FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, September 5, 2012

BuBuR PeRaK di TiTi GaNTuNG, PeRaK

Assalamualaikum dan selamat petang semua... rindu pulak, ekekeke...

BLOG KAKI JALAN BERSARANG LAGI <-- dah macam boleh buat tajuk berita giteww.  Sibuk sesangat sekarang ni dah nak sama taraf dengan YB dah rasanya, maka ampunkan je larrrr kalau blog ni selalu benar bersarang...

Entri kali ni nak kongsi satu tempat yang aku dah usha sejak 2 tahun sudah.  Dok usha-usha tapi memang tak berkesempatan nak singgah sebab waktu yang kurang sesuai - kekadang lalu awal pagi, balik dah lewat petang / malam, kekadang lalu dah kenyang, hahahaha memacam kan???  Jadi, semalam memang aku nekad untuk skip makan tengah hari (ehemmmm makan tengah hari pun dah dekat pukul 3 petang, jadi aku tahan jer biar diorang makan).


Gigih aku panjat tangga kat kilang semalam di kala matahari tegak atas kepala...  Terel dak??


Oklah... Tempat yang aku nak kongsi ni terletak di tepi jalan Ipoh - Lumut iaitu di Titi Gantung.  Lokasinya betul-betul di lampu trafik sebelah kiri jalan kalau dari arah Ipoh.  Info lain -  Batu 30 atau lebih kurang 200 meter dari Kompleks Pertanian Titi Gantung atau nak lagi senang tanya jer larr orang dekat-dekat situ.  gerai BUBUR PERAK ni memang sahih terkenal - KOMPEM!


Ni pehal papan tanda dah duduk kat bawah ni entah?  Nak gantung papan tanda baru kot?


Antara bubur yang ada jual kat sini...  Ada bubur kacang hijau, pengat pisang (peberet), pulut hitam (peberet jugak!), bubur caca, bubur keledek, bubur nasi, gandum, jagung etc.


Ni bubur pulut hitam - saya suka! LULUS!


Ni pengat pisang - peberet tapi terlebih manis laksss..


Bubur pulut hitam, pengat pisang dan bubur kacang hijau.  Kalau datang makan kat sini harganya RM2 semangkuk, dan kalau bungkus harganya RM2.50.

Jangan lupa singgah gerai BUBUR PERAK ni kalau sudah berada di Titi Gantung.  Ada yang teringat-ingat pulak nanti! Ekekekeke.....  Gerai ini dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 7 malam :)

#misi mencari BUBUR ANAK LEBAH

Wokeyyyy nak sambung kerja :D

8 comments:

Hang Dhamin said...

bile nak bawa saya dtg sini ! nak bubur pengat pisang..suh die masak tawar sikit sbb saya dah manis orgnye...

Biqque said...

aku suka bubur gandum n pulut hitam! sedapnyerrrrrrrrrr!

Anash said...

bubur?
bubur deroyan mana???
hehehhe

Farikica said...

mengancam betul pengat pisang tuh...

masMZ KaKiJaLaN said...

@Hang Dhamin,

Iya, bubur manis tidak sesuai untuk kamu yang sudah manis orangnya! ;D


@Biqque,

bubur gandum pun aku suka!!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

@k.Anash,

Bubur duyan? hahahaha kalao ada pun mesti saya tak bukak! ekekekeke....


@Farikica,

Ngamcam woooooooooOOOOO... Peberet!

Hamra said...

Errmm dapnye..tempting tul bubur2 diatas ;p
Mas...kedai ni buka stp ari ke?

masMZ KaKiJaLaN said...

@Hamra,

Sedapppppp...... Kedai ni dibuka setiap hari..... Singgah larr rasa kalau berkesempatan.