FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, May 28, 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012

Tamat sudah Perhimpunan Jutaan Belia yang diadakan di WP Putrajaya selama 4 hari berturut-turut iaitu bermula dari 23 - 27 Mei 2012.  Perhimpunan kali ini menyasarkan 2 juta belia untuk berkumpul dan  aku? Hahahaha silalah dikirakan sekali!!

Dua hari berturut-turut aku menyukat jalan di Perhimpunan ini dengan Janggel (hari kedua Danny juga turut serta).  Terasa gigih sangat sebab panasnya bukan lagi kepalang, fiuhhhhhhhhh #kesatpeluh.  Sekali lagi #kesatpeluh bila mengirakan lokasi Perhimpunan dibuat sepanjang 6km!  Pergi balik agak-agak 10km kot kitaorang jalan (bukan 12 km sebab tak daya dah nak menapak!).  Ada 38 segmen dianjurkan meliputi segmen Pakaian Beragam, Lorong Seni, Gerbang kerjaya, Belia Bandar dll.  Bertawaflah kami dengan gigih.


Ye betul dah sampai Putrajaya dah nih.   Bangunan yang kelihatan ialah Istana Kehakiman yanng terletak di Presint 3.
Tapi??? Kat Malaysia??? Ni makhluk dari mana nih???? Tapi errrr Power Rangers! Muahahaha kenapa macam lebih sket saiznya ;p #tough kot????
Errrrrrr..... bukan... Ni Naruto?? Ishk... Yang belakang tu siapa pulak? Sailormoon??? #gagal

Haaaaa ini baru macam belia Malaysia.  Gambar dari booth Kebudayaan Sarawak.  Boleh ambil gambar dengan diorang dan boleh juga jika nak pakai baju pua kumbu nih.

Ada lagi?  Japan Fest dipenuhi dengan pelbagai watak yang komperem aku pun tak tahu... Hahahaha... #saya tengok Doraemon dan Nobita je sambil sesekali melayan Otomen dan Gaban dan Kesatria Baja Hitam (eh banyak pulak!)

Persembahan 1 Malaysia dengan baju pemakaian tradisional India
Menteri Pelancongan, YB. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen pandai main angklung!!!!

Remaja sihat, amalkan senaman dan bersukan.  Haiii bilalah nak bertabah hati nih...  Lama sangat dah gantung kasut nih...

Menjenguk juga ke Karnival Jom Heboh edisi Khas Sempena Perhimpunan Belia.  Ramainya orang sampai tak boleh nak jenguk dalam booth tu ada apa.  Setakat lalu dan menjenguk dari belakang je.
Salah satu slot di Jom Heboh, pertandingan apa ntah. Tetiber je pengacara suruh penonton bagi sorakan bagi menentukan pemenang. 
'Orang merah' a.k.a Maxid gantung sepanduk badan.  Kagum sebab berdiri tengah-tengah jalan bawah perit matahari. Nak poster Stark, ada tak??? Hahaha

Antara jualan dari khemah 'Young Entrepreneur'

Jualan lain yang menarik perhatian.  Dari segmen  'Remaja Uptown' kot?! -_-"

Tandas bergerak pulak yang menangkap mata aku nih.  Warna cam kindergarden / marshmellow, hahahaha camner tuh?!

Yang pasti menarik anak-anak kecil

Wow jelingan manja... Ekekeke... 

Remaja dari PLKN, yer dik peace! peace!  Gambar dah kuar dah ;D

Dari sorang yang perasan, habis dijeritnya pada semua kawan-kawan untuk bergambar.  "Gambar kami kak!"  Hahaha....

Kenderaan yang paling kami benci sebab tak kunjung-kunjung tiba.  Sangat hampeh!

Nak naik tapi nak kena bayar pulak! Ekekekeke... Hadui kedekut!
Tak apalah kan, kita jalan kaki jer.... Jom balik.  #pasrah
Post a Comment