FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, September 12, 2012

Cameron Highlands III : Time Tunnel (a must visit!!)

Assalamualaikum!! Dan Salam Satu Malaysia semua....

Hari ni nak sambung jalan di Cameron Highlands....  Seriously ada satu tempat ni memang teringin sangat nak masuk sebab katanya cantik dan gambar-gambar yang aku tengok sebelum ini pun memang cam menarik sangat.  Lagi ler pulak, kalau barang-barang lama ni memang macam 'meraung' le jugak aku tengok! Yerr AKU SUKAAAA.

Lepas berjalan-jalan di MARDI dan makan aiskrim strawberi bagai, aku pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke #negaraEeypoh mengikut Simpang Pulai.  Dan dalam perjalanan itulah aku membulatkan hati untuk singgah ke muzium / galleria Time Tunnel ni.  Kira-kira kalau tempat ni nak tutup, aku nak suruh juga diorang buka untuk aku (hurmmm perasan berkuasa sangat!).  Yes! Nasib sempat!! YahuuuUUUUUuuuuuuu.......

Muzium / Galleria Time Tunnel ini katanya telah mula dibuka semenjak tahun 2007 dan telah disebut sebagai Malaysia First Memorabilia Museum (hebat!).  Untuk masuk ke Time Tunnel ni bayaran masuk sebanyak RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak) dikenakan dan tempat ini dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.  Aku luangkan masa lebih kurang sejam kat dalam ni dan keluar cepat sebab ingat dah nak tutup (kes tak perasan waktu tempat ni buka dan memang tak ada jam). 

Lokasinya di
UT/MR/F-255,
Jalan Sungei Burung,
39100, Brinchang,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur

GPS : 4°29′41″N 101°23′32″E

Pada aku, memang aku suka sangat tempat ni dan aku memang syorkan untuk korang semua masuk.  Memang suka sesangat larrrrr....  Kalau jalan dalam ni memang terasa macam kat tempat 'lain'.  Memang istimewa!! SUKA! SUKA! SUKA!

Dikongsikan sebahagian buat-buat 'racun' untuk korang pergi!  Percayalah kat dalam tu lagi BEST!!!!  Ada banyak lagi segmen-segmen menarik ada dalam tunnel ni tapi haruslah tidak ditayangkan semua dalam blog ni kan?!  Jangan lupa singgah sini okayyyy!! Berbaloi-baloi!


Kopitiam!!!  Masa dulu selalu ikut Tuk g minum kat kopitiam bila aku malas ikut opah pergi pasar... #mysweettime


Yerrrr.... Baiklah... Saya berhati-hati...  Owhhh tengok tong susu dumex tu!  Macam  dari 'jaman' saya jugak!

Wow! Wow!!! Apakah????

Lampu minyak tanah

Yeayyyyyyy..... aku rasa aku pernah tengok mak aku pakai benda nih dulu kat rumah.  Errrrr lebih kurang ~ hahahaha.... Ingat dak dulu-dulu nyer penyembur nyamuk ke??? Tu la kotttt...  Nanti nak bawa ibu datang sini larrrr, mesti suka!

Telefon lama, botol-botol air minuman dan segala macam benda.  Yerrr lagho (kata orang Perak) aku menengok benda ni satu persatu.

Salah satu sudut dalam Time Tunnel ni ~ kelas.  Seingat aku masa sekolah rendah dulu, ada akak kat sekolah yang pakai beg kotak tu...    Ada sempoa kayu kat atas meja tu pun aku pernah tengok kat sekolah...  Hadeiiii di'jaman' mana eh aku nih???


Last but not least ~ comeyy dak saya????? hikhik

12 comments:

dzuchan said...

Hi mas,
bole tolong bagi exact location time tunnel ni x?

nak pegii!!!!!! apasal 2 tahu I bermastautin kat ipoh tak tau pun pasal benda ni..

dzuchan said...

*tahun...#typo haha

Farikica said...

yelah..kat mana tempat nih...? aya pon nak tau... ni ala2 muzium ker tmpt nih?

just.HY said...

bestnyaaaa nnt aku sampai ipoh, ko kene bwk aku jejalan sini okeyyyy!!!!

Anash said...

hamboi
suka le tu
pegi sensorang?
huh..
sila bawak kami satu batalion!!

masMZ KaKiJaLaN said...

@dzuchan,

Aip! Tempat ni dah lama dah ada, cuma mungkin orang yang tak perasan sebab bangunannya kongsi dengan tempat jual strawberi dan cenderamata... Saya dah masukkan alamat dan long lat. Tempat ni kat tepi main road sahaja... Kalau dari Brincang menuju ke Kea Farm, bangunan ni di sebelah kanan jalan.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Farikica,

Dah masukkan alamat dan long lat. Muzium barang kenangan yang pertama di Malaysia!!! Best gilerssss.... A must kalau ke Cameron Highlands tu!

masMZ KaKiJaLaN said...

@Danny / John,

Meh lewwww....... Mehhhhh



@k.Anash,

Sensorang lar kak... Kalau tak macam mana nak singgah sana sini sesuka hati tak tengok jam! EKekekeke... Meh kak datang sini, saya jadi tourguide.... Saya suka sangat tempat ni:D

dzuchan said...

thanks mas..
tmpt ni definitely masuk list ;-)

Dan Arif said...

haa bawak aku jgak ke tempat nie nanti!.. maklumla lepas2 nie aku kan slalu buat lawatan tapak ke perak.. hihi

Unknown said...

weh aku nk pegi jugak! serius cam best jek, sah2 tak perlu passport kekekeke

masMZ KaKiJaLaN said...

@Dzuchan,

Sama-sama. Jangan lupa pergi!



@Dan Arif dan Blue Ewoke,

Moh lerrrrrrr.....