FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, May 15, 2012

INDia PaRT 6 : PLaCe To VisiT iN JaiPuR ~ HaWa MaHaL, JaNTaR MaNTaR, TiGeR FoRT

Sambungan dari sini -> klik

Hari keempat di India, hari kedua di Jaipur.

Bangun pagi dah rasa macam semacam, huh! Sakit perut!!!! Haduiiiiii.... (best tak intro??).  Hari ini bersarapan maggi dan ikan bilis dalam bilik walaupun tak ada selera.  Mana pula nanti nak cari makan kat luar tu sebab kalau mengikut perancangan pada hari ini kami akan keluar satu hari suntuk dan hanya akan kembali ke hotel untuk mengambil beg sebelum ke stesyen keretapi pada waktu malam. Gigih, telan juga makanan sambil sempat berulang ke bilik air beberapa round. Cesssss....  'Ceriberi' sudah menyerang bukan sahaja aku, malah Janggel dan John sekali.  #bertabahlah kami

Bhaijan sudah menunggu kat luar tepat jam 9.00 pagi, errr tunggu? dia ada tapi sempat minta excuse 10 minit sebab nak hantar orang g stesyen keretapi.  Sempat lagi tuh!  Dah! Dah! Jom!

Albert Hall a.k.a  Central Museum, Jaipur

Albert Hall terletak di tengah-tengah bandar Jaipur.  Tempatnya tidaklah besar mana pun, naik tuk-tuk leh pusing kawasan bangunan tu dalam 5 minit je (ikut roundabout, hehe).  Cantik! tapi sayangnya ditutup pada hari Selasa (mencik!).  Bayaran masuk ke Albert Hall dah sekali dengan tiket yang kami beli di Amber Fort semalam.


Muzium Albert Hall merupakan sebuah muzium di bandar Jaipur di negeri Rajasthan, India . Bangunan ini terletak di Taman Ram Niwas , mengunakan senibina Saracenic Indo . Bangunan ini direka oleh Sir Samuel Swinton Jacob dan dibuka sebagai muzium awam pada tahun 1887. Ia juga disebut Museum Kerajaan Pusat. Maharaja Singh awalnya inginkan gedung ini menjadi balai kota, tapi penggantinya, Madho Singh II, memutuskan itu harus menjadi sebuah muzium untuk seni Jaipur dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Taman Ram Nivas yang baru . Muzium ini mempunyai koleksi artifak seperti lukisan, karpet, gading, batu, patung logam, warna-warni kristal dan lain-lain.  Bangunan ini sempena nama Raja Edward VII (Albert Edward) yang berkunjung sebagai Prince of Welsh dan meletakkan batu asas pada 6 Februari 1876.


Makanya, ambil gambar dari luar je larrrr....





PiNK CiTY dan HaWa MaHaL, JaiPuR

Sebenarnya kalau sampai je kat kawasan yang bangunannya warna pink (merah kejinggaan tu boleh kira pink ker?), tahu larrr bahawa memang kita berada di tengah-tengah Pink City. Lalu lagi untuk ke Hawa Mahal yang pintu masuknya di tengah-tengah bangunan-bangunan pink ini.

Tiket masuk ke Hawa Mahal juga dah sekali dalam tiket Rs 300 yang beli di Amber Fort.


Hawa Mahal (Hindi: हवा महल, dikenali juga sebagai "Palace of Winds" or “Palace of the Breeze”), yang dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Sawai Pratap Singh.  Istana ini direkabentuk oleh Lal Chand Ustad menyerupai bentuk 'crown' of Krishna, iaitu tuhan kepada penganut agama Hindu. Istana lima tingkat ini juga berupa seolah-olah sarang lebah dan mengandungi 953 buah tingkap kecil.  Tingkap-tingkap ini berfungsi untuk membolehkan kerabat diraja wanita melihat keluar (jalan) tanpa dilihat oleh orang luar (maksudnya tak payah dah larr nak berpurdah).












JaNTaR MaNTaR, JaiPuR

Jantar Mantar ni sebenarnya terletak betul-betul di belakang Hawa Mahal.  Kalau tahu selok belok jalan, rasanya nak menapak pun boleh kot!  Tapi sebab kami dah booking tuk-tuk untuk satu hari, hehehe apa nak susah-susah yer dak?  Untuk masuk ke Jantar Mantar ni juga, kami menggunakan tiket yang di beli semalam.. Yipeeeeee, aku suka jalan kat Jaipur ni sebab senang dan tak cekik darah pelancong luar macam kat tempat lain.


Jantar Mantar merupakan koleksi arkitektual instrument astronomi yang dibina oleh Maharaja Jai Jai Singh II di antara tahun 1727 and 1734. Selain di Jaipur, ada 5 lagi lokasi untuk mengkaji ilmu bulan bintang ini termasuklah juga di Delhi dan Jantar Mantar di Jaipur merupakan kemudahan yang terbesar dan paling terjaga.  Jantar Mantar di Jaipur telah disenaraikan di dalam  World Heritage List sebagai "an expression of the astronomical skills and cosmological concepts of the court of a scholarly prince at the end of the Mughal period".

Ringkasnya, Jantar Mantar ni merupakan instrumen untuk membuat pengiraan terutama dalam nak kira bulan, bintang, hari dan yang seangkatan dengannya.  Sebenarnya kalau datang melawat kat sini, mungkin lebih elok kalau pakai guide sebab bila tengok sendiri dan baca penerangan, memang tak berapa nak faham jugaklah.  Bayaran guide yang dikenakan 1-4 orang, Rs 200, 5-15 orang Rs300 murah je :)

Banyak instrumen yang ada kat tempat ni, tapi aku tak sempat nak membedek satu-satu.  Masa ni bukan setakat sakit perut, suhu pun dah macam membahang semacam je.  Giler panas!  Disebabkan tak berapa nak tahan, kami duduk di satu kerusi rehat sambil tengok orang lain yang beralih dari satu alat ke alat lain sesambil tengok tupai dan burung merpati main-main kat tengah padang.

Padang sesama sendiri
"Aku rasa kita tak payah masuklah City Palace"
"Wei korang, nak jalan lagi ke?  Kita check-in hotel nak?"
"Panas giler!  Petang nanti baru sambung nak?"

Akhirnya, kami semua sepakat untuk balik ke hotel.  Harap-harap hotel yang kami menginap tu dapat bagi harga yang berpatutan sebab nak sambung kejap je atau pilihan lain, jom cari hotel lain.  Bincang-bincang, ko tengok muka aku, aku tengok muka kau, pastu gelak.  Muka memasing memang macam tak boleh nak blah!!


Suhu di Jaipur boleh mencapai 44 C, pada akhir Mac/ bulan April.  Memang gigih siapa yang datang Jaipur pada waktu ini.  Super hot!!!








PeRaYaaN MaKaN MaKaNaN SeMaLaM? BaSi?

Perayaan apa nih???? Aku pun tak berapa nak faham.  Merata-rata boleh tengok orang-orang perempuan berarak dan pakai baju cantik-cantik.  Kata Baijan, ni perayaan makan makanan semalam, er basi?  Apa ke halnya nih???  Siap bergendang bagai bukan setakat dalam kampung, yang kat dalam bandar pun ada jugak.

 


Tiger Fort, Jaipur

Sunset! Siap untuk sunset!  Minta-minta hari ni dapat sunset cantik di Jaipur. Bhaijan kata hari ni nak bawa pergi Tiger Fort.  Hahahaha memang pantang bila dengar nak masuk kota ni apatah lagi dengarnya atas bukit!  Lepas tu nak layan sunset (yang mana memang aku suka!).

"Bhaijan, no babi?!"
"Kaka, no babi. No babi. Hahahahahahah" <- tak habis lagi ketawa.

Perjalanan ke Tiger Fort mengambil masa setengah jam melalui jalan yang sama macam nak ke Amber Fort tapi half way jer lar sebelum memulakan perjalanan menaiki bukit.  Tinggi dan agak jauh juga.  Tak payahlar bercita-cita nak menapak jalan kaki naik atas! Huuuuu....


Sumber Wikipedia (tak sempat nak translate)


Nahargarh Fort stands on the edge of the Aravalli Hills, overlooking the pink city of Jaipur in the Indian state of Rajasthan. The view of the city from the fort is breath-taking.
Along with Amber Fort and Jaigarh Fort, Nahargarh once formed a strong defence ring for the city. The fort was originally named Sudarshangarh, but it became known as Nahargarh, which means 'abode of tigers'. The popular belief is that Nahar here stands for Nahar Singh Bhomia[1], whose spirit haunted the place and obstructed construction of the fort[2]. Nahar's spirit was pacified by building a temple in his memory within the fort, which thus became known by his name[3].
Built mainly in 1734 by Maharaja Sawai Jai Singh II, the founder of Jaipur, the fort was constructed as a place of retreat on the summit of the ridge above the city. Walls extended over the surrounding hills, forming fortifications that connected this fort to Jaigarh, the fort above the old capital of Amber. Though the fort never came under attack during the course of its history, it did see some historical events, notably the treaties with the Maratha forces who warred with Jaipur in the 18th century[4]. During the Indian Mutiny of 1857, the Europeans of the region, including the British Resident's wife, were moved to Nahargarh fort by the king of Jaipur, Sawai Ram Singh, for their protection[5].

Simpang masuk ke Tiger Fort dan laluan ke atas.  Awal-awal pun dah teruja!  tempat cantik tapi sunyi kalau nak pergi sendiri.

Pokok-pokok sepanjang perjalanan.  Baru nak keluar daun.  Sesekali boleh nampak sekawan burung merak yang merayau-rayau.  Datang dekat nak ambil gambar, lari pulak! Hehehe

Kat satu port, dapat tengok Tasik dan Jal Mahal (alamak, gambar ni Jal Mahal tak masuk pulak!).  Memang soothing.

Oklah... Posing dengan Bhaijan sikit.  Kalau nak booking Bhaijan boleh contact no nihhhh (errr nanti aku masukkan).  Memang kitaorang leh rekemen aaaa baik giles. 


Melepak atas Tiger Fort sambil menunggu matahari terbenam.  Kat bawah boleh nampak kawasan berbukit bukau, padang pasir dan ala-ala satu Jaipur rasanya dah jadi di bawah jajahan aku. Eceh! Tetiber pulakkan?!  Masa ni, walaupun rasa perut masih macam tak best, kecantikkan pemandangan kat sini memang mengatasi segalanya larrr...  Berbaloi rasanya naik atas.

Sebahagian bangunan yang ada kat atas ni.  Tak tahu pula boleh masuk ke tidak sebab kami sampai memang dah lewat.  Kat kawasan sekitar tempat ni ada temat-tempat yang kita boleh tengok macam kandang harimau (tapi harimaunya dah tak ada larrr) dan juga ada satu port cam open theather punya port (seating yang bertangga-tangga tu).



Sunset di Jaipur.  Comel jer matahari petang nih :D


Way dalam perjalanan menuju ke hujung kota.  Memang marvelous.  Tiba-tiba rasa cam kat Afrika! Hahahaha jom pi Afrika!!!!

Gambar curi Bhaijan tegur sorang awek mat saleh yang duduk kat sini sorang-sorang... 

Puas hati dan dendam bila dapat tengok sunset dan bandar Jaipur ni.  Memang berbaloi-baloi dan cantik.  Cuaca petang pun menyebelahi dan memang sejuk kat atas bukit tu.  Kami turun sebelum gelap memandangkan tiada lampu jalan untuk turun ke bawah.  Sepanjang perjalanan, Bhaijan buat konsert sesambil Janggel menjadi penyanyi latar.  Keluar semua lagu-lagu hindustan dari filem-filem yang pernah kami tengok.  Aku menyelit jugak kadang-kadang, hahahaha.  John?  Harammmmm tak tahu. Kuch Kuch Ho Ta Hei???

Malam tu kami makan malam di rumah Bhaijan.  Kami berkenalan dengan Aisha (anak Baijan) dan sepupu-sepupunya serta ibu bapa Bhaijan.  Siap bertawaf dalam rumah (gambar tak de sebab tak habis copy lagi rupanya! cesss).  Sedap kami makan malam tu, roti cicah kuah macam kari, lepas tu ada manisan macam bubur nasi tapi manis.  Dah makan, sambung minum teh sambil borak-borak. Alhamdulillah dapat jumpa dan berkenalan dengan diorang. Seronok Aisha dapat banyak stok gula-gula dari kami.

Lepas makan, Bhaijan hantar kami semula ke Hotel Moonlight (nanti lar entri lain - ekekeke).  Kami berehat sekejap sebelum bersiap-siap untuk ke stesyen keretapi. 



Hari terakhir di Jaipur, the beauty and the pain.

Cerita lain

1.  Bhaijan tawar untuk pulangkan upah yang kami beri kepadanya kerana risau kami yang sudah hampir kedana dengan kejadian Delhi-Jaipur.  Terharu kot sebab katanya dia kata dah macam saudara.  Dalam satu cerita lain yang penuh drama - beli cincin! Hahahaha sorry tak masuk cerita pergi kedai cincin.  Tapi aku rasa Bhaijan nego dengan tuan kedai, sampai tuan kedai turut aku dalam tuk-tuk dan bagi cincin tu kat aku dengan harga yang aku nak (err nak?!  hahahahahaha.... setan sungguh!). 

2.  Makan tengah hari untuk hari ini hanya limau yang sedap dan juga buah delima.  Jadilah untuk melapik perut.


3.  Belanja untuk hari ni duit sewa tuk-tuk Rs 500+, Hotel Moonlight Rs 800, makan minum Rs 100 +

4.  Entri terdahulu "Update dari Jaipur", klik kat -> sini



8 comments:

just.HY said...

aaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! gmbr last paling smart! antar kat aku softcopy pls... thankss!

masMZ KaKiJaLaN said...

@Danny,

Done! Gambar sengsara ter'class' namanya.....

Ren said...

wow.
kbai

MasZuber said...

woowwwwwwww

mmg gambor last terbaek!

Anash said...

kannnn...gambar terakhir memang cantik....

masMZ KaKiJaLaN said...

@Janggel, MasZuber n K.Anash,

Nak jawab sekali harung aaaaa.... WOW jugak! ahahahahahaha..

Lily Riani said...

gambo last lawa........ menci! ehheheh...

hawa mahal lawa yek kat dlm, i tak msk sbb, tak tau sbb apa... ahhah... tak pa next time masuk list. tunggu depa cat warna ijau- peberet kaler i.

jantar mantar tuh very inetresting tau, we paid ti listen to the explanation.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily,

Ekekeke... Nak ke????

Hawa Mahal lawa dan besar juga, jadi berbaloi juga masuk dalam. Lagipun tiket masuk dah masuk pakej, hehehee....

Mengintai-ngintai dari tingkap-tingkap kecil memandang rakyat jelata kat luar, terus fefiling princess ;D

Masa kat Jantar Mantar tu, memang kalau hire guide pun tak masuk kepala. Kupu-kupu dok main pusing-pusing dlam perut!