FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, February 14, 2012

TRaVeLHoLiCs Ke UNiVeRSaL STuDiO SiNGAPuRA (USS) : MaCaM MiMPi

Diri ku kah yang paling lambat sekali meng'update' siaran USS Travelholics ke Universal Studio Singapura (USS).....  Diri ku kah yang membuat siaran paling banyak gambar???? Banyak nau gambar nak kongsi, errrr walaupun realitinya gambar tak berapa nak menjadi (huahuahua!).  Apapun enjoy!!!!!


Ceritanya bermula di sini.... oklah sebenarnya nak mula dari sini jer......  Setelah bertolak dari RnR Ayer Kroh (untuk makan malam, errrr), kami meneruskan dua jam perjalanan terus ke Stesyen Bas Larkin.  Kami meletakkan kereta di seberang jalan  yang berhadapan dengan pasar basah.  Nak cerita betapa awalnya kami tiba di stesyen bas tersebut, kedai-kedai dalam pasar semua tak buka lagi.  Yang ada kedai makan yang terletak betul-betul depan tempat bas.  
*info : parking RM5/hari.
**motif gambar tanglung ~ mood raya cina belum habis! hahahaha

Sementara menunggu solat Subuh, masing-masing mengisi borang untuk masuk ke Singapura.  Borang ni boleh didapati di imigresen Singapura.  Kebetulan ada di kalangan Travelholics yang simpan borang nih, teruslah kami isi borang siap-siap.  Antara maklumat yang perlu disertakan termasuklah tempat yang dituju semasa di Singapura (letaklah mana-mana korang nak pergi).

Kemudian, kami menaiki bas SBS Transit 170 dari Stesyen  Bas Larkin  menuju ke stesyen MRT Kranji.. Mencabar tak mencabar naik bas ni bila kena turun naik bas, turun naik eskalator untuk melepasi Imigresan Malaysia dan Imigresen Singapura.  Pastikan beratur kembali di laluan bas 170!!! * tambang RM1.80

Hahahaha.... Padahnya bila satu malam memandu dan tak tidur!!!!   Di stesyen Kranji, kami beli EZLink kad (macam kad Touch n Go / kad lrt yang boleh pakai selagi ada baki duit dalam kad) dengan harga $12...  Harga kad $5 dan ada baki $7 dalam kad untuk digunakan.  Hari tu, siap top-up $10, supaya senang tak payah nak top-up lagi...  Dari Kranji terus ke Dolby Ghout, kemudian tukar train ke Harbour Front (Vivo City).  Lamanya perjalanan dari Kranji ke Dolby Ghout tuh, sempat lena dua tiga round!!! Krohhhh krohhhhhhh Zzzzzzzzzzzzz.......

Fuhhhh lapar!! Menggagau nak cari makan kat mana!  Kali pertama makan kat Vivo City.  Rupanya ada food court yang menyajikan makanan halal (dari stesyen MRT, sebelah kanan)... Lega ya amat!!!! Pagi tu semua makan makanan berat!
* Anggaran makan pagi $4.00-$6.00

Dari food court, naik ke tingkat 3 (Sentosa Station) dan terus guna kad ez-link menuju ke Waterfront Station....  Masa ni bolehlah lompat-lompat sebab dah sampai!!! Giles teruja tapi mak aiiiiiiiiiii punyalah ramai makhluk kat kat dalam taman tema tu.... Bila sampai depan Globe lagi ramai.... Yang dah masuk???? Huuuuu nanges!!!! Saper suh pi masa cuti kan??? Ingat kalau Singapura tak cuti tu, USS tu bajet tak ramai oranglah????? Cari pasal!!!! Hahahahaha.....



Tiket masuk ke USS kami dah beli awal-awal secara online awal sebulan. Kekdahnya print je tiket yang dah beli tu....  Ingatkan nanti bila sampai USS, kita akan claim tiket macam kad.....  rupanya kertas tiket yang kita beli ni larrr tiket yang akan dipakai!!! Mahal sungguh kertas nih! Pastikan tak *keronyok yerrrrr........ Sadis!!!!! 
* keronyok - dah terlipat-lipat ala-ala lunyai


* Info harga tiket boleh rujuk sesawang USS / entri dari enchek Harun (Janggeltrekker).  Harga tiket berbeza mengikut peak/ non peak season.  Tiket kami berharga RM143 yang dibeli  dengan promo 15% menggunakan Maybank.

Zon Hollywood Blvd.- eceh fefiling retis

Takat ambil gambar dari luar...... sasaran nak main game membuak-buak!

and opssssssss...... tetiber muncul pulak Charlie Chaplin dengan gayanya...... "Ouch, ko tolak aku dengan tongkat! Ces!" <- ala-ala manja gitew. "Laluan. Laluan" *Cik Ro best giler, haishhhh bila hurmmmmmmm ~kena baca blog Cik Ro. Jeles! EKekeke

Lepas tu terus kami semua masuk ke Light, Camera, Action ~ tempat demo Steven Spielberg buat filem.  Macam mana ada ribut, angin, terbakar , uiii mak aiiii....... jangan lupa masuk dan rasa pengalaman dalam studio nih.  Real giles!  Kalau nak berangan tengah berlakon dalam filem pun boleh!!! Seb baik diorang wat ala-ala tempat simpan bot. Cer kalau kengkonon wat atas kapal Titanic?! Harus aku dah berangan jadi Rose! Wow! "U jump i jump! I love u Jack!"

Transformers The Ride!!!! Bestttttttt......  Cuba jangan tak cuba...  Masa kami sampai ke pintu untuk mencuba ride ni, masa menunggu adalah 110 minit! Huh!!!! Baru nak main dah kena beratur lama?!!! Nasib baik ada pilihan untuk single rider (meaning group terpaksa berpecah dan isi tempat kosong)....  Tak payah tunggu geng pun tak apa sebab memang layan naik ride nih!!! Aku yakin semua orang akan suka!  Rugi sangat kalau tak cuba :D

Yup! Lepas tu kami naik ride Mummy kat zon Ancient Egypt....  EHemmmm sempat gak berposing dengan 'bonzer-bonzer' tuh.......  Mula-mula naik ride ni, aku banyak pejam mata dari bukak! Takuttttt..... Overst tak???????  Tapi bila kali kedua naik, ek ele...... kejapnya!!! Mata tak pejam dah lalalalalalalaa..... Aku sungguh eksen kan?!

Water World!!  Watch out masa-masa persembahan dalam Water World nih.....  Dah masuk, pilih nak duduk kat zon mana.  Ada zon biru (depan sekali), mungkin akan basah lenjun....  Zon kedua, mungkin kena-kena tempias dan ada dua lagi zon kat belakang untuk yang agak-agak tak nak kena air....  Hari tu kami duduk di zon hijau siap pakai poncho lagi, nak basah tapi pakai poncho! Motif????? Haahahah..... Sekali poncho kena selak, brrrrrrrrrrrrr basah kepala kena pancut dengan air.... Huuuuuuuu

Dalam persembahan kat dalam Water World ni, selain ada aksi tembak-tembak air, tiba-tiba ada kapal terbang mendarat kat dalam ni dan ...... (ok, yang ni memang tak rugi kalau beratur dan tengok sendiri ok!  Kalau beratur panjang pun, mesti dapat tempat untuk duduk) 

Jurrasic Park Rapids Adventure!! What a ride!!! Nak naik nih beratur dekat 2 jam!!!!  Gigih kan beratur lama sampai macam tu sekali....  Alasan selain rugi kalau tak naik, sebab ada kawan Travelholics yang bersama dengan kami cakap dah dua kali datang USS, tapi tak dapat-dapat lagi naik menda nih.... Walla, maka dengan itu gigih larr kami beratur.... Pastikan pakai poncho kalau tak nak basah, sebab walau apapun memang akan basah tak ada cara nak elak-elak air tanpa poncho!!!  Masa ni yang gigih beratur ~ cik Ro, Kassim Mustapa, Harun, Leman, Musalmah Jenab, Datin Fe'ah, Osman dan dua orang lagi kawan Osman, n Lin.  Travelholics lain dah lari, diorang kurang vitamin G dah masa ni (G ~ gigih lalalalalala).....

Zon Far Far Away ~ Movie or no movie of Shrek 4D. Tetiba berangan kalau berumah dalam castle..... Macam mana larr agaknya! ~wiNK.... *info : ada restoran makanan halal dalam kawasan nih ie Goldilocks....  Kami kongsi beli set burger dan ayam goreng untuk makan petang....  Harga standard dengan syarat tak convert ke RM (mood cuti harus kekal walaupun memilih menjadi anak jutawan memilih jalan susah, haha)

Hoyeahhhhh!!! Macam nak lompat-lompat bila tiba-tiba ternampak Shrek dan Fiona keluar!! Terus jerit panggil Travelholics yang lain dan dengan rakusnya kitaorang mengekori rapat pasangan yang cute nih.... Yes! Dapat gambar group dengan diorang!!! Lalalalalala sangat suka!!!!!  Tak sia-sia buat flashmob (walaupun tak berapa nak menjadi depan castle Far Far Away tu ~ala-ala masa tu frust nak bercinta beratur kalau nak tengok Shrek 4D!  Apapun sebagai ganti, kitaorang naik Enchanted Airways yang terletak berhadapan dengan tempat movie 4D Shrek)... *Lompat-lompat naik ride dragon, *lompat-lompat-lompat bila jumpa Shrek dan Fiona!!!!! Yes!!!!

Lalu lagi kat Zon Sci-Fi City..... Fuhhhh haduiiiii Musalmah Jenab ni tak putus asa lagi menggoda naik roller coaster nih.....  Human Galactica !!!  Aku pun tak tahu nak marah siapa bila aku terjebak naik roller coaster nih!!!!  Hasutan errrr mungkin keinginan yang tinggi tiba-tiba datang bila Travelholics lain beriya nak naik! Giles tapi aku naik jugak!  Ada dua roller coaster kat sini.... Satu warna merah, satu lagi warna biru....  Setakat hari tu, berani naik warna merah saja sebab yang ni ada lapik kaki, bandingkan dengan warna biru yang kaki tergantung... Omai omaiiiiii...... tak berani~!!! errrr..... mungkin belum lagi~

Dah malam baru sedar diri nak balik!!!  Sempat juga tengok-tengok lampu dalam USS nih.  Banyak tempat kat Hollywood Blvd ni kami tak sempat nak masuk gara-gara asyik beratur lama nak main ride-ride yang ada kat dalam nih.

Dah malam baru ada nafsu nak ambil gambar Globe nih! Hehehe....

Dahhhh.... jom balik yuk!!! Ada orang dah ngantuk-ngantuk tu!!!!  Makan malam di Vivo City sebelum menyambung perjalanan ke ach ach achommmmmmmm..... bersambung... 

Geylang si paku Geylang ~ Geylang si rama-rama ~ Pulang marilah pulang ~ marilah pulang ~marilah pulang ~ huwarkhhhhhhh nguap.nguap *pergi tido, balik pun tido..... kan macam mimpi!!!! Bangun jer terus gelak-gelak!!

** Siapa yang bawa barang banyak, jangan gigih macam kami yang usung beg merata-rata!! Haduiiii......  Gigih ya amatssss........  Masa mula-mula masuk ada locker dan kat sini saja yang ada locker besar..... Sebab ramai orang, locker besar habis dan kami berharapan nak simpan di tempat locker yang lain dalam USS nih.... Harap maklum, locker yang besar ada kat depan je... Kat dalam semua locker kecik!! Hampeh!!!



Travelholics to USS : Travelista (Shahrul)Chawanna (Chawan & Na)Globetrotter (Lily)Coco Nutz (Kak Anash)Janggeltrekker's Life (Janggel)Kaki Berangan (John)Kaki Jalan (MasMZ)BabyArisha (Lin)Traveller's Anatomy (Byya)Journey Of My Life (MasZuber)My Story Is On Lifetime (Shah_rule)Pengembara Tumpangan (Icam)Unfamiliarmilia (Amy).



19 comments:

Ren said...

Nak seken jugak la...

Ren said...

Ohmai!!!! Sape yang menguap tu!!!! wakakakkakaaa

Cawan said...

yeay! seronok aku membaca.. nk sambungan please..

Ely Hasrul said...

gambo time dtg dlm tren yg ngantuk tuh terbaekkk ahhahahha.. hahahha.. muka selenga aje cam keje 18jam walhal nk pg berjimba hahahhaa


'xtau nk marah sapa' hahaha gile ah napa xnaik yg kaki tergantung? eeeii serammm

Unknown said...

Ya rabbi Johnnnnnnnnnnnn!! Menguap tutup mulut oiiiii, tau la penat!! hahahah

Akhirnye kuar jugak entry ko, aku ingat ko nk peram jadi pekasam.. Gambar cantik je aku tengok hehehe..

Biqque said...

hahahaha gambar john dah berluasa dari retis ke "caught on camera" hahahaha!

wah ada gambar musim haji jugak kat sini! sukaaaa!

gambar ko cun la! mengada kata tak cun...sume berharap kat ko jer zas zas zas hahaha!

lagi? lagi?

Lily Riani said...

tak baca lagi, tgk gambo baru.

composition best, one of the best... collage pun baguih. ok nak sambung keje, mlm satgi baru re-read.

yeay! first BEFORE john

just.HY said...

ok bru je marah junior td sbb bnda kecik mcm susah sgt nk buat...kbye

Ely Hasrul said...

john ade junior? hihihihi.. kak coco la paling lambat nk update.. kamon kak

Ren said...

Hahahahahhahahahahha (gelak jahat)

Anash said...

masmz,
best aa entry nih ..
padat dengan gambar bagai...
info pun cukup..
hahaha

tak bley tahan kompilasi gambar mengantuk di MRT...melambangkan betapa tabahnyer sume travelholic...

lagi?
hehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

@janggel,

Anda first, seken dan errrrr pengkomen pertama jerrr dengan 3 komen! Kannnn.... saper nguap tuhhhh??????

@Cawan,

Wahhhh... skrg pun dah ekspress!!! nak sambung apa??? ececece *wat2 tak faham

masMZ KaKiJaLaN said...

@Ely,

Kannnn... tak tahu nak marah sape!!! takkan nak marah diri sendiri kot!?! Ekekeeke..... memang tak larrr naik rc kaler biru tu, mao pucat2 lagi pulak kaki tu goyang2 sidai dari atas kerusi!! HAhahahahaha...


@BlueEwoke,

Nyaris gak tak kuarrr.... Kira bertekad cemerlang tau nak kuarkan entri nih! Gambo bukan-bukan ok larrrr.... Hahahahahaha

masMZ KaKiJaLaN said...

@Biqque,

Muahahahaa... jangan percaya dengan aku... Hanya cebisan je yang leh pakai! HAhahahahaha... Lain, tak mencapai citarasa *uweekkk cam nak munsss kan! Seb baik gambo haji ko lawo....

Sajer letak gambo retis dari dif. side....

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily,

Yang penting tu kannnnn..... Thanks Lily, sepuluh hari sepuluh malam taw wat mende nih.... Hahahahhahaha


@Bdk2@John,

Wow!!!!!!!!!


@Ely, Janggel,

Leh jadi mentor dah tu.... Betul dak?!!!!!!!

MasZuber said...

Oh my Gucci!

gambo sorang2 tang mengantuk tue terbaek okeh!!!!!!!!
best pix: belonged to mr john. ;p

Ain Mardhiah said...

ada gak eh orang tidur sambil buat peace. tengah mimpi dah sampai USS kot nih. hehe

babyarisha said...

choiii.. cmne leh kuar gmbr sesat aku tuh.. apesal muka aku cam nak nangis ek? *konpius*

masMZ KaKiJaLaN said...

@masZuber,

ahakssss.... nak gelak nengok kegigihan nak berjimba-jimba, tapi sempat lentok-lentok tido...... John dah tak tahan dah tu... hilang rupa retis...

@Ainul,

Iyer lar kot.... minda dah sampai USS dulu..... jasad je tersekat dalam MRT lagi.. hahahaha


@babyarisha

hahahahahaha..... nanges... nanges..... cam nanges je bila nampak dinasour.....