Sambungan entri terdahulu di Amber Fort, klik sini.
|
Amber Fort yang gah di atas bukit ditinggalkan dengan perasaan yang gembira. Memang cantik dan hilang rasa penat perjalanan dari Delhi. Pendakian anak tangga yang tak terkira banyaknya sungguh berbaloi-baloi. Aku suka! Cumaaaaa...... mana gajah yang diorang cakap ada dalam Amber Fort nih???
|
JaL MaHaL, JaiPuR
|
Jal Mahal yang membawa maksud Istana Air (Water Palace) berada di tengah-tengah Tasik Man Sagar (Man Sagar Lake). Sebenarnya tempat unik ini kami dah lalu semasa dalam perjalanan menuju ke Amber Fort. Terletak betul-betul tepi jalan utama, kalau tuk-tuk tak berhenti tepi pun memang akan nampak! Katanya Istana ini dibuka untuk pelawat, tapi masa kami di sini tempat ni ditutup untuk restoration. Kalau dapat pergi masuk kat istana tu betul-betul mesti bestkan sebab tempat yang dikeliling air ni biasanya sejuk (dan Jaipur masa ni memang sejuk pun!) dan mesti cantik dapat tengok pemandangan kubu-kubu dan kawasan hijau yang terletak di atas bukit. Kat dalam palace tu mesti ada taman, sebab boleh nampak ada pokok-pokok besar kat dalam palace tu.
|
|
Jal Mahal pada waktu siang dan pada ketika menjelang senja. Ber'aura' aku rasa tempat ni, macam jewel ditengah kegelapan (fuh!) :D
|
|
Tinggal jejak jangan lupa!!! Jehan (JT), Jothy (KJ) dan Johnny (John), Jal Mahal :D |
KiLaNG TeKsTiL (TeXTiLe FaCToRY), JaiPUR
Katanya Jaipur juga terkenal dengan industri tekstil dan juga batu permata. Ada yang kata, kalau nak cari sari belilah kat Jaipur. Terasa juga hati nak tengok mana rupa sari dan murah sangat ke?? Hehehe... Walaupun sebenarnya niat nak shopping tu telah ditikamrejam dengan kejadian di stesyen keretapi di Delhi. Walaupun pasrah tak boleh nak terjebak dengan sebarang shopping moping nih, pemandu tuk-tuk kami beriya nak bawa kami ke kawasan perindustrian tekstil yang katanya terletak di kawasan kampung ~ dok larr dia sebut "Mughal. Mughal". Kata Bhaijan (pemandu tuk-tuk kami), kain yang dijual kat tepi-tepi jalan tu semuanya tak berkualiti. Katanya larrr, aku pun tak sempat nak bedek-bedek lagi kain baju jual kat kedai-kedai apatah lagi yang jual longgok tepi jalan.
|
Dah kata "ok" dengan Bhaijan, kami dibawa ke Mughal India Crafts dan Tekstiles. Harap-harap ada lar tempat ni buat karpet kecil, bolehlah beli cenderahati yang ayah nak.
|
|
Dalam kilang ni kami dibawa oleh salah seorang anak tuan kedai. Bukan main teruja dia nak menerangkan satu-satu segala ada yang ada dalam kilang dia. Dan mula-mula sekali benda yang ditunjuk ialah baju kahwin lelaki nih... Umai aiiiiiii, kelas kau..... Glamer merelip-relip ni sampai boleh mendatangkan pengsan! Hahahaha overst tak cerita?! Giles kagum nengok baju glamer-glamer nih. Untuk baju ni kalau nak tempah, 3 hari boleh siap dan harga baju glamer ni bermula dari RM800 (ke RM1,200?). *hurmmm padan muka tangguh2 lagi kan tulis!
|
|
Surprisingly tukang sulam manik ialah lelaki! Laju sungguh jari mereka menyulam! [*amboih cam ayat skema!] Kalau suruh aku yang buat, mahu juling kot biji mata ni haaaaa.... Kalau nak siapkan satu baju bermanik glamer macam baju orang kahwin tadi memang bukan 3 hari larrr, 3 tahun pun belum tentu siap!
|
|
Kegigihan yang tak mampu aku lakukan... Hehehehe |
|
Kat dalam kilang ni juga kami diterangkan dengan proses mencetak tekstil dengan blok. Ala-ala membuat batik gitu. Blok yang digunakan adalah menggunakan pokok dan warna-warna yang digunakan adalah dari tumbuhan seperti lobak merah, betik, sayur hijau dan sebagainya. Untuk 3 warna pada tekstil, 3 blok kayu akan digunakan.
|
|
Nahhh tekap... tekap..... Fokus pakcik ni. |
|
Mesin menenun, takde pula orang tengah guna masa ni. Dah lewat petang kot. |
|
Dah habis cerita kilang, haaa part ni kot yang orang kedai suka nih.... Bawa masuk kedai la pulak kan!!! Haaaa leh tengok betapa banyaknya kain dalam kedai nih. Jenis kain memang pelbagai larrr dari jenis kapas ke sutera ke jenis lain yang aku tak tahu pun ada. Cakap je nak tengok jenis yang mana, satu, dan satu, dan satu kain akan dibuka. Dan sebelum proses menebar kain ni, tuan kedai akan pelawa nak minum air apa. Tolak bagai nak rak pun, diorang cakap adat. "You want tea? cola?" "Hurmmm mineral water!" Sekali, sorang satu dapat botol besar... Hehehehe...
|
|
Dek disebabkan orang kedai ni asyik larr nak menebar kain-kain yang mahal, maka kami pun macam dah malas nak tengok. Dia offer pula kalau nak buat baju. Katanya satu hari boleh siap! Amboih! Boleh percaya ke??? Ekekeke... Lepas tanya harga semua, Johnny dan Jehan pun mengambil keputusan untuk menempah baju ala-ala British India style. Amboiiiii gitu kannnn..... Ni kes tak jumpa dah kedai yang jual baju ala-ala British India kat Sarojini punya pasal lar nih.... Apapun, memang berbaloi juga baju yang diorang tempah sebab katanya sedap pakai :)
|
Memandangkan hari sudah hampir senja, kami menyuarakan cita-cita untuk melihat matahari terbenam di Jaipur. Manalah tahu rezeki kami kalau ada port yang best dan dapat tengok 'golden moment' di Jaipur. Teringin.. Bila Baijan cakap nak bawa ke Monkey Temple, yahuuuuuu...
|
Perjalanan dari Maghul ke Monkey Temple mengambil masa dalam 15-20 minit. Kami melalui lagi kawasan pinggir bandar. Peniaga-peniaga berkereta sorong memang banyak di tepi jalan. Walaubagaimanapun, keadaan di sini memang tak sama langsung dengan gerai kereta sorong yang terdapat di Delhi. Lebih bersih keadaan sekitarnya.
|
|
Pemandangan dari tepi jalan besar ini antara yang aku tak boleh lupa. Terasa kebertuahan dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Kalau di Delhi, rumah beratap dan berdinding ini juga sebenarnya banyak, mungkin lagi daif. Di Jaipur, ada rumah yang dibuat di dalam lubang! Omaiiii dan cik Bab sungguh lar banyak berkeliaran di luar.
|
MoNKeY TeMPLe, JaiPuR
Dengar nama dah boleh agak dah mesti banyak monyet kat kuil ni. Terbayang-bayang pula masa kat Uluwatu, Bali dan masa kat Kota Melawati, Kuala Selangor. Agak-agak monyet kat sini kacau orang ke tak?? Huhuuuu.... Tak kisahlah kannn.... Jom!!!
|
Hoyeahhh nampak dah Monket Temple atas bukit! Padanlah Baijan cakap ni tempat nak tengok sunset kat Jaipur!!!! Nak kena mendaki lagi larr agaknya nih?! |
|
Nahhhh pintu masuk ke Monkey Temple. Dah sama macam nak masuk Pink City pulak! Masa masuk ni dah mula nervous dah.... |
|
Dan sesungguhnya bila kami dah masuk dalam pintu gerbang tu, memang kami tak sanggup untuk turun dari tuk-tuk. Bukan sebab kami kena kerumun dengan budak-budak yang nak jadi guide, nak mintak makanan bagai, tapi dok tengok lumba lari kerbau pendek a.k.a babi! huh! tulun! tulun! Tempat apa nih?????? Monyet tu memang jangan cakap larrr, memang sahih ada. Tapi tengok gaya, monyet-monyet ni macam berdisiplin je dok atas palang, atas bangunan. Kalau kami turun kena serbu tak tahu lar pulakkan! Hehehe... Baijan dan budak-budak tu beriya nak temankan kami naik atas... Katanya kerbau pendek tu ada kat bawah je, kat atas tak ada. Ko nak percaya??? HAhahahahah TAk NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK...... Tak sanggup! Tak sanggup! Eeiiii.... |
Dek kerana niat nak tengok sunset dari port best tak kesampaian, kami terus meneruskan perjalanan. Baijan cakap di Jaipur ada 2 tempat untuk tengok sunset, satu di Monkey Temple (yakni tempat yang tak jadi tadi) dan satu lagi di Tiger Fort. Baijan kata, "Tomorrow we go there".
"Baijan, Tiger Fort - babi?"
Hahahaha.... suka macam nak rak Baijan gelak. Di India, abang ipar di panggil "Babi". Hadoiiiiii..... Lepas tu sepanjang jalan Baijan gelak..... Huahuahaua.
HaLaL FooD Di JaiPuR
Dah nak masuk maghrib. Sebelum balik, kami meminta Baijan membawa kami ke restoran yang menjual makanan halal di Jaipur.
"No worry. I bring you."
|
Kembali ke Pink City. Waktu-waktu begini pun masih ramai orang... Yang berkopiah juga ramai. Penduduk di Jaipur ni ramai juga yang beragama Islam katanya. |
|
Dah sampai! Wahhh ayam!! Tandori please!!!!! Aku nak nan! Hurmmmm aku nak yang chicken masa kat Delhi tu ada tak? Aku nak ayam goreng! Haip! Haip! Hamboih! Cam dah lama tak jumpa makanan yer?! |
|
Tempting giles walaupun ayamnya belum dipanggang lagi... Kerempahan terserlah dan bau menyucuk hidung! Almaklumlah bersenam mendaki tangga bertingkat-tingkat hari ni. Hehehehe. Menurut kata Baijan, kedai makan ni selalu ramai orang dan penuh. Teruja! Naga-naga dalam perut pun cam nak nak ngamuk-ngamuk ^_^" |
|
Ambil shot sket hero-hero Jaipur! Hahahahaha |
|
Dan kami pun menapau roti nan, ayam tandori dan nandri kambing yang nampak sangat menggiurkan untuk dimakan bersama nasi yang masih ada kat hotel. Perasaan nak mencuba sesuatu yang baru memang tak dapat ditahan ketika ini. Wuhuuuuu.... nak sangatkan?!!! *tunggu cerita esok! |
|
Sebelum balik, tuan kedai membawa kami dibawa masuk ke dalam kedai.. Besar rupanya kat dalam tu. Ingatkan kecil je kedai nih dan kat belakang tu dapur. Tak apalah, kami pun dah siap tapau makan dan dah niat nak makan nandri sekali dengan nasi semangkuk lagi yang ada kat hotel tu, tengok je lar kan. Nak balik, tak lepas jugak - huuuu retis! Tuan kedai nak nak juga jamu air teh.... Duduk jugalah kami di dalam minum teh. SEDAP, Yummeh!!!!!! |
|
Alamat restorannya :
Islami Kallu Hotel Shop No 135, Near Phuta Kurra, Ramganj Bzazar, Jaipur Ph 3027797 (R), Mob 9829278087 |
SuNSeT iN JaiPuR DaY 1
|
Dan akhirnya, hasil dari tengah bandar... Dapat juga gambar sunset sipi-sipi. |
12 comments:
Assalamualaikum ...
*Wakjan membayangkan kalaulah dapat berkayak tengah tasik di Jal Mahal tu, perghhh mesti jadi saat2 yang takkan dilupakan [ewahhhh, berangan pulak !]
* "warna-warna yang digunakan adalah dari tumbuhan seperti lobak merah, betik, sayur hijau dan sebagainya ..." - - - > ada mintak resepi bancuhan kalernya tak ? kalau ada, nak gi mini market beli lobak merah, betik & sayur ni hehehe ...
* lawa aaa gerbang masuk ke Monkey Temple tu !!
* "babi" = 'abang ipar' ? hehehe ...
Wakjan suka gambar2 yang kamu ambil. Thumbs up !
siap ade muka dlm bisnes kad, cam nk jual tanah kan hihi
Pengumuman:
Gajah di amber fort hanye ads di waktu pagi..huhuhuh
I masih terkilan x dpt pegi amberfort.
Siyes, gambo santekkkkk
@Wakjan,
Ehehehehe... Kannn best kalau dapat 'fefiling' atas bot kat tasik tu.
Resipi tak mintak sebab stok kaler, diorang ambil dari tempat lain.
Pintu gerbang Monkey Temple lebih kurang sama macam pintu-pintu masuk kota / kubu lain kat sini :)
Fuiyoooo tak habis lagi jawab ni rupanya!!
Ahakssss... bila panggil orang babi kat sana memang bukan mengeluarkan perkataan yang tak baik. Panggilan dalam keluarga tu :) Sampai keesokkan harinya, baijan tak habis-habis gelak!
Last sekali, terima kasih. Gambar-gambar ni campur-campur juga sebenarnya... ;D
@Ely,
memang tak berapa nak boleh blah kan tengok! Kalau letak gambar terbaru tu, kira macam ok lar jugakkan?! Ni gambar dia tahun bila ntah! Hahahahahaha... Layankan aje.
@MasZuber,
Pagi je ker?? Huhuuuu.... Padanlar seekor gajah mahupun bayangnya pun tak nampak!! Walla gajah atas bukit!
Amber Fort memang cantik, tak sesia tau kalau menapak naik atas :)
Tenkius Mas :D
Babi tu Kakak Ipar la, bukan abang ipar.
Hahahah Nak naik tiger fort lagi la..
@Janggel,
owhhhh ehhhh hahahahahaha tertukar!!!! Ha'ah, babi untuk panggilan kepada kakak ipar.....
cerita Tiger Fort blom masuk lagi aaaahhh... Hehehehe cantiknya bersunset kat Tiger Fortkan?!!!!!!!
padan le hambek masa lama nak updet
punya banyak gambo n citer nak bagitau
(sambil pukul2 bantal...nape la akak tak ikut???)
waaaaaaaaaaaa...
missed this entry... must be last week kejan deadline.
do they have those 24hrs tailoring cam kat thailand/vietnam. just wondering... leg soh buat beading kat baju kurung if ada.
@k.Anash,
rasa cam semua gambar nak kongsi. Tu yang payah benor tuh......
kannn akak kannnnn dah ajak dahhhhhh last minit punnnnnnn, ishk ishkkkkkkkkk..... takpe larrr akak pi dalam hati kan? kan?
@Lily,
Muahahahaa... ini pun dah bersarang lama......
boleh kot tapi taknak ambil risk, nanti dia jahit kot lain pulak ;D Thailand n Vietnam, diorang dah taw dah baju kita caner, konfiden sket.
Post a Comment