yang masih cerah masa nih. Hahahahahaha.... |
|
Tempat pertama snorkelling, laut memang cantik sangat. Nama port nih Pasir Akar. Kalau tengok warna laut betul-betul depan mata, warnanya memang marvellous dan memanggil-manggil untuk terjun. |
|
Semua orang dah masuk air meninggalkan kak Coco. Katanya dia kena layanan eksklusif sebab level lain, huh sungguh! Jeles wokeyyy.... Seb baik dah pancing balik kami dengan membekalkan gambar dari atas bot. Thank you kak Coco (wow! nampak bunyi bodek yang amat ketara di situ). |
|
Setelah 2 jam ber'snorkelling', kami pun dibawa pulang ke resort. Nampak tak pulau siap ada beteng pasir tu? Pulau tu terletak betul-betul depan resort... Teringin sangat nak pergi. Penat dok pujuk orang bot tu, tapi tak dapat. |
|
Orang lain balik bilik, aku terus gi lepak tepi pantai. Sah-sah kalau balik bilik pun kena duduk kat luar sebab basah, yer dak?! Ha ni port baik nihh...... sebelum ternampak sesuatu yang lagi best dan nyaman. |
|
Akhirnya aku tertidur kat atas hammock nih! Rasa cam nikmat giler, sebab sesambil berbuai, sesambil itu jugalah diri disapa sang bayu..... HAhahahaha.... dan lepas aku bangun, ada dah orang lepak kat kerusi-kerusi kayu kat depan... Iyer aku taw dahhhhh..... pasni gambar wa tengah layan lena mesti ada nihhhh.... #pasrah. Harap sape yang nak kuarkan gambar tu, sila kuarkan yang semua cover habis, tak nampak muka. HAhahahaha |
|
Selepas menikmati minum petang (serve 4.00 - 5.00 petang), dan bergambar di sekitar chalet, kami membuat keputusan untuk ke Long Beach (Pantai Panjang ?) Jauh juga merupanya nak menapak! Di Long Beach, kami tembus di Laguna Beach Resort.
|
|
Tempat yang warna-warni dan comel ni merupakan tempat penggambaran filem romantik Hong Kong bertajuk Summer Holiday yang dilakonkan oleh Sammi Cheng dan Richie Jen. Comel je bangunannya dan siapa-siapa yang datang sini, jangan lupa buat sesi penggambaran kat sini juga. |
|
Ni la rupa Long Beach. Pantai ni sebenarnya panjang lagi. Lepas dari kawasan bukit batu tu, sambungan pantai melengkok ke sebelah kiri. Dan kalau rajin berjalan lagi, boleh hiking sampai ke pantai di Berjaya.... Pantai kat sebelah Berjaya pun cantik.... Nak korek gambar lelama nih. |
|
Kebetulan ombak tengah kuat di Long Beach |
|
Masih di Long Beach |
|
Jeng Jeng Jeng... Satu lokasi rahsia berdekatan dengan Long Beach |
|
Lokasi rahsia juga.... Hahahahah mengong! |
|
Dan ini hasil tembakan aku petang itu... Memasing gaya cam nak buat album giteww..... Mana gambar aku??? Nak! Nak! Plissssssssssss..... |
Tidaklah kami sempat berlama-lamaan di Long Beach memandangkan hari sudah senja. Perjalanan ke Redang Kalong perlu melalui satu chalet tinggal yang duduknya di dalam kawasan semak (sebenarnya dah macam hutan). Owhhh never... never...... Jangan mimpi aku nak lalu situ pada waktu malam.. Scary!!
Selepas makan malam (dinner serve at 6.00 - 7.00 petang), kami kembali ke bilik dan berehat sekejap sebelum kembali berkumpul beriadah bersama-sama.... Wahhh giteww.... Kat Redang Kalong ni ada disediakan tempat untuk bermain ping pong, dart, karom, dam aji dan yang best ada free flow karaoke..... Iyerr nyanyi je larrr dalam bilik tu ikut turn.... Sesapa je boleh masuk dan pilih lagu. Cumanya....... part yang cam tak cukup best, banyak lagu cina. Lagu-lagu Melayu dan lagu Inggeris, semua dari jaman batu. Haiyooooo...... Apapun memang enjoy sangat dan siap berkoir-koir lagi dalam bilik tu. Yeayyyyyy we have a good day today dan berharap esok juga begitu....
catatan :
fuh lega, siap satu entri.. Ada 2 entri lagi untuk sesi Terengganu nih. Ekekeke
17 comments:
akak first...
hahaha
ayat bodek akak ternyata ada di situ...tapi akak tak kisah...bodek yang bukan berpura-pura..hahahha
best la pegi redang dgn korang yg gilerrrr!!!
Alaaaaa nak update redang gak!!!! Tapi gambo semua kat kak anash!!! Mencik!!!!!!!!!
Kbai
hoiii!!! gmbr perut buncit tu nape ko upload gak jugakkkk??? kekekek mcm mengandung jek. muahaha.
entry aku ni bila nak kuar??? arghh!!! malasnyaaaa
Yeayyyy tahniah kak Anash, anda pemenang hari ini..... Hahahahah...
Saya pun suka, jomsssss ke laing pulak :D
@janggel,
ekekekeke.... cepat! cepat!
@Danny,
mana gambar perut buncit tu mana? mana???? tepaksa bedek gambar satu-satu nih.... hahahahaha
Tudiaaaaaaaaa...excited banget lo orang! hihii.... perghh private island gituh!
Aku tau, yg dicover2 tu musti fatt..cheettt..hahaha
Gambar mantap! :D
Tau dah pernah bergambar di China Town tu, tapi tak pernah tau ada Turtle Alley tu. Baru buat kot ??
Ahaaa, dah ingat kat mana Redang Kalong tu. Dulu gi sana ikut co. trip, menginap di Laguna Beach Resort. Sempatlah menapak jalan2 pusing kawasan pulau ...
Meriah giler trip ni, terbaik lah korang !!
gambo boat ikan tuh cam postcard! lawa giler... i nak ambek but tak sempat. sib baik you dpt capture.
suka suka suka! lagi??
@Rayyan Haries
Hehehehe... Yup!! Excited giles! Dapat pulak semua geng satu kepala, memang happening giles!!!!
@Azizan Zolkipli,
EKekeke... Ye saya baru tahu! Nasib baik unkel tu bersungguh-sungguh nak promotekan tempat best kat sini... Kami pun kebetulan terjumpa Turtle Alley tu... Mungkin juga baru sebab semuanya masih baru dan cantik-cantik lagi.. Harap-harap berkekalan :)
@Lily Riani,
Hehehehe... rezeki namanya...
@Biqque,
muahahaha... ye sudahhhhh
gambo cover album terbaek masmz
hmmmm
nak ade sane balikkkkk
@MasZuber,
yerrrr jumpa lagi tahun hadapan di pulau yang sama??? berlainan???? hahahahahahaa... jomssss
haha tertnya2 sapa yg amik gambo time kt jetty nk masuk redang, ya allah time nih mmg super excited!!!
@Ely Hasrul,
HUrmmm... bukan orang bot ker??? Rasanya larrr.... sebab masa ni semua orang masuk dalam gambar :D
gambar cantekkk =D
@sharifah mastura,
:D terima kasih.... Tempatnya juga cantekkkk...
Post a Comment