FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, April 2, 2012

#DRaMa : MiSi SuCi Di SeKiNcHaN

Ni rumah aku, dah buruk... Dah lama tak ada orang balik...

Housemate aku pun dah pindah bawak diri....  Aku tanya, "Kenapa tak nak duduk kat rumah aku lagi?"..... Jawabnya, "Rumah rasa kosong.  Duduk kat sini sekurang-kurangnya ada swimming pool.  Kalau boring, aku boleh buat bunggy jumping fefiling macam kat oberC"

Bunga kat taman pun dah suka main sembunyi-sembunyi....  Kalau tak intai celah lalang, memang tak nampak...

Bila tak tahu nak buat apa, aku baring atas titi.  Sebenarnya aku gayat sebab titi dah reput.  Tapi........ aku fikir, "Kalau jatuh, adalah alasan aku nak mandi."

Masa lain rasa nak gantung diri pun ada... Tapi aku tak reti nak ikat tali macam mana....  Last-last aku duduk atas tunggul pokok pisang depan rumah...  Nak panjat sampai atas, aku tak reti.  Licin.  Lagipun kulit aku sensitif <- perasan pulak kan?!...

Sekarang sekeliling rumah aku dah hijau....  Lupa dua bulan lepas Pak Mat tuan tanah yang baru, semai padi.... 

Ya, keliling rumah aku ni cantik.....

Masa dulu, aku selalu sembang dengan anak tuan tanah...  Dia selalu  jenjiwang atas  batas....  Kat mana larrr dia sekarang....  Mentang-mentanglah KaKi JaLaN, tak reti dah agaknya nak balik tengok aku.... Yer aku faham, aku bukan mak angkat dia pun.... Mak gula apatah lagi.... Rindunya aku pada dia.... 

Ni anak jiran belakang rumah.... Selalu lari-lari atas batas sambil pakai songkok.  Aku pun tak tahu motif sebenar.  Dulu masa kecik-kecik pernah kena gigit lintah, agaknya sebab tu larr bila masuk bendang jer berlari atas batas je pastu pakai baju lawa-lawa konon nak pi sekolah larrr,  pekan larrrrrr..... Memacam alasan tak nak masuk dalam bendang.

Ni samseng kampung sebelah.... Selalu wat aksi joget-joget tengah bendang sambil nyanyi-nyanyi.  Khabarnya dok mikat anak cikgu sekolah selang tiga petak sawah dari rumah aku nih.

Ni larrrrr marka samseng kampung sebelah tu.. Ala, anak cikgu tu....  Aku selalu tengok dia suka berangan-angan aksi model tengah bendang.

Yang aku tak faham, kadang-kadang tu suka ketawa sensorang....  
Hurmmmm, overst kan?!

Mungkin sebab tu mereka ni sesuai.  Penat dah aku tengok #drama nih....  Kadang-kadang macam tengok filem  Hindustan jew... Ataupun, mungkin diorang berangan berlakon dalam cerita Nur Kasih???

Ustazah kat madrasah kampung...  Rupanya ada hati juga nak buat #drama tengah bendang. * Aku heran kenapa semua orang nak kena pakai payung jernih tu????  Kenapa aku tak ada????

Hurmmmm.... aku harap semua orang akan balik ke sini lagi....  Janganlarr bawah beg besar-besar dan pergi jauh-jauh... Owh lupa aku nak pesan, "Kalau masuk bendang beg trolly jangan bawak yer.... Tak seswai"

Aku harap aku dapat tengok suasana macam ni lagi.... Teringat masa  dulu-dulu, aku pun selalu kena dukung macam nih.

Dan rasa gembira 'yakmatss' almaklumlarrr sebab aku akan jadi tumpuan :D

Waktu-waktu macam tu kejap je kan.... Budak comel yang aku tengok hari tu pun dah pergi....

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Ingat kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

*Lagu yang selalu aku nyanyi masa tengok sawah

Kita nak tunggu siapa nih???? "Putih, ko rasa ada tak orang  yang  sudi bawak kita pi jenjalan??" #drama lagik!

Dan selepas ber#drama-drama, akhirnya aku teringat pasal MiSi SuCi.... Haishhhh.... Lupa diri jugak aku nih.... #Akibat banyak drama, hahahahaha *sengal!
Misi Suci sebenarnya nak jumpa dengan Suci di Sekinchan.

Selamat Datang Sucisonia Maryam.....  
Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan mengikuti auntie-auntie dan unkel-unkel yang suka benor  berjalan dan berdrama nih.....  
Tahniah buat Ely (This is Our La Land) dan Hasrul dan Sami... Hehehehe....


Jom tengok #drama apa pulak dari #TRaVeLHoLiCaWeSoMe....
Janggeltrekker's Life (Janggel) ~ KakiBerangan (John) (yang last nih.... errrrr hurmmmmm errrrr)~ ~  

Post a Comment