HAluuuuu.... Assalamualaikum.....
Jom jalan-jalan di tanah tinggi Cameron Highlands!!!
Mana datang tetiber terus Cameron Highlands Part II dah yer???
Cameron Highlands terletak di sempadan Perak-Pahang. Untuk sampai ke sini, ada tiga laluan iaitu melalui Tapah, Simpang Pulai dan dari Gua Musang. Pada KJ tak ada masalah untuk naik dari Tapah mahupun dari Simpang Pulai memandangkan tempoh masa untuk sampai ke atas lebih kurang sama sahaja. Yang membezakan perjalanan, laluan dari Tapah perlu melalui jalan yang lebih sempit dan berlengkang-lengkok berbanding Simpang Pulai.
Meh larrr tengok gambar sambil cerita erk!
|
Semenjak duduk Ipoh ni, lagi kerap KJ naik Cameron. Pada kebiasaannya naik lewat petang dan kadang-kadang mula bergerak malam ikut Simpang Pulai. Perkara yang KJ suka kalau naik malam ialah dapat tengok lampu-lampu di ladang atas bukit ~ macam tengok fairyland jew. |
|
Gambar dari tingkap bilik di Heritage Hotel. Cantik cuaca hari ini, langit biru dengan awan berkapas-kapas. Memang rezeki nak bagi jenjalan hari ni. #motif tetiber nak dok hotel? G mesyuarat dan boleh jalan lepas habis mesyuarat okay! huahuahua... |
|
Bunga ros, dah namanya perempuan kannnnnn.... Memang tak terdaya nak menahan mata dari memandang dan mencium bau wanginya. Kata orang ada bunga ros yang wangi di tanah tinggi, tapi kalau bawa turun bawah tak bau langsung. Apapun memang KJ tak percaya sangat sebab memang ada bunga ros yang wangi dan ada yang tak berbau. Kalau nak yang wangi, jangan lupa tanya pada si penjual bunga dulu ya! |
|
yerrrrr.... jom jalan jom.... |
|
Kemudahan tempat letak kereta di Tanah Rata. Stesyen bas terletak berhampiran. |
Taman Agroteknologi Mardi
|
Taman Agroteknologi MARDI terletak di Tanah Rata iaitu kira-kira sepuluh-lima belas minit berjalan kaki dari terminal bas/ letak kereta. Kalau membawa kenderaan sendiri, ada juga parking disediakan untuk pengunjung taman.
Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak / pelajar sekolah. Taman ini dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. |
|
Ada taman khas untuk kaktus. Tak cukup dalam pasu, atas tanah pun penuh disusun. |
|
Tanaman tomato.... hurmmmm cam lehhhh petik terus ngap jer! hahahahah.... tapi jangan buat sebab tak boleh main petik je sesuka hati. |
|
Semaian salad |
|
Salah satu taman yang terdapat dalam kawasan Taman Agroteknologi Mardi. |
|
Bergayut-gayut pokok ni di bumbung... Cantik. |
|
Replika kilang teh juga ada di taman ini. Di Cameron Highlands, terdapat 2 kilang teh utama iaitu Kilang Teh Boh dan juga Kilang Teh Bharat. |
|
Langit masih biru, jom kita mendaki! Dalam kawasan taman ni ada satu bukit dan kena naik untuk menikmati pemandangan seluruh kawasan Taman Agroteknologi ni. |
|
Nahhhhhhhhhh.... ini pemandangan di separuh perjalanan. |
|
Untuk yang paling menyeluruh kenalah naik dan tengok dari pondok tu. *sayang sikit sebab pondok ini tempat duduk di dalamnya sudah tidak boleh diduduki dan tidak dijaga. |
|
Tambah sikit gambar, hehehehe.... ni daun pokok teh yang berlatarbelakangkan langit biru. |
|
Dalam taman ini juga terdapat kandang arnab yang mana sungguh sesuai kalau bawa budak-budak berjalan, almaklumlah diorang ni lagi suka menda-menda yang comel kan dari layan pokok! Selain kandang arnab, ada juga rumah burung (yang turut dihuni oleh seekor seorang iguana). |
|
Bahagianya makan daun salad sesungguh hati.. Ni larr namanya berguling-guling atas makanan! Mewah! |
|
Opssssss...... hahahahahahahaaa..... |
Banyak lagi yang menarik ada di dalam Taman Agroteknologi MARDI ni. Kawasannya yang luas dengan pembahagian-pembahagian yang menarik -> semaian, tanaman berpasu, kaktus, rumah arnab, ladang strawberi dsb, terdapat juga laluan untuk 'jungle walk' dan kemudahan-kemudahan seperti kedai cenderahati, surau dan juga tandas.
Kita layan jer la sebahagian gambar-gambar yang sempat dibidik dalam taman ni. *takde idea nak nulis nih. haihhhhhh *ketuk kepala*.
|
Last but not least, do checkout the real time temperature / humidity of Tanah Rata near the main building... |
Sekian, melaporkan... Hahahaduii kritikal nihhhh...
Lepas ni kita ke Time Tunnel pulak! One of must go in Cameron Highlands... :D
10 comments:
cantik dan sejuk tempat tu...tak pernah dan teringin sgt nak kesana...pepun, nice photos...:)
#Untungla dapat pg Mardi
very informative dear
nape la simpan sawang lama sangat dalam blog nih
tak baek untuk kesihatan para peminat blog ini tau!!!
adakah burung itu sedang bahagia? ;)
errr burung apa pula Maszuber ni?? ish ish...
Tak penah terpikir nk ke Mardi ni, Maldives iyeee hahahah
Menarik :) Bunga2 cantik...Mewahnya arnab2 tu...tapi tak gemuk2 pulak kan...
@Jimmy,
Ha'ahhh... Cantik juga kat dalam MARDI ni... Jangan lupa nanti kalau ada kesempatan jenguklah Cameron Highlands taw!
@Janggel,
Ha'ahhhhh... #untungla kannn leh jenjalan... hahahhahaa
@k.Anash,
Ekekekeke... Kak Anash mesti suka kalau tengok pokok2 nih kan.... Meh lar kak, saya bawa pi jalan...
*akan diusahakan menebas sawang dengan lebih kerap... #taksempatttt
@Maszuber,
Burung ni sedang bahagia macam kamuuuuuu aumMMMMmMMMMMMMMMMMMMM
@BlueEwoke,
Hanya yang bercinta jer perasan burung tuh.... hahahahahamboihhhhh jom Maldievesssss!
@Naramas Aman,
owhhh yerrrrrrrrrr........ baru perasan arnab tak gemuk pun!!!! huahuahauahuaa
Post a Comment