Pada hari kedua di Mersing, kami membuat keputusan untuk ke Pulau Tioman. Ramai yang terkejut dengan keputusan kami untuk ke Tioman balik hari sahaja, percaya sahajalah dengan kami (inilah namanya pelan bertekad cemerlang, hahaha). Sesudah bersarapan di rumah Abu, kami bergerak ke jeti di Kuala Rompin untuk bertanya feri yang paling awal ke Pulau Tioman. Ermmm.... 9.30 pagi! Balik??? Tiada feri yang akan berhenti di jeti Kuala Rompin! (huh?!). Naik dari jeti Mersing larr nampaknya! Nasib baik tiket boleh dibeli terus dari jeti Kuala Rompin :)
Memandangkan kami masih punya masa, maka kami berhenti singgah di beberapa buah pantai yang terdapat di sepanjang perjalanan Kuala Romping ke Mersing. Langit kekal dengan awan nano yang sangat cantik :). Perjalanan dari Kuala Rompin ke pekan Mersing mengambil masa selama 30 minit.
Tiket ke Tioman sama ada perjalanan dari Kuala Rompin mahupun dari jeti Mersing berharga RM35 sehala. Perjalanan ke Tioman memakan masa selama 1 jam 3o minit. Kami memilih untuk turun di Tekek memandangkan Tekek mempunyai kawasan yang pantai yang panjang (mengikut hemahan aku melalui perjalanan terdahulu). Setibanya kami di sana, terus kami menyewa basikal dengan kadar RM5 sejam. Berbasikallah kami meneroka Kampung Tekek sehingga ke Air Batang. Jangan risau untuk mengangkat basikal mendaki bukit ke Air Batang kerana ianya berbaloi! Untuk catatan, keadaan di Tekek sudah jauh berbeza dengan kali terakhir aku menjengahnya dahulu. Habis ditambak keseluruhan pantai menjadi waterfront! Jika ingin mandi pantai, maka Tekek bukanlah tempatnya! Habis sudah agaknya karang-karang yang pernah menghuni laut di kawasan ini! [Tekek dan seluruh Tioman (2003), Salang (2009)].
Penat tapi berbaloi.... :)

Senja di jeti Mersing. Mersing, bot nelayan dan langitnya sentiasa menggamit supaya dirinya dirakamkan.
No comments:
Post a Comment