JuLai 2012 :
Dalam tahun 2012, kasut lari pada kebanyakkan masanya bukan lagi di kaki. Gantung! Memang gila-gila gantung kasut. Few events registered, but during the event mesti jatuh masa sibuk dan tak boleh nak cuti atau jauh dari lokasi pekerjaan aku sekarang. Dem i'm so tensi weiiii....
Seingat aku lah, tahun 2012 ni, dua event sahaja yang aku dapat masuk iaitu Ipoh Run dan yang keduanya seminggu selepas itu di Port Dickson International Triathlon yang mana event yang ini memang merupakan event kegemaran yang ditunggu oleh aku dan kengkawan sebab pada masa inilah dapat jumpa dengan ramai kengkawan. Masa lain susah nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Aku tak jumpa entri pasal event ni untuk 2012 ni, hahahaha... i guess this is another entry yang aku tak sempat buat :(
|
PD iNTeRNaTiONaL TRiaTHLoN : yeayyyy
OGoS 2012 :
SePTeMBeR 2012 :
CuRi MaSa Di CaMeRoN HiGHLaNDs MaRDi, TiMe TuNNEL etc
Seingat aku, yang naik ke Cameron masa ni untuk pergi mesyuarat kot?! Hurm ada dua kali naik atas, tapi tak ingat minggu-minggu bila. Biasalah kalau dah kerja luar, haruslah sambil selam minum air yer dak????? Rasanya masa Ogos pun ada naik. |
Misi HiDDeN GeM di #negaraEeypoh ie THe MYSTeRiOuS TaSiK CeRMiN, JuGa kE KeK LooK ToNG, PeRaK ToNG daN GuNuNG LaNG, Gua TeMPuRuNG, KeLLieS CaSTLe daN KaPaL KoReK TaNJuNG TuaLaNG
Orang kata tulisan aku masa tulis siri Misi Hidden Gems di #negaraEeypoh ini agak drama. Masa ini aku baru bebas sikit dari sibuk pejabat dan hanya berhujung minggu di #negaraEeypoh. Mula-mula sekali ajak Byya datang, kemudian datang pula John (sekarang dah Henry Fox pulak?!) sebab tak tahan provokasi hidden gems misteri dan disusuli oleh Maszuber hahhahahhaa..... Yeahhh aku suka sangat siri misi Hidden Gems ini kerana berjaya juga ke beberapa buah tempat dan tak mungkin aku nak menjejak ke sana sorang-sorang. Terima kasih semua :D |
SaMBuTaN HaRi LaHiR YaNG PaLiNG SaDis
Tahun ni bukan setakat cuti raya yang paling pendek, tapi sebenarnya aku lah orang yang paling akhir mula bercuti dan antara yang paling awal kembali ke pejabat. Semuanya kerana ada acara pejabat yang bakal diadakan ~ rentetan dari kerja tawaf satu negeri aku pada bulan lepas.
Minggu kerja sampai malam dan berhujung minggu di pejabat. Masa hari 'gembira' aku tu dah mula demam tapi kerja dan selepas event, aku demam dan disusul hilang suara selama beberapa minggu. Ko hade takde suara yang bukan main lama cam aku?
Yang mengubat hati bila tak semena-mena ada panggilan yang tak terjangka dari kenalan lama.. Hoyeahhh terima kasih. That's really makes my day finally!
SeMaRaNG KoTa LaMa daN KaRiMuNJaWa beRCuTi BeRSaMa RaNcANGaN TeLeViSYeN INDoNesia (wow gitew kan?!)
Weeeeeeeeeeeeeeee...... percutian yang penuh drama. Almaklumla cuti tengah waktu sibuk... Apapun pergi cuti ni memang best dan Karimunjawa best!!! Hehehhehee bertabahla tunggu entri ni habis :D |
OKToBeR 2012 :
KaYuHaN HiJaU Di LuMuT kaTaNYa
SuNSeT Di CHaNGKaT LaDa
NoVeMBeR 2012 :
Hey ADa PoRT BaRu NaK KeNa CaRi LuBOK TiMaH jom!!!
BerCaMPiNG Di BuKiT CaHaYa SeRi ALaM DeNGaN OMBaK OLD BuDDieS
KaYuHaN PeRTaMa GoMBaK ke GeNTiNG SeMPaH
Kan dah kata kalau dengan bebudak Ombak ni, boleh terjebak macam-macam.. Setelah sekian lama tak beraktiviti berat, tiba-tiba aku ikut kayuh dari Gombak ke Genting Sempah. Gila macam nak mati sebab dah la baru kali pertama tapi kayuh naik bukit! Setan sungguh! Apapun aku suka sangat masa pergi nih sebab jumpa kawan-kawan baru, kayuh rileks2 merentas kesegaran pagi tengah hutan, yezzaaaaaaa.... NAK BUAT LAGI ok! Terima kasih Ann, Mud, Ani, Abang Omm dan Abang Din dan semuanya larrr.... Dudu, Auntie Latifa, lagi hurmmmm heehehe tak ingat nama! Hahahaa |
MeNJeNGaH LeNGGoNG TaPaK WaRiSaN ARKeOLoGi DuNia
Atas urusan pekerjaan, satu hari suntuk aku di Lenggong. Sempat juga ke Tapak Perkelahan Ulu Lawin (dah tulis) dan satu lagi tempat yang memang aku teringin sangat nak pergi Muzium Arkeologi Lenggong (yang ni tak tulis lagi entrinya). Balik dari trip ni, ada satu cita-cita baru dan terasa ingin lagi ke tanah Lenggong. Ada tak sesiapa berminat untuk menjenguk tapak-tapak warisan di gua-gua di Lenggong? Jomsss!!! |
DiSeMBeR 2012 :
WaTeR RaFTiNG Di GoPeNG best okeysssss
HaRi KeLuaRGa di LiNGGi, MeLaKa
KeSiMPuLaN daN HaRaPaN
Alhamdulillah, habis juga entri summary 2012 nih.. Bila dah buat macam ni, baru nak sedar diri betapa banyaknya entri yang aku tak tulis lagi. Setiap bulan berlalu tanpa sunyi dan kehidupan yang agak pack hampir nak setaraf Perdana Menteri kot! Baru juga sedar, kenapa selama bertahun aku duduk di #negaraEeypoh ni tak pernah kena bayar bil letrik! hahahaha... Dah tak lekat kat rumah, memang la bil rendah sampai tak payah bayar! HEhehehe Alhamdulillah rezeki.
Sedar tak sedar dah dua tahun lebih aku duduk di #negaraEeypoh ni. Banyak juga tempat yang dah pergi, tapi ada juga tempat yang tak sempat nak terjah masuk lagi. Masih lagi hutang nak ke Muzium Gopeng dan Taman Herba. Bilalah #tansreecoco nak mai negara Eeypoh ni???
Untuk 2013, kemungkinan besar aku akan berhijrah dari negara Eeypoh. Doakan kejayaan aku di tempat baru. Tahun 2013 telah diisi dengan beberapa perancangan perjalanan ke beberapa tempat (semua ke timur katanya). Semoga perjalanan kali ini dipermudahkan dan tak ada lagi drama-drama dari lokasi pekerjaan. Niat tahun 2013, aku nak pakai balik kasut lari dan mungkin juga tambah kasut? Hehehee... Andai kata betul pindah ke tempat baru ni, aku niat sesekali pergi keroje naik basikal gitew... :D
Selamat menyambut tahun baru untuk semua kengkawan dan semua yang sudi singgah ke KaKi JaLaN. Sila vote aku jadi duta pelancongan Perak yerrr... Hahahahahaha.... eh kansel larrr sebab Tahun Melawat Perak habis hari ni.... Haaaaa undi aku untuk duta pelancongan Terengganu sebab tahun depan Tahun Melawat Terengganu katanya :D
Selamat tinggal 2012. Selamat datang 2013.
7 comments:
Happy Birthday Kaki Jalan. semoga panjang umur selalu. Eh bila bday ko? kekkee...
motif ucapan panjang sgt kat bawah skali tuh? org buat 30 saat je. kekeke
entahnyer? panjang betul ucapan retis ....
(hehe)
selamat dtg 2013...semoga lebih banyak drama dan aktiviti !!!
(byk jugak seru nama #tansreecoco di sini...)
err..
taman herba akan kita terjah (jaga2..akak dah tak kije sabtu dah haa....hahahahah)
iya.bicboi akak sorang je dapat!
(hahahah)
@Henry Fox,
Motif nak wish birthday tatkala dah hujung tahun nih???? Wish untuk tahun depan ka???
Motif ucapan panjang sebab banyak entri yang tak ada.. Kira kalau dah tulis kat sini, kira kaw tim larrrr. ekekekeke
@k. Anash a.k.a #tansreecoco,
Ekekeke.... motip supaya cepat sket datang Ipoh nihhhhh..
I heart you!!
Moh kite jelajah Teluk Intan pulakkkkk
@MasZuber,
Ayoh... eh silap! Moh kiter moh!!! heheheheh
dalam pada diam tu banyak pulakkk aktibiti outdoor ko...ai is jeles especially water rafting. tahun ni jom!! aku tak kira wlpun ko dah penah buat, kita pegi jugekkk!!
selamat tahun baru 2013 mas...semoga tahun ni lebih ceria, lebih sihat tubuh badan takde sakit2..dan yg penting sekali teruskan berjalan. nice knowing u in person. take care :)
Post a Comment