FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, February 15, 2012

BeTeL BoX BackPacKeR HosTeL n Misi KaCaNG PHooL Di GeYLaNG SeRai, SiNGaPuRa

Namanya Anak Jutawan Yang Memilih Jalan Susah ~ apa punya tema daaaaa.....  Memang sangat bersusah payah untuk balik tidur!!!!  Dari Vivo City kami menaiki MRT menuju ke stesyen Paya Lebar... Dari stesyen tersebut, menggagau kami mencari arah.  Kaedahnya sebab tak ada sesiapa pun di kalangan Travelholics yang membuat research lanjut kat mana hostel ni berada.  Yang tahu dekat dengan MRT dan walking distance.  Sangatlah walking distance bila dah satu hari berjalan dan mengangkut beg! Rasa kaki dah macam 'jello', lembik....  Yang dok dengar enchek Dahlan dok sebut lagi 600 meter, lagi 400 meter, lagi 110 meter.... huh!!!!  Apapun, jarak sebenar Betel Box dari stesen MRT yang terdekat adalah 1.1 kilometer.... Harap maklum!

Secara keseluruhannya, hostel ni selesa dan kat kawasan sekeliling ada tempat makan yang halal....  Paling penting untuk sarapan dekat dah nak mengejar kacang phool kat Geylang Serai tu! Hehehehehehe.....

Betel Box Backpackers Hotel dari luar... *Dalam hati ~alangkah cantiknya kalau bangunan-bangunan lama kat pekan Ipoh boleh jadi macam ni.... huuuuuu

The dorm!!  Ada 3 jenis dorm kat sini.. Ada dorm untuk 16 orang, 20 orang dan ada juga untuk perempuan sahaja...  Kami terlambat untuk pilih dorm 16 orang (kalau tak, dah sah boleh borak tak hengat dalam dorm!)...  Harga per person $20/- (pakej termasuk sarapan pagi) *towel tak sediakan, tapi boleh disewa pada kadar $0.50

Ruang rehat siap dengan kemudahan internet, ,meja pool dan buku-buku

Ruang rehat

Some side dalam cafe

Kopi O sesedap G12 katanya!!!!  Pagi tu, makanan aku tak sampai-sampai pun.... Huh!!!

Pengembara Tumpangan a.k.a Icam, watak utama dalam perancangan Travelholics to USS.  Pengalaman pertama ke luar negara, yeayyy sila lompat-lompat!! :D

Sedap tak sedapnya makan sampai menjilat jari!!!!  Puas hati larr tu :D

Hahaha... lupa pulak!  Lepak'ing' masa Travelholics yang lain, lena diulit intan...  Sesi minum-minum dan makan kapkek,  coklat sambil-sambil me'review' gambar.  Duduk kat sini sampai pukul 1.30 pagi kot???

Geylang Serai terletak di tengah-tengah perjalanan antara stesyen MRT Paya Lebar dengan hostel Betel Box...  Boleh ke malam tadi masa mamai-mamai jalan, ingat tempat ni pun stesyen MRT!!!!! Hadeiiii.... Kritikal tak kritikal pemikiran masa tu!!!!!

Masa jalan-jalan kat kawasan sini, sempat juga tegur dan sempat larr beramah-mesra dengan local.  Tiba-tiba tersembang makcik yang pernah dok kat Gombak, pastu ada seorang abang ni beriya tanya "Adik ni fotographer ke? Magazine ke?" "Wow!!" "Errrr.... Saya jalan-jalan je Bang... Suka-suka"  Rupanya abang ni cadangkan pergi ke Little India (adeh lupa dah tempat yang lagi spesifik abang ni sebut) sebab ada perayaan Thaipusam kat sana.... "Errr hehehehe.... Bang, terima kasih..." *Sesak nafas sebab tak berani nak tengok.... Ada yang sorang lagi, abang yang jual air sebelah tempat kacang phool.  Beriya tolong tengokkan kedai kacang phool yang lain dan siap suruh tunggu....  Rasa macam balik kampung dan well welcomed kat sini! Serius!

Kedai kacang phool katanya yang paling sedap kat sini... No gerainya 786... Tapi kalau dah habis, ada lagi 2 gerai dalam Geylang Serai ni yang jual kacang phool.  Ceritanya  kalau teringin nak makan, silalah datang awal pagi ya!!!! Huuuuuuuuu...... Misi GAGAL!!!

Sebagai galang ganti kepada kacang phool sedap yang disebut-sebut itu, huuuuu *tulis sambil nanges-nanges nihhhhhh..... maka terbeli larrr KEBAB TORNEDO dari kedai kacang phool idaman hati tu.....  Seb baik sangat sedap!  Biasa kalau makan kebab aku suka roti yang biasa, tapi yang ni I LOIKE!!!!!! Harga $4/-

Pasni.... errrrrrr jenjalan lagi erk?!! Jom!!!!!



Post a Comment