FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, August 27, 2012

KiSaH RaYa 2012

Assalamualaikum.

Selamat hari raya...  semua orang dah masuk kerja ke hari ini???  Bertabahlah sebab aku pun sebenarnya dah mula kerja hari Khamis minggu lepas... Super maha bosan sebab line internet takde, walhal banyak kerja yang aku kena update dalam talian.  Last-last kerja aku tulis surat, tandatangan sendiri dan jadi tukang faks selain menjadi operator telefon dan tukang kunci opis... Hamboihhkan, memacam aku buat.  

Raya tahun ni aku rasa macam sadis jer...  Memula macam tak sampai hati nak cuti, kerja punyalah banyak sampai tak cukup-cukup tangan dan orang kat opis laks takde.  Kalau boleh klonkan diri untuk cepatkan produksi kan best!!

Layan cerita dengan gambar jer larr....


Alhamdulillah tahun ni dapat solat aidilfitri di masjid yang dulu, kini dan selamanya.  Tahun ni, tak tahulah apa ceritanya, aku terlambat dan ruang solat kat dalam penuh.  First time aku solat kat luar dan kat tepi tangga.  Memang sejarah!

yang budak-budak kecil ni sepupu dan anak saudara, tapi tengok gambar yang dewasa nyer yang over! hahaha..

Ni gambar hari raya yang pertama...  Tema ungu katanya....  suka sangat gambar nih...

Ni batch pertama saudara datang raya kat rumah.  Aku suh jugak diorang datang tak kisah la kui sepuluh atau kui sebelas malam sebab ada seprais birthday partyyyy untuk salah seorang dari makcik-makcik aku yang datang malam tu.  Hahahahahahaha...

Raya kedua, ibu suruh kami pergi beraya kat Pasir Salak.  Hah?  "Pergi sendiri ke Bu?"  "Ha, pergilah!"  Terus kami roger rumah opah dan tanya siapa yang gerak g sana.  Yeayyy, konvoi 3 biji kereta beraya 3 rumah hari tu.  Aku ngan adik-adik terasa macam retis sebab tak pernah dibuat pakai baju yang sama.  Nasib kaler baju lain! ekekeke

Ni gambar posing-posing sebelum adik balik sambung beraya rumah mertua dia pulak....  hurmmmm tetiber aku rasa aku somel dalam gambar-gambar ni! hahahahahampun kekadang perasan!


Hakikat yang sebenarnya, pada raya kedua selepas balik dari Pasir Salak, aku jatuh motor.  Kekdahnya nak pergi cari kawan dari Kuala Lumpur yang sesat.  Tak sangka kawan aku ni datang betul-betul dan bawa maknya sekali...  Terharu okay!!!!  Terima kasih Tee datang :)  

Kisah jatuh  - biasalah, aku selalu rasa aku ni gagah.  Aku jatuh sebab nak elak kereta yang tiba-tiba keluar dari barisan.  Nah sekali terus lipat baring.  Mana gaya jatuhpun tak pasti, sebab aku ingat cepat kalehkan motor dan aku bangun.  Kereta banyak kat belakang dan aku taknak kena 'sapu' pulak.  Masa tu memang sakit tak sakit sangat larrr (tapi dalam kepala boleh tetiber teringat tweet chawanna kata aku gigih ke gagah ntah).  Orang yang bawa kereta aku nak elak tu berhenti dan keluar.  Lepas tu ada seorang mamat yang bawa motorsikal berhenti dan beriya tolong aku*.  Masa kat situ, aku rasa bahu sakit, luka sikit.  Nasib motor boleh gerak lagi walaupun yang kat depan suma pecah.  Periksa tayar tak bengkok, jadi motor boleh jalan dan aku boleh lagi bawa balik rumah...

Kisah badan sakit bermula beberapa jam kemudian dan berdengkot-dengkotlah aku sehingga hari ini.  Huuuuuu sob. sob.....  Kira-kiranya cerita raya aku memang sampai petang raya kedua sahajalah.

Harap-harap lepas nih boleh sambung pulun sebab tak puas lagi beraya.  Ada open house jangan lupa jemput ya!!! HEhehehehe

* teringat suatu masa dahulu motor buat hal kat kampung, ada seorang mamat tak tahu dari mana tolong beriya-iya juga membantu sampai dalam keadaan aku tak percaya sama macam kejadian jatuh motor kali nie...  Syukur kerana dipertemukan dengan insan-insan yang baik dan ikhlas membantu.



14 comments:

Hang Dhamin said...

meriah nmpk gambar raya tahun nie ! maklumla tahun epas kan yang ado !

Naramas Aman said...

Cerianya keluarga :)
Saya suka gambar-gambar awak ni. Especially yg 3 dara tu (ada yg tongkat dagu tu) & 4 gadis sunti tema ungu tu.

Semoga awak dah sembuh dari jatuh motor.

Danny / John said...

untungla ade byk gmbr raya...next year aku nak beraya secara besar-besaran!

BlueEwoke said...

wah2 byknye gambar raya ko! aku ambik gambar raya gune henpon je bleh? kamera besar simpan dlm beg kekdahnye, tak pasti apa motif entah, haih terpaksa la sessi photog bersama seisi keluarga balik kg next time kekekek

Azizan Zolkipli said...

pengalaman beraya yang unik kot tahun ni, sebab ada kecederaan jatuh motor. harap kecederaan cepat sembuh, agar boleh naik motor lagi, ehhh tak, agar boleh menghabiskan sisa2 Syawal 1433H ( :

masMZ said...

@Hang Dhamin,

Meriah takat yang ado kek atas ni saja larrr.... gambar yang tudung kelabu tu dah sakit tapi biasalah dalam gambar kena maintain! ekekke...

masMZ said...

@Naramas Aman,

Terima kasih doakan!!!!

psst 4 gadis sunti??? Yang sorang tu tengah mengandung 6 bulan dah kekdahnya....

masMZ said...

@Danny / John ,

Semoga tahun depan semua kita sambut raya dengan meriah....

Ada kenduri sekalikah??? hahahahahha #propa #serkapjarang namanya

masMZ said...

@BlueEwoke,

Banyak ke??? yang ado ni saja.... pastu dah nan hado.... jom shooting raya?????

Kamera tu saje suka hangkut ker??? ekekekekeke.....

masMZ said...

@Azizan Zolkipli,

Unik?! Huahuahua.... boleh mendatangkan tangisan taww!!! Yer saya pasrah dengan dugaan. Terima kasih atas ingatan dan doa :D

Lily Riani said...

you cousins and yourself have sweet features.

padan ler i nampak tak mana, status you sedih... then followed by jatuh motor. this was the reason ler yek. cian...

masMZ said...

@Lily Riani,

ngeeeee ~blushing! muahahahhaaha thank you alhamdulillah :)

ha'ah tu pasal larr, nak wat caner.. terima saja larrr kan....

Lily Riani said...

reply confident tuh. HAHAHHAH.... amin. alhamdullilah.

Ely Hasrul said...

hishh seb beik xcedera teruk ke ape, ade amik no tepon mamat hati mulia tuh? hensem dak?