FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, April 14, 2011

IRaU : hEEEeeeee

Pada hari kejadian, kami sampai di kawasan letak kereta ketika jam menghampiri 3.00 petang. Sahabat A me'ngugut' jika tak naik jam 3.00 petang, jom kita pergi shopping. Wakaka... caner erk??? Akhirnya kami mula mendaki pada jam 3.15 petang dan selamat sampai ke puncak 'tipu' 3 jam kemudian dengan kadar 'banyak main'* dan berjalan dengan lalalala. Trek boleh tahan licin dan selut tambahan pula kerana telah hujan pada hari sebelumnya dan tanah juga telah di'bajak' oleh pendaki yang jumlahnya dah sama dengan sebuah bas (fuh!).

Sampai puncak dah nak gelap, kalau tengok diri sendiri dah tak serupa orang bertamadun dek selut penuh melekat sepertiga diri [anak sapa lar tu!]. Kat atas tu punyalah sejuk, nak mandi ke?? Mana ada air! (Hiii kambing!). Untuk membersihkan badan cukuplah sekadar mengelap dengan air 'telaga' (air yang bertakung atas bumbung khemah). Uiii mak aiiiiii dah lar sejuk dengan gerimis dan angin, air tu lagi sejukkkkkk.... Sejuk! Sejuk! Janji dapat cuci selut sudahhhh!! Huuuu.

Pada keesokkan harinya, bangun pagi dengan penuh kemalasan.... baju empat lapis dengan sleeping bag dan dibungkus lagi dengan plastik tetap tidak dapat menampung kesejukkan di atas sana.... Grrrrr [baca sambil menggigil erk!]..... "Wehhhh cepatlah siap! Nak naik sampai puncak ke tak nih???" "Nak!" "Tak mau" "Cepat. Cepat." "Sejuk!!!!".

Pendakian sampai ke puncak memakan masa 1 jam setengah (ceh, terasa tertipu kerana ada sabahat mengatakan perjalanan hanya memakan masa 45 minit saja).... Pemandangan sepanjang perjalanan lagi super duper 'marbeles' dan 'superb'! Memang land of fairies dan Lord of The Ring dari perjalanan semalam.... Perjalanan masih pada kadar lalalala kerana tak tahan untuk berhenti bergambar. Cantik, memang sangat cantik...

Info :

Tempat letak kereta ke 'false' peak (puncak tipu) - 3 jam dengan kadar berhenti mengambil gambar yang sakan

Puncak tipu ke puncak - 1 jam 30 minit (pun dengan kadar berhenti mengambil gambar yang sakan)

Puncak ke puncak tipu - 40 minit (tanpa gambar)

Puncak tipu ke tempat letak kereta - 2 jam (tanpa gambar)


Dikongsikan gambar-gambar kenangan di Irau :)




* ya ampun, blog terperam lama....

2 comments:

Fatt said...

mas,
ada pacat tak kat sini? aku belum penah mendaki tapi teringin mencuba. harap dpt cuba mendaki sebelum ke India nanti :)

masMZ KaKiJaLaN said...

fatt,
jangan risau kat sini tak ada pacat... pendaki yang masuk selut takat paha pun tak sebut pasal pacat... tak adalah tu... kami pun tak jumpa... komperem di hari kejadian tiada pacat ditemui :D