FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, February 4, 2012

TRiO M : JoM MeRoNDa KuaLa LumPuR

Memula sekali, tulisan entri kali nie macam huuuuuuuuu  ...(&5#@^&$% <- apa-apa saja)...  Demam larrr pulak di waktu-waktu kritikal nih... Hurmmm sob.sob 

Semuanya bermula di sini, roti canai yang sangat sedap!! Ececece.....
Eh salah!  Semuanya bermula di sini.....  Sambutan Hari Wilayah 2012...
Nak jalan ke DBKL.... errrr salah lagi...... Hari Wilayah, ronda Wilayah Persekutuan larr kan?!  Jadi kita pi ronda Kuala Lumpur a.k.a pekan Kolumpo (pada aku)
Aktiviti pertama singgah di Panggung Bandaraya untuk jenguk KLIS - Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012.  Sempat juga menonton beberapa filem pendek dan kebetulan slot pagi itu merupakan slot filem pendek animasi - sangat best!  
Jom ronda KL naik Bas Hop On Hop Off!!! Ada offer RM1!!! Murah ya amat!!!! Harga promosi 2010 - RM12!

Pastu baru mula meronda.......  Hari Wilayah ~ Hari terbaik untuk meronda pekan Kolumpo kerana jalan tak sesak langsung!

Nak tengok perkembangan Bandar Dalam Taman ~ KL Green 
Sah memang hijau, sampai ada yang leh sampai sini
Jenjalan lagi, dapat tengok sky scrapper Kuala Lumpur....  Dari sini Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur terserlah sebagai mercu tanda Kuala Lumpur.
Meronda sampai ke Menara Kuala Lumpur... Masuk kawasan dah dua kali, naiknya???? Errrrr.....  Apapun, dua tahun lepas ada orang janji nak bawak pi hiking dari bawah bukit kat kawasan ini..... Huuuu

Dan tiba-tiba sampai Macau???
"Errrrr kita tak salah bas kan??? Ronda KL kan??? Hahahahha"
Errrr..... Betul-betul! Ni naaaaa...... satu lagi M akan ikut ronda KL :D
Turun bas di KLCC,  kami ronda jalan kaki pula di Laluan Pejalan Kaki KLCC-Bukit Bintang yang baru dibuka secara rasmi oleh PM pada 28 Januari 2012.  Laluan sepanjang 562m ni sangat selesa kerana bertutup dan berhawa dingin :) 

Pemandangan luar Laluan Pejalan Kaki KLCC-Bukit Bintang
Fiuuuuuu...... Bukit Bintang masih bersuasana Gong Xi Fatt Chai
Boleh pula Duo M ni pakai kaler pink!!! Santek buat shooting :D
Jalan depan lagi, tersusun patung-patung beruang kat depan Pavillion.  Patung-patung ni di'painting'kan oleh  artis dari pelbagai negara.... *Untuk Lily dan Ainul, gambar kanan beruang warna coklat tu dari Jordan ok!

Ronda jalan kaki lagi

Jumpa cermin, baru teringat gambar Trio tak amek lagi!
Motif ronda kaki selain nak tengok laluan tadi, nak cari aiskrim pukul-pukul, libas-libas nih....  Aiskrim Turkish @ Lebanase.... Kental kenyal gitu sampai diterbalikkan pun tak jatuh!! Tercapai juga cita-cita aku!  Ni gara-gara tertengok kat tv larr nih :D Hehehehe....   Stall Lezzetto ni ada 2 kat kawasan Bukit Bintang... Yang kami jumpa ni dalam shopping kompleks depan Giant :D  *Aiskrim mangga paling marbeles!!!!! Pada yang dah rasa air mangga, aiskrim mangga kat Mekah, gini ler rasa aiskrim mangga nyerr... **Dalam gambar warna kuning tu aiskrim durian
Sambung ronda atas bas, melalui kawasan the famous Petaling Street
Tempat ni mesti dah lama orang tak pergi! Hahahaha.....  Ada sesuatu yang baru kat sini!  Namanya Kasturi Walk.  Dalam Kasturi Walk ni ada stall-stall barang-barang yang sama macam kat dalam CM.  Masa ronda dalam ni, tiba-tiba kena tegur tak boleh nak ambil gambar.  Kata pak guard tu kalau nak kena dapatkan surat kebenaran dari kaunter dulu. Huhhhhhhhhhhh..... Tetiber aku pun konpius.......
Lenyorrrr.... Berjalan dari pagi sampai ke malam.... Yes I Love KL
Us the Trio M (Mumin, MasMZ dan MasZuber).... 



Entri 2010 (klik link)

PeNGaLaMaN KL HoP oN HoP OFF

RoNDa KL : BaNGuNaN SeKiTaR DaTaRaN MeRDeKa



Post a Comment