FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, April 17, 2011

PeNYaBoNG, MeRSiNG

Pada suatu petang, kami meronda kawasan kampung. Niat di hati mahu mencari pantai. Di dalam perjalanan, sekumpulan lembu telah menyambut kami :)


Tiba di lokasi, kami disambut ramah, "Dari mana nak?" [mood : Kami suka :D]

Yeayyyyyy!!! Lokasi idaman tersergam di depan mata! Kami tiba di Pantai Penyabong, Mersing. Akhirnya tiba juga di lokasi jeti nelayan yang sudah lama menjadi igauan untuk memburu matahari terbenam. [mood : makin suka, tempat ini memang best!]

Memandangkan waktu masih awal, kami berjalan di kawasan sekitar. Lalu, kami nampak ...

Pantai Penyabong [mood : suka suka]

Pantai Penyabong dan awan 'marbeles' [mood : tersangatlah suka]

Pindah ke jeti kayu pula... Awan mendung... Tempat ini tiba-tiba jadi macam lokasi Lord of The Ring, indahnya melihat langit yang menjadi latar belakang jeti. [mood : sangat nervous. dalam hati janganlah hujan!]

Terserempak dengan nelayan yang pulang membawa tangkapan... Kandungan isi beg : SOTONG BESAR-BESAR! [mood : Sangat best. Tapi dapat gambar ni gelap, jadi mood frust... Lepas je ambil gambar ni, hujan terus turun....]

Alhamdulillah... rupanya tadi hujan main-main.... Masih ada harapan untuk melihat matahari terbenam di Penyabong. Mood telah kembali suka. Pantai Penyabong sangat cantik, jom!!! :D
info perjalanan : Kuala Lumpur - Seremban - Kuala Pilah - Muadzam - Penyabong (Mersing) = 4.5 jam

* Catatan : tiba-tiba macam tak reti nak menulis, adehhh kritikal....

8 comments:

Anash said...

normal aaa dah tak reti nak susun ayat ...
"a picture shows 1000 words"..
so, sila tangkap gambo bebanyak iye..(oooo pegi mersing plak...haisssh suko bona bejalan..hehe..)-sambil menjeleskan diri sendiri..

masMZ KaKiJaLaN said...

Anash,
Ntah nyerr... bila dah lama tak mengarang nih, terasa kejanggalannya... huahua...
[psst : janganlah jeles lagi... ado laei lepas nih, hehehe]

Anash said...

janggal or janggel?
hehehee
gi le jenjalan lagi...dah tak mo jeles laa...

Al said...

sonok je dpt wat bende kita suka kan..:)

masMZ KaKiJaLaN said...

Anash,
wakakaa.... ado yang tersedak nihhh :)

masMZ KaKiJaLaN said...

Al,
Memang seronok. Tambahan jika punya kesempatan di tengah kesibukan... :)

Fatt said...

cantikla tempat ni...pegi balik hari ke? beli tak sotong besar tu? buat goreng celup tepung mesti lazat kan? :P~

masMZ KaKiJaLaN said...

Fatt,
Pantai Penyabong ni memang cantik terutama sekali kalau nak melihat matahari terbenam. Memang santekkkkkk :)
Kami di Mersing 2 hari 2 malam :) (termasuk balik hari ke Tioman).. Kalau ada masa memang nak tambah hari :) [pesal letak smiley kat semua sentence nih?? huahuahua... saya suka Pantai Penyabong)
* Sotong tak beli sebab nak sambung makan ketam yang besar-besar kat rumah.. Fuhhhhhhhhhh ..... Alamak! Sotong celup tepung eh disebut?! Teringin lar pulakkkkk :D