FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, February 2, 2012

HaRi TaNaH LeMBaP SeDuNia

Hola!!!! Save the environments!!!!

Saja nak kongsi yang hari nie sebenarnya merupakan Hari Tanah Lembap Sedunia (World Wetlands Day). 


"Tanah lembap tu apa beb?"

Kalau nak cerita yang paling senang, tanah lembap tu kawasan bencah, paya, etc iatu mempunyai kawasan yang airnya sentiasa bertakung.... (Bila dah sebut air sentiasa bertakung bukan pula sungai atau laut tu pun termasuk sekali *pengsan!).  Kalau kat Malaysia ni, kat tanah lembap mesti ada belacak, ada ketam kecik-kecik, ada bakau, ada biawak dan yang paling best, tempat tu mesti banyak burung (sangat best untuk buat bird wacthing okay!). Kawasan tanah lembap perlu dipulihara dan dipelihara kerana kawasan ini merupakan salah satu penyumbang kepada keseimbangan alam kita.  Antara kepentingan tanah lembap ini adalah sebagai sebagai sumber bekalan air, kawalan banjir, kawalan hakisan pantai/ sungai, dan kawasan ini juga mempunyai kepelbagaian biologi yang sangat tinggi.

Setakat ini, dah sampai ke Likas Wetlands (Bird Sanctuary), part of Kinabatangan (Sabah), Wetlands Putrajaya, Paya Indah Wetlands (Dengkil), Taman Alam Kuala Selangor dan Hutan Paya Bakau Lumut.  Semua tempat pun best dan cantik. 

Jom jalan :D

Entri Taman Alam Kuala Selangor




Entri Paya Indah Wetland, Dengkil



Entri Hutan Paya Bakau Lumut

Alamak!! errr..... aku skip ehhhh entry ni dulu??? mUahahaha... 



 Next tanah lembap ~ jom ke Kuala Gula sempena Tahun Melawat Perak :D

12 comments:

Ely Hasrul said...

aaaa ngeri dgn tanah lembab kecuali kalu ade jalan yg keras utk dilalui.. hehehe takuttt

Ely Hasrul said...

eehh firsttt??? yeayyyy!!!!

Ely Hasrul said...

ahhahaha mana john? mana??

Janggel said...

hahahah john mana? mana?????? hahahaha im 4th!

Anash said...

John sibuk
Ely no 1,2,3,
Janggel 4
Akak no 5

Kuala Gula, Kuala Woh, Kuala kangsar....wowwww....
jommmmmmmmmm

MasZuber said...

tanah bencah kan kan?

heheeee

bdk2 @ John said...

tidakkkk!!!! tatkala byk pulak entry yg kuar arini, aku tak sempat nk jadik first! hampeh sgt2 tauuuuu!!!! sentapppp~ alalala

lagi 3 hari~

Lily Riani said...

i tingin nak gi but track dia mencabo on my leg dak (torn my ligament dolu)...

john, 3 ari tuk apa?

bdk2 @ John said...

3 hari nk pegi uss laaa lily!!!! omg!!!! u lupa jugak ke?? hahah

masMZ said...

@Ely,

Semua tempat yang aku pergi kecuali kat Kinabatangan, ada laluan kering (sama ada pelantar/ batas/ jalan).....


@Janggel,

Hahahaha betul John tewas!

masMZ said...

@k.Anash,

Slogan Tahun Melawat Perak 2012 "Moh lerr" a.k.a "Jom larr" a.k.a "Marilah!"



@MasZuber,

Yup! Betul! Tanah bencah tu dikategorikan sebagai salah satu tanah lembap :)

masMZ said...

@John,

Lalalalalalambat :p



@Lily,

Boleh kot sebab most of the places ada pelantar, so boleh jenjalan pusing kawasan guna pelantar tu. Tak perlu haruk becak kalau tak nak, :D

Kalau macam Paya Indah dan Putrajaya Wetlands, kita akan jalan kaki atau berbasikal. Most of the road flat land dan kat sini memang kompom takde basah-basah :)